You are on page 1of 9

Menurut Atan Long (1976) membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna

daripada bahan bertulis itu. Justeru, aktiviti pemulihan membaca perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini.

Aktiviti literasi bahasa pemulihan bacaan.

Aktiviti Pemul 1. Aktiviti utam pemulihan ba fonetik denga artikulasi yang menyebabkan yang berbeza vokal, diftong, perlulah ditek perlu mengaja bunyi seperti: Bibir Gigi Gusi Lelangit kera Lelangit lem Anak tekak Lidah Rongga teka Rongga mul

Contoh aktiviti untuk pemulihan bacaan : i. ii. iii. iv. v. vi. Menyanyi Latih tubi menyebut. Membaca ayat mudah. Membaca ayat berima. Membaca ayat bertema Membaca dengan bantuan gambar.

Pemulihan Bacaan

Membaca merupakan kemahiran yang terpenting, bukan sahaja terhadap kebolehan membaca itu sendiri, tetapi seterusnya untuk seluruh pembelajaran murid-murid itu. Kegagalan menguasai kemahiran asas membaca ini merupakan sesuatu yang amat merugikan bagi seseorang murid bukan saja pada masa persekolahan bahkan pada masa kehidupan dewasa murid-murid berkenaan.

Menurut Isahak Harun (2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak mula membaca; Beliau mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanak-kanak mengenal dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Mazhab pertama merujuk kepada perspektif linguistik yang berasaskan kepada anggapan bahawa bahasa terdiri daripada bunyi dan adunan bunyi yang menjadikan perkataan.

Mazhab ini mengajar kanak-kanak membaca bermula dengan menghafal simbol-simbol yang mewakili bunyi asas ini (fonem), iaitu huruf abjad dan bunyi-bunyi huruf tersebut. Kaedah ini juga dikenali sebagai pendekatan fonik. Di Malaysia kaedah ini sinonim dengan kaedah abjad iaitu kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan bahasa Melayu. Kaedah ini menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak.

Mazhab kedua berasaskan kepada teori psikologi kognitif yang beranggapan bahawa kanak-kanak belajar bahasa melalui perkataanperkataan dan ayat yang bermakna kepadanya. Murid -murid membaca bermula dengan melihat seluruh perkataan dan ayat yang bermakna.Kaedah ini dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan (whole word) atau kaedah pandang dan sebut. Variasi lanjutan daripada kaedah ini adalah kaedah frasa, kaedah ayat dan kaedah cerita (Isahak Harun, 1989).

Pandangan daripada mazhab-mazhab ini mencetuskan kepada kaedah pengajaran awal asas membaca yang pelbagai di Malaysia. Antara kaedah yang telah digunakan di Malaysia ialah kaedah campuran, Kaedah DBP, Pendekatan Bacaan Asas Pusat Perkembangan Kurikulum (PEBAS), Kaedah Atan Long, Kaedah cerakin, kaedah eklektik, kaedah abjad, dan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) . Kaedah-kaedah yang digunakan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh digunakan kepada muridmurid pemulihan khas.

Murid-murid pemulihan khas juga seorang individu dan anggota masyarakat. Jadi murid-murid ini juga memerlukan pendidikan asas termasuklah belajar membaca. Maka pemulihan khas bertujuan untuk memberi rawatan yang diharapkan dapat mengubati pelajar lambat ini (Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon, 1992). Seterusnya satu kaedah yang tepat perlulah dikenalpasti bagi mengatasi masalah ini. Kelemahan murid-murid pemulihan dalam membaca adalah disebabkan oleh kelemahan dalam sebutan perkataan. Sebutan yang tidak jelas adalah disebabkan kecacatan alat pertuturan, iaitu masalah penglihatan iaitu mengalami masalah kecacatan fokus (regractive errors) dan masalah pendengaran.

Menurut Durell dan Marphy (1953), dalam kajian mereka menyatakan kebanyakan kanak-kanak bermasalah dalam menaakul dan

mendiskriminasikan bunyi adalah pembaca yang terencat pencapaian bacaannya. Oleh itu, beberapa langkah pengajaran membaca dicadangkan oleh Smith, iaitu pemilihan bacaan, aktiviti pengukuhan pembacaan dan bacaan tambahan perlu disediakan kepada murid-murid pemulihan bagi membantu masalah mereka. Venezkey mengatakan bahawa membaca adalah terjemahan daripada bentuk tulisan kepada suatu bentuk bahasa di mana pembaca sudah boleh menimbulkan makna daripadanya.

Pemulihan Tulisan DEFINISI

Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Hammil dan Mc Nut (1981) melaporkan bahawa kemahiran menulis mempunyai kaitan rapat dengan bacaan. Kemahiran ini termasuklah kecekapan dalam menulis mekanis, mengeja, tanda baca, huruf, kemahiran belajar dan membentuk makna. Objektif utama penguasaan kemahiran menulis mekanis atau tulisan tangan ialah supaya mudah dibaca. Pengajaran guru harus berfokus kepada memegang alat tulis, membentuk garisan dan lengkokan huruf dengan betul serta mengekalkan jarak dan bentuk huruf dengan sempurna. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran mempunyai masalah menulis. Mercer (1985) yang bersetuju dengan pendapat Hidreth (1947) menyatakan bahawa punca utama ialah masalah psikomotor, masalah emosi, kegagalan pengamatan terhadap huruf dan perkataan serta daya ingatan yang lemah. Jenis-jenis masalah tulisan tangan atau tulisan mekanis ini ialah lambat, arah tulisan yang tidk betul,terlalu jarak atau terlalu dekat, bercelaru, senget, terlalu menekan ketika menulis dan tulisan yang berlapis-lapis. CARA MELAKSNAKAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS ASAS

Wiedorholt, Hammil dan Brown (1983) mencadangkan guru-guru sekolah rendah memperuntukkan 10 hingga 15 minit setiap hari untuk mengajar tulisan tangan (mekanis). Bagi masalah menulis bentuk huruf yang tidak betul dan berbentuk huruf senget, guru hendaklah meletakkan kertas lurus sebagai panduan untuk murid menulis. Jika menulis terlalu besar atau terlalu kecil, guru hendaklah berulang kali mengajar konsep saiz dengan menunjukkan fungsi setiap garisan di atas kertas.

Contohnya, Huruf c hendaklah ditulis di dlam garisan, lihat contoh berikut

Ada juga murid yang tidak dapat menulis dengan sekata (uniform). Bagi masalah ini, guru hendaklah membimbing pergerakan tangan murid berkenaan. Perhatikan cara dia memegang pensel dan kedudukan tangannya di atas meja ketika dia menulis untukmemastikan pergerakan yang betul. Satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid dalam tulisan mekanis ialah tulisan yang terlalu sesak atau terlalu jarang. Untuk mengatasi masalah ini cuba latih tubi murid menulis huruf mengikut jark hujung jari atau diukur dengan jarak sebatang pensel. Selain daripada di atas, guru boleh menggunakan kebijaksanaan dan kreativiti sendiri untuk membantu murid menulis dengan betul dan sempurna. Aktiviti menulis ini juga boleh digabungkan dengan permainan untuk menghindari kebosanan murid jika guru terlalu kerap menggunakan teknik latih tubi. Guru juga boleh mengadakan muzik latar yang sesuai untuk menarik minat murid ketika menulis.

Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain. Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan. Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.

Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.

MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN

Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan

Masalah pembalikan huruf atau perkataan.

Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.

Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.

Menulis tanpa mengikut garisangarisan yang ditentukan,

Rajah 3 : Masalah tulisan di kalangan kanak-kanak pemulihan

BIBLIOGRAFI Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.Tanjung Malim: Quantum Books.

Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Isahak Harun (2004). Laporan Kajian Awal Membaca Bahasa Melayu. Tanjung Malim:UPSI.

Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti.

Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam:Penerbit Fajar Bakti.

J.S. Farrant (1971). Principles and Practice of Education. London: Longman GroupLimited

Wiley Blevins (1998). Phonics From A to Z: A Practical Guide. New York: ProfessionalBooks.

Buat Seekor Ulat Buku Pelajar menulis ulasan buku mereka pada kad manila yang dipotong bulat. Kad-kad ini boleh disambungsambung untuk membentuk segmen ulat buku.

Baris Demi Baris- Pelajar membaca sebuah buku baris demi baris dengan bimbingan guru.

Aku Di mana-mana guru bertanyakan mana-mana perkataan yang terdapat di mana-mana sudut seperti di papan hitam terdapat flash card bertulis papan hitam. Oleh itu pelajar akan membaca falsh card tersebut.

Aktiviti Pemulihan Bacaan

Rakan Membaca Pelajar memilih seorang rakan yang serasi dengannya sebagai rakan membaca. Kedua-duanya boleh saling membantu untuk berkongsi pengalaman membaca.

Merancang Satu Persembahan Kumpulan-kumpulan pelajar merancang dan mengelola suatu persembahan berdasarkan sebuah cerita yang telah dibaca.

Projek Cakna Pelajar membaca bahan dengan diawasi dan dibimbing oleh guru mengikut jadual ditempat-tempat yang dinyatakan. Dalam aktiviti ini guru pembimbing akan mambantu pelajar yang tidak boleh menyebut perkataan dengan betul dan tidak boleh membaca dengan baik. Kemudian pelajar bercerita secara lisan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap bahan yang dibaca. Pelajar yang lebih baik kefahamannya dan boleh menulis, mempersembahkan kefahaman mereka dalam bentuk grafik, komik, kartun dan kulit buku.

You might also like