You are on page 1of 22

BACHELOR OF TEACHING (PRIMARY EDUCATION) WITH HONOURS MAJOR IN ENGLISH SEMESTER 3 HBAE1103 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

NAME

: CRISTINA JOHNNY : 781226125338001 : 781226125338 : 012-8661887 : mrskennyfred@rocketmail.com crisfred@oum.edu.my

MATRICULATION NUMBER IDENTITY CARD NUMBER TELEPHONE NUMBER EMAIL

LEARNING CENTRE TUTOR

: OUM TAWAU (TAWAU LEARNING CENTER) : ENCIK ANUAR BIN AHMAD

Cristina Johnny 781226125338001

Perkara 1.0 2.0 3.0 Isi Kandungan Pengenalan Perkaitan Antara Perkembangan Domain-Domain Pembelajaran dengan Matlamat dan Objektif Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 4.0 Domain Kognitif Domain Psikomotor Domain Afektif Domain Kreativiti Domain Sosial Empat Organisasi Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah di Malaysia 4.1 Pemerhatian Secara Aktif 4.1.1 4.2 Gambar Aktiviti Murid

Muka Surat 12 3-4

5 6 7 8 9 10

11 12 12 13 13 14 14 15 16

Interaksi yang Kritis dan Kreatif dengan Alat dan Bahan 4.2.1 Gambar Aktiviti Murid

4.3

Apresiasi Seni Visual Secara Mudah 4.3.1 Gambar Aktiviti Murid

4.4

Menghargai Nilai Baik Dalam Semua Aspek Kehidupan 4.4.1 Gambar Aktiviti Murid

Cristina Johnny 781226125338001

5.0

Pendidikan Seni Visual dan Perkaitannya dengan Perkembangan Kanak-Kanak 17 - 19 19 - 20 21

6.0 7.0

Penutup Rujukan

Cristina Johnny 781226125338001

2.0

Pengenalan

Pendidikan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bermaksud perihal mendidik, memelihara atau melatih secara baik-baik kanak-kanak bermula dari kecil lagi. Menurut ahli falsafah Yunani, Plato pula, pendidikan adalah usaha mengasuh jasmani dan rohani seseorang sehingga mencapai satu tahap yang tertinggi. Manakala menurut Aristotle pendidikan membawa maksud satu usaha untuk menyediakan akal fikiran dengan ilmu pengetahuan. Pendidikan Seni Visual pula, menurut Rousliluddin Ambia, Mohd. Jamel Hj.. Mohd. Taslim Abdul Rahim, et.al, dalam modul HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual, membawa maksud seni tampak yang melibatkan proses penghasilan karya seni dengan melibatkan pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini akan menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Pendidikan Seni Visual dahulunya dikenali sebagai mata pelajaran Pendidikan Seni tetapi ianya telah ditukar kerana terma Pendidikan Seni Visual adalah lebih sesuai. Ini kerana Pendidikan Seni Visual merujuk kepada seni tampak semata-mata dan tidak melibatkan bidang seni lain seperti seni muzik, seni tari, seni sastera ataupun seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah membawa matlamt untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah diharapkan agar murid-murid dapat meningkatkan rasa syukur kepada Tuhan, menghargai alam sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa Malaysia. Adalah diharapkan juga, murid-murid ini di masa akan datang dapat memberi sumbangan kepada pembentukan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Matlamat Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah ini amat selaras dengan matlamat yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yakni, melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Individu yang seimbang ini kelak akan menjadi individu yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

Cristina Johnny 781226125338001

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan akhirnya dapat memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Apabila murid mempelajari Pendidikan Seni Visual sekaligus mereka akan menjadi individu yang dapat membuat pemerhatian secara aktif di mana mereka menjadi lebih perseptif dan lebih celik atau tajam pemikirannya. Murid-murid juga akan mampu memperhalusi pemikiran kritis dan kreatif mereka melalui penggunaan alat dan bahan dan seterusnya penghasilan karya seni. Selain itu, mereka juga akan menjadi individu yang mampu menghargai atau membuat apresiasi seni. Melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual juga, murid-murid akan belajar bagaimana untuk menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan mereka di mana, mereka akan belajar bekerjasama, berdisiplin saling membantu dan berinteraksi dengan baik bukan sahaja dengan alam sekeliling tetapi juga dengan orang-orang di sekeliling mereka. Jelaslah bahawa mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah amat selaras dengan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Penguasaan murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual ini akan mampu melahirkan generasi yang mempunyai ketajaman kognitif, penguasaan psikomotor (terutama motor halus), kedalaman nilai afektif dan pergaulan sosial yang baik.

Cristina Johnny 781226125338001

3.0

Aspek Domain Kognitif, Psikomotor, Afektif, Kreativiti dan Sosial dan Perkaitannya dengan Matlamat dan Rendah Objektif Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah

Siti Hayati Bt. Haji Mohd. Yusoff dalam kajian beliau yang bertajuk Faktor Sosial Budaya Mempengaruhi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual: Strategi dan Pelaksanaan Mengatasi Masalah, berpendapat bahawa pembentukan kurikulum Pendidikan Seni Visual boleh dilihat kepada perkembangan tiga domain utama iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Domain kognitif adalah ilmu tentang kehidupan berdasarkan latar belakang dan pengalaman. Domain afektif pula adalah kebolehan menghasilkan dan menilai seni serta minat dalam menambahkan pengetahuan. Manakala domain psikomotor pula adalah situasi di mana pelajar menggunakan koordinasi mata, tangan dan mental dalam penghasilan karya seni. Walaubagaimanapun, Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah juga mempunyai domain yang lain iaitu domain kreativiti dan domain sosial. Menurut June King Mcfee, kreativiti adalah keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru atau kemampuannya untuk mengolah idea baru. Tidak dapat dinafikan bahawa kanakkanak mempunyai penanggapan yang lebih mendalam kerana mereka lebih imaginatif dan lebih terbuka kepada idea-idea baru. Jika daya kreativiti ini dipupuk dari awal, maka kanak-kanak ini akan menjadi individu yang bijak suatu hari nanti. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sosial bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat atau semangat kemasyarakatan melalui pergaulan dan sikap mengambil berat antara ahli-ahli masyarakat. Perkaitan antara domain-domain ini dengan matlamat dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual saya tunjukkan dalam peta minda 3.0(a) di bawah;

Cristina Johnny 781226125338001

3.0(a) Perkaitan Antara Perkembangan Domain-Domain Pembelajaran dengan Matlamat dan Objektif Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah
Objektif Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah 1) Menghargai alam ciptaan Tuhan. (Domain Afektif) 2) Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan. (Domain Kognitif/Domain Kreativiti) 3) Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera. (Domain Kreativiti) 4) Mengenali asas seni reka dan olahan serta menggunakannya.(Domain Psikomotor) 5) Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual. (Domain Psikomotor) 6) Membiasakan diri membuat rekaan (Domain Psikomotor/ Domain Kognitif) 7) Memupuk nilai-nilai kerjasama, (Domain Sosial/ Domain Afektif) yakin seni dengan teratur, cermat dan selamat.

diri,

disiplin

diri

dan

bertanggungjawab.

8) Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanahair. (Domain Sosial/Domain Afektif) 9) Menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual. (Domain kognitif) 10) Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah. (Domain Sosial)

Matlamat Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah - Melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Cristina Johnny 781226125338001

3.1

Domain Kognitif

Domain Kognitif yang diperkembangkan melalui Pendidikan Seni Visual akan dapat membantu mempertajamkan persepsi, pemikiran dan penaakulan murid-murid dari hari ke sehari. Murid akan menggunakan minda mereka semasa menghasilkan sesuatu karya seni yang berkualiti. Murid akan berfikir secara kritis apabila mempertimbangkan aspek-aspek yang perlu dibuat dalam menyiapkan hasil seni mereka. Misalnya, semasa mereka sedang melukis benda maujud, mereka perlu berfikir, bagaimana mahu membuat tona warna yang sesuai supaya lukisan mereka kelihatan wujud. Pemikiran murid juga dapat dipertajamkan apabila mereka belajar menggunakan alat-alat seni dengan betul, cermat dan berdisiplin. Murid-murid perlu menggunakan minda mereka untuk menghasilkan karya seni mereka dengan teratur dan betul bermula dari penyediaan alatan, penggunaannya dan pembersihan tempat berkarya setelah hasil seni selesai dibuat. Penggunaan teknologi terkini bagi membuat karya seni juga akan menajamkan minda murid kerana mereka tentunya perlu belajar bagaimana menggunakan teknologi tersebut. Sebagai contoh, penggunaan teknologi komputer dalam penghasilan poster seperti yang ditulis oleh Azimah A. Samah, dalam hasil kajian beliau bertajuk Keberkesanan Aplikasi Teknologi Komputer Dalam Aktiviti Penghasilan Karya Seni. Beliau mengatakan bahawa adalah wajar menggunakan teknologi dalam penghasilan karya seni dan ianya membantu murid meningkat tahap penguasaan mereka dari aspek interpretasi, gubahan, warna dan kreativiti. Murid yang tajam domain kognitifnya akan mampu menjadi insan yang berfikiran kritis dan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat sebagaimana yang digariskan dalam matlamat Pendidikan Seni Visual.

Cristina Johnny 781226125338001

3.2

Domain Psikomotor

Psikomotor bermaksud pergerakan anggota fizikal atau keupayaan mengawal dan manggunakan anggota badan dalam melakukan sesuatu aktiviti. Menurut Merrieubuor pula, psikomotor adalah kemahiran melihat apa yang perlu dilakukan dan dilaksanakan. Menurut Laura Chapman, Pendidikan Seni haruslah boleh menerapkan latihan yang boleh melatih kemahiran psikomotor untuk membuat pernyataan mengenai seni dan meningkatkan keupayaan seseorang sebagai penggiat atau peminat seni. Domain ini dapat dipertingkatkan melalui Pendidikan Seni Visual apabila murid-murid mengenali dan mempelajari asas seni reka serta olahannya dan seterusnya mengaplikasikannya dalam menghasilkan karya. Ini adalah kemahiran motor halus yang amat penting digunakan oleh murid untuk menghasilkan karya seni. Koordinasi mata, tangan dan semua anggota badan lain yang diperlukan akan menjadi semakin cekap apabila mereka menghasilkan semakin banyak karya seni. Kemahiran psikomotor yang semakin baik juga akan dapat dilihat daripada penghasilan hasil karya seni yang cermat, teratur dan berdisiplin. Ini menunjukkan bahawa murid sudah tahu menggunakan koordinasi mata dan anggota tubuh badan mereka yang lain untuk menghasilkan karya yang terbaik. Murid yang menguasai aspek domain psikomotor dengan baik akan dapat menghasilkan karya secara produktif seperti yang digariskan dalam matlamat Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah.

Cristina Johnny 781226125338001

3.3

Domain Afektif

Salsabila Tang Abdullah dalam kajian beliau bertajuk Persepsi Guru Seni Terhadap Pelaksanaan Objektif Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah di Sekolah Menengah di Kawasan Merlimau Melaka, memetik pendapat Iberahim Hassas (2001) bahawa aspek afektif dalam Pendidikan Seni Visual adalah aspek yang berkaitan dengan nilai, sikap, minat, keprihatinan, pertimbangan, menghargai warisan dan mempunyai sahsia yang baik. Domain afektif ini boleh dipertingkatkan melalui pencapaian objektif Pendidikan Seni Visual yang pertama iaitu menghargai warisan ciptaan Tuhan. Murid menggunakan hasil-hasil ciptaan Tuhan bukan sahaja sebagai sumber inspirasi tetapi juga sebagai alatan dalam menghasilkan karya seni. Sebagai contohnya, murid akan menggunakan benda-benda maujud seperti buah-buahan tempatan, pemandangan malah manusia untuk dilukis. Selain daripada itu, murid juga sering menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti daun-daun pokok, hirisan bawang dan keratan batang pisang sebagai alat untuk membuat capan. Sekaligus, murid-murid akan sedar betapa indahnya warisan ciptaan Tuhan. Domain afektif murid-murid juga akan dapat dipertingkatkan apabila mereka mempelajari nilai-nilai yang baik seperti disiplin, kerjasama dan cermat seterusnya mengaplikasikan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan mereka seharian. Apabila aspek domain afektif murid-murid semakin baik, maka matlamat Pendidikan Seni Visual yakni, meningkatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan, menghargai alam sekitar dan warisan bangsa dapat dicapai.

Cristina Johnny 781226125338001

3.4

Domain Kreativiti

Siti Hayati Mohd. Yusoff dalam hasil tulisan beliau di dalam blog yang boleh dicapai di http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/, memetik pendapat Norwegia Gunvor Rand, yang mengatakan bahawa kreativiti bermaksud proses di mana seseorang individu akan mencari produk baru atau asli yang bersifat sebagai konkrit atau abstrak sebagai hasil dari kemampuan dan pengalaman peribadi serta interaksinya dalam lingkungannya. Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah sememangnya dapat mempertingkatkan domain kreativiti murid, kerana murid pada peringkat kanak-kanak mempunyai imaginasi yang tinggi. Mereka juga lebih impressionable, yakni lebih mudah menerima ransangan dan sememangnya mereka akan mendapat banyak ransangan dalam Pendidikan Seni Visual. Murid-murid meransang kreativiti mereka melalui ketajaman daya persepsi dan imaginasi melalui penggunaan pancaindera mereka seperti mata, sentuhan, pendengaran dan perasaan. Contohnya, apabila murid-murid diminta untuk membuat lukisan pemandangan di tepi laut pada waktu senja. Sekiranya murid-murid berada di sekolah, mereka perlu menggunakan daya imaginasi mereka untuk membayangkan keadaan pemandangan tersebut. Selain daripada itu, murid-murid juga akan menggunakan mata mereka untuk melihat samaada tona warna yang mereka gunakan sesuai dengan keadaan pada waktu senja. Murid-murid yang mempunyai kreativiti yang tinggi akan bersifat fleksibel, sensitif dan peka mempunyai idea yang asli dan tulin dan mempunyai pemikiran yang luas.

10

Cristina Johnny 781226125338001

3.5

Domain Sosial

Seperti terma yang saya rujuk dari Kamus Dewan Edisi Keempat sebelum ini, sosial ada berkaitan dengan kemasyarakatan. Domain sosial penting untuk dipelajari dan dipraktikkan oleh murid kerana murid hidup di dalam masyarakat dan bukan hidup berseorangan. Melalui Pendidikan Seni Visual murid-murid belajar memupuk semangat kerjasama, disiplin dan tanggungjawab. Nilai-nilai ini amat penting untuk diamalkan apabila seseorang individu itu hidup bermasyarakat. Nilai-nilai ini akan memperkukuhkan tali silaturrahim antara seorang manusia dengan manusia yang lain dan menjamin kehidupan sosial yang lebih stabil dan terjamin. Murid-murid juga belajar tentang seni budaya masyarakat lain dan tokoh-tokoh seni, yang mana nilai ini akan menjadikan murid bersikap lebih terbuka dan mereka kan menghargai hail-hasil seni masyarakat lain serta belajar menghormati tokoh-tokoh seni budaya negara. Apa yang mereka pelajari melalui Pendidikan Seni Visual ini akan mengukuhkan kemahiran interpersonal mereka dan murid-murid akan tumbuh menjadi individu yang berketrampilan selaras dengan Falasafah Pendidikan Kebangsaan.

11

Cristina Johnny 781226125338001

4.0

Empat Organisasi Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah di Malaysia.

Melalui pembacaan saya dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah, saya menyimpulkan bahawa Organisasi Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah di Malaysia disusun untuk melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni berdasarkan empat bidang utama iaitu, bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman ini selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioekonomi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Empat organisasi Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah di Malaysia ini mempunyai persamaan dengan 4 aspek utama organisasi kurikulum menurut Laura Chapman. Perbandingan ini saya tunjukkan dalam pengurusan grafik 4.0(a) di bawah;

4.0(a)
Empat Organisasi Kurikulum PSV Sekolah Rendah di Malaysia Empat Organisasi Kurikulum Menurut Laura Chapman (1986)

1) Pemerhatian secara aktif. 2) Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan. 3) Apresiasi seni visual secara mudah. 4) Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

1) Pemerhatian 2) Penerokaan 3) Penghasilan (pembuatan) 4) Apresiasi dan perlanjutan

12

Cristina Johnny 781226125338001

4.1

Pemerhatian Secara Aktif

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pemerhatian bermaksud usaha mengamati untuk mengetahui sesuatu. Dalam konteks Pendidikan Seni Visual, pemerhatian secara aktif merangkumi kesedaran bahawa pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci akan mampu menajamkan persepsi murid di mana ia memperkembangkan deria penglihatan dan juga pancaindera lain. Pemerhatian secara aktif akan meperkembangkan emosi dan imaginasi murid-murid. Murid akan membuat pemerhatian terhadap objek-objek maujud ataupun semulajadi dan juga objek buatan manusia supaya mereka boleh merasai objek-objek tersebut secara konkrit untuk mendapatkan imej mental. Pemerhatian secara aktif ini jua akan membantu dalam menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasi murid-murid ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. 4.1.1 Gambar Murid Melakukan Pemerhatian Secara Aktif Semasa Aktiviti PSV (Bidang Menggambar dan Bidang Membuat Corak Dan Rekaan)

Gambar-gambar di atas itu menunjukkan murid sedang membuat pemerhatian secara aktif semasa melukis buah pisang dalam bidang menggambar manakala dalam bidang membuat corak dan rekaan pula murid memerhatikan ikan sebelum membuat kolaj berbentuk ikan. Murid menggunakan deria penglihatannya dimana dia memberi sepenuh fokus kepada bentuk buah pisang dan ikan tersebut. Sekaligus ini mempertajamkan persepsinya kerana dia akan berusaha menghasilkan hasil seni yang baik.

13

Cristina Johnny 781226125338001

4.2

Interaksi yang Kritis dan Kreatif dengan Alat dan Bahan

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, interaksi bermaksud tindakan atau hubungan aktif antara dua pihak atau lebih. Dalam konteks Pendidikan Seni Visual pula, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan membawa pengertian bahawa murid digalakkan membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan mereka yang kreatif dengan penggunaan alat dan bahan. Apabila mereka melakukan proses ini, murid juga akan dapat memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual mereka apabila mereka belajar memanipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik yang mudah.Proses interaksi dengan alat dan bahan ini membantu murid membuat interpretasi dan penyelarasan konsep visual apabila murid melihat satu-satu objek. Proses ini memberi peluang kepada murid untuk belajar secara tidak langsung dan mereka juga akan menegenali perubahan yang boleh mereka lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang. 4.2.1 Gambar Murid Melakukan Interaksi Kritis dan Kreatif Dengan Alat dan Bahan Semasa Aktiviti PSV (Bidang Menggambar dan Bidang Membuat Corak dan Rekaan)

Semasa menghasilkan lukisan buah pisang ini, murid turut menggunakan penerokaan dan percubaan di mana mereka mencuba pelbagai teknik untuk menghasilkan hasil lukisan yang diingini. Apabila murid mengubah idea dan menukar lukisannya ataupun melukis dengan menggunakan teknik yang lain, bermaksud dia telah membuat interaksi secara kritis dan kreatif dengan bahan tersebut. Begitu juga ketika murid menukar warna ikan pada kolaj yang dibuatnya supaya ikan itu kelihatan lebih menarik.

14

Cristina Johnny 781226125338001

4.3

Apresiasi Seni Visual Secara Mudah

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, apresiasi bermaksud penghargaan atau penghormatan terhadap jasa dan sumbangan seseorang dan juga dan pengiktirafan dan penghayatan nilai. Dalam konteks Pendidikan Seni Visual apresiasi seni visual secara mudah adalah peluang yang diberikan kepada murid untuk mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid akan dapat membuat perbandingan dari segi keindahan dan fungsi serta menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja mereka. Hasil kerja mereka pula boleh dinyatakan melalui pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Murid turut diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni tanahair dan mereka belajar menghargai sumbangan tokoh-tokoh ini. 4.3.1 Gambar Murid Melakukan Apresiasi Seni Visual Secara Mudah Semasa Aktiviti PSV (Menghargai Tokoh dan warisan budaya dalam Bidang Mengenal Kraf Tradisional)

Murid mencari maklumat tentang tokoh pelukis negara yang banyak menyumbang kepada perkembangan seni negara dan memberi penghargaan kepada tokoh tersebut. Murid juga boleh menunjukkan apresiasi mereka terhadap hasil seni yang merupakan warisan bangsa kita iaitu seni anyaman dalam bidang mengenal kraf tradisional. Murid belajar bahawa dalam Pendidikan Seni Visual ini mereka bukan sahaja menghasilkan karya seni semata-mata tetapi juga belajar menghargai tokoh-tokoh seni tanahair dan juga menghayati hasil seni warisan bangsa.
15

Cristina Johnny 781226125338001

4.4

Menghargai Nilai Baik Dalam Semua Aspek Kehidupan

Nilai yang baik adalah asas kepada kehidupan manusia yang sempurna. Seorang individu yang dapat menerapkan nilai-nilai yang baik dalam dirinya dan mengamalkan nilai-nilai baik tersebut dalam kehidupannya akan menjadi individu yang gembira, berjaya dan dihargai oleh masyarakat. Dalam konteks Pendidikan Seni Visual, murid akan dapat memupuk nilai kasih sayang dan saling menghargai semua aspek yang wujud dalam kehidupan mereka. Ini wujud hasil daripada pengalaman murid semasa membuat apresiasi seni secara mudah. Murid akan dpat memelihara dan memulihara alam sekitar mengamalkan nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan seterusnya murid akan mampu untuk membuat pertimbangan yang wajar apabila berdepan dengan semua jenis keadaan. 4.4.1 Gambar Murid Menghargai Nilai Baik Dalam Semua Aspek Kehidupan Semasa Aktiviti PSV

Murid menyusun alat-alat yang digunakannya semasa menghasilkan karya seni. Murid juga memungut serpihan-serpihan atau bahan-bahan yang tidak digunakan dan perlu dibuang selepas selesai menghasilkan karya seninya. Ini adalah nilai-nilai disiplin dan menjaga kebersihan yang banyak diterapkan dalam Pendidikan Seni Visual.

16

Cristina Johnny 781226125338001

5.0

Pendidikan Seni Visual dan Perkaitannya dengan Perkembangan Kanak-Kanak

Menurut Azrin Ahmed, dalam hasil tulisannya bertajuk Perkembangan Seni Kanak-Kanak, beliau mengatakan bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan sifat dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi seiring dengan proses pertumbuhan mereka. Beliau juga mengaitkan aspek-aspek kognitif, fizikal, kreativiti, persepsi dan sosial emosi yang diterapkan dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah amat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Rousliluddin Ambia, Mohd. Jamel Hj., Mohd. Taslim Abd. Rahim, et.al dalam Modul HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual, telah memetik kata-kata Bersoon (1982), yang mengatakan bahawa galakan yang diberi kepada kanak-kanak menggunakan deria dan respon emosinya dalam memperolehi pengalaman yang disediakan menerusi kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-kanak dalam membuat pengamatan dan penaksiran. Melalui Modul HBAE1103 ini, terdapat juga pendapat dari Fuller dan Pribble (1982) dan Ross(1983) yang mendapati bahawa kanak-kanak boleh belajar dengan baik dalam menghasilkan lukisan-lukisan kartun yang berunsur politik yang mana ini menunjukkan kemampuan mereka dalam membuat karikatur yang sesuai bagi manampakkan sesuatu idea dan melahirkan pendapat mereka. Ini sekaligus memperjelaskan bahawa melalui aktiviti-aktiviti dalam bidang seni visual yang meliputi bidang kegiatan menggambar, bidang kegiatan membuat corak dan rekaan, bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan dan bidang kegiatan kraf tradisional, kanak-kanak dapat menggunakan Pendidikan Seni Visual ini sebagai salah satu medium komunikasi. Kanak-kanak juga dapat mengekspresikan diri dengan lebih baik dan mencapai kepuasaan diri dengan penghasilan karya seni yang baik. Daya sensitiviti pancaindera mereka yang banyak digunakan dalam Pendidikan Seni Visual seterusnya akan meningkatkan rasa yakin pada diri mereka sendiri. Pendidikan Seni visual juga membantu perkembangan estetik dan perkembangan artistik kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai perkembangan estetik yang tinggi bukan sahaja mampu berkomunikasi secara verbal dan non-verbal dengan baik tetapi juga mampu
17

Cristina Johnny 781226125338001

memberikan isyarat virtual di mana mereka boleh memahami dan menunjukkan jiwa dalaman mereka dalam komunikasi mereka dengan orang lain. Perkembangan artistik kanak-kanak pula merujuk kepada kebolehan mereka

memanipulasi pergerakan badan dan kebolehan mereka melakukan sesuatu secara cemerlang. Kanak-kanak yang mempunyai perkembangan artistik yang tinggi akan mampu membuat sesuatu dengan lebih mudah dan lebih halus atau baik berbanding orang lain terutama kanak-kanak seumur dengannya. Gambar 5.0(a) di bawah menunjukkan bagaimana proses kerja murid dalam menghasilkan hasil karya seninya.

18

Cristina Johnny 781226125338001

6.0

Penutup

Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah merupakan mata pelajaran yang penting untuk diajar sebaik mungkin kepada kanak-kanak. Pendidikan Seni Visual adalah mata pelajaran yang memandu murid dalam mencapai perkembangan kognitif, psikomotor, afektif, kreativiti dan sosial tanpa memberi bebanan kepada murid tersebut. Mereka membuat semua aktiviti dalam bidang kegiatan Pendidikan Seni Visual tanpa merasa bahawa mereka terpaksa melakukannya. Murid-murid akan meneroka fikirannya, membuat persepsi dan mempelajari semua teknik-teknik dalam Pendidikan Seni Visual di mana proses ini akan menambahkan ketajaman minda mereka. Murid-murid umumnya merasakan bahawa Pendidikan Seni Visual adalah mata pelajaran yang menyeronokkan kerana mereka digalakkan untuk menjadi kreatif dan dibenarkan untuk meneroka imaginasi mereka dalam menghasilkan hasil seni. Mereka akan dapat memperhaluskan kemahiran psikomotor mereka dan dapat membuat koordinasi pergerakan mata dan anggota badan dengan lebih baik. Dalam Pendidikan Seni Visual juga murid-murid akan dapat mempelajari nilai-nilai yang baik seperti; cermat, teratur, berdisiplin, bekerjasama dan sebagainya, yang mana murid akan dilatih secara tidak langsung untuk menerapkan nilai-nilai ini dalam diri mereka dan mengamalkannya. Murid juga belajar menghargai bukan sahaja hasil seni sendiri tetapi juga mengenali dan menghargai tokoh-tokoh seni tanahair. Murid-murid akan belajar memberikan apresiasi mereka terhadap hasil seni yang menaikkan nama negara dan juga hasil seni yang menjadi warisan dan kebanggaan negara. Hasilnya murid-murid akan menjadi murid-murid yang lebih bersifat patriotik dan menghargai negara. Murid juga akan menjadi individu yang tinggi kreativitinya dan mungkin bukan sahaja maju dari segi penghasilan hasil seni tetapi juga boleh menghasilkan idea-idea baru yang boleh digunakan untuk kebaikan masyarakat dan negara.

19

Cristina Johnny 781226125338001

Dari segi sosial pula, murid-murid akan belajar dalam Pendidikan Seni Visual bagaimana untuk bergaul dengan rakan-rakannya. Murid-murid yang telah berkembang nilai afektifnya tentu akan berkembang kebolehannya dalam bersosial. Pendek kata, Pendidikan Seni Visual akan dapat membantu melahirkan insan yang seimbang dan harmonis selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

(3209 patah perkataan tidak termasuk pengurusan grafik)

20

Cristina Johnny 781226125338001

7.0

Rujukan Rousliluddin Ambia. Mohd. Jamel Hj. Mohd. Taslim Abd. Rahim. Et, al. (Cetakan

Kesebelas/Oktober/2011). HBAE1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual. Open University Malaysia. Malaysia. Siti Hayati Mohd. Yusoff. (April/2009). Faktor Sosial Budaya Mempengaruhi Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual: Strategi dan Pelaksanaan Mengatsi Masalah. Boleh dicapai di

http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/2009/08/faktor-sosial-budaya-mempengaruhi.html June King McFee. (1984). Studies In Art Education. Vol.25, No.3: Reflections. National Art Education Essociation. Azimah A. Samah. (2004). Keberkesanan Aplikasi Teknologi Komputer dalam Aktiviti Penghasilan Pendidikan Seni. Master Thesis. Universiti Putra Malaysia. Laura H. Chapman. (1978). Approaches To Art In Education:Harcourt Brace Jovanovich. New York. Azrin Ahmed. (n.d). Perkembangan Seni Kanak-Kanak. Boleh dicapai di

http://www.slideshare.net/azrinahmed Salsabila Tang Abdullah. (n.d). Persepsi Guru Seni Terhadap Perlaksanaan Objektif Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah di Kawasan Merlimau Melaka. Boleh dicapai di salsabilatang.files.wordpress.com/.../kajian-isuKamus Dewan. (2005). Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Malaysia Kamus Pelajar. (2008). Edisi Kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka. Malaysia.

21

You might also like