You are on page 1of 3

Bincangkan kebaikan dan keburukan menuntut di luar negara.

Pembangunan sesebuah negara menuntut rakyatnya meraih ilmu setinggi mungkin. Menyedari akan hal ini, pusat pengajian tinggi didirikan. Namun begitu, jumlah tempat yang ditawarkan di universiti tempatan masih tidak dapat menampung pelajar yang layak. Bagi mengatasi masalah ini, ribuan penuntut dihantar belajar belajar ke luar negara seperti Britain, Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, dan India. Namun, penghantaran para pelajar ke seberang laut memberi implikasi dari pelbagai aspek, sama ada positif atau negatif. Dari sudut positif, seseorang yang belajar di luar negara itu akan memperoleh pengetahuan dan pengalaman. Pengetahuan diperoleh daripada pembelajaran mereka, manakala pengalaman berdasarkan apa yang dirasai, dilihat, dan dilalui. Pembangunan di negara tempat mereka belajar boleh dijadikan model apabila pulang ke Malaysia kelak. Hal ini ditambah dengan percampuran dengan rakyat di negara berkenaan. Kelab politik dan kebudayaan ditubuhkan bagi mempertahankan nilai masyarakat Malaysiadalam jiwa pelajar. Menerusi badan yang ada, seperti Persekutuan Pelajar Malaysia Amerika (PEMAU), ciri-ciri kebudayaan Malaysia dapat diperkenalkan. Rakyat negara luar memang suka akan keunikan budaya Malaysia. Menerusi aktiviti yang dianjurkan, rakyat asing dapat mengenali Malaysia dan seterusnya menarik minat mereka untuk melancong ke negara kita. Tanpa modal yang besar, kita sudah menjanjikan pengaliran mata wang asing ke Malaysia. Kerajaan hanya akan menghantar para pelajar menuntut di universiti yang diktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pengiktirafan ini akan perlu bagi menjaminmutu pendidikan mengikut piawaian JPA. Apabila pulang ke tanah air kelak, para pelajar ini mudah memperoleh pekerjaan. Namun begitu, oleh kerana usia pelajar masih muda, unsur negatif mudah meresap dalam jiwa mereka. Keadaan ini berlaku apabila

penuntut di United Kingdom dan Eire telah menggambarkan keadaan yang buruk tentang politik Malaysia. Pelbagai kecaman terhadap kerajaan dibuat menerusi kedutaan Malaysia di sana. Budi kerajaan Malaysia menerusi badan pelajarnya, iaitu Persekutuan Pelajar Malaysia (FUEMSCO) telah dilupakan. Sesetengah pelajar pula, sesudah tamat pengajian bekerja di tempat mereka belajar. Jika alasannya sekadar mencari wang dan pengalaman tidak mengapa, tetapi pelajar sanggup menukar taraf kewarganegaraan, ini merupakan satu tindakan yang amat dikesali. Penggunaan bahasa Inggeris merupakan masalah besar kepada para pelajar. Masalah ini timbul kerana bahasa tersebut menjadi bahasa pengantar. Walaupun kursus persediaan sebelum ke seberang laut telah dilalui, tetapi kebolehan yang dimiliki tidak setimpal dengan keperluan semasa belajar. Keadaan ini menimbulkan masalah kepada para pelajar. Sesetengah peajar pula terpaksa mengulangi peperiksaan beberapa kali. Masalah kejutan budaya di kalangan pelajar memang sering diutarakan. Di negara kita, media massa begitu berhati-hati dalam menyiarkan sesuatu bahan, tetapi tidak di Barat. Masyarakat yang lepas bebas, televisyen yang menyiarkan rancangan berunsur lucah, dan kehidupan tanpa hukum menyebabkan para pelajar mudah terpengaruh. Masalah bertambah buruk jika tiada kawalan daripada bahan yang diamanahkan dan keluarga pula percaya seratus-peratus kepada bahan tersebut. Gejala keruntuhan moral ini pula terbawa-bawa apabila pelajar pulang ke tanah air. Sebenarnya, tiada bezanya jika belajar dalam negara dengan luar negara. Soal belajar di luar negara lebih meningkatkan status tidak timbul. Terpulanglah kepada pelajar memilihnya. Kita akan memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran jika kita belajar bersungguhsungguh tanpa mengira dalam negara atau luar negara kita belajar. Oleh itu, tanamkan tekad untuk tekun belajar agar kita mencapai citacita yang kita idamkan.

You might also like