You are on page 1of 8

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN BENGKEL KESELAMATAN DAN AUDIT 10 DAN 11 JUN 2009

KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN BENGKEL KESELAMATAN DAN AUDIT

TARIKH 10 DAN 11 JUN 2009 TEMPAT LAWATAN Bhg. Pengurusan Maklumat Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4 Blok E11, Parcel E Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya TEMPAT BENGKEL Makmal Ftsm, Ukm ANJURAN BERSAMA Persatuan Mahasiswa Teknologi Dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia MAHASISWA BERILMU NEGARA GEMILANG

KERTAS KERJA MAHASISWA BERILMU NEGARA GEMILANG 1

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN BENGKEL KESELAMATAN DAN AUDIT 10 DAN 11 JUN 2009

PROGRAM UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA 1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Pusat Perkembangan Pelajar untuk mengadakan Program . 2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Persatuan Mahasiswa Teknologi Dan Sains Maklumat dengan kerjasama pelajar daripada Jabatan Sains dan Pengurusan Sistem akan mengadakan program peningkatan khusus berkenaan audit dan pengurusan sistem maklumat. Program ini bertujuan untuk melaksanakan tugasan dan projek akhir bagi kursus TU3233 Keselamatan Dan Audit Sistem Komputer dan TS2723 Sistem Pengurusan Maklumat. Pelajar akan didedahkan dengan perkara berikut: 1. Struktur audit, konsep proses audit dan memahami perisian audit. 2. Unsur-unsur keselamatan komputer, 3. Pembangunan sistem maklumat/perisian seperti ujian sistem secara praktikal di kementerian pendidikan. 3.0 MISI

Melahirkan generasi yang berkualiti, berilmu dan berdaya saing.

4.0

MATLAMAT 2

MAHASISWA BERILMU NEGARA GEMILANG

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN BENGKEL KESELAMATAN DAN AUDIT 10 DAN 11 JUN 2009

4.1 Membentuk dan melahirkan graduan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek yang dapat menguasai ilmu dan kompetensi generik. 4.2 Melahirkan graduan yang boleh menggarap pembelajaran sepanjang hayat melalui program pembudayaan ilmu. 4.3 Melahirkan graduan yang dapat mengadaptasi pengalaman kehidupan dalam pelbagai konteks melalui pembelajaran secara menyeluruh. 4.4 Melahirkan graduan yang berdaya saing dipasaran kebangsaan dan antarabangsa. 5.0 OBJEKTIF LAIN

5.1 Mengeratkan hubungan antara peserta. 5.2 Menyemaikan sikap empati dan bertimbang rasa dalam diri peserta. 5.3 Memupuk kerjasama antara pelajar yang berbilang kaum 5.4 Melahirkan mahasiswa/i yang kreatif dan berdaya saing 6.0 TEMA

Mahasiswa Berilmu Negara Gemilang 7.0 ANJURAN DAN ORGANISASI

Persatuan Mahasiswa Teknologi Dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia. Rujuk lampiran A.

8.0

TARIKH DAN MASA 3

MAHASISWA BERILMU NEGARA GEMILANG

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN BENGKEL KESELAMATAN DAN AUDIT 10 DAN 11 JUN 2009

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada : Nama Program : Lawatan sambil belajar ke MOE Tarikh : 10 Jun 2009 Masa : 8.30am 12.00am Tempat Program: Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya. Nama Program : Bengkel Keselamatan dan Audit Nama penceramah : Puan Raja Azrina Raja Ahmad Tarikh : 11 Jun 2009 Masa : 8.30am 12.00am Tempat: Makmal FTSM. 9.0 TEMPAT PROGRAM

Bhg. Pengurusan Maklumat Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4 Blok E11, Parcel E Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA. Makmal FTSM, UKM. 10.0 PUBLISITI

Program ini diiklankan melalui poster dan sistem pembelajaran interaktif (SPIN) di dalam UKM.

11.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM MAHASISWA BERILMU NEGARA GEMILANG 4

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN BENGKEL KESELAMATAN DAN AUDIT 10 DAN 11 JUN 2009

Jumlah peserta seramai 100 orang. Jumlah urusetia seramai 5 orang.

13.0

TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B 14.0 PERINCIAN PROGRAM

Rujuk Lampiran C 13.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, sumbangan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi : Persatuan Mahasiswa Teknologi Dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia Paras 3 Bangunan Pusanika UKM 43600 UKM Bangi Selangor Darul Ehsan. Atau hubungi : 012-4196956 ( u/p : RUZAINI BIN MD ZAMRI ) Timbalan Ketua Pengarah Program Lawatan Sambil Belajar 14.0 PENUTUP

Kami berharap program ini mendapat perhatian dan pertimbangan serta kerjasama yang sewajarnya dari pihak Tuan dan pihak UKM khususnya. Kami juga berharap agar mendapat bantuan kewangan bagi melancarkan program ini MAHASISWA BERILMU NEGARA GEMILANG 5

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN BENGKEL KESELAMATAN DAN AUDIT 10 DAN 11 JUN 2009

dilaksanakan. Semoga projek ini akan berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah digariskan. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Disediakan oleh: ...................... (RUZAINI BIN MD ZAMRI) Timbalan Ketua Pengarah Program Lawatan Sambil Belajar dan Bengkel Keselamatan dan Audit Persatuan Mahasiswa Teknologi Dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia. Disemak oleh: ........................................................................ (NUR ADILAH BINTI MAT) Pengarah Program Lawatan Sambil Belajar dan Bengkel Keselamatan dan Audit Universiti Kebangsaan Malaysia. Disahkan oleh: .......................................................................... (DR. SITI NORUL HUDA BT. SHEIKH ABDULLAH ) Penasihat Program Lawatan Sambil Belajar Universiti Kebangsaan Malaysia.

MAHASISWA BERILMU NEGARA GEMILANG

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN BENGKEL KESELAMATAN DAN AUDIT 10 DAN 11 JUN 2009

LAMPIRAN A CARTA ORGANISASI PROGRAM Penaung Y.Bhg. Prof. Dato Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin Naib Canselor, UKM Pengerusi Prof. Dato Dr. Mohamad Abdul Razak Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar & Alumni), UKM Penyelaras Prof. Dato Dr. Shaharuddin Ahmad Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar, UKM Penasihat Siti Norul Huda Bt. Sheikh Abdullah Pensyarah Ketua Pengarah Nur Adilah binti Mat (FTSM/2) 013-6014270 Timbalan Pengarah Ruzaini Bin Md Zamri (FTSM/2) 012-4196956 Setiausaha Nurul Suzieana binti Abdullah (FTSM/2) 012-9181473 Bendahari Noor Izzati binti Mohd Nasir 012-9065870 Pengarah Program Pengarah Pengangkutan Pengarah Tugas-Tugas Khas Pengarah Makanan : Muhammad Nuruddin Bin Sudin : Muzaima Binti Mustapaa Kamar : Nur Amira Binti Mohd Zin : Muhamad Syafiq Bin Shohaimi LAMPIRAN B MAHASISWA BERILMU NEGARA GEMILANG 7

Pengarah Dokumentasi & Teknikal : Lai Yi Qing

LAWATAN SAMBIL BELAJAR DAN BENGKEL KESELAMATAN DAN AUDIT 10 DAN 11 JUN 2009

TENTATIF LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, PUTRAJAYA-10 JUN 2009 TARIKH DAN MASA 8.00 PAGI 8.30 PAGI 9.00 PAGI 12.00 TGH HARI PERKARA PELAJAR BERKUMPUL DAN SARAPAN PAGI TAKLIMAT DAN BERTOLAK SAMPAI KE KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN REHAT DAN MAKAN TENGAHARI

TENTATIF BENGKEL KESELAMATAN DAN AUDIT OLEH PN. RAJA AZRINA RAJA AHMAD-11 JUN 2009 TARIKH DAN MASA 9.00 PAGI 10.00 PAGI 10.30-12.30 TGH HARI 12.30 TGH HARI PEMBENTANGAN REHAT BENGKEL/MAKMAL REHAT DAN MAKAN TENGAHARI LAMPIRAN C ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM Anggaran Perbelanjaan BIL 1. 2. 3. PERKARA Cenderamata program Upah penceramah: Pn. Raja Azrina Raja Ahmad (RM150 x 3 jam ) Makanan pelajar (RM10 x 2 hari x 100 pelajar) JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM RM RM RM 50.00 450.00 2000.00 PERKARA

RM 2500.00

MAHASISWA BERILMU NEGARA GEMILANG

You might also like