You are on page 1of 2

Strategi Pengajaran (Experiential Learning)

Pembelajaran

Melalui

Pengalaman

Pengajaran pembelajaran melalui pengalaman merupakan pengajaran pembelajaran konstruktivis di mana murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif. Strategi pengajaran pembelajaran melalui pengalaman boleh melibatkan salah satu atau beberapa kaedah seperti berikut: Ujikaji (eksperimen) Pemerhatian lapang Lawatan Gambaran berfokus Permainan Pembinaan model Main peranan Simulasi Tinjauan

Kebaikan Murid lebih bersedia untuk memahami apa yang mereka pelajari. Oleh itu mereka akan dapat mengekalkan ingatan tentang pelajaran dalam jangka waktu yang lebih lama. Pengalaman secara hands-on dan minds-on akan dapat memotivasikan murid untuk terus belajar. Strategi ini amat sesuai untuk topik-topik yang melibatkan pembelajaran amali seperti ibadah khusus (besuci, solat dan sebagainya) serta muamalat. Kelemahan Strategi Pembelajaran Melalui Pengalaman merupakan satu strategi yang memakan masa dan melibatkan sumber pembelajaran yang agak pelbagai dan banyak. Seringkali melibatkan usaha yang lebih pada pihak guru seperti membuat persediaan untuk simulasi, ujikaji, lawatan dan sebagainya. Walau agaimanapun, impak pembelajaran melalui

pengalaman ke atas pendidikan menyebabkan ia menjadi salah satu strategi yang menjadi pilihan guru.

You might also like