You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh / Peristiwa Tajuk

Jurnal 1. Masalah / Peristiwa Pada hari ini ( 25 Julai 2013 ) saya telah menghadapi masalah dari segi pengurusan kawalan kelas. Hal ini terjadi semasa saya mengajar di kelas KK 2 pada masa Bahasa Melayu. Masalah kawalan kelas ini sekaligus memberi impak yang besar kepada masa pengajaran saya kerana saya banyak mengambil masa untuk menarik tumpuan para murid agar memberi sepenuh perhatian terhadap pengajaran yang sedang berlangsung. 2. Analisis Masalah ini timbul kerana di dalam kelas itu terdapat seorang pelajar yang bernama Brannon. Dia merupakan seorang pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku di mana dia tidak boleh duduk diam. Dia juga susah untuk mendengar arahan saya. Di samping itu, dia kelihatan seakan berada di dalam dunianya sendiri. Malah dia juga mempunyai tabiat menghentak meja dan memanggil saya untuk mendapatkan perhatian. Masalah timbul apabila saya memberi perhatian yang lebih kepadanya murid lain akan turut sama membuat perangai untuk mendapatkan perhatian saya dan berasa cemburu dengan layanan saya kepada Brannon. Murid tersebut ialah Iqbal. Hal ini amat memeningkan saya memikirkan bagaimana untuk meredakan keadaan dan menarik perhatian mereka untuk memberikan sepenuh perhatian kepada pengajaran saya. Di samping itu, masalah ini juga timbul kerana waktu pengajaran adalah semasa waktu terakhir sebelum pulang. Pada masa ini murid sudah kelihatan mengantuk dan tidak berminat untuk meneruskan pengajaran. Maka, mereka akan bermain dan berisyarat dengan rakan mereka tanpa menghiraukan saya. Apabila saya menegur mereka hanya boleh bertahan kurang daripada lima minit untuk mendengar arahan : Ke-2 : Kedua : 25 Julai 2013 : Masalah Kawalan Kelas

saya. Selebihnya, mereka akan bermain dan mengacau rakan yang lain. Mereka juga kelihatan bosan dan mengantuk sehingga terdapat murid yang menguap beberapa kali di hadapan saya. Dalam pada itu, mereka seakan bosan dengan aktiviti yang dijalankan. Terutamanya apabila diminta untuk mengisyaratkan ayatayat tertentu. Hal ini menyebabkan masa pengajaran turut terjejas kerana mereka seakan sambil lewa untuk mengisyarat. Dalam pada itu, saya dapati bilangan murid di dalam kelas tersebut terlalu sedikit iaitu seramai tiga orang. Oleh itu, saya tidak dapat mengawal kesemua murid dan memberi perhatian yang sama rata kerana tumpuan saya sering terarah kepada Brannon. Jika tidak dia akan ketinggalan dan tercicir. Hal ini sangat

membimbangkan saya. Namun, jika diberi lembaran kerja dia dapat menjawabnya dengan baik. Selain itu, Faris juga sudah menunjukkan kenakalan apabila membawa kereta mainan ke sekolah. Di dalam kelas dia mengajak rakan-rakan yang lain bermain kereta tersebut. Hal ini sangat menganggu P&P saya. Apabila saya meminta kereta tersebut dia terus menyimpannya. Tetapi tidak lama selepas itu dia akan mengeluarkan balik kereta mainan tersebut. Saya dapati Brannon yang betul-betul mempunyai keinginan untuk belajar. Mereka juga mendengar kata dan membantu saya menegur rakan mereka jika mereka berbuat bising dan salah. 3. Cadangan Tindakan Susulan a) Saya seharusnya lebih tegas dengan mereka dan tidak terlalu mengikut kemahuan mereka. Contohnya saya sepatutnya merampas kereta mainan Asra dan memberinya setelah tamat waktu P&P. b) Dalam pada itu, saya juga perlu mendenda mereka dengan menyuruh mereka berdiri untuk beberapa ketika jika mereka melakukan kesalahan. Hal ini dapat menyedarkan mereka yang mereka telah membuat salah. c) Saya juga akan melakukan peneguhan positif di mana saya akan membuat satu jadual bintang. Mana-mana murid yang berkelakuan baik dan mendengar kata akan diberikan bintang manakala murid yang tidak mendengar kata dan nakal akan dipotong bintangnya.

d) Di samping itu, jika murid didapati mengantuk saya akan meminta mereka untuk berdiri dan melakukan senaman ringan. Hal ini dapat membantu mereka menghilangkan rasa mengantuk tersebut walaupun sekejap sahaja. e) Saya juga akan melakukan time-out terhadap murid yang terlampau bermasalah seperti Brannon dan Iqbal. f) Selain itu, saya juga akan cuba membuat ground rules di dalam kelas tersebut untuk memastikan semua murid tahu tingkah laku yang sepatutnya. g) Selain itu, saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih yang lain. 4. Saya akan cuba mengatasi masalah inI dalam tempoh seminggu. Kawalan kelas yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

You might also like