You are on page 1of 1

Ruj.

Kami: SKFRM/PKUPSR2013(8) Tarikh : 22 Julai 2013 13 Ramadhan 1434 Guru Besar, Sekolah Rendah Kebangsaan Putra, 02100 Kangar, Perlis Indra Kayangan (u.p. Puan Hasnah binti Jusoh GC Bahasa Inggeris)

Tuan JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN UPSR 2013 SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA RIMBA MAS Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Felda Rimba Mas, Padang Besar, Perlis akan mengadakan Bengkel Teknik Menjawab UPSR 2013. 3. Untuk tujuan tersebut, sekolah ingin memohon jasa baik tuan supaya dapat membenarkan guru di sekolah tuan, Puan Hasnah binti Jusoh (Guru Cemerlang) sebagai penceramah Bahasa Inggeris bengkel tersebut seperti ketetapan berikut: Tarikh : Masa : Tempat : 24 Julai 2013 (Rabu) 11.00 1.00 Petang Pusat Kegiatan Guru Titi Tinggi d/a Sekolah Kebangsaan Felda Rimba Mas 02100 Padang Besar, Perlis

4. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ...................................................... (NORDIN BIN ABDULLAH) Guru Besar, Sek. Keb. Felda Rimba Mas, 02100 Padang Besar, Perlis

You might also like