You are seeing our new document Reader view. Click here to revert. Feel free to leave us feedback on this feature .
×
  • Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Graftera
1
dalam Penjanaan Wiraga, Wirama dan Wirasa
Muhammad Jailani bin Abu Talib
2
Angkatan Sasterawan ’50 (Asas ’50)Singapura
Abstrak
Graftera merupakan antara pendekatan baharu yang diterajuibadan Angkatan Sasterawan ’50. Gemblengan dua unsur utama,iaitu seni visual dan kesusasteraan, graftera menghasilkansebuah aliran yang baharu dan jarang digunakan dalam usahamemartabatkan sastera Melayu. Kertas kajian ini akanmenghuraikan komponen-komponen asas dalam graftera serta jenis-jenis karya graftera yang dapat dihasilkan daripada karyakesusasteraan asal. Pengkaji turut akan menerapkan teori wiraga,wirama dan wirasa bagi menghuraikan daya kathartik karyagraftera sebagai sebuah hasil karya seni yang berwibawa. Kajianyang dijalankan telah mendapati bahawa graftera merupakansebuah usaha yang penting untuk mendekati jiwa masyarakatMelayu muda. Selain daripada itu, graftera turut berupaya untukmerentasi jurang bahasa, budaya dan agama penilai danpenerima, lantas membuatnya sebuah kaedah yang bergunadalam usaha memartabatkan kesusasteraan Melayu.
1Pengenalan
“Dalam membina sebuah tamadun baru persuratan, yang menjadi puncak ataualqaswa sebuah tradisi sastera zaman berzaman ialah melahirkan keunggulan-keunggulan pengarang, teks dan khalayak sastera. Apa lagi dalam suasanasastera yang muram dan kadang-kadang terasa bungkam, seruan untukkeunggulan itu haruslah terus menerus dilahirkan.”– (Mana Sikana, 2008 : 76)Isu membangkitkan keunggulan kesusasteraan Melayu sering menjadi topik perbincangansegenap golongan ilmuan, sasterawan dan aktivis kesusasteraan Melayu. Namun begitu,apakah ciri-ciri keunggulan yang seharusnya ada pada kesusasteraan demi memartabatkannyake peringkat yang lebih tinggi lagi. Dalam hal ini, daya keunggulan kesusasteraan dapat dilihatpada keberkesanannya untuk memainkan peranan sebagai pemangkin nilai-nilai kemanusiaandalam masyarakat serta kerelevanannya pada sesebuah masyarakat.Bertolak daripada gagasan tersebut, terdapat dua perkara asas yang wajadibincangkan dengan lebih lanjut, iaitu kesusasteraan Melayu serta usaha merelevankankesusasteraan Melayu pada zaman kini. Di samping itu, kertas kerja ini turut akanmenghuraikan konsep Graftera yang diperkenalkan oleh pengkaji pada tahun 2008. Pengkajiturut akan menghuraikan konsep graftera lewat pendekatan teori wiraga, wirama dan wirasa.
2Masalah Kajian
1
Graftera merujuk kepada penggemblengan dua genre seni, iaitu seni tampak dan seni kesusasteraan.
2
Pengkaji merupakan Ketua Perhubungan Korporat dan Pembangunan Citra dalam badan Angkatan Sasterawan’50. Beliau turut merupakan pengasas konsep Graftera.
    of 00

    Leave a Comment

    You must be to leave a comment.
    Submit
    Characters: ...
    You must be to leave a comment.
    Submit
    Characters: ...