You are on page 1of 21

KERASULAN

MUHAMMAD
DALAM BIBLE
j

MUHAMMAD ABDULLAH
LUJNAH PENERANGAN DAN PENERBITAN
©
AJK MASJID AT-TARBIAH 09/10
Penganut agama Kristian hari ini tidak mengakui selepas Nabi Isa akan
lahir seorang lagi nabi dan nabi itu bernama Muhammad. Perkara ini
sebenarnya sudah dinyatakan oleh Bible berdasarkan bukti-bukti yang
nyata.

BUKTI SATU: Perkataan Mahamuddim di


dalam Bible
Di dalam Holy Bible pada buku Song of Solomon (Kidung Agung) bab 5
ayat 16 disebut:

His voice and speech are exceedingly sweet; yes,


he is altogether lovely.
This is my beloved, and this is my friend,
O daughters of Jerusalem!

Terjemahannya mengikut Bible Indonesia; Al-Kitab (2002) terbitan


Lembaga Al-Kitab Indonesia adalah:

Kata-katanya manis semata-mata,


segala sesuatu padanya menarik.
Demikianlah kekasihku, demikianlah temanku,
hai puteri-puteri Yerusalem!
Kidung Agung 5:16

Perkataan “he is altogether lovely” yang terdapat di dalam Bible merupakan


terjemahan daripada perkataan Mahamuddim dalam bahasa Hebrew, iaitu
bahasa Yahudi. Perkataan asalnya; “Hikko mamittakim kami kullo
mahamuddim zehdodeh wa zahrae bayna Yurusalem”. Perkataan “im”
dalam bahasa Yahudi melambangkan kemuliaan dan penghormatan.
Contohnya, perkataan Elohim, Eloh yang membawa erti “Tuhan” manakala
im bererti “Yang Maha Mulia”.
Justeru, Elohim bererti Tuhan Yang Maha Mulia. Apabila kaedah
yang sama digunakan terhadap perkataan Mahamuddim, ia membawa erti
“Mahamadd yang mulia” atau “Mahamadd yang terpuji”. Maksud ini selari
dengan nama Muhammad kerana perkataan Muhammad bermaksud “dia
yang terpuji”.
BUKTI DUA: Istilah Himdah, Shalom dan
Periclytos

Di dalam kitab Perjajian Lama buku Hagai bab 2 ayat 7 hingga 10 disebut:

For thus says the Lord of hosts: Yet once more, in a little
while, I will shake and make tremble the [starry] heavens, the earth, the
sea, and the dry land;
And I will shake all nations and the desire and the precious
things of all nations shall come in,
and I will fill this house with splendor, says the Lord of hosts.
The silver is Mine and the gold is Mine, says the Lord of hosts.
The latter glory of this house shall be greater than the
former, says the Lord of hosts; and in this place will I give peace and
prosperity, says the Lord of hosts.

Terjemahannya mengikut Bible Indonesia; Al-Kitab (2002) terbitan


Lembaga Al-Kitab Indonesia adalah:
Sebab beginilah firman TUHAN semesta alam: Sedikit waktu
lagi maka Aku akan menggoncangkan langit dan bumi, laut dan darat;
Aku akan menggoncangkan segala bangsa, sehingga
barang yang indah-indah kepunyaan segala bangsa datang mengalir,
maka Aku akan memenuhi Rumah ini dengan kemegahan, firman
TUHAN semesta alam.
Kepunyaan-Kulah perak dan kepunyaan-Kulah emas,
demikianlah firman TUHAN semesta alam.
Adapun Rumah ini, kemegahannya yang kemudian akan
melebihi kemegahannya yang semula, firman TUHAN semesta alam, dan
di tempat ini Aku akan memberi damai sejahtera, demikianlah firman
TUHAN semesta alam."
Hagai 2:7-10

Di dalam Bible versi terjemahan Inggeris, perkataan desire dan peace


berasal daripada perkataan-perkataan asal bahasa Yahudi iaitu Himdah
dan Shalom. Manakala terjemahan Bible versi Indinesia pula
menterjemahkannya sebagai “barang yang indah-indah kepunyaan segala
bangsa datang” dan “damai sejahtera”.
Himdah dalam bahasa Arab berasal daripada huruf-huruf Ha-Ma-Da
(‫د‬-‫م‬-‫ )ح‬dan ini selari dengan huruf-huruf asal abagi nama Ahmad (?@A‫ )ا‬dan
Muhammad (?@CD).
Shalom pula selari dengan perkataan Arab Salama (EFG) yang
melahirkan perkataan Islam (‫م‬HG‫)إ‬. Islam membawa maksud damai dan
sejahtera. Bible Indonesia, Al-Kitab menggunakan kedua-dua perkataan ini
bagi menterjemahkan perkataan Shalom.
Sebagai contoh, perkataan Shalom juga digunakan oleh nabi Isa as
ketika bertemu dengan sahabat baginda sebagaimana dirakamkan di
dalam Perjanjian Baru, Injil Lukas bab 24 ayat 36:

Dan sementara mereka bercakap-cakap tentang hal-hal itu,


Yesus tiba-tiba berdiri di tengah-tengah mereka dan berkata kepada
mereka:” Shalom alaykum!” (Damai sejahtera bagi kamu!)

Shalom alaykum yang membawa erti “Damai sejahtera bagi kamu”.


Perkataan nabi Isa as ini sama sebagaimana yang diajarkan oleh nabi
Muhammad saw iaitu Assalamu alaikum yang membawa erti “Damai
sejahtera bagi kamu”.
Perlulah diketahui bahawa ayat ini menceritakan mengenai seorang
Himdah yang diutus kepada segala bangsa dan kepadanya dikurniakan
Islam yang bakal mendatangkan kedamaian dan kesejahteraan kepada
umat manusia. Kisah ini selari dengan kisah riwayat hidup Ahmad atau
Muhammad yang diutus oleh Allah dengan risalah Islam kepada seluruh
alam.
Di dalam Perjanjian Baru, perkataan yang selari dengan Himdah
adalah Paracletos. Perkataan Paracletos perlu difahami mengikut bahasa
asalnya iaitu bahasa Yunani kuno. Perkataan yang hampir dengan
Paracletos adalah Periclytos. Periclytos dalam bahasa Inggeris
bermaksud illustrious, glorious dan praised atau bererti “dia yang terpuji”.
Perkataan ini selari dengan perkataan Himdah, Ahmad dan Muhammad
yang bermaksud “dia yang terpuji”.
Sekiranya kita membaca buku Hagai bab 2 ayat 7 hingga 10 dengan
menafsirkan ayat ini, ia akan dibaca dengan;

Kerana inilah TUHAN semesta alam telah berfirman: Tidak lama


lagi, Aku akan mengggegarkan langit dan bumi, laut dan darat,
serta semua bangsa manusia dengan mengutuskan seorang nabi
bernama Muhammad sehingga semua manusia datang kepadanya.
Maka melalui dia, Aku memenuhi Rumah Tuhan (Kaabah) ini dengan
kemegahan.
Firman TUHAN semesta alam: Akulah penguasa perak dan emas.
Firman TUHAN semesta alam: Adapun Rumah Tuhan (Kaabah) ini,
kemegahannya di zaman nabi Muhammad akan melebihi berbanding
zaman nabi sebelumnya, dan di tempat ini Aku akan memberikan Islam.
Hagai 2:7-10

Di dalam ayat tersebut beberapa perkara penting yang perlu diketahui iaitu
bagaimana Allah telah mengkhabarkan tentang kedatangan seorang rasul
yang amat diberkati dan dipuji oleh umat manusia. Malah, Allah juga
dengan jelas menyebut Rumah Tuhan akan dimegahkan dengan pujian
dan nyanyian berupa zikir-zikir memuji Allah.
Tidak syak lagi kedatangan Nabi Muhammad saw telah mengubah
lanskap masyarakat Arab yang menyembah berhala kepada menyembah
Allah Yang Maha Esa. Pujian dan zikir-zikir dilaungkan tidak henti-henti
sejak zaman Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail sehingga sekarang.
Bahkan, setelah pembukaan kota Mekah oleh Nabi Muhammad telah
membuka lembaran baru kepada agama Allah iaitu Islam. Seluruh
masyarakat dunia datang mengunjungi Rumah Tuhan iaitu Kaabah dan
memuji Allah lebih daripada zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail kerana
terdapat seramai 1.4 bilion umat Nabi Muhammad di seluruh dunia.
BUKTI TIGA: Datang dari Paran Bersama
10 000 Pengikut

Di dalam Bible Indonesia, Al-Kitab pada buku Deuteronomy (Ulangan) bab


33 ayat 2 :

Berkatalah ia: "TUHAN datang dari Sinai dan terbit kepada


mereka dari Seir; Ia tampak bersinar dari pegunungan Paran dan datang
dari tengah-tengah puluhan ribu orang yang kudus; di sebelah kanan-
Nya tampak kepada mereka api yang menyala.
Ulangan 33:2

Berkaitan dengan ini, Reverend David Benjamin Keldani menyebut, “Dalam


konteks ini, dia yang terpilih dikiaskan dengan matahari. Dia bakal datang
dari Sinai, terbit dari Seir dan kemudiaan bercahaya dengan sempurnanya
dari Paran. Dia kemudiannya muncul bersama-sama dengan sepuluh ribu
orang suci dengan membawa undang-undang tegas seperti api di tangan
kanannya”
Di dalam ayat di atas, perkataan Paran merujuk kepada suatu tempat
yang terletak di Semenanjung Tanah Arab. Golongan Bani Israel termasuk
Nabi Isa as sendiri tidak mempunyai sebarang kaitan dengan dengan
tempat yang dinamakan Paran. Tetapi Siti Hajar dan Nabi Ismail merantau
ke pergunungan Bersyeba kemudian menetap di bumi Paran seperti mana
yang dicatatkan di dalam buku Genesis (Kejadian) bab 21 ayat 14 hingga
21.
Keesokan harinya pagi-pagi Abraham mengambil roti serta
sekirbat air dan memberikannya kepada Hagar. Ia meletakkan itu
beserta anaknya di atas bahu Hagar, kemudian disuruhnyalah
perempuan itu pergi. Maka pergilah Hagar dan mengembara di padang
gurun Bersyeba.
Ketika air yang dikirbat itu habis, dibuangnyalah anak itu ke
bawah semak-semak,
dan ia duduk agak jauh, kira-kira sepemanah jauhnya,
sebab katanya: "Tidak tahan aku melihat anak itu mati." Sedang ia
duduk di situ, menangislah ia dengan suara nyaring.
Allah mendengar suara anak itu, lalu Malaikat Allah berseru
dari langit kepada Hagar, kata-Nya kepadanya: "Apakah yang engkau
susahkan, Hagar? Janganlah takut, sebab Allah telah mendengar suara
anak itu dari tempat ia terbaring.
Bangunlah, angkatlah anak itu, dan bimbinglah dia, sebab
Aku akan membuat dia menjadi bangsa yang besar."
Lalu Allah membuka mata Hagar, sehingga ia melihat
sebuah sumur; ia pergi mengisi kirbatnya dengan air, kemudian
diberinya anak itu minum.
Allah menyertai anak itu, sehingga ia bertambah besar; ia
menetap di padang gurun dan menjadi seorang pemanah.
Maka tinggallah ia di padang gurun Paran, dan ibunya
mengambil seorang isteri baginya dari tanah Mesir.
Kejadian 21:14-21

Melalui keturunan Kedar anak Nabi Ismail, Nabi Muhammad dilahirkan dan
kemudian dilantik menjadi rasul. Pada tahun ke 11 hijrah, baginda bersama
10 ribu pengikut setia memasuki bumi Mekah dengan membawa undang-
undang kepada seluruh umat manusia.
Di dalam buku Muhammad in the Bible disebutkan, Paran merupakan
bumi Mekah dan di situ memang terdapat sebuah perigi yang dikenali
dengan Perigi Zam-Zam. Perigi itu dikurniakan Allah kepada Hajar dan
anaknya, Nabi Ismail as. Perigi ini masih wujud sehingga hari ini.
Nabi Muhammad saw juga berasal dari bumi yang sama. Selepas 13
tahun menyebarkan dakwah di Mekah, beliau berhijrah ke kota Madinah.
Selepas lapan tahun kemudian, baginda kembali dan menguasai kota
Mekah dengan diiringi 10 000 orang para sahabat.
Nabi Muhammad saw menegakkan undang-undang Islam dengan
mendirikan sebuah negara Islam di kota Madinah. Sebaliknya perlu
diketahui bahawa ayat ini tidak menceritakan tentang kenabian Nabi Isa.
Terdapat beberapa perkara yang menyentuh rasionalnya ayat ini ditujukan
kepada Nabi Muhammad.
1. Nabi Isa tidak berasal dari bumi Paran tetapi Nabi Muhammad
berasal dari bumi Paran melalui susur galur keturunan Nabi Ismail
yang tingal di Paran.
2. Nabi Isa tidak dijanjikan mempunyai umat yang besar dari kalangan
kaumnya iaitu Yahudi tetapi Nabi Muhammad saw dijanjikan
mempunyai pengikut yang ramai dari kalangan kaumnya iaitu bangsa
Arab.
3. Nabi Isa tidak membawa undang-undang baru tetapi Nabi
Muhammad membawa undang-undang baru. Ini dijelaskan di dalam
Injil Markus ayat 17.
4. Nabi Isa tidak mempunyai pengikut seramai ribuan orang bahkan
hanya seramai 12 orang sahaja yang dikenali sebagai apostles
berbanding Nabi Muhammad, baginda mempunyai ribuan pengikut
setia yang dikenali sebagai sahabat.

Kisah ini dipaparkan dengan jelas di dalam Bible Indonesia, al-Kitab


buku Jude (Surat Yudas) ayat 14 hingga 16 yang bermaksud:

Juga tentang mereka Henokh, keturunan ketujuh dari


Adam, telah bernubuat, katanya: "Sesungguhnya Tuhan datang dengan
beribu-ribu orang kudus-Nya,
Hendak menghakimi semua orang dan menjatuhkan
hukuman atas orang-orang fasik karena semua perbuatan fasik, yang
mereka lakukan dan karena semua kata-kata nista, yang diucapkan
orang-orang berdosa yang fasik itu terhadap Tuhan."
Mereka itu orang-orang yang menggerutu dan mengeluh
tentang nasibnya, hidup menuruti hawa nafsunya, tetapi mulut mereka
mengeluarkan perkataan-perkataan yang bukan-bukan dan mereka
menjilat orang untuk mendapat keuntungan.
Surat Yudas 14-16

Perkataan “beribu-ribu orang kudus-Nya” digunakan kembali di dalam ayat


ini. Sesiapa yang mengkaji dengan objektif dan rasional mengenai sejarah
Nabi Muhammad saw akan menyedari bahawa kisah yang dipaparkan
adalah selari dengan dengan kisah beliau bersama para sahabat yang
berjumlah ribuan orang semasa meguasai kota Mekah demi menegakkan
kebenaran dan meruntuhkan kebatilan serta kefasikan. Setelah penaklukan
tersebut, golongan kafir Quraisy berasa gelisah menantikan hukuman yang
bakal dikenakan ke atas mereka oleh Nabi Muhammad.
Akan tetapi dengan penuh kasih sayang, baginda mengampunkan
kesalahan mereka ketika jahiliyyah. Pada hari pembukaan kota Mekah,
kaum kafir Mekah akhirnya menerima Islam sebagai pegangan hidup.
Kisah di dalam ayat ini sedikit pun tidak menceritakan tentang riwayat
hidup Nabi Isa.
BUKTI EMPAT: Datang dari Paran dan
Terpuji di Dunia.

Di dalam buku Habakkuk bab 3 ayat 3 disebut:

Allah datang dari negeri Teman dan Yang Maha Kudus dari
pegunungan Paran. Sela. Keagungan-Nya menutupi segenap langit, dan
bumipun penuh dengan pujian kepada-Nya.
Habakuk 3:3

Sudah dimaklumi bahawa Paran adalah tempat menetap Nabi Ismail


sepert yang disebut di dalam buku Genesis bab 21 ayat 20 dan ia juga
tempat kelahiran Nabi Muhammad. Allah berjanji menganugerahkan satu
kemulian dan kedudukan yang tinggi kepada Nabi Ismail dan keturunan
beliau.
Di dalam buku Genesis (Kejadian) bab 21 ayat 17 disebut mengenai
kisah Nabi Ismail yang bermaksud;

Allah mendengar suara anak itu, lalu Malaikat Allah berseru


dari langit kepada Hagar, kata-Nya kepadanya: "Apakah yang engkau
susahkan, Hagar? Janganlah takut, sebab Allah telah mendengar suara
anak itu dari tempat ia terbaring.
Bangunlah, angkatlah anak itu, dan bimbinglah dia, sebab
Aku akan membuat dia menjadi bangsa yang besar."
Kejadian 21:17

Nabi Muhammad adalah keturunan Nabi Ismail sedangkan Nabi Isa adalah
keturunan Nabi Ishak. Keturunan Nabi Ismail melahirkan bangsa Arab
manakala keturunan Nabi Ishak pula melahirkan bangsa Yahudi. Ayat ini
jelas memaparkan kebesaran dan kemuliaan yang bakal diberikan kepada
bangsa Arab daripada susur keturunan Nabi Ismail. Ayat ini diperkukuhkan
dengan ayat lain dalan buku Isaiah (Yesaya) ayat 6 dan 7 yang
bermaksud;
Sejumlah besar unta bakal menutupi daerahmu, unta-unta
muda dari Madain dan Efa. Mereka semua datang dari Syeba,
membawa emas dan kemenyan, serta memberitakan perbuatan
masyhur Tuhan.
Segala kambing domba Kedar bakal berhimpun kepadamu,
domba-domba jantan Nebayot tersedia untuk ibadahmu; semua
dipersembahkan di atas mezbahku, dan aku menyemarakkan rumah
keagunganku.
Yesaya 6-7

Perkataan penting yang dinyatakan di dalam ayat-ayat ini adalah unta,


Kedar dan rumah keagungan Tuhan. Unta adalah kenderaan penting
bagi masyarakat Arab khususnya di padang pasir. Kedar adalah anak Nabi
Ismail dan daripada keturunan Kedar inilah lahirnya Bani Quraisy yang
menetap dan berkuasa di bumi Mekah. Di bumi Mekah inilah berdirinya
Kaabah, rumah keagungan Allah yang dibina oleh Nabi Ibrahim dan
anaknya Nabi Ismail.
Ayat ini sekali lagi menunjukkan kemuliaan pada akhir zaman
diberikan kepada keturunan Nabi Ismail daripada bangsa Arab dan ini
selari dengan pengutusan Nabi Muhammad sebagai nabi akhir zaman.
Berdasarkan semua ini, apabila Bible menyebutkan kemuliaan dan
kesucian akan datang daripada pergunungan Paran, seperti mana yang
terdapat di dalam buku Habakkuk bab 3 ayat 3, ia sebenarnya
menceritakan kemuliaan seorang nabi yang bakal dianugerahkan kepada
bangsa Arab daripada keturunan Nabi Ismail seperti yang dijelaskan di
dalam buku Genesis ayat 20.
Bukti-bukti ini diperkukuhkan dengan perkataan “pujian” yang
terdapat di dalam buku Habakkuk yang bermaksud “Keagungan-Nya
menutupi segenap langit, dan bumipun penuh dengan pujian kepada-Nya”.
Ini kerana nama Muhammad bermaksud “dia yang terpuji”.
BUKTI LIMA : Peristiwa di bumi Arab dan
Penghijrahan ke Tema

Di dalam buku Isaiah (Yesaya) ayat 13 hingga 15 disebut bahawa sampai


satu masa bumi Arab akan dikunjungi oleh orang yang melarikan diri dari
peperangan dan meminta pertolongan. Mengikut terjemahan Bible
Indonesia; Al-Kitab (1993) terbitan Lembaga Al-Kitab Indonesia disebutkan;

Ucapan Ilahi terhadap Arabia,


Di belukar di Arabia kamu akan bermalam,
Hai kafilah-kafilah orang Dedan!
Hai penduduk tanah Tema, keluarlah,
Bawalah air kepada orang yang haus,
Pergilah, sambutlah orang pelarian dengan roti. Sebab mereka
melarikan diri terhadap perang.
Yesaya 13-15

Sebenarnya, ayat ini menceritakan kejadian yang berlaku di bumi Arab di


mana golongan manusia ditindas sehingga menyebabkan mereka terpaksa
berhijrah bagi mendapatkan pertolongan di bumi Tema.
Mengikut J. Hastings di dalam Dictionary of the Bible pada halaman
897, Tema adalah salah satu seorang anak Nabi Ismail. Justeru, kisah ini
yang wujud di dalam Bible berkait rapat dengan keturunan Nabi Ismail di
bumi Arab. Beliau menyebut, Tema juga merupakan nama sebuah tempat
yang pada hari ini terletak di sebelah utara Madinah di bahagian barat bumi
Arab. Ayat ini juga sesuai dengan kisah penghijrahan Nabi Muhammad dan
sahabat-sahabatnya ke Madinah selepas ditindas dengan kejam oleh
golongan Quraisy di bumi Mekah selama 13 tahun. Manakala kehidupan di
Madinah, Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya mendapat bantuan
dan pembelaan sehingga akhirnya tertegak sebuah negara Islam yang
berdaulat di sana.
Kajian yang dilakukan oleh J. Hastings ini menampakkan kaitan
antara ayat ini dengan penghijrahan Nabi Muhammad ke Madinah.
Sekiranya cerita ini disandarkan kepada kisah Nabi Isa, ia adalah tidak
benar kerana Nabi Isa tidak pernah berhijrah keluar ke tanah Arab
terutamanya di utara Madinah. Justeru, ayat ini amat bertepatan dengan
dengan sirah perjalanan hidup Nabi Muhammad yang berhijrah meminta
pertolongan penduduk Madinah.
BUKTI ENAM :Keturunan Kedar Bakal
Dikalahkan
Di dalam Bible Indonesia, Al-Kitab (2002) buku Isaiah (Yesaya) ayat 14
hingga 17 disebut:

Hai penduduk tanah Tema, keluarlah,


Bawalah air kepada orang yang haus,
Pergilah, sambutlah orang pelarian dengan roti.
Sebab mereka melarikan diri terhadap perang.
Sebab beginilah firman TUHAN kepadaku:Dalam
setahun lagi, menurut masa kerja perajurit upahan, maka segala
kemuliaan Kedar akan habis.
Dan daripada pemanah-pemanah yang gagah
perkasa, Daripada bani Kedar, akan tinggal sejumlah kecil saja,
Sebab TUHAN, Allah Israel mengatakannya.
Yesaya 14-17

Ayat ini adalah sambungan daripada kisah penghijrahan ke Tema di bumi


Arab yang disebutkan sebelum ini. Berhubung dengan Kedar, tokoh-tokoh
Kristian dan Islam mengesahkan bahawa Kedar atau Qaidhar adalah anak
Nabi Ismail.
A.S. Fulton di dalam The International Standard Bible Encyclopedia
berkata, “Berbanding kabilah-kabilah daripada keturunan Ismail, Kedar
dapat dianggap sebagai kabilah yang terpenting dan pada zaman-zaman
yang kemudian, nama itu dikaitkan dengan seluruh kabilah Arab di padang
pasir. Daripada Kedar inilah pengkaji-pengkaji Islam mengaitkan keturunan
Nabi Muhammad kepada Nabi Ismail”.
Salah satu kabilah yang lahir daripada keturunan Kedar adalah
Quraisy yang begitu berpengaruh di kota Mekah. Kabilah Quraisy banyak
menentang Nabi Muhammad sehingga akhirnya berlaku hijrah dan perang
Badar. Perkataan-perkataan Bible yang bermaksud “Dalam setahun lagi,
menurut masa kerja perajurit upahan” begitu signifikas dengan sejarah
Perang Badar kerana ia berlaku pada tahun kedua hijrah setelah setahun
hijrah Nabi Muhammad.
Peperangan ini dimenangi oleh Nabi Muhammad dan pemuka-
pemuka kafir Quraisy yang terbunuh berjumlah 70 orang. Kisah ini selari
dengan kisah penghijrahan Nabi Muhammad dan peristiwa perang Badar.
Kisah ini tidak berkait langsung dengan Nabi Isa kerana Nabi Isa bukan
dari keturunan anak Nabi Ismail yang bernama Kedar dan beliau juga tidak
pernah keluar berperang dengan keturunan Kedar.
BUKTI TUJUH :Nabi Yang Ummi

Di dalam Holy Bible pada buku Isaiah (Yesaya) bab 29 ayat 12 disebut;

And when the book is given to him who is not learned, saying, Read this, I
pray you, he says, I cannot read.

Manakala terjemahan Al-Kitab pula disebut;

Dan apabila kitab itu diberikan kepada seorang yang tidak dapat
membaca dengan mengatakan: "Baiklah baca ini," maka ia akan
menjawab: "Aku tidak dapat membaca."
Yesaya 29:12

Nabi Muhammad adalah seorang ummi. Ummi bermaksud tidak tahu


membaca dan menulis. Semasa berumur 40 tahun, beliau telah bermunajat
di Gua Hira. Di situlah beliau disuruh oleh malaikat Jibril supaya membaca.
Beliau menjawab, “Aku tidak tahu membaca”. Selepas itu turun wahyu
pertama dari surah al-‘Alaq yang bermaksud “Bacalah dengan nama
Tuhanmu yang menciptakan”.

Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah : “Tiba saat


turunnya Jibril di Gua Hira’, Jibril menemui baginda dan memerintahkan
baginda membaca dengan berkata: Bacalah!. Jawab baginda: Aku tidak
tahu membaca”. Hadis ini amat bertepatan dengan ayat dari buku Isaiah
tersebut.

Justeru, ayat-ayat yang dipaparkan selari dengan apa yang terjadi


keatas diri Nabi Muhammad semasa di Gua Hira ketika kali pertama
menerima wahyu. Maka, Nabi Isa bukanlah orang yang disebut di dalam
ayat tersebut kerana beliau bukan nabi yang digelar sebagai ummi.
BUKTI LAPAN :Bercakap dengan Nama Allah

Mengikut Bible Indonesia, Al-Kitab disebut dalam buku Deuteronomy


(Ulangan) bab 18 ayat 18 hingga 19 iaitu;

Seorang nabi akan Kubangkitkan bagi mereka daripada


saudara mereka, seperti engkau ini; Aku akan menaruh firman-Ku
dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang
Ku-perintahkan kepadanya.
Orang yang tidak mendengarkan segala firman-Ku yang
akan diucapkan nabi itu demi nama-Ku, daripadanya akan Ku-tuntut
pertanggungjawaban.
Ulangan 18:18-19

Ayat-ayat ini menceritakan kisah seorang nabi yang bakal dibangkitkan


daripada saudara kepada bangsa Yahudi iaitu bangsa Arab. Bangsa Arab
adalah saudara kepada bangsa Yahudi. Kita telah membincangkan
sebelum ini asal usul keturunan bangsa Arab iaitu daripada Kader anak
Nabi Ismail.
Buku Ulangan dipercayai oleh orang Yahudi dan Kristian sebagai
“Kalam Tuhan” yang diwahyukan kepada Nabi Musa. Maka, ayat “seperti
engkau ini” membawa maksud seseorang nabi yang diutuskan adalah
mempunyai perwatakan dan cirri-ciri yang sama seperti Nabi Musa. Ayat ini
tidak sedikit pun menceritakan janji tuhan mengenai kedatangan Nabi Isa
kerana Nabi Isa bukan berbangsa Arab, iaitu saudara kepada bangsa
Yahudi. Begitu juga dari segi perwatakan dan kehidupan Nabi Isa tidak
sama dengan Nabi Musa. Tetapi Nabi Muhammad adalah tepat
mempunyai persamaan dengan Nabi Musa.
Ayat ini juga menyebut sifat nabi itu iaitu Tuhan memasukkan kata-
kata daripada-Nya ke dalam mulut nabi itu supaya disampaikan kepada
manusia dengan tepat seperti yang diwahyukan. Nabi itu menyampaikan
kata-kata Tuhan dengan menggunakan nama Tuhan.
Bible yang ada pada hari ini bukanlah kata-kata Allah yang tepat
seperti yang diberitakan oleh Allah kepada Nabi Isa. Ia hanya kata-kata
yang diolah oleh manusia mengikut cita rasa mereka masing-masing.
Justeru, banyak semakan semula dan tokok tambah dilakukan keatas
Bible.
Berbeza daripada Bible, Al-Quran adalah kata-kata Allah sepenuhnya
yang disampaikan melalui mulut Nabi Muhammad tanpa sebarang tokok
tambah, semakan semula atau pun pembetulan bahasa oleh manusia.
Disamping itu, setiap surah di dalam Al-Quran bermula dengan
“Bismillahirrahmanirrahim” yang bermaksud “Dengan nama Allah Yang
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”. Perkara ini selari dengan apa yang
disebut oleh buku Deuteronomy ayat 18 tersebut yang bermaksud “Aku
akan menaruh firman-Ku dalam mulutnya, dan ia akan mengatakan kepada
mereka segala yang Ku-perintahkan kepadanya”.
Bab-bab di dalam Bible tidak dimulakan dengan nama Tuhan secara
khusus. Maka, ayat-ayat Bible tersebut secara jelas menceritakan kisah
Nabi Muhammad yang dikurniakan “Kalam Tuhan”. Kalam Tuhan ini pula
dipanggil Al-Quran, yang dimulakan dengan nama Allah yang Maha
Pengasih lagi Maha Pengayang.
BUKTI SEMBILAN: Paracletos selepas Nabi Isa

Di dalam buku John (Yohanes) bab 16 ayat 7 disebutkan mengenai


perkataan Nabi Isa mengikut terjemahan Al-Kitab ;

Namun benar yang Kukatakan ini kepadamu: Adalah


lebih berguna bagi kamu, jika Aku pergi. Sebab jikalau Aku tidak pergi,
Penghibur itu tidak akan datang kepadamu, tetapi jikalau Aku pergi, Aku
akan mengutus Dia kepadamu.
Yohanes 16:7

Manakala di dalam buku John (Yohanes) bab 14 ayat 16 dan 17


disebutkan;

Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan


memberikan kepadamu seorang Penolong yang lain, supaya Ia
menyertai kamu selama-lamanya,
yaitu Roh Kebenaran. Dunia tidak dapat menerima
Dia, sebab dunia tidak melihat Dia dan tidak mengenal Dia. Tetapi kamu
mengenal Dia, sebab Ia menyertai kamu dan akan diam di dalam kamu.
Yohanes 14:16-17

Di dalam Injil Yohanes sahaja kita akan menemui perkataan Paracletos.


Kadang-kadang perkataan Paracletos ditulis juga Paraclete. Namun
kedua-dua perkataan ini mempunyai tujuan dan maksud yang sama. Apa
yang jelas perkataan ini disebut oleh Nabi Isa yang menyatakan bahawa
akan datang seorang nabi selepas beliau dan dia hidup bersama-sama
dengan umat manusia selama-lamanya.
Di dalam Bible terjemahan bahasa Inggeris menggantikan perkataan
Paracletos ini dalam ayat diatas dengan Comforter dan Consoler.
Terdapat juga tokoh-tokoh Kristian menafsirkan Paracletos ini sebagai Holy
Spirit atau Roh Suci.
Di dalam Al-Kitab (2002) menterjemahkan perkataan Paracletos
kepada dua perkataan yang berlainan iaitu Penghibur dan Penolong tetapi
ayat ini menjelaskan tujuan yang sama iaitu akan datang seseorang
selepas Nabi Isa yang akan menyampaikan risalah kebenaran.
Perlu diketahui bahawa penafsiran Paracletos sebagai Roh Suci jelas
bertentangan dengan doktrin agama Kristian yang menetapkan Roh Suci
sudah sedia ada kerana dia adalah Tuhan dalam konsep Tritunggal atau
Trinity. Justeru, mustahil Roh Suci yang sedia ada akan datang hanya
selepas pemergian Nabi Isa. Di dalam buku agama Kristian bertajuk
Anchor Bible di halaman 1135 disebutkan;
“Perkataan Paracletos hanya dapat ditemui di dalam tulisan-tulisan St.
John sahaja. Secara tradisinya pula, Paracletos dikaitkan dengan Roh Suci
tetapi tokoh-tokoh seperti Spitta, Delafosse, Windisch, Sasse, Bultman dan
Betz mempertikaikan pandangan ini. Mereka mengatakan Paracletos pada
asalnya adalah seorang manusia penyelamat yang kemudiannya disalah
tafsir sebagai Roh Suci”
Perkataan Paracletos sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani
Kuno iaitu bahasa bagi Gospel of John dan kalimah yang lebih tepat dalam
Yunani Kuno adalah Periclytos. Kamus Alexandre’s Dictionnaire Grec-
Francais menjelaskan, perkataan Periclytos berasal daripada suku kata
peri dan cleotis. Apabila dicantumkan ia membawa maksud “yang terpuji”.
Semua ini selari dengan nama Ahmad dan Muhammad. Justeru,
dalam sesetengah versi Perjanjian Baru yang ditulis dalam bahasa Arab,
perkataan Paracletos digantikan dengan perkataan Ahmad.
Terdapat juga tokoh-tokoh Krsitian mengatakan paracletos akhir
zaman adalah Nabi Isa dan bukannya Nabi Muhammad. Pendapat ini tidak
boleh diterima pakai kerana:
1. Di dalam buku John (Yohanes) bab 4 ayat 16 dengan jelas menyebut
“Aku akan minta kepada Bapa, dan Ia akan memberikan kepadamu
seorang Penolong yang lain, supaya Ia menyertai kamu selama-
lamanya”. Ayat ini menjelaskan, paracletos yang akan datang
selepas Nabi Isa adalah “penolong yang lain” dan bukan beliau
sendiri.
2. Paracletos menjadi saksi mengenai Nabi Isa dan hal ini disebut
dalam buku John (Yohanes) bab 16 ayat 13 hingga 15 yang
bermaksud; “Masih banyak hal yang harus Kukatakan kepadamu,
tetapi sekarang kamu belum dapat menanggungnya.Tetapi apabila Ia
datang, yaitu Roh Kebenaran, Ia akan memimpin kamu ke dalam
seluruh kebenaran; sebab Ia tidak akan berkata-kata dari diri-Nya
sendiri, tetapi segala sesuatu yang didengar-Nya itulah yang akan
dikatakan-Nya dan Ia akan memberitakan kepadamu hal-hal yang
akan datang. Ia akan memuliakan Aku, sebab Ia akan memberitakan
kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku. Segala sesuatu yang
Bapa punya, adalah Aku punya; sebab itu Aku berkata: Ia akan
memberitakan kepadamu apa yang diterimanya dari pada-Ku."
Begitu juga disebut dalam John ayat 26 bermaksud “Sekiranya
Penghibur yang akan aku utus daripada Bapa datang...Ia akan
bersaksi mengenai aku”. Justeru, dia adalah identiti berlainan yang
menjadi saksi mengenai Nabi Isa.
3. Paracletos ini mengingatkan manusia mengenai perkara yang pernah
disebut oleh Nabi Isa berpandukan buku John (Yohanes) ayat 26
bermaksud; “Dia bakal mengingatkan kamu semua yang aku
katakana kepadamu”. Sekali lagi ayat inimenjelaskan mengenai
orang yang lain daripada Nabi Isa mengingatkan manusia kepada
ajaran sebenar beliau.
4. Paracletos ini membawa ajaran baru daripada Tuhan. Perkara ini
disebutkan dalam buku Isaiah (Yesaya) ayat 9 hingga 12 terjemahan
Al-Kitab Malaysia (1996) bermaksud:
“….Sekarang aku akan memberitahu kamu hal-hal baru sebelum
semua itu berlaku. Nyanyikanlah lagu baru bagi TUHAN; pujilah Dia,
hai seluruh bumi! Pujilah Dia, hai laut dan semua isinya,
bernyanyilah, hai penduduk negeri-negeri jauh! Hendaklah padang
gurun dan kota-kotanya memuji Allah; hendaklah orang Kedar
memuji Dia…” Al-Quran adalah “nyanyian baru” daripada Allah. Ia
wajib dibaca dengan cara bacaan dan sebutan yang betul da;am
bahasa ia diturunkan iaitu bahasa Arab. Isi-isinya mengandungi
syariat dan peraturan yang baru dan bersesuaian hingga akhir
zaman. Bahasanya adalah baru dan berseni tinggi tanpa tandingan
bahkan manusia dan jin tidak dapat mencipta seindah bahasa Al-
Quran.
“Daripada tulisan-tulisan saya ini, saya ingin menunjukkan, ajaran Islam
yang berkaitan aspek-aspek ketuhanan dan rasul akhir zaman adalah
benar. Saya kasihkan Nabi Isa, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim
sebagaimana saya mengasihi Nabi Muhammad dan semua rasul-rasul
yang lain”
Reverend David Benjamin Keldani,
Bekas paderi Roman Katholik:
Muhammad in the Bible

You might also like