You are on page 1of 39

NOR YANI AHMAD

Pandangan psikologi Barat: Sifat-sifat semula jadi dan bakat manusia Pandangan psikologi Islam: Sifat-sifat anugerahTuhan yang menjadi potensi manusia sejak lahir lagi. Wahyu Tuhan yang diturunkan kepada nabinabinya.

Pandangan psikologi Barat Sifat semula jadi iaitu bakat dan potensi yang terdapat pada setiap insan. Pandangan psikologi Islam Satu ketetapan dan pemberian Tuhan sejak lahir berlandaskan aspek-aspek seperti bakat, mental, emosi dan fizikal dan merupakan keperluan manusia.

Fitrah manusia digolongkan dalam 2 kategori berdasarkan 2 sudut pandangan iaitu:


a) b)

Barat yang memberi maksud-kejasmanian, kebendaan, dan keduniaan Islam yang memberi maksud-kerohanian, ketuhanan, dan keakhiratan.

Ingin tahu Daya cipta Keterbukaan Ingin mencapai sesuatu

Sifat ingin tahu Mendorong seorang kanak-kanak untuk menerokai. Sifat daya cipta Mudah kelihatan pada setiap kanak-kanak. Sifat keterbukaan Kanak-kanak mudah menerima cadangan dan idea orang dewasa. Sifat ingin mencapai sesuatu Setelah kanak-kanak mencapai sesuatu, mereka kelihatan begitu gembira sekali

Maksud potensi Keupayaan dan kebolehan semula jadi yang terpendam dalam manusia, dan jika dicungkil, ia boleh digunakan untuk melakukan sesuatu atau berkembang maju Kebolehan manusia melakukan sesuatu aktiviti selaras dengan fitrah yang ada padanya.

Potensi manusia boleh ditinjau dari aspekaspek jasmani,mental,kerohanian dan emosi. Potensi penting dalam pendidikan seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN) memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Potensi manusia hendaklah dikembangkan melalui pendidikan, pengalaman rangsangan dan motivasi yang sesuai agar menjadi kemahiran.

Potensi Jasmani Kemampuan untuk memperoleh kecemerlangan dalam bidang kesukanan dan permainan. Kanak-kanak yang berpotensi jasmani akan dapat memperbaiki prestasinya pada masa akan datang melalui latihan.

Potensi Sahsiah Kebolehan seperti pintar berkomunikasi, bersifat tegas diri, cekap membuat keputusan yang bijaksana serta berupaya melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.

Potensi bakat Prestasi yang baik dalam bidang-bidang tertentu seperti muzik ataupun lukis.
Potensi afektif atau perasaan Keupayaan individu untuk mengubah sikap, nilai atau mengawal perasaannya.

Potensi yang dikurniakan kepada setiap orang boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Setiap kecerdasan melibatkan satu set kemahiran yang membolehkan individu itu menyelesaikan masalah.

Antara 9 kecerdasan termasuk:1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9)

Kecerdasan Linguistik Kecerdasan Logikal-Matematik Kecerdasan Ruang Kecerdasan Muzik Kecerdasan Tubuh-Kinestik Kecerdasan Intrapersonal/kendiri Kecerdasan Interpersonal/sosial Kecerdasan Naturalist Kecerdasan Emosi

Sifat-sifat kanak-kanak Gemar melukis Gemar berjenaka Mudah mengingat nama orang, nama tempat dan tarikh Suka membaca buku pada masa lapang Mengeja dengan mudah dan cepat Gemar bermain sahibba atau scrabble

Kecerdasan tindakan menyusun, mengira kuantiti, memahami simbol, memahami makna lambang yang berkaitan dengan operasi angka serta proses kira mengira

Sifat-sifat kanak-kanak Boleh mengira secara congak dengan cepat Berasa seronok ketika menggunakan komputer Sentiasa mengemukakan soalan-soalan Gemar bermain catur dan permainan strategi yang lain Berupaya mereka cipta eksperimen untuk menguji perkara-perkara yang mereka fahami Menghabiskan banyak masa menyelesaikan puzzle yang logikal seperti Rubiks Cube

Kebolehan melakukan imaginasi serta keupayaan untuk mengamati dunia penglihatan (visual world) Berfungsi sebagai pegumpulan kemahirankemahiran yang berkaitan bagi penyelesaian masalah

Sifat-sifat kanak-kanak Menghabiskan masa lapang dalam aktiviti seni lukis Gemar bermain jigsaw puzzle Membentuk gambaran visual yang jelas apabila memikirkan sesuatu Membaca peta, carta dan gambar rajah dengan mudah Gemar menonton slaid, tayangan video atau gambar foto Suka berkhayal

Sifat-sifat Kanak-kanak Gemar bermain alat muzik Mudah mengingat melodi/rentak lagu Suka mengumpul pita rakaman dan cakera padat Gemar menyanyi walaupun berseorangan

Keupayaan untuk menggunakan otot-otot dengan baik seperti atletik, penari atau tukang kayu

Sifat-sifat Kanak-kanak Menonjolkan prestasi yang baik dalam sukan dan permainan Sukar ketika duduk di satu tempat, lebih suka bergerak Gemar melibatkan diri dalam aktivitiaktiviti fizikal seperti berenang, berbasikal, mendaki bukit, bermain tenis dan lain-lain Gemar menaiki roller coaster,topspin,pirate ship dan lain-lain permainan yang menakutkan Pintar meniru gerak isyarat atau tingkah laku penyanyi pop, pelawak dan sebagainya.

Keupayaan meneliti dan memahami perasaan diri sendiri

Sifat-sifat Kanak-kanak Menonjolkan keazaman diri yang kuat Berani menentang perkara-perkara yang kontroversional Lebih berpusat pada diri sendiri Gemar berseorangan ketika menguruskan satu-satu projek atau hobi Mempunyai keyakinan diri Bermotivasi apabila menjalankan sesuatu projek

Kebolehan mengenal pasti mood, perasaan, motivasi dan hasrat orang lain

Sifat-sifat Kanak-kanak Mempunyai ramai kawan Mahir bersosialisasi Banyak melibatkan diri dalam aktivitiaktiviti kokurikulum Berasa seronok mengambil bahagian dalam permainan kumpulan Mudah berempati dengan orang lain

Kebolehan menggunakan apa yang terdapat di alam sekeliling untuk menyelesaikan masalah

Kebolehan kanak-kanak mengawal emosinya, kebolehan mentafsir perasaan orang lain, keupayaan menjalin hubungan dengan orang lain dan keupayaan meningkatkan motivasi diri.

Kemahuan individu menyempurnakan keadaan kekurangan, gangguan dan ketidakseimbang dalam dirinya Dibahagikan kepada 2 kumpulan:a)Keperluan Fisiologi/Hayat b)Keperluan Psikologi

Keperluan asas yang terdiri daripada keperluan makanan, keperluan minuman, keperluan tidur dan rehat, keperluan udara, keperluan pembuangan kotoran dan keperluan kejantinaan

Keperluan sekunder yang terdiri daripada keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan kendiri, keperluan kesempurnaan kendiri, keperluan maklumat dan keperluan-keperluan sekunder

Seorang individu akan memenuhi keperluan asas dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder. Selagi keperluan-keperluan asas belum dipenuhi,individu tidak bermotivasi untuk mencapai keperluan-keperluan sekunder Jadi,guru hendaklah berusaha untuk memenuhi keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan diri dan sempurna kendiri sebelum kanakkanak bermotivasi untuk mencapai keperluan untuk mengetahui dan memahami serta keperluan estetik

Keperluan Fisiologi Pihak sekolah menyediakan projek susu dan amalan pemakanan panas bagi menjamin kanakkanak tidak kelaparan ketika berada di sekolah Untuk mengelakkan kanak-kanak yang letih daripada berasa mengantuk dan kurang bermotivasi,pastikan semua tingkap dan pintu sentiasa dibuka dan kipas-kipas dalam keadaan yang berfungsi Pastikan kanak-kanak dalam keadaan yang sihat supaya dapat menumpu perhatian dalam pembelajaran

Keperluan Keselamatan Elak daripada menghina kanak-kanak Tunjukkan penghormatan dan penerimaan agar mereka berasa selamat dan selesa dalam bilik darjah Kanak-kanak yang bersikap kasar terhadap kanak-kanak lain perlu diawasi serta diberi khidmat kaunseling, untuk tujuan mengekalkan suasana kelas yang selamat Menjalankan aktiviti pnp agar kanak-kanak berasa seronok, gembira, harmonis dan selamat melibatkan diri dalamnya

Keperluan Kasih Sayang Kanak-kanak memerlukan kasih sayang dan perhatian supaya membentuk satu perasaan dimiliki dalam bilik darjah Guru hendaklah mengingati nama setiap kanak-kanak Guru harus menunjukkan kepada kanakkanak yang dia menyayangi mereka

Keperluan untuk penghargaan diri Kekuatan kanak-kanak seharusnya dipupuk dan dikembangkan manakala kelemahan mereka jangan disebut-sebut selalu Perbandingan antara kanak-kanak elok dielakkan Pujuan yang diberi kepada kanak-kanak yang berjaya mencapai matlamat-matlamat dalam satu-satu tugasan akan memberikan perasaan kejayaan kepada mereka

Keperluan sempurna kendiri,mengetahui dan estetik Menyediakan peluang bagi kanak-kanak mencapai sesuatu mengikut potensi mereka Aktiviti-aktiviti serta isi pelajaran seharusnya mencabar dan menarik agar dapat memenuhi keperluan mengetahui kanak-kanak Peluang perlu diadakan bagi kanak-kanak yang berminat dalam bidang seni lukis, tarian, muzik dan drama

Perasaan kejayaan Tugasan yang diberikan sepatutnya sejajar dengan kebolehan kanak-kanak bagi memudahkan mereka menikmati kejayaan Kejayaan akan membantu kanak-kanak menetapkan harapan diri yang realistik serta meningkatkan motivasi untuk pencapaian Penilaian yang baik membantu kanakkanak mengenal pasti kelemahan dan kekuatan tentang prestasinya

Motivasi pencapaian Menekankan kepentingan untuk mencapai kejayaan kepada kaank-kanak Membantu kanak-kanak meningkatkan keinginan untuk mencapai Memberikan contoh-contoh atau modelmodel kejayaan dalam masyarakat

You might also like