You are on page 1of 4

ISL MINGGU 1

1. Minta 5 pelajar dalam kampus anda memberi definisi pentaksiran

Proses yang sistematik bertujuan memperoleh maklumat untuk membuat keputusan bagi sesuatu tindakan yang akan diambil kelak. o (Shahida Aziz)

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai, maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan. o (Wan Nur Amira)

Proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. o (Amanda Cheah)

Proses mendapatkan gambaran mengenai prestasi seseorang dalam pelajaran o (Farhah Nadiah)

Proses

mendapatkan

maklumat

atau

membuat penempatan,

penghakiman perancangan

untuk atau

mendapatkan

maklumbalas

laporan,

penggredan tentang penguasaan murid.

o (Ea Jun Sen)

2. Perbezaan diantara definisi yang dikumpulkan dengan definisi sebenar dalam kuliah. Berdasarkan dapatan yang diperolehi mengenai definisi pentaksiran, didapati kelima-lima responden memberikan definisi pentaksiran mengikut kefahaman masing-masing. Ini menunjukkan mereka mempunyai tafsiran sendiri yang lebih kepada pemahaman peribadi mereka dalam konteks pentaksiran. Namun begitu, definisi-definisi yang diberikan mempunyai maksud yang hampir serupa dan tidak lari daripada konsep pentaksiran. Kesemua mereka menyatakan bahawa

pentaksiran adalah merupakan suatu proses yang berkaitan dengan P&P. Di antara kelima-lima definisi yang diberikan, hanya satu sahaja yang bertepatan dengan definisi sebenar seperti yang diajarkan semasa kuliah. Definisi yang diberikan oleh Ea Jun Sen adalah proses mendapatkan maklumat atau membuat penghakiman untuk mendapatkan maklumbalas,laporan, penempatan, perancangan atau penggredan tentang penguasaan murid sama seperti yang diajar semasa kuliah. Pentaksiran turut menyumbangkan maklumat secara berterusan mengenai P&P seseorang guru tersebut.Melalui maklumat yang diperolehi, ianya dapat membantu guru untuk memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan kepada murid. Definisi lain yang dinyatakan lebih bersifat umum misalnya seperti yang berikan oleh Shahida Aziz iaitu pentaksiran merupakan proses yang sistematik

bertujuan memperoleh maklumat untuk membuat keputusan bagi sesuatu tindakan yang akan diambil kelak. Definisi pentaksiran seperti ini tidak merujuk kepada pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru terhadap muridnya dalam P&P. Selain itu, tidak dinyatakan dengan jelas apakah bentuk maklumat yang ingin diperolehi semasa melaksanakan pentaksiran. Ianya juga tidak menggambarkan pihak-pihak yang terlibat dalam proses pentaksiran. Dalam definisi sebenar, kita dapat melihat pihak yang terlibat adalah guru yang melaksanakan pentaksiran dan murid-murid di dalam kelas.

3. Untuk setiap bidang pentaksiran sains sekolah rendah, senaraikan satu atau lebih alat pentaksiran yang boleh digunakan untuk memantau kemajuan pembelajaran sains pelajar

Bidang pentaksiran Pengetahuan

Alat pentaksiran Pemerhatian,sampel kerja pelajar, jurnal sains, buku nota,log pembelajaran, laporan bertulis, projek

Kemahiran Sikap saintifik dan nilai murni

Pemerhatian, projek Pemerhatian,projek, laporan bertulis

4. Pilih satu isu daripada laman web http://www.kidsource.com dan ringkaskan dalam 100 patah perkataan.

PENTAKSIRAN MENGESAN KEBOLEH UPAYAAN MURID Dewasa ini, terdapat beberapa pendekatan yang digunakan untuk

mengumpul maklumat tentang murid. Maklumat ini termasuklah petaksiran berasaskan kurikulum, pentaksiran ekologikal, analisis tugasan, pentaksiran dinamik dan pentaksiran gaya pembelajaran. Pendekatan-pendekatan ini berupaya menjana maklumat tentang murid dan amat penting apabila menilai murid dari pelbagai latar belakang budaya dan bahasa. Selain daripada itu, guru juga perlu mengambil tahu tentang latar belakang perubatan dan masalah kesihatan mental sebagai salah satu maklumat dalam penilaian dan pentaksiran. Maklumat ini diperoleh dari sumber luar sekolah. Hal ini penting sebagai sumber diagnosis yang tepat, keputusan

penemapatan dan pelan pembangunan yang dikhaskan untuk murid. Hanya melalui pengumpulan data menerusi pendekatan pelabagai seperti pemerhatian, temubual, ujian, pentaksiran berasaskan kurikulum dan sebagainya

barulah mencukupi untuk guru mendapat gambaran tentang kekuatan dan kelemahan murid. Maklumat ini akan seterusnya menentukan sama ada murid memerlukan khidmat pendidikan khas dan sekiranya perlu untuk merek bentuk program khusus untuk mereka.

You might also like