You are on page 1of 2

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Tel : 03-2541522 /2541614


PESIARAN DUTA OFF JALAN DUTA Kawat : “PENDIDIKAN”
50604 KUALA LUMPUR Fax : 03-2541861

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : KP(PPK)018/7/2 Jld.IX (100)
KP(BS)8591/Jld.VIII (80)
Tarikh : 20 Disember 1994

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 11/1994 :


Penggunaan Bahan Tambahan Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Mata Pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4
Dan Sains Tahun 4 Di Sekolah Rendah

Surat Pekeliling ini adalah untuk memaklumkan tentang penggunaan bahan tambahan
dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4 dan Sains
Tahun 4 di sekolah rendah.

2. Pelaksanaan mata pelajaran Kajian Tempatan Tahun 4 dan Sains Tahun 4 di


sekolah rendah dimulakan pada sesi persekolahan 1994/1995.

3. Untuk makluman, buku teks bagi kedua-dua mata pelajaran ini hanya akan sampai
ke sekolah selepas sesi persekolahan 1994/1995 dimulakan. Untuk membantu
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan ketiadaan buku teks, guru-guru boleh
menggunakan bahan tambahan seperti Pukal Latihan Sains Sekolah Rendah (PULSAR),
Buku Contoh Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kajian Tempatan, contoh pengajaran
dan pembelajaran yang telah dihasilkan semasa kursus orientasi peringkat pusat, negeri
dan daerah, serta bahan-bahan lain yang dapat membantu pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan.

4. Sila edarkan Surat Pekeliling ini kepada semua sekolah rendah untuk tindakan
selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NOORDIN)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k 1. Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia

2. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I


Kementerian Pendidikan Malaysia

3. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II


Kementerian Pendidikan Malaysia

4. Timbalan Ketua Setiausaha I


Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Timbalan Ketua Setiausaha II


Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Setiausaha Sulit kepada


Y.B. Menteri Pendidikan Malaysia

7. Setiausaha Sulit kepada


Y.B. Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

8. Semua Ketua Bahagian


Kementerian Pendidikan Malaysia

Diilustrasi kembali oleh Ahmad Faris bin Johan, Unit ICT, Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like