You are on page 1of 4

PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI PPDBS

PROGRAM PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI

1.0 Pengenalan

Penyeliaan dan pemantauan kurikulum dalam bilik darjah adalah satu proses membantu
guru bagi memperbaiki keberkesanan proses P & P mengikut Glatthorn ( 1984: 2) .
Penyeliaan adalah satu proses yang memudahkan perkembangan professional
seseorang guru, terutamanya dengan memberikan maklum balas mengenai pengajaran
di dalam bilik darjah dan membantu guru supaya menggunakan maklum balas itu untuk
meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Untuk menjalankan penyeliaan dengan lebih berkesan lagi, Kementerian Pelajaran


Malaysia telah mengeluarkan Surat Pekeliling 3 / 1987 yang mewajibkan semua
pengetua / guru besar menjalankan penyeliaan P & P di dalam bilik darjah secara
sistematik. ( Sila rujuk lampiran )

Justeru tujuan pemantauan perlulah difahami oleh guru kerana hanya dengan
kerjasama dan sokongan guru, proses penyeliaan dan pemantauan oleh pihak yang
bertanggungjawab dapat mencapai matlamat yang diarapkan. Menyedari hakikat
tersebut, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah telah
melaksanakan program pemantauan berkualiti mulai tahun 2001.

2.0 Rasional

Pemantauan amat penting dalam sesuatu program. Walau secantik dan seindah mana
sesuatu program, jika tidak dipantau sudah pasti program tersebut tidak berkesan.

3.0 Matlamat

Mewujudkan kecemerlangan akademik di sekolah dalam aspek perancangan P & P.


Proses P & P, prestasi pelajar dan pengurusan bilik darjah. Pencapaian sekolah dalam
peperiksaan awam serta mutu pendidikan dapat dipertingkatkan ke peringkat yang lebih
membanggakan semua warga pendidikan di Negeri Kedah Darul Aman serta cemerlang
dan melepasi peringkat nasional.

4.0 Objektif

4.1 Memantapkan suasana dan proses P & P supaya lebih dinamik,


memberangsangkan dan berkesan.
4.2 Menjadi pelengkap kepada program-program lain terutamanya Sekolah Lima
Bintang Versi 2, Perancangan Strategik Lima Tahun Peningkatan Prestasi
Akademik (2006 – 2010) serta program-program utama Kementerian Pelajaran.
4.3 Mempertingkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam dari segi kuantiti dan
kualiti
4.4 Mempertingkatkan profesionalisme guru-guru dalam P & P melalui penekanan
kursus perkembangan staf

1
PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI PPDBS

5.0 Pelaksanaan Program

5.1 Pihak sekolah menubuhkan jawatankuasa pelaksana.


5.2 Pihak sekolah menyediakan takwim sekolah.
5.3 Menggunakan borang instrumen pemantauan yang bersesuaian (borang PPSMI,
SKPM dll)
5.4 Taklimat kepada semua guru tentang program dan proses pelaksanaan.
5.5 Mendedahkan kepada pemantau (Pengetua, Guru Besar, Penolong-penolong
Kanan, Penolong Kanan Petang, Guru Cemerlang, Guru Kanan Mata Pelajaran
dan Ketua Panitia) mengenai ilmu dan panduan tentang pemantauan yang
berkesan, objektif, matlamat, pengurusan pendidikan sesuatu mata pelajaran
secara am, pendekatan, kaedah,strategi, teknik P & P dan kaedah penilaian.
5.6 Melaksanakan Program Pemantauan Kurikulum Berkualiti dan instrumen
pemantauan direkodkan/failkan secara sistematik.
5.7 Mengadakan sesi refleksi dan penilaian pelaksanaan program.
5.8 Menyedikan laporan lengkap pemantauan yang dibuat.

6.0 Aspek Pemantauan

6.1 Pemantauan Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran (RPP).


Perancangan tahunan bagi sesuatu mata pelajaran perlu disediakan awal tahun
dan rancangan ini mestilah bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar.

6.1.1 Bagi memudahkan pentadbir mengesan tajuk-tajuk pengajaran yang


dibuat maka rancangan tahunan hendaklah disediakan dalam bentuk Carta
Gantt.

6.1.2 Rekod pengajaran hendaklah ditulis mengikut Pekeliling 3/99.


Pemantauan boleh dibuat dari minggu ke minggu atau bulan ke bulan bagi
memastikan rancangan yang tersedia digunakan bagi faedah pelajar. Sekiranya,
apabila dibuat pemantauan, rancangan yang tersedia tidak dapat dijalankan
mengikut masa yang ditetapkan maka guru bertanggungjawab mencari masa
lain agar pelajar mendapat manfaatnya. Contoh borang, jadual dan rekod
pemantauan rujuk Lampiran A1, A2 dan A3)

6.2 Pemantauan Kekerapan Latihan Pelajar

Kekerapan latihan pelajar harus disepadukan agar tugasan yang


diberi dapat dilaksanakan. Contoh jadual dan rekod pemantauan Rujuk Lampiran
B1, B2 dan B3.

6.3 Pemantauan Pengajaran Guru dan Pembelajaran Pelajar ( Pencerapan )

Pemantauan ini mesti dilakukan kepada guru oleh pihak pentadbir. Jadual
pencerapan perlu disediakan sebelum sesi persekolahan bermula. Pencerapan
boleh menggunakan instrumen yang sediada seperti Elemen 9 dalam SKPM.
Selepas pencerapan dibuat, tindak ikut seterusnya mestilah dilakukan. Contoh
jadual pencerapan dan instrumen rujuk Lampiran C1, C2, C3 dan C4.

2
PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI PPDBS

6.4 Pemantauan Prestasi Pelajar

Disamping menggunakan kad kemajuan pelajar, borang pengesanan seperti


lampiran D1 boleh digunakan untuk tujuan rekod dan pemantauan. Berdasarkan
borang ini pemantauan secara berterusan sejak daripada pelajar memasuki
sekolah hingga tamat persekolahan dapat dilakukan. Setiap kali ujian dibuat,
borang akan diisi bagi dan bagi pelajar yang tidak mencapai keputusan yang
diharapkan, pelajar ini harus dipanggil untuk pemulihan dan kaunseling. Rujuk
Lampiran D1, D2 dan D3.

6.5 Pemantauan Bilik Darjah

Bilik darjah yang bersih, tersusun rapi, canti dan ceria mampu merangsang
pembelajaran pelajar di samping menyediakan suasana yang kondusif kepada
pelajar. Oleh itu keseronokan belajar perlu juga diberi keutamaan dan manual
prosedur pengurusan bilik darjah yang tersedia seperti Lampiran E1 boleh
digunapakai bagi tujuan ini. Untul jadual dan rekod sila rujuk Lampiran E2 dan
E3.

7.0 Penutup
Pelaksanaan program ini terbukti dapat membantu dalam aspek penyeliaan kurikulum
sekolah. Dengan adanya instrumen khas dan panduan pemantauan sudah tentu
pelanksanaan pemantauan P & P akan menjadi lebih efisyen dan efektif.

3
PEMANTAUAN KURIKULUM BERKUALITI PPDBS

You might also like