You are on page 1of 75

PANDUAN

PENGAPLIKASIAN KAEDAH TERPILIH

DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


SEJARAH

PUSAT PERKEM BANGAN KURIKULUM KEM ENTERIAN PELAJARAN


MALAYSIA
PERSIRAN DUTA OFF JALAN DUTA
50604 KUALA LUMPUR
Ba han Sejara h 2004

PANDUAN PELAKSANAAN PENGAJARAN & P EMBELA JARAN


SEJARAH

PRAKATA

Sejarah merupakan satu mata pelajar an teras yang amat penting ke ar ah


penc apaian as pir asi negar a dan Fals afah Pendidikan Kebangs aan. Kebelakangan
ini, mur id- mur id menganggap mata pelajaran Sejarah mer upakan satu mata
pelajar an yang kaku, membosankan dan tidak menarik. Masy arakat pula
menganggap mata pelajar an ini tidak ber nilai komersial. Antara punca fenomena ini
ialah kelemahan penguasaan pedagogi di kalangan gur u-gur u y ang meny ebabkan
mata pelajar an Sejar ah menjadi kaku dan membos ankan. Pusat Perkembangan
Kurikulum melihat fenomena ini s esuatu y ang amat membimbangkan. Satu
pendekatan pr oaktif harus lah dilakukan untuk mer ubah situas i tersebut. Pelbagai
kursus telah diadakan untuk menangani situas i ini. Semoga usaha ini akan dapat
membuahkan hasil yang positif ataupun setidak- tidakny a menjadi pemangkin ke
arah peningkatan kualiti Pengajar an dan Pembelajar an (P & P) mata pelajar an
Sejarah dan s eterus nya meningkatkan penc apaian dalam mata pelajaran ini.

RAS IO NAL

Kebanyakan gur u mata pelajaran Sejar ah tidak mendapat pendedahan pedagogi


yang s ecukupnya. Mata pelajar an Sejar ah dianggap s atu mata pelajaran y ang kaku
dan me mbos ankan. Terdapat juga kalangan gur u yang gagal untuk memahami
objektif pendidikan Sejar ah. Panduan ini dihar ap dapat membantu guru
meningkatkan kualiti pros es P & P Sejar ah.

i
Ba han Sejara h 2004

OBJEK TIF

1. Mendedahkan guru- guru dengan pelbagai pedagogi ter kini.


2. Menghasilkan satu pr oses P & P yang le bih ber kualiti dan ber kesan.
3. Membantu gur u-gur u menyampaikan kandungan mata pelajaran Sejar ah
dengan lebih ber kes an, menar ik dan menyer onokkan.
4. Membantu murid-murid menguasai mata pelajar an Sejarah serta dapat
menghayati pr oses P & P Sejarah melalui penggunaan pedagogi.
5. Menggalakkan P & P yang ber pusatkan mur id.

ii
Bahan Sejarah 2004

MEMAHAMI KEPERLUAN SUKATAN PELAJARAN (SP) DAN

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN (HSP)

Oleh;
Ahmad Salehee Abdul (SMK ABI, Kangar, Pe rlis)
S aidah Ahmad (S MK Tun Fatimah, J.B. )

Apakah SP dan HSP ?

ialah satu kerangka atau ringkasan kandungan berkaitan dengan sesuatu


bidang pengajian. SP juga merupakan satu dokumen yang menterjemahkan
hasrat negara untuk melahirkan individu yang memiliki semangat kekitaan dan
mewujudkan perpaduan. Kurikulum Sejarah mengandungi asas-asas
pengetahuan tentang Sejarah negara Malaysia dan negara luar dan dapat
menerapkan nilai-nilai murni dan kemahiran yang dapat diperkukuh dan
diperkembangkan.

merupakan terjemahan atau huraian terperinci terhadap kandungan yang


digariskan dalam SP. Penghuraian dibuat berlandaskan kepada Struktur Disiplin
Sejarah, tema-tema, perincian tajuk dan subtajuk, lajur dan aras selaras dengan
kemahiran pembelajaran, unsur patriotisme dan beberapa aktiviti yang
dicadangkan.

1
Bahan Sejarah 2004

TEMA 7 : Tamadun Awal Manusia


TEMA 8 : Tamadun Islam Dan
Perkembangannya
TEMA 9 : Perkembangan di Eropah Dan
Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

TEMA 10 : Kemunculan Dan Perkembangan


Nasionalisme sehingga Perang Dunia
Kedua
TEMA 11 : Pembinaan Negara Dan Bangsa Ke
Arah Kemunculan Negara Malaysia
Berdaulat
TEMA 12 : Malaysia Dan Kerjasama
Masyarakat Antarabangsa

1. PERKEMBANGAN TEMA HSP TINGKATAN 4

a] Tema-tema berdasarkan kronologi


- Bermula dari proses kemunculan tamadun dan kesannya ke
atas negara.

b] Perkaitan peristiwa Sejarah, tema dan tajuk mengikut kronologi


( timeframe )
- Perkembangan revolusi industri di Eropah secara evolusi telah
mengubah tamadun manusia dalam peradaban dunia serta
memberi kesan kepada negara kita.[Lampiran 1 ]

2
Bahan Sejarah 2004

c] Sebab dan Akibat


- Proses sejarah berlaku mengikut sebab dan akibat.
Contoh; Hubungan perdagangan antara saudagar Arab dengan
Melaka membawa kepada perkembangan Islam di
rantau ini.

2. Elemen Sejarah
Terdapat elemen-elemen penting dalam Sejarah yang perlu difahami oleh guru
dan murid ialah seperti:-
2.1. Lima elemen utama yang mesti di kembangkan kepada murid iaitu;
♣ Kronologi
♣ Keluasan dan kedalaman, kefahaman dan pengetahuan Sejarah.
♣ Interpretasi Sejarah
♣ Inkuiri Sejarah
♣ Komunikasi dan organisasi.

2.2. Unsur penting dalam pengetahuan Sejarah yang perlu disentuh ialah;
Tokoh - Khalifah Abu Bakar, Khalifah Umar, Khalifah
Uthman dan Khalifah Ali.
Peristiwa - Bai’ah, Majlis Syura, Peluasan wilayah,
Pengenalan,cukai, Perang Siffin, Perjanjian
Tahkim.
Tarikh - 632 – 661 M
Proses - Rentetan peristiwa pada zaman Khulafa al-
Rasyidin.
Kesan - Pemilihan pemimpin melalui musyawarah,
kepatuhan kepada pemimpin, penyebaran
Islam ke Asia Barat dan Eropah.

3
Bahan Sejarah 2004

3. Konsep dan Maksud

Penjelasan tentang istilah-istilah penting yang perlu ditekankan dalam P&P


Sejarah.

SKOP CONTOH KONSEP

Masa Masihi, Tahun Hijrah, Zaman Khulafa al- Rasyidin

Peristiwa Bai’ah, Majlis Syura

Situasi Kecemerlangan

Akti viti Kharaj, Baitulmal, Jihad, Syahid

4. Unsur dan Nilai

Perlu diterap dalam P&P melalui pengetahuan sejarah secara tidak langsung
dengan menekankan aspek-aspek perubahan tingkah laku yang diyakini.

- Bersikap kepemimpinan cemerlang


- Memanfaatkan kecemerlangan tamadun Islam
- Membuat perancangan yang bijak

4
Bahan Sejarah 2004

B CARA PEMILIHAN TEMA DAN TAJUK

Pendekatan yang mampu dikendalikan oleh guru serta membantu murid


menguasai kandungan dalam proses P&P.

1. Gabungan

Guru menentu dan memilih lebih daripada satu tajuk yang sesuai dan
menyampaikannya dalam satu waktu P&P.
Contoh;
a] 7.1 Tamadun Awal Dunia

TAMADUN PERIODISASI LOKASI SUMBANGAN

SUMERIA

MESIR

INDUS

HWANG HO

* Sesuai dilaksanakan secara gerak kerja kumpulan (EAP, CL)

5
Bahan Sejarah 2004

2. Satu Persatu

Pendekatan ini sesuai digunakan bagi tajuk yang luas, kandungan


sukar untuk dibuat perbandingan (oleh murid)
Contoh;
a] 8.1 Islam dan Penyebarannya di Makkah
b. Islam dan Penyebarannya di Makkah
- Kelahiran dan Perkembangan Islam di Makkah

3. Ikut Situasi Semasa

Guru perlu peka dengan situasi semasa yang berlaku dan


mengaitkannya dengan pemilihan tajuk P&P.

Contoh;
a] 12.2 Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam Pertubuhan
Antarabangsa
b. Malaysia dalam Pertubuhan Antarabangsa
iv. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)

Persidangan Negara Islam (OIC) yang baru b erlangsung dapat


membantu murid memahami dengan mudah tajuk b erkenaan kerana
pengetahuan sedia ada masih baru.

6
Bahan Sejarah 2004

LATIHAN 1

Dengan merujuk kepada Tema HSP Tingkatan 5, lengkapkan maklumat di


bawah b erserta dengan contoh yang sesuai.

2.1 PERKEMBANGAN TEMA HSP TINGKATAN 5

a] Jangka masa berdasarkan tema

b] Perkaitan peristiwa sejarah mengikut tema dan kronologi ( timeframe )

c] Sebab dan akibat

- Proses sejarah berlaku mengikut sebab dan akibat.


- Contoh;

LATIHAN 2

Berdasar kepada HSP Tingkatan 5, pilih tajuk yang sesuai dan hasilkan satu
rancangan mengajar b agi kelas lemah dengan mengikut syarat yang ditentukan.

1. Gabungan

1.1 Gabungan beberapa tajuk yang sesuai


1.2 Peruntukkan satu waktu P&P
1.3 Berpusatkan murid
1.4 Set induksi dan ‘Brain b reak’
1.5 Penerangan konsep / istilah
1.6 Menggunakan pedagogi / kaedah yang sesuai
1.7 Pengukuhan guru

7
Bahan Sejarah 2004

PENGGUNAAN BUKU TEKS


SECARA BERKESAN DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SEJARAH UNTUK MURID BERPRESTASI
RENDAH DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH

Oleh;
Hj. Shaharuddin Basri Hj. Ibrahim (SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang)
Chan Lee Chiun (Miri, Sarawak)
Muslimin Fadzil (SMK T iram Jaya)

1. Pengenalan
Tumpuan kertas kerja ini membincangkan kaedah penggunaan buku teks
yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang dapat
meningkatkan minat dan penglibatan murid lemah secara individu. Perbincangan
secara umum difokuskan kepada aspek yang berkaitan dengan konsep umum
buku teks, kebaikan buku teks sebagai bahan pembelajaran untuk murid lemah
dan jenis aktiviti yang digunakan.
Salah satu aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran ialah cara atau kaedah yang sesuai dan berkesan bagi
membantu murid lemah dalam pembelajaran. Seseorang guru Sejarah
bertanggungjawab memastikan murid lemah memahami dan menguasai
pembelajaran Sejarah pada peringkat keupayaan dan kebolehan yang mereka
miliki.

2. Kaitan Buku Teks Dengan Pembelajaran Murid Berprestasi Rendah


Buku teks Sejarah dalam konteks ini merupakan salah satu media cetak
yang terpenting. Buku teks Sejarah juga digunakan sebagai bahan
pembelajaran murid di sekolah menengah atas (SMA) iaitu murid Tingkatan IV

8
Bahan Sejarah 2004
dan Tingkatan V. Buku teks ditulis berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran
Sejarah KBSM yang baru dan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Buku teks Sejarah mengekalkan Kesepaduan unsur pengetahuan sejarah,
pemupukan nilai-nilai murni, patriotisme dan kemahiran belajar.
2.1. Buku teks Sejarah Tingkatan 4 mengandungi 10 bab seperti berikut:-
• Tema 7 (Tamadun Awal Manusia)
• Tema 8 (Tamadun Islam dan Perkembangannya)
• Tema 9 (Perkembangan Di Eropah dan Kesannya Terhadap
Ekonomi Negara)
2.2. Buku teks Sejarah Tingkatan 5 mengandungi 9 bab seperti berikut:-
• Tema 10 (Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga
Perang Dunia Kedua).
• Tema 11 (Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan
Negara Malaysia Berdaulat).
• Tema 12 (Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa).

3. Kelebihan Buku Teks Sejarah


3.1. Buku teks mempunyai peta konsep sebagai garis kasar isi pelajaran
yang boleh digunakan oleh guru dalam perancangan pelajaran,
contoh seperti buku teks Ting.5, m.s. 2.
• Terdapat ringkasan dan rumusan sejumlah maklumat
penting yang berkaitan dengan sesuatu bidang.
• Memudahkankan murid memperoleh bahan khusus dalam
bentuk yang telah disatukan.
• Menyediakan sumber maklumat yang seragam untuk semua
murid.
• Memberi idea kepada guru tentang organisasi maklumat dan
aktiviti yang dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.

9
Bahan Sejarah 2004

3.2. Terdapat gambar, graf, peta dan bahan-bahan ilustrasi yang


memudahkan pemahaman murid, contoh buku teks Ting. 5,m.s.4.
3.3. Terdapat lain-lain bahan pengajaran seperti ringkasan, latihan dan
soalan terancang, contoh buku teks Ting.5, m.s. 7.

4. Penggunaan Buku Teks Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Satu aspek yang dipertimbangkan dalam penggunaan buku teks ialah
kesukaran murid memahami istilah yang sukar, abstrak dan di luar pengalaman
mereka. Guru Sejarah harus membantu murid merujuk buku teks secara
berkesan khususnya di kalangan murid yang berprestasi rendah.
Guru Sejarah terlebih dahulu perlu merangka soalan-soalan berdasarkan
tajuk yang akan diajar. Seterusnya membantu murid memilih isi-isi penting
dengan menggunakan kata kunci atau kad bertema yang tercatat isinya. Guru
Sejarah perlu mendidik murid menyusun maklumat yang diperolihi dan berfikir
secara sistematis dalam mengisi petak lembaran kerja yang disediakan sebagai
latihan. Cara terbaik memudahkan murid mengingat maklumat adalah melalui
pembinaan peta minda yang menggambarkan perkembangan dan perkaitan isi
penting.
Buku teks Sejarah boleh digunakan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran sama ada permulaan, pertengahan atau pada akhir pembelajaran.

5. Teknik Penggunaan Buku Teks Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Sejarah
Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dalam
bilik darjah berkesan, guru digalakkan mengamalkan langkah-langkah berikut;

Memilih Bina Mencari Isi - Susun Isi Guru


tajuk Soalan 1. Kata - Peta merumus
kunci. Minda
2. Kad

10
Bahan Sejarah 2004

Terdapat juga perkara-perkara yang wajar dititikberatkan seperti:


• Peta konsep
• Kemahiran berfikir kritis dan kreatif
• Kecerdasan pelbagai
• Unsur dan nilai patriotisme
• Kemahiran teknologi komunikasi maklumat
• Penggunaan bahan grafik
• Maklumat tambahan
• Pelbagai aktiviti pembelajaran yang kreatif dan inovatif
• Latihan-latihan

Pada peringkat awal P&P guru wajar memberi gambaran keseluruhan


(Big Picture) mengenai bab yang akan diajar dengan berpandukan peta konsep
yang terdapat pada awal bab buku teks. (Rujuk buku teks sejarah ms 1, ms 37,
ms 71)
Guru seterusnya membina soalan – soalan yang membawa gambaran
menyeluruh serta mempunyai perkaitan antara tajuk. Gunakan pendekatan atau
kaedah yang sesuai berasaskan buku teks. Bahan-bahan grafik seperti gambar,
peta, carta, jadual dan gambarajah perlu digunakan secara optimum di dalam
pengajaran dan pembelajaran guru bagi menarik minat dan tumpuan murid.
Guru perlu membuat rumusan dengan mengaitkan pelbagai fakta
mengikut perkembangan peristiwa (event) supaya murid akan mendapat
pemahaman yang jelas.

11
Bahan Sejarah 2004

Gerak Kerja Berasaskan Buku Teks

Gerak Kerja 1

Tingkatan : IV
Bab : 4
Tajuk : Penyebaran Islam Di Makkah dan Reaksi Masyarakat
Arab

Persediaan Guru
• Guru menyediakan kad-kad berwarna yang mengandungi tema-tema
berkaitan dengan tajuk. Tema tersebut mengandungi kata kunci dan
muka surat daripada buku teks.
• Guru mengedarkan sekeping kad berwarna kepada setiap murid yang
mengandungi tema-tema.

Arahan Kepada Murid


• Dengan bimbingan guru, setiap murid dikehendaki membuka halaman
berkaitan dan mencari maklumat berdasarkan tema dan kata kunci yang
terdapat dalam buku teks.
• Murid berkumpul dalam kumpulan mengikut kad tema berwarna yang
terdapat pada setiap individu.
• Murid dikehendaki berbincang mengenai jawapan yang dicari.
• Salah seorang daripada setiap kumpulan diminta melapor dapatan yang
diperoleh.
• Wakil kumpulan dikehendaki menyusun kad di papan tulis mengikut
kronologi.
• Catatan boleh dibuat dalam bentuk peta minda.

12
Bahan Sejarah 2004

Kad Bertema

WAHYU PENYEBARAN DI MAKKAH

Pertama Cara Rahsia


• Surah :
• Perintah : • Tempoh Masa :
• Orang terlibat :
Kedua • Tempat :
• Surah :
• Perintah :

Rujuk Muka Surat 107-108 Rujuk Muka Surat 108-109

PENYEBARAN DI MAKKAH PENENTANGAN TERHADAP


ISLAM
Cara Terbuka
Sebab Penentangan
• Tempoh Masa :
• Orang Terlibat : • Perbezaan kepercayaan :
• Tempat : • Taraf :
• Persaudaraan :
• Amalan :
• Ekonomi :
Rujuk Muka Surat 108-109 Rujuk Muka Surat 111-112

PENENTANGAN TERHADAP ISLAM

Cara Penentangan
• Gangguan :
• Penyair :
• Pujukan :
• Pemulauan :

Rujuk Muka Surat 111-112

13
Bahan Sejarah 2004

Jawapan Gerak Kerja 1


Kad Bertema

WAHYU PENYEBARAN DI MAKKAH

Pertama Cara Rahsia


• Surah : al- Alaq ayat 1 hingga
5 • Tempoh Masa : 3 tahun
• Per intah : Membaca • Orang terlibat : Keluarga,
sahabat rapat
Kedua • Tempat : Rumah al-Arqam
• Surah : al- Muddasir ayat 1
hingga 7
• Per intah : Sampaikan ajaran
Islam

PENYEBARAN DI MAKKAH PENENTANGAN T ERHADAP


ISLAM
Cara Terbuka
Sebab Penentangan
• Tempoh Masa : 10 tahun • Perbezaan : Kepercayaan
• Orang Ter libat : Keluarga dan amalan
Abdul Muttalib, Orang ramai, • Taraf : Prinsip sama taraf
Ketua Bani • Persaudaraan : Konsep
• Tempat : Bukit Safa persaudaraan/
bersaudara
• Amalan : A malan keji dilarang
• Ekonomi : Gugat ekonomi
pengukir patung

PENENTANGAN T ERHADAP ISLAM

Cara Penentangan

• Gangguan : Semasa beribadat


• Penyair : Ejekan ajaran Islam
• Pujukan : Menaw arkan kedudukan,
wanita, harta
• Pemulauan : Tidak berniaga, tidak
beri pertolongan dan tidak ber kahw in
dengan keluarga nabi

14
Bahan Sejarah 2004

PENGGUNAAN BUKU TEKS


SECARA BERKESAN DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SEJARAH UNTUK MURID BERPRESTASI
RENDAH DI PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH

Oleh;
Hj. Shaharuddin Basri Hj. Ibrahim (SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang)
Chan Lee Chiun (Miri, Sarawak)
Muslimin Fadzil (SMK T iram Jaya)

1. Pengenalan
Tumpuan kertas kerja ini membincangkan kaedah penggunaan buku teks
yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang dapat
meningkatkan minat dan penglibatan murid lemah secara individu. Perbincangan
secara umum difokuskan kepada aspek yang berkaitan dengan konsep umum
buku teks, kebaikan buku teks sebagai bahan pembelajaran untuk murid lemah
dan jenis aktiviti yang digunakan.
Salah satu aspek penting yang dipertimbangkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran ialah cara atau kaedah yang sesuai dan berkesan bagi
membantu murid lemah dalam pembelajaran. Seseorang guru Sejarah
bertanggungjawab memastikan murid lemah memahami dan menguasai
pembelajaran Sejarah pada peringkat keupayaan dan kebolehan yang mereka
miliki.

2. Kaitan Buku Teks Dengan Pembelajaran Murid Berprestasi Rendah


Buku teks Sejarah dalam konteks ini merupakan salah satu media cetak
yang terpenting. Buku teks Sejarah juga digunakan sebagai bahan
pembelajaran murid di sekolah menengah atas (SMA) iaitu murid Tingkatan IV

8
Bahan Sejarah 2004
dan Tingkatan V. Buku teks ditulis berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran
Sejarah KBSM yang baru dan diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Buku teks Sejarah mengekalkan Kesepaduan unsur pengetahuan sejarah,
pemupukan nilai-nilai murni, patriotisme dan kemahiran belajar.
2.1. Buku teks Sejarah Tingkatan 4 mengandungi 10 bab seperti berikut:-
• Tema 7 (Tamadun Awal Manusia)
• Tema 8 (Tamadun Islam dan Perkembangannya)
• Tema 9 (Perkembangan Di Eropah dan Kesannya Terhadap
Ekonomi Negara)
2.2. Buku teks Sejarah Tingkatan 5 mengandungi 9 bab seperti berikut:-
• Tema 10 (Kemunculan dan Perkembangan Nasionalisme Sehingga
Perang Dunia Kedua).
• Tema 11 (Pembinaan Negara dan Bangsa Ke Arah Kemunculan
Negara Malaysia Berdaulat).
• Tema 12 (Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa).

3. Kelebihan Buku Teks Sejarah


3.1. Buku teks mempunyai peta konsep sebagai garis kasar isi pelajaran
yang boleh digunakan oleh guru dalam perancangan pelajaran,
contoh seperti buku teks Ting.5, m.s. 2.
• Terdapat ringkasan dan rumusan sejumlah maklumat
penting yang berkaitan dengan sesuatu bidang.
• Memudahkankan murid memperoleh bahan khusus dalam
bentuk yang telah disatukan.
• Menyediakan sumber maklumat yang seragam untuk semua
murid.
• Memberi idea kepada guru tentang organisasi maklumat dan
aktiviti yang dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.

9
Bahan Sejarah 2004

3.2. Terdapat gambar, graf, peta dan bahan-bahan ilustrasi yang


memudahkan pemahaman murid, contoh buku teks Ting. 5,m.s.4.
3.3. Terdapat lain-lain bahan pengajaran seperti ringkasan, latihan dan
soalan terancang, contoh buku teks Ting.5, m.s. 7.

4. Penggunaan Buku Teks Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Satu aspek yang dipertimbangkan dalam penggunaan buku teks ialah
kesukaran murid memahami istilah yang sukar, abstrak dan di luar pengalaman
mereka. Guru Sejarah harus membantu murid merujuk buku teks secara
berkesan khususnya di kalangan murid yang berprestasi rendah.
Guru Sejarah terlebih dahulu perlu merangka soalan-soalan berdasarkan
tajuk yang akan diajar. Seterusnya membantu murid memilih isi-isi penting
dengan menggunakan kata kunci atau kad bertema yang tercatat isinya. Guru
Sejarah perlu mendidik murid menyusun maklumat yang diperolihi dan berfikir
secara sistematis dalam mengisi petak lembaran kerja yang disediakan sebagai
latihan. Cara terbaik memudahkan murid mengingat maklumat adalah melalui
pembinaan peta minda yang menggambarkan perkembangan dan perkaitan isi
penting.
Buku teks Sejarah boleh digunakan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran sama ada permulaan, pertengahan atau pada akhir pembelajaran.

5. Teknik Penggunaan Buku Teks Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Sejarah
Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung dalam
bilik darjah berkesan, guru digalakkan mengamalkan langkah-langkah berikut;

Memilih Bina Mencari Isi - Susun Isi Guru


tajuk Soalan 1. Kata - Peta merumus
kunci. Minda
2. Kad

10
Bahan Sejarah 2004

Terdapat juga perkara-perkara yang wajar dititikberatkan seperti:


• Peta konsep
• Kemahiran berfikir kritis dan kreatif
• Kecerdasan pelbagai
• Unsur dan nilai patriotisme
• Kemahiran teknologi komunikasi maklumat
• Penggunaan bahan grafik
• Maklumat tambahan
• Pelbagai aktiviti pembelajaran yang kreatif dan inovatif
• Latihan-latihan

Pada peringkat awal P&P guru wajar memberi gambaran keseluruhan


(Big Picture) mengenai bab yang akan diajar dengan berpandukan peta konsep
yang terdapat pada awal bab buku teks. (Rujuk buku teks sejarah ms 1, ms 37,
ms 71)
Guru seterusnya membina soalan – soalan yang membawa gambaran
menyeluruh serta mempunyai perkaitan antara tajuk. Gunakan pendekatan atau
kaedah yang sesuai berasaskan buku teks. Bahan-bahan grafik seperti gambar,
peta, carta, jadual dan gambarajah perlu digunakan secara optimum di dalam
pengajaran dan pembelajaran guru bagi menarik minat dan tumpuan murid.
Guru perlu membuat rumusan dengan mengaitkan pelbagai fakta
mengikut perkembangan peristiwa (event) supaya murid akan mendapat
pemahaman yang jelas.

11
Bahan Sejarah 2004

Gerak Kerja Berasaskan Buku Teks

Gerak Kerja 1

Tingkatan : IV
Bab : 4
Tajuk : Penyebaran Islam Di Makkah dan Reaksi Masyarakat
Arab

Persediaan Guru
• Guru menyediakan kad-kad berwarna yang mengandungi tema-tema
berkaitan dengan tajuk. Tema tersebut mengandungi kata kunci dan
muka surat daripada buku teks.
• Guru mengedarkan sekeping kad berwarna kepada setiap murid yang
mengandungi tema-tema.

Arahan Kepada Murid


• Dengan bimbingan guru, setiap murid dikehendaki membuka halaman
berkaitan dan mencari maklumat berdasarkan tema dan kata kunci yang
terdapat dalam buku teks.
• Murid berkumpul dalam kumpulan mengikut kad tema berwarna yang
terdapat pada setiap individu.
• Murid dikehendaki berbincang mengenai jawapan yang dicari.
• Salah seorang daripada setiap kumpulan diminta melapor dapatan yang
diperoleh.
• Wakil kumpulan dikehendaki menyusun kad di papan tulis mengikut
kronologi.
• Catatan boleh dibuat dalam bentuk peta minda.

12
Bahan Sejarah 2004

Kad Bertema

WAHYU PENYEBARAN DI MAKKAH

Pertama Cara Rahsia


• Surah :
• Perintah : • Tempoh Masa :
• Orang terlibat :
Kedua • Tempat :
• Surah :
• Perintah :

Rujuk Muka Surat 107-108 Rujuk Muka Surat 108-109

PENYEBARAN DI MAKKAH PENENTANGAN TERHADAP


ISLAM
Cara Terbuka
Sebab Penentangan
• Tempoh Masa :
• Orang Terlibat : • Perbezaan kepercayaan :
• Tempat : • Taraf :
• Persaudaraan :
• Amalan :
• Ekonomi :
Rujuk Muka Surat 108-109 Rujuk Muka Surat 111-112

PENENTANGAN TERHADAP ISLAM

Cara Penentangan
• Gangguan :
• Penyair :
• Pujukan :
• Pemulauan :

Rujuk Muka Surat 111-112

13
Bahan Sejarah 2004

Jawapan Gerak Kerja 1


Kad Bertema

WAHYU PENYEBARAN DI MAKKAH

Pertama Cara Rahsia


• Surah : al- Alaq ayat 1 hingga
5 • Tempoh Masa : 3 tahun
• Per intah : Membaca • Orang terlibat : Keluarga,
sahabat rapat
Kedua • Tempat : Rumah al-Arqam
• Surah : al- Muddasir ayat 1
hingga 7
• Per intah : Sampaikan ajaran
Islam

PENYEBARAN DI MAKKAH PENENTANGAN T ERHADAP


ISLAM
Cara Terbuka
Sebab Penentangan
• Tempoh Masa : 10 tahun • Perbezaan : Kepercayaan
• Orang Ter libat : Keluarga dan amalan
Abdul Muttalib, Orang ramai, • Taraf : Prinsip sama taraf
Ketua Bani • Persaudaraan : Konsep
• Tempat : Bukit Safa persaudaraan/
bersaudara
• Amalan : A malan keji dilarang
• Ekonomi : Gugat ekonomi
pengukir patung

PENENTANGAN T ERHADAP ISLAM

Cara Penentangan

• Gangguan : Semasa beribadat


• Penyair : Ejekan ajaran Islam
• Pujukan : Menaw arkan kedudukan,
wanita, harta
• Pemulauan : Tidak berniaga, tidak
beri pertolongan dan tidak ber kahw in
dengan keluarga nabi

14
Bahan Sejarah 2004

PENERAPAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN SEJARAH (KPS)

Oleh;
Hjh. Sharifah Afida Syed Hamid (SM Sains Sultan Ibrahim, K. Terengganu)
Azman Achutan Abdullah (SMK Mersing, Johor)
Ginawati Raji (SMK Senai, Johor)

Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) merupakan satu proses berfikir bagi


membolehkan murid-murid meneroka idea yang kompleks dan abstrak dengan
bimbingan guru. KPS merangkumi :

i ) memahami kronologi
• Melihat masa lalu, kini dan akan datang
• Memahami konsep masa
• Memahami konversi masa

ii ) meneroka bukti
• Mengenal pasti sumber pertama dan kedua
• Membuat perbandingan antara sumber
• Menentukan signifikan, tarikh, tokoh, lokasi peristiwa serta
bagaimana peristiwa itu berlaku.

iii ) membuat interpretasi


• Membuat tafsiran sesuatu peristiwa sejarah
• Membezakan antara tafsiran dengan perspektif
• Membezakan antara fakta sejarah dengan tafsiran sejarah

iv ) membuat imaginasi
• Melibatkan diri dalam sesuatu peristiwa sejarah
• Membuat imaginasi secara visual
• Membuat imaginasi secara empati

v ) membuat rasionalisasi
• Menggunakan akal fikiran untuk membuat pertimbangan
yang wajar bagi menyelesaikan sesuatu persoalan
• Memerlukan kemahiran mengumpul data, hipotesis,
menentukan signifikan bukti dan membuat inferens
• Membuat rasionalisasi melalui kajian sumber sejarah secara
kritis.

15
Bahan Sejarah 2004

Penerapan KPS boleh dilaksanakan di dalam atau di luar bilik darjah. KPS juga
sesuai digunakan dalam hampir semua peristiwa sejarah.

KPS sesuai digunakan semasa set induksi bagi merangsang minda murid. KPS
juga boleh diterapkan secara sisipan semasa P&P dan semasa membuat
ulangkaji.

Strategi penerapan KPS

Tajuk : Pembinaan Negara Bangsa di Jerman dan Itali

Langkah 1:

Guru melekatkan 3 keping kad di papan hitam tentang konsep realpolitik.


Berdasarkan buku teks muka surat 68, murid dikehendaki memilih kad yang
mengandungi maksud realpolitik yang paling tepat. Guru membuat rumusan
tentang maksud realpolitik.

Amalan ini menggunakan cara tolak ansur, berperikemanusiaan


dan rundingan untuk mencapai matlamat politik.

Amalan ini mewajarkan apa sahaja cara seperti tipu helah,


kekerasan bersenjata dan peperangan untuk mencapai
matlamat politik.

Amalan ini membenarkan penggunaan cara bertolak ansur dan


peperangan jika perlu demi mencapai matlamat politik.

16
Bahan Sejarah 2004

Langkah 2:

Seterusnya guru melekatkan kad tentang tokoh dan negara yang


mengamalkan realpolitik. Murid diminta memadankan kad tersebut.

OTTO EDUARD VON ITALI


BISMARCK

CAMILLO BENSO
DI CAVOUR JERMAN

Kata Kunci / Akronim :


I = Itali ; C = Camillo ; J = Jerman ; B = Bismarck ICJB

Langkah 3: (Penerapan KPS- meneroka bukti )

Murid secara berpasangan dikehendaki :


Murid 1 : Membuktikan amalan realpolitik di Jerman
Murid 2 : Membuktikan amalan realpolitik di Itali

17
Bahan Sejarah 2004

Setiap pasangan diberi lembaran kerja seperti di bawah.

Murid 1: ( Jerman )
CARA:
1)Realpolitik
( Darah ) 2)……………………………………….

TUJUAN:
( Menyatu ) ………………………………………………………………..

BUKTI:
1) Tipu helah , …………………………………, …………………,
…………………………………………………………………
……..
2) Menggunakan isu
…………………………………………………

Murid 2: (Itali)

CARA:
( Real ) ……………………………………………………..

TUJUAN:
( Menyatu) ………………………………………………….

BUKTI:
1) Menghalau orang …………………………………………..
2) Bekerjasama dengan ……………………………………..
3) Mengadakan pungutan suara untuk …..…………………

Penutup:
Guru membuat rumusan tentang latar belakang pembinaan negara dan
bangsa di Jerman dan Itali. P&P diperkukuh dengan latihan di bawah:

18
Bahan Sejarah 2004

Soalan Pengukuhan:

i) Apakah maksud realpolitik?


…………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………

ii) Namakan tokoh dari Jerman dan Itali yang mengamalkan realpolitik.
Jerman : ………………………………………..
Itali: ……………………………………………

iii) Berikan DUA bukti amalan realpolitik di Jerman.


a) ………………………………………………………………………….
b) ………………………………………………………………………….

iv) Apakah tujuan amalan realpolitik di Itali?


…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………

19
Bahan Sejarah 2004

Soalan Bengkel untuk penerapan KPS dalam P&P Sejarah.

Tem a – Bab Elemen KPS yang Tajuk Bengkel


(Tingkatan 5) dicadangkan
Tema 7 Bab 1 Memahami Lakarkan carta masa yang menunjuk cara
kronologi hidup manusia pada zaman pra sejarah
Meneroka bukti Buktikan kewujudan manusia zaman pra
sejarah di Malaysia dari aspek tempat tinggal
dan alatan mereka
Interpretasi Berikan tafsiran anda tentang konsep
tamadun menurut pandangan Barat dan
Islam.
Tema 7 Bab 2 Meneroka bukti Bandar terancang telah wujud dalam
Tamadun Indus. Buktikan
Tema 7 Bab 3 Meneroka bukti Mengapakah Kerajaan Maritim wujud di
Rasionalisasi persisiran pantai.
Tema 8 Bab 4 Interpretasi Jelaskan reaksi masyarakat Arab terhadap
Imaginasi penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad
Rasionalisasi s.a.w di Makkah
Tema 8 Bab 5 Memahami Galurkan peristiwa Hijrah sehingga
kronologi terbentuknya Kerajaan Islam Madinah.
Interpretasi Berikan alasan anda untuk menolak tafsiran
orientalis Barat bahawa Hijrah itu pelarian.
Islam bukan berkembang melalui mata
pedang. Jelaskan
Tema 8 Bab 6 Meneroka bukti Tamadun Islam Zaman Umaiyah bertembung
Interpretasi dengan tamadun lain di dunia melalui
perniagaan dan hubungan diplomatik.
Buktikan.
Tema 8 Bab 7 Meneroka bukti Senaraikan bukti-bukti kedatangan Islam ke
Asia Tenggara dari Arab
Tema 8 Bab 8 Meneroka bukti Islam telah mempengaruhi kesenian
penduduk di Malaysia. Buktikan
Tema 9 Bab 9 Memahami Lakarkan garis masa perubahan masyarakat
kronologi Eropah dari Zaman Gelap hingga
Imperialisme.
Interpretasi Berikan alasan anda untuk menolak dakwaan
kedatangan kuasa barat ke Asia Tenggara
sebagai usaha mengembangkan tamadun
mereka di luar Eropah.
Tema 9 Interpretasi Apakah kesan pengenalan undang-undang
Bab 10 tanah oleh British kepada masyarakat
Melayu?

20
Bahan Sejarah 2004

Soalan Bengkel untuk penerapan KPS dalam P&P Sejarah.

Tema 10 Meneroka bukti Buktikan faktor ekonomi mendorong


Bab 1 imperialisme barat ke Asia Tenggara.
(Tingkatan 4) Dasar penjajah barat telah mencetuskan
perasaan tidak puas hati di kalangan
masyarakat Asia Tenggara. Buktikan.
Tema 10 Meneroka bukti Andaikan anda seorang pejuang tempatan
Bab 2 Interpretasi yang menentang British di Perak.
Imaginasi Nyatakan sebab-sebab anda menentang
British.
Buktikan Abdul Rahman Limbong adalah
seorang pejuang tempatan.
Tema 11 Meneroka bukti Buktikan Negeri Sembilan mengamalkan
Bab 3 sistem demokrasi.
Tema 11 Imaginasi Anda merupakan salah seorang tokoh
Bab 4 Meneroka bukti yang menentang Malayan Union. Apakah
cara yang anda gunakan untuk menentang
Malayan Union ?
Tema 11 Meneroka bukti Sistem Ahli penting dalam usaha
Bab 5 berkerajaan sendiri. Buktikan pernyataan
di atas.
Tema 11 Memahami Jelaskan langkah-langkah ke arah
Bab 6 kronologi pembentukan Malaysia.
Tema 11 Meneroka bukti Buktikan perlembagaan negara kita luhur.
Bab 7 Interpretasi
Tema 11 Rasionalisasi Mengapakah Rancangan Malaya Pertama
Bab 8 diperkenalkan?
Tema 12 Meneroka bukti Perang Dunia Kedua berlaku disebabkan
Bab 9 Rasionalisasi rasa tidak puas hati Jerman terhadap
Interpretasi Perjanjian Versailles. Buktikan.
Imaginasi Perang lebih banyak membawa
kemusnahan. Bincangkan.

21
Bahan Sejarah 2004

PEDAGOGI ICT (INFORMATION & COMMUNICATION


TECHNOLOGY) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
SEJARAH

Oleh;
Norsalleh Ngatimin (SM Sains Kota T inggi, Johor)
Sahat Md. Shah (SMK Jalan Kluang, Johor)

1. Pengenalan
ICT adalah salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Sejarah yang inovatif. Aspek pengajarannya boleh melibatkan guru
menggunakan ICT dan aspek pembelajarannya pula boleh melibatkan murid
menggunakan ICT. Penggunaan ICT dalam pembelajaran boleh dikategorikan
kepada empat iaitu tutorial, penerokaan, alat aplikasi dan komunikasi.

2. Apakah ICT (Information & Communication Technology)?


• Teknologi ialah suatu sistem bagi memudahkan manusia memenuhi
keperluannya.
• Maklumat ialah data yang tersusun.
• Komunikasi ialah proses saling menghantar dan menerima maklumat.

3. Di manakah ICT boleh dilaksanakan?


• Bilik darjah.
• Makmal komputer.
• Cyber Cafe.
• Rumah/peribadi.

22
Bahan Sejarah 2004

4. Mengapakah kita menggunakan ICT?


• Meningkatkan kefahaman terhadap pelajaran.
• Memberi peluang pembelajaran yang sama.
• Meningkatkan motivasi.
• Membolehkan pembelajaran kendiri.
• Mengakses maklumat yang sukar diperoleh.
• Mewujudkan suasana pembelajaran seronok dan mencabar.
• Meningkatkan kreativiti dan imaginasi.
• Pembelajaran berkesan dengan b imbingan minimum.
• Meningkatkan kemahiran ICT.

5. Bilakah ICT dilaksanakan?


• Ketika P&P di b ilik darjah.
• Ketika P&P di makmal komputer.
• Di luar P&P sebagai persediaan sebelum P&P.
• Di luar P&P sebagai pengukuhan selepas P&P.

6. Bagaimanakah kita menggunakan ICT dalam pengajaran dan


pembelajaran Sejarah?

a. Penggunaan ICT dalam P&P Sejarah;


• Harus dirancang dengan b aik, dan bukan secara bidan terjun atau
sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.
• Guru mesti menggunakan ICT b ersesuaian dengan kehendak kurikulum
atau untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P.

23
Bahan Sejarah 2004

b. Keperluan yang perlu disediakan;


• Alat (hard technology)
• Sumber (maklumat/data)
• Tatacara (soft technology)

c. Konteks Penggunaan ICT Dalam P&P;


• Aspek Pengajaran (guru menggunakan ICT);
ICT boleh digunakan sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.
• Aspek Pemb elajaran (murid menggunakan ICT).

Penggunaan ICT dalam pembelajaran boleh dikategorikan kepada:


(i) Tutorial
ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk
menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.
Pembelajaran tutorial ini merangkumi:
• Pembelajaran ekspositori iaitu penjelasan terperinci.
• Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan
dikawal urutan babaknya oleh sistem.
• Latihan atau latih tubi yang disampaikan dan dikawal
oleh sistem.
(ii) Penerokaan (eksploratori)
Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT
digunakan sebagai medium untuk:
• mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet.
• mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena
secara simulasi.
• melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya
boleh dikawal oleh murid.

24
Bahan Sejarah 2004

(iii) Alat aplikasi


ICT dikatakan digunakan sebagai alat aplikasi apabila membantu murid
melaksanakan tugasan pembelajaran, dan bukan sebagai mekanisma
penyaluran maklumat P&P.
(iv) Komunikasi
ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan untuk
membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.

7. Contoh gerak kerja

Tajuk : Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan


(Tingkatan 5 Bab 2)

Langkah 1

Murid diminta melihat gambar-gambar pemimpin setempat daripada


laman web http://www.e.tuisyen.com atau CD yang disediakan.

Langkah 2

Reaksi anda (secara lisan) terhadap gambar Dol Said dan Rentap yang
dimuat turun daripada laman web http://www.e.tuisyen.com atau CD yang
disediakan.

25
Bahan Sejarah 2004

1 Dol Said;
1. Suka (bulatkan jika anda setuju)
2. Bangga (bulatkan jika anda setuju)
3. Benci (bulatkan jika anda setuju)
Reaksi lain:
4. _______________________________
5. _______________________________

2 Rentap;
1. Suka (bulatkan jika anda setuju)
2. Bangga (bulatkan jika anda setuju)
3. Benci (bulatkan jika anda setuju)
Reaksi lain:
4. _______________________________
5. _______________________________

Langkah 3

Setiap murid dikehendaki mengumpulkan maklumat tentang Dol Said dan


Rentap berkaitan;
• lokasi
• sebab penentangan
• cara penentangan
• tindak balas penjajah British

26
Bahan Sejarah 2004

Daripada laman Web berikut;


http://www.malaccacom.net.my/malay/tempat_menarik/DolSaid.htm dan
http://members.tripod.com/~PKPMSM1/sejarah20c.html

Aspek Dol Said Rentap

1 Lokasi; N____________ Ulu Sungai ___________

2 Sebab 1. Mempertahankan 1. Menganggap orang


penentangan; lanun

2. Mengenakan 2. Menganggu cara


tradisional

3 Cara 1.Perang 1931 1. Serang


penentangan; Menang/Kalah

2.Perang 1932 2.Berundur ke


Menang/Kalah

4 Tindak balas 1. Dibawa 1.Kubu dan rumah


British; ke di

27
Bahan Sejarah 2004

Langkah 4

Beberapa orang murid diminta membentangkan laporan hasil dapatan


mereka.

Langkah 5 (Pengukuhan)

Guru merumuskan hasil laporan dapatan murid dan meminta murid


membuat penambahan maklumat yang terkandung dalam buku teks.

28
Bahan Sejarah 2004

THEORY OF CONSTRAINTS FOR EDUCATION (TOCFE)


DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH:
SATU PENDEKATAN INOVATIF

Oleh;
Wan Nik Muda (SMK Lela Segara, Marang)
Wan Ruslim Ismail (SMK Bahang, K. Kinabalu)

1. Pengenalan
Theory of Constraints (TOC) adalah salah satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang inovatif daripada perspektif guru dan murid. Teknik ini
dapat “menghidupkan” pengajaran dan pembelajaran sejarah sekaligus
meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran ini.

2. Apakah TOC?
TOC adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir
dan penyelesaian masalah berdasar pemikiran yang logik dan sistematik.
Teknik ini adalah sebagai satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan murid. Rumusan kepada apa yang dimaksudkan dengan TOC
adalah sebagaimana berikut;

Theory of Constraints for Education

Satu Teknik Pengajaran danPembelajaran


Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah

Pemikiran logik Mudah dan konkrit Cara sistematik

Pemikiran kr itis dan kreatif Sesuai untuk semua peringkat pelajar

29
Bahan Sejarah 2004

3. Kelebihan TOC
Menerusi perlaksanaan teknik TOC dalam pengajaran dan pembelajaran, murid
dan guru berupaya;
• mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
• menyelesaikan masalah dengan berkesan.
• membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama.
• berkomunikasi dengan baik dan
• memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.
Melalui aplikasi teknik TOC, tiga kemahiran dapat digabungjalinkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran iaitu;
• kemahiran berfikir secara kritis
• kemahiran berfikir secara kreatif
• kemahiran generik

4. Aplikasi TOC dalam pendidikan


Dalam pendidikan, teknik TOC boleh diaplikasikan menerusi;
• kandungan kurikulum.
• pengajaran dan pembelajaran konsep.
• membuat keputusan berkaitan dengan permasalahan pembelajaran.
• perancangan strategik untuk mencapai matlamat.

Cadangan kaedah penggunaan teknik TOC dalam pendidikan adalah


sebagaimana berikut;
• sesi bercerita ( pemahaman konflik dan cara watak membuat
keputusan).
• kajian kes ( modifikasi kelakuan dan tingkah laku, pembelajaran nilai
murni dan kerohanian).
• Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran ( kemahiran berfikir dan
perancangan strategik).

30
Bahan Sejarah 2004

5. Teknik dalam TOC


Dalam pendidikan terutamanya pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Sejarah, terdapat tiga teknik TOC yang boleh diaplikasikan iaitu;
• Teknik Awan ( The Cloud )
• Teknik Sebab dan Akibat ( Logic Branch )
• Teknik Penyelesaian Masalah ( Prob lem Solving )

5.1 Teknik Awan ( The Cloud )


Teknik ini memikirkan tentang sesuatu kejadian, idea, situasi dan
penyelesaian konflik yang bertentangan kehendak. Konflik yang hendak
diselesaikan mungkin berbentuk konflik internal yang hanya melibatkan satu
pihak sahaja atau konflik eksternal yang melibatkan dua pihak.

Aspek-aspek yang perlu diberikan penekanan dalam melaksanakan teknik awan


dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah ialah;
• Kehendak (dua kehendak yang saling bertentangan yang
mewujudkan konflik).
• Keperluan (apa yang hendak dicapai berdasarkan kehendak).
• Anggapan (penentu kepada cara untuk memenuhi keperluan yang
berdasarkan kehendak).
• Matlamat bersama (matlamat yang hendak dicapai berdasarkan
keperluan).
• Penyelesaian ‘Win-Win’ ( penyelesaian yang dibuat supaya kedua-
dua keperluan dan matlamat bersama berjaya dicapai).

Dalam usaha menyelesaikan konflik, hanya satu kehendak sahaja yang dicapai
atau diperolehi. Penyelesaian ‘win-win’ diberikan oleh pelajar berdasarkan
pemikiran yang logik dan sistematik agar kedua-dua keperluan yang menjurus
kepada matlamat bersama boleh dicapai.

31
Bahan Sejarah 2004

ANGGAPAN:

KEHENDAK
KEPERLU D1
AN

MATLA
MAT
KEPERLUAN
C KEHENDAK
D2

Penyelesaian ‘win-win’: ANGGAPAN

5.2 Teknik Sebab dan Akibat (Logic Branch)

Teknik ini menerangkan bagaimana sesuatu tingkah laku, idea atau kejadian
mengakibatkan kesan-kesan berikutnya. Murid mampu menerangkan urutan
perkara-perkara penting dengan cara hubungan yang logik. Murid juga mampu
mengenalpasti hubungan sebab dan akibat dengan cara yang berfokus menerusi
permulaan tindakan yang berentet-rentet.

Penekanan yang perlu diberikan ketika melaksanakan teknik sebab dan akibat
dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah termasuklah;
• Memahami teks atau maklumat yang diberikan.
• Mengenal pasti objektif pengajaran dan pembelajaran (what to learn).
• Menentukan titik tolak atau permulaan peristiwa (the b egining event).
• Mengenalpasti perkara-perkara penting yang terkandung dalam teks.

32
Bahan Sejarah 2004

• Menyusun perkara-perkara tersebut mengikut turutan yang bermula


dengan titik tolak peristiwa.
• Mengemukakan maklumat yang menyokong perkara-perkara penting
(anggapan antara sebab dan akibat) yang memperkembangkan
“higher-order thinking”.

Jadi………(akibat)

Sekiranya…..(se bab) Dan….(penerangan)

The Beginning Event Anggapan

5.3 Teknik Penyelesaian Masalah (Problem Solving)

Teknik penyelesaian masalah adalah satu teknik pengajaran yang bertujuan


untuk memberi peluang dan ruang kepada pelajar lebih produktif dan
bertukar pandangan dalam usaha untuk menyelesaikan persoalan yang
dikemukakan kepada mereka. Teknik ini boleh digunakan bagi merancang
langkah-langkah dengan sistematik secara kolaboratif untuk menghadapi dan
mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

Matlamat tidak akan dapat dicapai jika cabaran-cabaran yang menghalang


pencapaian matlamat tidak diatasi terlebih dahulu. Dari itu langkah-langkah yang
dikemukakan adalah langkah-langkah yang mampu mengatasi cabaran.

33
Bahan Sejarah 2004

Kelebihan teknik penyelesaian masalah ialah;


• membolehkan murid bertanggungjawab ketika mengemukakan
langkah-langkah untuk mengatasi cabaran ke arah pencapaian
matlamat.
• membina semangat berpasukan untuk mencapai matlamat melalui
motivasi kemahiran perancangan strategik yang melibatkan
persetujuan ahli pasukan.

Terdapat beberapa langkah yang perlu diberikan perhatian ketika melaksanakan


teknik penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah.
Antaranya;
• mengenal pasti matlamat yang diingini dan matlamat tersebut mestilah
jelas.
• Mengenal pasti cabaran-cabaran yang akan dihadapi sebelum
pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.
• Mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi
cabaran.
• Menyusun langkah-langkah untuk mengatasi cabaran mengikut
keutamaan.

34
Bahan Sejarah 2004

Tajuk:

Matlam at:

Cabaran Langkah Atasi Cabaran Keutamaan

6. Aplikasi TOC dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah


6.1 Teknik Awan
i. Berpandukan teks, pelajar terlebih dahulu mengenalpasti konflik yang
wujud.
ii. Kenalpasti keperluan yang berdasarkan kehendak yang mencetuskan
konflik.
iii. Murid mempertimbangkan anggapan tertentu.
iv. Kenal pasti pula matlamat bersama.
v. Murid akan mencari penyelesaian ‘win-win’ ke arah tercapainya matlamat
bersama.
Berdasarkan buku teks di muka surat 148, Filipina telah menentang penyertaan
Sabah ke dalam Malaysia kerana mendakwa Filipina adalah hak mereka
berdasarkan fakta sejarah yang menunjukkan Sabah suatu ketika dahulu dimiliki
oleh Kesultanan Sulu. Wujud konflik antara kerajaan Tanah Melayu yang ingin
memasukan Sabah ke dalam Gagasan Malaysia sebaliknya Filipina menentang
kemasukan Sabah.

35
Bahan Sejarah 2004

ANGG AP AN:
Sabah Bersetuju Menyertai
Malaysia

P enyatuan Penyertaan
P entadbiran Sabah

K.Tanah Melayu

K.Filipina
Kestabilan Politik

Berpeluang Menolak
Menikmati Sumber Penyertaan Sabah
Ekonomi Sabah

Penyelesaian Win-Win:
ANGG AP AN:
1. Penubuhan Malaysia Sabah Milik Kesultanan
Sulu
2. Rapatkan Hubungan melalui
MAPHILINDO

6.2 Teknik Penyelesaian Masalah

i. Murid mengenal pasti matlamat yang hendak dicapai dengan


berpandukan kepada teks yang dikemukakan.
ii. Murid mengenal pasti pula cabaran-cabaran yang menghalang
pencapaian matlamat.
iii. Kemudian murid mencari langkah-langkah untuk mengatasi cabaran
supaya matlamat dapat dicapai.

Contoh aplikasi Teknik Penyelesaian Masalah dalam pengajaran dan


pembelajaran mata pelajaran sejarah berdasarkan intisari teks di muka surat
119-121.

36
Bahan Sejarah 2004

Tajuk : Pakatan Murni Pra-Perikatan (Sejarah Malaysia)

Usaha-usaha ke arah Pakatan Murni

1. Penubuhan Jaw atankuasa Perhubungan Antara Kaum (CLC) yang


pada aw alnya dianggotai oleh dua kaum terbesar di Tanah Melayu
iaitu kaum Melayu dan Cina yang kemudian dianggotai w akil
daripada kaum Melayu, Cina, India, Sr i Lanka, Serani dan Eropah.

2. Kerjasama kaum yang ber mula dengan kerjasama antara kaum


Melayu dan Cina menerusi UMNO dan MCA.

3. Dato’ Onn merasakan perpaduan kaum adalah penting ke arah


kemerdekan Tanah Melayu dan mencadangkan supaya keahlian
UMNO dibuka kepada bukan Melayu tetapi mendapat kecaman
hebat daripada masyarakat Melayu.

4. Dato’ Onn meletakkan jaw atannya dalam UMNO dan menubuhkan


Parti Kemerdekaan Malaya (Independent Malayan Party - IMP) yang
berkonsepkan kerjasama antara kaum dalam satu parti.

5. Konsep perpaduan yang dikemukakan oleh Dato’ Onn atas


kesedaran bahaw a orang Melayu bukan lagi rakyat tunggal Tanah
Melayu.

6. IMP menemui kegagalan kerana tidak mendapat sokongan daripada


kaum Cina dan India yang seterusnya memaksa Dato’ Onn
menubuhkan Parti Negara juga menemui kegagalan.

7. Ditubuhkan Persidangan Nasional dengan tujuan untuk mencapai


kerjasama politik bagi mengurangkan perasaan perkauman di
kalangan penduduk Tanah Melayu.

8. Kerjasama antara parti politik dalam Konvensyen Nasional yang


dianjur kan bersama oleh UMNO dan MCA telah menjadi titik tolak
kepada kerjasama antara kaum atau Pakatan Murni yang menjadi
asas kepada penubuhan Parti Perikatan.

37
Bahan Sejarah 2004

Tajuk: Pakatan Murni pra-Perikatan


Matlamat: Perpaduan kaum.
Cabaran:
1. Tidak wujud kerjasama antara kaum-kaum
2. Kemunculan parti berasaskan kaum
3. Cadangan Dato’ Onn tidak diterima
4. Usaha ke arah kerjasama politik
5. Mahu kekalkan parti berasaskan kaum

Matlamat: Perpaduan Kaum

Cabaran Langkah atasi Cabaran Keutamaan

1. Tidak wujud - penubuhan Jawatan Kuasa


kerjasama antara Perhubungan Antara Kaum.
kaum.
2. Kemunculan parti - Dato’ Onn cadangkan membuka
berasaskan kaum keahlian UMNO kepada bukan
Melayu supaya wujud satu parti yang
dianggotai pelbagai kaum.
3. Cadangan Dato’ Onn - Dato’ Onn letak jawatan dalam
tidak diterima. UMNO dan menubuhkan IMP parti
politik pelbagai kaum.
4. Tiada usaha ke arah - menganjurkan Konvensyen Nasional
kerjasama politik. yang berjaya mewujudkan asas
kepada Pakatan Murni.
5. Setiap kaum mahu - ditubuhkan Parti Perikatan iaitu
kekalkan parti sebuah parti hasil daripada gabungan
berasaskan kaum. parti-parti yang berasaskan kaum.

38
Bahan Sejarah 2004

6.3 Teknik Sebab dan Akibat

i. Murid mengumpulkan maklumat-maklumat atau fakta-fakta penting


berkaitan dengan tajuk.
ii. Murid mengenalpasti maklumat-maklumat penting berkaitan dengan tajuk
yang dikemukakan.
iii. Murid menyusun maklumat atau fakta tersebut secara berurutan dengan
mengambil kira sebab dan akibat sesuatu peristiwa.
iv. Maklumat-maklumat tersebut dimuatkan dalam grafik yang disediakan
oleh guru.

Maklumat daripada petikan teks muka surat 33-34 yang tidak tersusun mengikut
urutan untuk aplikasi Teknik Sebab dan Akibat.

Tajuk: Perjuangan Rentap menentang James Brooke di Sarawak

Per istiw a-peristiw a perjuangan Rentap

1. Rentap bertindak menyerang kubu James Brooke Nanga Skrang.

2. Tentera James Brooke berjaya mengalahkan Rentap di Bukit Sadok.

3. Rentap berundur ke Ulu Sungai Entabai.

4. James Brooke menyerang perkampungan Rentap.

5. James Brooke bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang


yang dianggap lanun.

6. Per juangan Rentap menjadi lemah.

7. Rentap berjaya mengusir James Brooke dari Nganga Srang.

8. James Brooke berjaya mengalahkan Rentap.

9. Rentap berundur ke Bukit Sadok.

Titik tolak atau permulaan : James Brooke menghapuskan orang Iban di


Sungai Skrang.

39
Bahan Sejarah 2004

Maklumat penting (mengikut urutan);

1. James Brooke bertindak menghapuskan orang Iban di Sungai


Skrang yang dianggap lanun.

2. Rentap bertindak menyerang kubu James Brooke Nanga Skrang.

3. James Brooke berjaya diusir.

4. James Brooke menyerang dan membakar perkampungan Rentap.

5. Rentap berundur ke Bukit Sadok.

6. James Brooke menyerang Rentap di Bukit Sadok

7. Rentap berjaya dikalahkan.

8. Rentap berundur ke Ulu Sungai Entabai.

9. Perjuangan Rentap menjadi lemah.

40
Bahan Sejarah 2004

Carta Sebab dan Akibat : Penentangan Rentap

Penentangan Rentap
semakin lemah

Rentap berundur
ke Ulu Sungai
Rentap berjaya
dikalahkan

James Brooke menyerang


Rentap di Bukit Sadok

Rentap dan pengikut berundur ke Bukit Sadok

James Brooke bertindak membakar


perkampungan Rentap

James Brooke berjaya


diusir

Rentap menyerang pasukan


James Brooke di Kubu Nanga
Skrang

James Brooke bertindak menghapuskan


orang Iban di Sungai Skrang

(Titik Permulaan – The Beginning Event)


anggapan Sebab ………akibat anggapan

41
Bahan Sejarah 2004

7. Kesimpulan

Menerusi kaedah TOC pelajar dapat menguasai dan mengaplikasikan kemahiran


berfikir dan penyelasaian masalah berdasarkan pemikiran yang logik dan
sistematik. Di samping itu setiap keputusan yang dibuat oleh murid untuk
menyelesaikan sesuatu masalah adalah dibuat dengan bertanggungjawab dan
secara kolektif. Menerusi kaedah TOC juga, murid mampu berkomunikasi
dengan baik .

Bibliografi

Abdul Rahim Abdul Rashid, 2000. Panduan Latihan Mengajar, Kuala Lumpur,
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khaw Poh Seng, 2001. Kemahiran Berfikir dan Berkomunikasi TOC;Satu Teknik
Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Berfikir dan Penyelesaian Masalah,
Kuala Lumpur, Pusat Perkembangan Kurikulum.

Website TOC for Educations:http://www.tocforeducation.com

42
Bahan Sejarah 2004

GERAK KERJA

Sediakan sebuah rancangan pengajaran berfokuskan kemahiran TOC dan


menggabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran lain yang difikirkan sesuai.

1. Berdasarkan salah seorang tokoh pejuang tempatan di bawah,


rancangkan satu rancangan pelajaran dengan berfokus kepada
kemahiran TOC teknik Sebab dan Akibat.
Tokoh:
i. Penghulu Dol Said
ii. Mat Salleh
iii. Dato’ Maharaja Lela
iv. Yam Tuan Antah
v. Tok Janggut
vi. Haji Abdul Rahman Limbong
(rujuk buku teks Tingkatan 5 muka surat 31 – 44)

2. Berdasarkan peristiwa sejarah di bawah, selesaikan konflik yang wujud


dan kemukakan penyelesaian ‘win-win’ supaya matlamat bersama berjaya
dicapai.

43
Bahan Sejarah 2004

Peristiwa Sejarah:
i. Konflik antara Dato’ Onn Jaafar dengan pemimpin Melayu lain
berkaitan cadangan membuka keahlian UMNO kepada bukan
Melayu ke arah perpaduan kaum di Tanah Melayu. (Teks Ting. 5
m.s. 120 – 121)
ii. Konflik dalaman Raja Thai dalam usaha untuk mengekalkan
kemerdekaan Thailand samada untuk menerima penasihat Barat
ataupun tidak. (Teks Ting. 5 muka surat 22)
iii. Mana-mana tajuk yang difirkan sesuai daripada Teks Tingkatan 4
dan Tingkatan 5.
3. Berdasarkan fakta-fakta dan peristiwa sejarah, kemukakan langkah-
langkah untuk mengatasi cabaran ke arah pencapaian matlamat.

Peristiwa atau fakta sejarah:


i. Kegemilangan Islam semasa pemerintahan Khalifah Saidina Abu
Bakar al-Siddiq. (Teks Tingkatan 4 m.s. 144-146)
ii. Matlamat pembentukan Malaysia (teks Tingkatan 5 m.s. 149 – 152)
iii. Pencapaian matlamat Wawasan 2020 (teks Tingkatan 5
m. s. 219 – 222)
iv. Perkembangan perusahaan perladangan getah di Tanah Melayu.
(teks Tingkatan 4 m.s. 247 - 250)
v. Mana-mana tajuk daripada Tingkatan 4 dan 5 yang difikirkan
sesuai.

44
Bahan Sejarah 2004

EXPERIENTIAL ACTIVITIES PLANNER (EAP)

Oleh;

Hjh. Haznah Hamzah (Kolej Islam Alam Shah, Klang)


Mohd. Rozi Ibrahim (SM Sains T engku Jaafar, K. Pilah)
Abd. Rahim Salmah (SMK Pekan Nenas, Johor)

Apakah yang anda faham tentang EAP ?


EAP - Experiential Acti vities Planner

EAP ialah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan


perkongsian idea, strategi dan pendekatan Multiple Intelligences (MI) .

5 Aspek Pembelajaran EAP

• Belajar dengan gembira


• Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
• Pembelajaran Koperatif(CL)
• Penglibatan komuniti
• Proses pembelajaran individu dan kecerdasan pelbagai (MI)

45
Bahan Sejarah 2004

Bagaimana EAP digunakan dalam P & P

Prosedur Perkembangan Eap Untuk Pengajaran


• Analisis kandungan tema. Contoh Peta minda
• Pilih topik atau tajuk
• Tentukan hasil pemelajaran
• Menyoal tentang tajuk dan topik
• Rancangan menggunakan EAP
• Persediaan media rangsangan dan bahan bantu mengajar
• Raptai
• Demonstrasi pengajaran di bilik darjah
• Penilaian

Modul Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah

Aplikasi EAP Dalam Pengajaran & Pembelajaran

Arahan.

Langkah 1
• Guru masuk ke kelas dengan berselendangkan bendera Malaysia.
• Guru meminta respon murid dan mengaitkannya dengan peri
pentingnya menghormati bendera Malaysia sebagai salah satu
lambang negara.

Langkah 2
• Guru bertanyakan kepada murid, bagaimana mewujudkan perpaduan
dan keharmonian sedangkan rakyat di Tanah Melayu ketika itu terdiri
daripada berbilang bangsa dan agama.

46
Bahan Sejarah 2004

Langkah 3
• Secara sumbang saran murid diminta memberi pelbagai pandangan
tentang cara untuk mengukuhkan persefahaman dan perpaduan.

Langkah 4
• Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan. 2 kumpulan akan
membincangkan tajuk Jata Negara, 2 kunpulan lagi membincangkan
tajuk bendera kebangsaan dan 2 kumpulan untuk lagu kebangsaan.

Gerak Kerja Kumpulan

Jata Negara.
1. Secara individu dalam 2 kumpulan murid dikehendaki mewarnakan
Jata Negara berpandukan maklumat dalam buku teks.
2. Guru menyenaraikan tema-tema penting pada papan putih dan
kemudian meminta murid menghuraikan tema-tema berpandukan buku
teks.

47
Bahan Sejarah 2004

Tema-Tema Penting:-
TEMA TAFSIRAN
JALUR

WARNA

POKOK MELAKA

BUNGA RAYA

HARIMAU

COGAN KATA

BULAN

BINTANG

POKOK PINANG

KERIS

48
Bahan Sejarah 2004

3. Sebagai pengukuhan murid diminta melengkapkan tema dengan


tafsiran berdasarkan kad-kad yang disediakan oleh guru.

Contoh Kad.

TEMA TAFSIRAN
KERIS

Melambangkan negeri Melaka

BULAN

Pecahan bintang melambangkan gabungan 14 buah negeri

COGAN KATA
Harimau melambangkan keberanian

BUNGA R AYA
Empat jalur di tengah perisai melambangkan negeri Perak,
Selangor, Pahang dan N.Sembilan

WARN A

4. Guru merumuskan semua tema dan tafsiran pada Jata Negara.

49
Bahan Sejarah 2004

BENDERA

Arahan.

1. 2 kumpulan lain dibekalkan dengan bendera Malaysia .


2. Beberapa orang murid diberikan peranan mengikut warna dan ciri
pada bendera Malaysia serta menerangkan tafsirannya. (M. S. :189)

MERAH KUNING

BIRU
PUTIH

JALUR BINTANG

BULAN
S ABIT

50
Bahan Sejarah 2004

3. Sebagai pengukuhan murid –murid lain diminta secara rawak


menjelaskan semula tafsiran tema .

4. Guru mengedarkan lirik lagu ‘Benderaku’kepada semua murid dan


meminta murid menyanyikannya bersama-sama.

51
Bahan Sejarah 2004

Kaedah Belajar Sambil Main.

Oleh;
Endra Devi Supiah Panadam (SMK Dato’ Mohd. Reza, N. Sembilan)
Che Nasir Che Husin (SMK Putera, K. Bharu, Kelantan)

Masalah yang sering dihadapi oleh guru untuk melaksanakan P&P Sejarah ialah;
• Murid tidak minat Sejarah.
• Murid sukar mengingati fakta Sejarah.
• Murid rasa tertekan untuk belajar Sejarah.
• Murid rasa bosan mempelajari Sejarah
• Murid tidak membawa buku teks
• Murid bosan dengan teknik guru berceramah.

Langkah terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mengajak murid
bermain, dengan bermain mereka akan dapat menguasai(mempelajari) apa yang
dimainkan dalam suasana seronok. Suasana ini wujud kerana sikap untuk
menang sememangnya lahir dalam diri setiap pemain.

Kelebihan belajar sambil bermain;


• Seronok
• Murid belajar tanpa menyedari mereka belajar
• Tiada tekanan
• Berusaha untuk menang
• Dapat menghafal fakta secara tidak langsung.

Salah satu kaedah belajar sambil bermain ialah Kad Bertema.

Apakah kad?

Merupakan sekeping kertas yang boleh disediakan dalam pelbagai bentuk dan
warna.

Apakah tema?

Satu perkataan yang dipilih untuk mewakili sesuatu isi/huraian.

52
Bahan Sejarah 2004

Contoh

Kedudukan Asia Tenggara begitu strategik kerana terletak di antara


China dan India.

Tema : strategik

Bilakah kaedah ini sesuai digunakan;


• Mengajar tajuk baru.
• Ulangkaji
• Tajuk-tajuk penting untuk peperiksaan
• Tajuk yang berkaitan dengan fator/ciri/kesan/sebab
• Apabila memilih pendekatan gabung tajuk untuk rancangan mengajar.
• Suasana pembelajaran yang tidak kondusif ( panas semasa tengahari dan
selepas waktu P.J)

Bahan Bantuan Mengajar yang diperlukan


• Kad bertema
• Kertas edaran
• Buku teks.

Persediaan sebelum P&P Sejarah


• Pilih tajuk yang sesuai
• Kenal pasti tema
• Sediakan kad tema
• Pastikan jumlah kad sama dengan jumlah murid.

Pelaks anaan Semasa dalam P&P


• Edar kad bertema kepada murid.
• Secara individu, murid dikehendaki mencari isi tema berdasarkan buku
teks.
• Guru mengarahkan murid membentuk pasukan mengikut kad tema yang
sama.
• Murid dalam pasukan berbincang jawapan yang diperolihi
• Wakil pasukan dikehendaki membuat pembentangan
• Guru edar borang tema huraian untuk setiap pasukan
• Murid dikehendaki berbincang dalam pasukan dan mengisi maklumat
dalam borang tema huraian
• Setiap pasukan dikehendaki membentangkannya
• Pasukan lain akan komen dan pantau oleh guru

53
Bahan Sejarah 2004

Pengukuhan
• Guru mengedar borang tema/huraian untuk dilengkapkan oleh setiap
murid.
• Guru akan menghurai perkaitan antara fakta.

Kaedah Belajar Sambil Main (Kad Bertema – Ulangkaji)


Langkah 1
1. Murid dibahagikan kepada beberapa pasukan ( 4 atau 5 orang satu
pasukan)
2. Guru edar jadual ulangkaji

Faktor Faktor Faktor Faktor Pemankin


imperialisme Kemunculan penentangan Nasionalisme
Barat di Asia Nasionalisme di pemimpin di Tanah Melayu
Tenggara Asia Tenggara setempat
di Tanah Melayu

3. Murid dalam pasukan isikan tema dalam jadual di atas dengan merujuk
nota/buku teks ( m/s diberi)
4. Jawapan ditukar sesama pasukan.
5. Guru beri masa untuk pasukan lain buat semakan.
6. Guru edar jawapan .

54
Bahan Sejarah 2004

Langkah 2 (main - ingat tema )

1. Guru edarkan I set permainan kepada setiap pasukan

2. Murid baca arahan permainan dan memulakan permainan

Peraturan Permainan.
Untuk mengingatkan tema (prinsip keluarga)

i. Bilangan pemain – 4 orang


ii. Kad dikocok dan diedarkan kepada semua
pemain
iii. Kad oren bersama satu kad kosong dikocok
dan diletak atas meja. Kad ini dibuka oleh setiap
pemain. Pemain yang dapat kad kosong akan
mula permainan.
iv. Kad oren dikocok sekali lagi dan setiap pemain
akan memilih satu kad oren (tertutup)
v. Pemain pertama akan mula dengan menyemak
kad yang di pegang dengan data di depan / atas
meja. Jika ada tema yang berkaitan kad itu di
simpan. Kad tema yang tidak berkaitan akan di
‘pass’ kepad jiran (pusingan jam).
vi. Pemain yang berjaya kumpul lima tema yang
berkaitan dianggap pemenang.

55
Bahan Sejarah 2004

DATA

Faktor Faktor Faktor Faktor


Imperialisme Kemunculan Pemangkin penentangan
Barat di Asia Nasionalisme Nasionalisme pemimpin
Tenggara di Asia Tenggara di Tanah Melayu setempat di
Tanah Melayu

Bahan Agama Asing Adat

Beban Bias Cetak Eksploitasi

Kuat Birokrasi Jejas Kuasa

Pasaran Intelek Jepun Penaklukan

Strategik Luar Jurang Peraturan

Subur Media Pan

Suez Pengankutan Pendidikan

Telegraf Sastera PKM

Wap Serantau

56
Bahan Sejarah 2004

Langkah 3 ( main - padanan tema dengan huraian)

1. Guru edar kad tema dan huraian kepada setiap pasukan

2. Murid baca arahan permainan dan memulakan permainan

Peraturan Permainan .
Untuk memadankan tema dengan huraian (prinsip padanan)

ii. Kad oren dikocok dan diedar kepad pemain


iii. Kad biru dikocok dan disusun atas meja (tertutup)
iv. Kad hijau dikocok dan disusun atas meja (tertutup)
v. Kad data @ huraian (kuning) bersama tema (diboldkan)
dan diletakan atas meja (terbuka)
vi. Pemain pertama akan buka satu kad hijau dan satu kad
biru. Jika berkaitan dengan tajuk yang dipegang akan
ambil pasangan itu. Jika tidak berkaitan terpaksa
tinggalkan.
vii. Pemain yang dapat pasangan boleh ambil kedua-dua kad
viii. Pemain yang dapat kumpul lima set tema adalah
pemenang.

57
Bahan Sejarah 2004

SKEMA JAWAPAN

Faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara.

Kedudukan Asia Tenggara strategik terletak diantara China dan India

Penduduk yang ramai - penting untuk pasaran

Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah seperti bijih timah

Asia Tenggara memiliki tanah subur sesuai untuk pertanian

Kapal wap telah mempercepatkan perjalanan diantara Barat dengan Timur

Pembukaan Terusan Suez telah memendikan jarak perjalanan antara Barat


denganTimur

Penciptaan Telegraf telah memudahkan perhubungan

Kuasa Barat yang mempunyai tanah jajahan yang banyak di anggap kuat

Slogan “Beban Orang putih” sering digunakan oleh kuasa Barat untuk
menjalankan penjajahan

58
Bahan Sejarah 2004

Faktor Nasionalisme di Asia Tenggara

Sistem Birokrasi Barat tidak memberikan peluang yang sewajar kepada rakyat
tempatan

Agama telah menjadi alat menyatuan rakyat untuk menentang penjajah

Karya kesusasteraan telah digunakan oleh pemimpin untuk membangkitkan


semangat nasionalisme di kalangan rakyat

Penjajah menjalankan dasar yang bias terhadap penduduk tempatan terutama


dalam Pendidikan

Kemunculan golongan intelek yang menjadi pemimpin nasionalis

Media cetak telah digunakan oleh pemimpin nasionalis untuk menyebarkan ide-
ide nasionalis – akhbar, novel, majallah

Kemudahan sistem pengangkutan telah mempercepatkan pergerakkan para


nasionalis

Pengaruh luar seperti kejayaan Jepun mengalahkan Rusia telah membuka mata
nasionalis tempatan menentang Barat

59
Bahan Sejarah 2004

Faktor penentangan pemimpin setempat di Tanah Melayu

Dasar penaklukan British di negeri-negeri Melayu telah menimbulkan


kemarahan pemimpin tempatan

British memperkenalkan beberapa peraturan baru yang membebankan rakyat

Campur tangan British dalam adat resam tempatan telah menimbulkan


kemarahan penduduk setempat

Pemimpin setempat kehilangan kuasa kerana diambil alih pihak British

Pihak penjajah telah mengekploitasi ekonomi penduduk tempatan

60
Bahan Sejarah 2004

Faktor Pemangkin Nasionalisme di Tanah Melayu

British memperkenalkan sistem politik Barat yang telah menjejaskan sistem


politik tradisional

Kemajuan sistem pendidikan telah melahirkan golongan intelek untuk menjadi


pemimpin

Dasar British membawa masuk orang asing untuk menguasai ekonomi telah
menimbulkan persaingan dengan orang tempatan

Pembangunan yang tidak seimbang antara kawasan Bandar dengan kawasan


kampung telah menjarakkan jurang antara kaum

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dengan slogan ‘Kawasan Kemakmuran


Asia’ dan kekejamannya telah menimbulkan semangat nasionalisme

Kekejaman PKM menimbulkan konflik perkauman

Kemunculan mesin cetak telah memudahkan penyebaran ide

Gerakan Pan-Islamic di Timur Tengah telah membangkitkan semangat


nasionalisme

Kesedran politik serantau terutama di Indonesia telah mendorong kebangkitan


nasionalisme di Tanah Melayu

61
Bahan Sejarah 2004

Langkah 4.

Guru edarkan lembaran kerja untuk diisi oleh semua murid.


Tajuk : Nyatakan faktor-faktor yang mendorong imperialisme Barat
di Asia Tenggara.

Tema Huraian

Tajuk : Nyatakan faktor-faktor yang mendorong nasionalisme


di Asia Tenggara.

Tema Huraian

62
Bahan Sejarah 2004

Tajuk : N yatakan sebab-sebab penentangan pemimpin setempat terhadap


British di Tanah Melayu .
Tema Huraian

Tajuk : N yatakan faktor-faktor yang mendorong nasionalisme


di Tanah Melayu.
Tema Huraian

63
Bahan Sejarah 2004

Langkah 5.

Secara rawak guru memilih beberapa murid untuk membaca lembaran kerja
yang di hasilkan.

Latihan Gerak Kerja.

Arahan:

1. Sediakan kad tema untuk tajuk-tajuk berikut.


2. Sediakan satu set permainan dan peraturan
3. Sediakan satu set latihan.

Bab 3 – Tingkatan 4

1. Nyatakan ciri-ciri kerajaan agraria di Asia Tenggara.

2. Nyatakan ciri-ciri kerajaan maritim di Asia Tenggara

Bab 4 – Tingkatan 4.

1. Ciri-ciri masyarakat jahiliyah

Bab 5 – Tingkatan 4.

1. Sebab-sebab hijrah nabi Muhammad S.A.W ke Madinah.

2. Nyatakan kesan-kesan hijrah

64
Bahan Sejarah 2004

Bab 7 – Tingkatan 4

1. Teori dan bukti kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Bab 4 –Tingkatan 5.

1. Sebab-sebab Malayan Union diperkenalkan.

2. Ciri-ciri Malayan Union.

3. Sebab-sebab orang Melayu menentang Malayan Union.

4. Cara –cara orang Melayu menentang Malayan Union.

5. Ciri-ciri PTM.

6. Faktor-faktor pembentukan PTM

Bab 6 – Sejarah Ting 5.

1. Faktor-faktor membawa kepada penubuhan Malaysia.

2. Reaksi pihak-pihak yang terlibat terhadap cadangan gagasan Malaysia.

65

You might also like