You are on page 1of 4

INTEGRITI

KUALITI UNGGUL YANG WUJUD SECARA KESELURUHAN DAN PADU PADA INDIVIDU DAN ORGANISASI. INTEGRITI BERKAIT ERAT DENGAN ETIKA. IA ADALAH BERLANDASKAN ETIKA DAN PENCERMINAN ETIKA DALAM TINDAKAN SEHARIHARI.

INTEGRITI INDIVIDU
Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; Keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak atau bertingkah laku secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya.
2

INTEGRITI ORGANISASI

Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi

INTEGRITI PENJAWAT AWAM


Integriti penjawat awam bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat awam tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Justeru itu penjawat awam perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang bawahannya dan kepada pihak lain
4

You might also like