Professional Documents
Culture Documents
Konteks pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
Tujuan Pentaksiran
membolehkan sistem persekolahan, sekolahsekolah, pengajar dan guru serta pelajar dan murid meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih bermakna. Piawaian yang ditetapkan memberikan fokus atau tumpuan serta arah kepada pengajaran dan pembelajaran.
Keputusan dan hasilan dari pentaksiran menyokong unsur-unsur penting dan utama terhadap sifat, kekuatan dan kelemahan prestasi murid dan pelajar yang berkaitan dengan piawai.
Pendidik dan pelajar mengunakan maklumbalas dari hasilan pentaksiran ini untuk memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan pembelajaran mereka .
Pentaksiran boleh meningkatkan motivasi pelajar dan murid untuk belajar dengan lebih baik, pengajar memberi pengajaran yang lebih bermakna dan sistem persekolahan yang lebih berkesan. (Klein, 2000)
Peranan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaran mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran. mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar. memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran. mencipta strategi pengajaran yang berlainan dan peluang pembelajaran bagi membantu individu bergerak maju dalam pembelajaran. menyediakan maklumbalas dan arahan segera.
pelajar berupaya mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan mengunakannya untuk tujuan pembelajaran. Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam metakognisi (meta-cognition). Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau pembelajaran kendiri dan mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan, penyesuaian, dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa yang mereka fahami.
membimbing pelajar dan murid dalam membentuk maklumbalas dalaman atau membina mekanisma pemantauan kendiri bagi mengesahkan dan menyoal pemikiran kendiri serta berpuashati dengan kesamaran dan ketidaktentuan yang ketara dalam mempelajari perkara baru. menyediakan peluang berterusan dan yang mencabar untuk diamalkan, agar pelajar dan murid menjadi yakin dan bersifat pentaksir kendiri yang kompeten. memantau proses meta-kognitif pelajar dan juga pembelajaran serta menyediakan maklumbalas yang terperinci . menyediakan persekitaran yang selamat bagi pelajar dan murid memperolehi peluang pembelajaran dan mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak sekolah atau pentadbiran.
kadar mekanisma alternatif bagi mentaksir hasilan yang sama. penanda dan petunjuk am bagi membuat keputusan.
Pendekatan
Pentaksiran Kepada
Tujuan
Penghakiman mengenai penempatan,
Rujukan
Murid
Pentaksir
Guru
Pembelajaran peningkatan, penghargaan dan sebagainya Pentaksiran Untuk Pembelajaran Pentaksiran Sebagai Penilaian kendiri dan pembetulan sendiri Matalamat kendiri dan piawai luaran Murid Maklumat bagi hasilan pembelajaran guru Pentaksiran piawai luar atau harapan Guru
Pembelajaran
Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
PKS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat.
Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa.
Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun.
Di samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid.
Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Oleh itu, guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Penilaian sumatif Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun.
Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.
PKS dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian.
Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu.
PKS boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
PKS dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.
mengetahui keberkesanan pengajarannya; merancang dan mengubahsuai pengajarannya menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.
PROSES PELAKSANAAN
PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH
MERANCANG
~ menentukan hasil pembelajaran dan instrumen penilaian MEMBINA INSTRUMEN ~ membuat Jadual Penentuan
YA
TIDAK
YA
PERANCANGAN
Dalam pelaksanaan PKS, guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, kaedah penilaian dan instrumen penilaian yang perlu digunakan.
Tentukan bilangan soalan mengikut aras. Tulis bilangan soalan dalam petak berkenaan. Semak jumlah dan peratus semua soalan dalam lanjur menegak dan mendatar.
Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada: ~ hasil pembelajaran yang hendak dinilai. ~ Kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.
Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk : Mengesan serta-merta - mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam pengajaran harian - tidak memerlukan instrumen yang khusus Mengesan kemajuan - mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran - perlu dirancang secara individu atau kumpulan - menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis Mengesan pencapaian - mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program - perlu dirancang secara individu - dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian lisan
Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah: - kefahaman konsep - pengetahuan fakta - kecekapan mendengar - penggunaan bahasa yang tepat - kefasihan menghafaz - sebutan dalam berbahasa - kecekapan mencongak - gaya persembahan - pertuturan dan sikap
Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut: - bacaan kuat - syarahan - perbahasan - bercerita - perbincangan - hafazan - temu bual - soal jawab - nyanyian - deklamasi sajak - mendengar dan memberi respon secara lisan
Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah: - soalan subjektif - soalan objektif
MEREKOD
aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. perlu dikemas kini untuk memudahkan guru membuat rujukan. perlu dianalisis dan ditafsir untuk tujuan tindakan susulan dan pelaporan. dilakukan dari semasa ke semasa.
BENTUK MEREKOD
Merekod boleh dibuat dalam bentuk yang berikut: - membuat pernyataan - menanda dengan menggunakan simbol - memberi markah - memberi gred
Rekod boleh dibuat dalam dokumen seperti yang berikut: - buku rekod mengajar - buku latihan mengajar - laporan kemajuan murid - buku catatan guru - senarai semak - rekod prestasi - rekod profil
MELAPOR
proses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian murid. Maklumat untuk pelaporan diperoleh daripada rekod penilaian.
Guru melaporkan perkara-perkara yang relevan berkaitan murid merangkumi kekuatan dan kelemahan pembelajaran. Antaranya ialah: - prestasi akademik - pernyataan tentang minat, sikap dan perlakuan - cadangan memperkembang potensi murid
BENTUK LAPORAN
lisan atau bertulis: - Markah - Pernyataan - Gred - pernyataan dan gred Laporan bertulis boleh dibuat dalam: - buku laporan kemajuan murid - rekod profil - laporan ringkas oleh guru mata pelajaran atau guru kelas
TINDAKAN SUSULAN
Aktiviti Pemulihan - Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran. Aktiviti Pengukuhan - pengukuhan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai. Aktiviti Pengayaan - Dirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar.
Tindakan susulan adalah bersifat formatif dan berasaskan penilaian rujukan kriteria. Penilaian rujukan kriteria mengukur pencapaian berasaskan hasil pembelajaran yang ditetapkan.
berasaskan kepada kepercayaan bahawa setiap murid mempunyai kebolehan untuk menguasai perkara yang diajarkan sekiranya ada masa yang mencukupi, dan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
PENILAIAN KENDIRI
1. Bagaimanakah penilaian berikut dijalankan ? - Penilaian secara lisan - Penilaian secara pemerhatian - Penilaian secara penulisan 2. Berikan aspek-aspek yang sesuai dinilai melalui setiap kaedah di atas.