Offices), kemudian sebagai “Sekretariat Persekutuan”, (Federal Secretariat), di guna bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor sebelum berpindah ke Shah Alam padatahun 1974. Asalnya hanya disebut sebagai “Bangunan” sebelum ditukar kepada namaSultan Abdul Samad yang memerintah semenjak 1857 - 1898.PENGENALAN
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah merupakan diantara bangunan lama yang terdapat dibandaraya Kuala Lumpur yang merupakan bangunan warisan dan masih dilindungi keaslianrekabentuknya. Bangunan Sultan Abdul Samad ini dibina pada tahun 1893. Walaubagaimana pun perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat ketika itu.Bangunan ini siap sepenuhnya untuk digunakan pada tahun 1897. Bangunan Sultan AbdulSamad ini mengambil sempena nama Sultan Selangor yang memerintah pada ketika itu, iaitudalam tahun 1896. Bangunan ini merupakan suatu mercu tanda di Kuala Lumpur yang gahpada ketika itu.Kedudukan lokasinya yang terletak pada satu tapak diantara pertemuan Sungai Kelang danSungai Gombak begitu terkenal kerana merupakan satu tapak yang strategic, iaitu ditengah-tengah pusat bandar Kuala Lumpur. Kawasan tersebut meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan dibahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai JalanMahkamah Persekutuan. Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategik keranaterletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, Kelab Diraja Selangor dan Masjid Jamekyang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Gombak. Sebelum merdeka, BangunanSultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu,Pejabat Residen- General dan Pejabat Besar Pos. Selepas kemerdekaan pula, ia dijadikansebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri danPerbendaharaan Kerajaan. Bangunan ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dansebahagian daripada Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi KualaLumpur pada tahun 1978.Rekabentuk pelan bangunan ini dibuat oleh arkitek dari British bernama A.C. Norman (yangbekerja di Jabatan Kerja Raya di Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera jugaberasal dari British, iaitu C.E. Spooner. Senibina Bangunan Sultan Abdul Samad ini sangatunik dan merupakan diantara bangunan yang tersohor pada ketika itu. Ia mempunyai duatingkat setinggi 57 kaki berbentuk ladam di mana di tengah-tengahnya terdapat satu datarantinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik. Bangunan ini jugamempunyai tiga kubah, satu menara jam besar dan sebuah arked. Ia juga terdapat satuserambi besar tertutup yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunanini.Senibinanya yang berbentuk ‘saracenic’ merupakan satu ciri senibina Moorish dan Moghulyang berunsurkan Islam. Ini terbukti melalui terdapatnya 3 buah kubah yang menghiasibangunan ini. Diperingkat awalnya ia diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicatberwarna hitam, namun kini ianya telah digantikan dengan kubah yang bersalut dengantembaga. Kos pembinaannya sebanyak RM 152,000 dan merupakan bangunan yangtermahal di rantau ini pada ketika ianya didirikan.Sekitar tahun 1978, kerja-kerja pengubahsuaian telah dibuat dan siap sepenuhnya dalamtahun 1984 dengan anggaran belanja sebanyak RM 17.2 juta. Pada waktu itu kerajaanAustralia telah menyumbang sebanyak RM 200,000 sebagai kos menyadur tembaga bagiketiga-tiga kubah pada tahun 1982. Pengubahsuaian ini dilakukan hanya pada bahagiandalam bangunan tanpa menjejaskan bahagian luarnya dan kedudukan asal bangunan
Leave a Comment
Sama je gan lain, tiru ye......