Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
26Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Hubungan Dwihala Seni dan Bahasa

Hubungan Dwihala Seni dan Bahasa

Ratings: (0)|Views: 4,458|Likes:
Seni dan bahasa merupakan dua bidang yang berbeza dan jarang dihubungkaitkan. Atas dasar itu, seniman sering berasa janggal dan mengasingkan diri daripada usaha memperkembangkan bahasa Melayu. Meskipun demikian, seni sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi perkembangan sesuatu bahasa, khususnya dalam pengajian perkembangan bahasa Melayu. Hubungan intim antara kedua-dua bidang tersebut paling jelas diperhatikan dalam korpus leksikon bahasa Melayu. Hubungan akrab antara seni dan bahasa Melayu dihuraikan pengkaji dalam empat komponen yang berasingan, iaitu hubungan dwihala antara seni dan bahasa Melayu, seni sebagai alat memangkin penggunaan bahasa Melayu, cabaran multikulturalisme terhadap penakatan seni dan bahasa Melayu, dan sumbangsih seni kepada bahasa dan kajian tentang orang Melayu. Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa bahasa memberikan kesan terhadap seni Melayu pada tiga peringkat utama. Selain itu, bahasa Melayu turut merupakan komponen yang penting pada peringkat pengetahuan, iaitu salah satu daripada enam peringkat yang telah dikenal pasti pengkaji bagi mencapai daya kathartik yang berksan. Kertas kerja ini turut akan menghuraikan sumbangan seni terhadap perkembangan bahasa Melayu dalam memastikan penakatannya buat 1000 tahun yang akan datang. Ditulis oleh Muhammad Jailani Abu Talib.
Seni dan bahasa merupakan dua bidang yang berbeza dan jarang dihubungkaitkan. Atas dasar itu, seniman sering berasa janggal dan mengasingkan diri daripada usaha memperkembangkan bahasa Melayu. Meskipun demikian, seni sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi perkembangan sesuatu bahasa, khususnya dalam pengajian perkembangan bahasa Melayu. Hubungan intim antara kedua-dua bidang tersebut paling jelas diperhatikan dalam korpus leksikon bahasa Melayu. Hubungan akrab antara seni dan bahasa Melayu dihuraikan pengkaji dalam empat komponen yang berasingan, iaitu hubungan dwihala antara seni dan bahasa Melayu, seni sebagai alat memangkin penggunaan bahasa Melayu, cabaran multikulturalisme terhadap penakatan seni dan bahasa Melayu, dan sumbangsih seni kepada bahasa dan kajian tentang orang Melayu. Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa bahasa memberikan kesan terhadap seni Melayu pada tiga peringkat utama. Selain itu, bahasa Melayu turut merupakan komponen yang penting pada peringkat pengetahuan, iaitu salah satu daripada enam peringkat yang telah dikenal pasti pengkaji bagi mencapai daya kathartik yang berksan. Kertas kerja ini turut akan menghuraikan sumbangan seni terhadap perkembangan bahasa Melayu dalam memastikan penakatannya buat 1000 tahun yang akan datang. Ditulis oleh Muhammad Jailani Abu Talib.

More info:

Published by: Muhammad Jailani Abu Talib on May 29, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/22/2012

pdf

text

original

 
Hubungan Dwihala Seni dan Bahasa Melayu : Ke Arah 3000 Tahun
1
Abstrak 
Seni dan bahasa merupakan dua bidang yang berbeza dan jarandihubungkaitkan. Atas dasar itu, seniman sering berasa janggal danmengasingkan diri daripada usaha memperkembangkan bahasa Melayu.Meskipun demikian, seni sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi perkembangan sesuatu bahasa, khususnya dalam pengajian perkembangan bahasa Melayu. Hubungan intim antarakedua-dua bidang tersebut paling jelas diperhatikan dalam korpusleksikon bahasa Melayu.
 
 Hubungan akrab antara seni dan bahasaMelayu dihuraikan pengkaji dalam empat komponen yang berasingan,iaitu hubungan dwihala antara seni dan bahasa Melayu, seni sebagaialat memangkin penggunaan bahasa Melayu, cabaran multikulturalismeterhadap penakatan seni dan bahasa Melayu, dan sumbangsih senikepada bahasa dan kajian tentang orang Melayu. Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati bahawa bahasa memberikan kesanterhadap seni Melayu pada tiga peringkat utama. Selain itu, bahasaMelayu turut merupakan komponen yang penting pada peringkat  pengetahuan, iaitu salah satu daripada enam peringkat yang telahdikenal pasti pengkaji bagi mencapai daya kathartik yang berksan. Kertas kerja ini turut akan menghuraikan sumbangan seni terhadap perkembangan bahasa Melayu dalam memastikan penakatannya buat 1000 tahun yang akan datang.
Pengenalan
“Pengalaman manusia, baik melalui evolusi ataupun revolusi, jasmani dan rohani, telahmenukar dan mengubah corak hidup atau kebudayaan pada umumnya..Sesebuah ciptaanseni yang luhur yang dihasilkan olehnya adalah satu rakaman hubungan simpati antaraseniman dengan alam sekeliling.” – (Abdul Ghani Hamid, 2001: 64-65)Hubungan intim antara seniman dan alam sekeliling sering digambarkan dalam hasil karya seni. Perihaltersebut turut dapat diperhatikan dalam hasil karya seni masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dalamusaha mendekati hasil karya seni Melayu, aspek bahasa sering diketepikan sama sekali. Walhal bahasaturut memainkan peranan yang penting dalam perkembangan seni Melayu.Bahasa dan seni Melayu sebenarnya dapat diibaratkan sebagai dua entiti yang biarpun tampak  jauh dari sudut persamaannya, berupaya untuk memberikan kesan terhadap entiti yang lain. Hubungankedua-dua bidang tersebut merupakan sebuah hubungan yang kompleks dan jarang dibincangkan samasekali oleh pakar bahasa mahupun seni secara eksplisit.
Latar Belakang Kajian
Kajian ini telah diusahakan atas kesedaran bahawa tiada kajian yang pernah dilakukan berkenaan denganhubungan seni dan bahasa Melayu. Justeru itu, pengkaji telah memilih untuk meneliti impak dan kesan
1
 
Diterbitkan dalam Muhammad Jailani b. Abu Talib. 2009. 3000 Tahun Bahasa Melayu : Cabaran dan Potensi.Singapura : Angkatan Sasterawan ‘50
 
yang pernah dan dapat dimainkan oleh seni dalam memastikan penakatan bahasa selama 1000 tahun kehadapan.Dalam hal ini, pengkaji akan meneliti empat perkara utama yang menjadi pemangkin terhadap usahamenghuraikan hubungan dwihala yang wujud antara seni dan bahasa. Perkara-perkara tersebut adalah :
1)
Hubungan dwihala antara seni dan bahasa Melayu.
2)
Seni sebagai alat memangkin penggunaan bahasa Melayu.
3)
Cabaran multikulturalisme terhadap penakatan seni dan bahasa Melayu4)Sumbangsih Seni kepada Bahasa dan Kajian Tentang Orang Melayu
Konsep Seni
Dalam rangka perbincangan tentang seni, terdapat dua perkara yang dapat dikategorikan daripada bidangtersebuat, iaitu seni rupa dan seni persembahan. Secara prinsipya, seni rupa merujuk kepada sebaranghasil seni visual atau tampak manakala seni persembahan merujuk kepada hasil karya yang dipamerkan buat tontonan khalayak ramai. Rahmah binti Haji Bujang (2008:11-12) menjelaskan perincian kategoriseni seperti berikut :
Seni Rupa
SeniHaluslukisan, catan, arca, kaligrafi dan seumpamanyaSeniKraf rantai leher, gelang tangan, sapu tangan, selimpang, destar, tiara danseumpamanyaSeniGrafik foto, poster, brosur, banner dan seumpamanyaSeniIndustritekstil, fesyen, seni bina, ukiran dan seumpamanya
Seni Persembahan
SeniTeater lakonan, ucapan oratori, pantomime dan seumpamanyaSeni Tarijoget, zapin, inang, masri, asli dan seumpamanyaSeniMuzik lagu rakyat, lagu korus, nyanyian klasik, asli dan seumpamanyaSeniPermainan permainan rakyat, silat, senaman dan seumpamanyaSeniFilemdrama, filem pendek, filem panjang dan seumpamanya
 
SeniVideokolaj video dan sebagainyaJelas daripada pecahan yang diberikan bahawa seni merupakan sebuah entiti yang bersifatdinamik dan mencakupi pelbagai bidang. Dalam ruang kajian yang lebih luas, seni dapat ditafsirkansebagai perkara ataupun elemen yang memerlukan kemahiran tertentu dan berupaya untuk mengusik jiwamanusia. Namun begitu, proses penghayatan seni bagi mencapai respons kathartik yang sempurnalazimnya mencakupi enam peringkat utama. Keenam-enam peringkat tersebut melancarkan proses penikmatan dan penilaian seni. Kegiatan penghayatan tersebut meliputi :
1. Peringkat Persepsi
Pada peringkat persepsi, masyarakat umum akan membentuk persepsi peribadi merekaakan beberapa bentuk karya. Di peringkat tersebut, konsep masyarakat akan ciri-cirikesenian akan dibentuk bagi membolehkan proses mengenal pasti dan memisah-misahkan sesebuah karya mengikut genre atau gaya bentuk seni yang tertentu.
2. Peringkat Pengetahuan
Pada peringkat pengetahuan, penilai berkemungkinan telah didedahkan terlebih dahuluakan beberapa konsep asas tentang sesebuah karya. Di peringkat tersebut, penilaimempunyai pengetahuan asas akan karya seni yang ditampilkan. Dalam hal ini, Soedarso(1987) merumuskan tiga jenis pendekatan yang digunakan oleh para pengkritik dan penilai seni, iaitu pendekatan aplikatif, pendekatan permasalahan dan pendekatan sejarah.
3. Peringkat Pengertian
Pada peringkat pengertian, penilai, pengamat dan pengkritik seni akan menterjemahkanhasil karya seni pada mesej-mesej dan kesan-kesan yang tertentu, berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kemampuannya untuk menilai sesebuah karya.
4. Peringkat Analisis
Pada peringkat analisis, penilai, pengamat dan pengkritik seni akan membedah hasilkarya seni untuk membuat analisa-analisa tentang subjek dan objek yang ditampilkan.
5. Peringkat Penilaian
Pada peringkat penilaian, penilai akan membuat penilaian terhadap karya seni yangditampilkan, baik secara subjektif dan objektif.
6. Peringkat Penghayatan
Peringkat penghayatan dapat dipecahkan kepada tiga dasar utama, iaitu bentuk (wiraga),keupayaan karya tersebut untuk berinteraksi dengan elemen-elemen yang ekstrinsi

Activity (26)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Fadzil Mustafah liked this
Maya Pramadhita liked this
Sani Lukis liked this
Nisa Taurz liked this
Cahpunke Cool liked this
Kin 준호 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->