Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
7Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pemaujudan Taming Sari Dalam Agen Pembangunan Masyarakat Melayu

Pemaujudan Taming Sari Dalam Agen Pembangunan Masyarakat Melayu

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 3,070|Likes:
Keris Taming Sari sering dirujuk sebagai senjata sakti kepunyaan Hang Tuah. Namun begitu, nilai kesaktian keris tersebut belum pernah dikaji oleh sebarang pengkaji untuk menghuraikan nilai-nilai yang dapat diambil iktibar oleh masyarakat Melayu kontemporari. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kerelevanan keris tersebut pada masyarakat Melayu pada masa kini. Hasil daripada kajian dijalankan, pengkaji telah mengenal pasti tujuh nilai pada keris tersebut. Dalam hal ini, pengkaji menjurus kepada nilai-nilai Taming Sari yang dapat diterapkan dan diaplikasikan pada perawakan agen pembangunan masyarakat Melayu, yakni guru. Selain daripada itu, kajian turut memuatkan latar belakang keris tersebut serta kepentingan keris tersebut pada diri Hang Tuah. Kertas kajian ini telah telah diusahakan oleh Muhammad Jailani b. Abu Talib dan telah diterbitkan dalam Jurnal akademik Aktivis, terbitan Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.
Keris Taming Sari sering dirujuk sebagai senjata sakti kepunyaan Hang Tuah. Namun begitu, nilai kesaktian keris tersebut belum pernah dikaji oleh sebarang pengkaji untuk menghuraikan nilai-nilai yang dapat diambil iktibar oleh masyarakat Melayu kontemporari. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kerelevanan keris tersebut pada masyarakat Melayu pada masa kini. Hasil daripada kajian dijalankan, pengkaji telah mengenal pasti tujuh nilai pada keris tersebut. Dalam hal ini, pengkaji menjurus kepada nilai-nilai Taming Sari yang dapat diterapkan dan diaplikasikan pada perawakan agen pembangunan masyarakat Melayu, yakni guru. Selain daripada itu, kajian turut memuatkan latar belakang keris tersebut serta kepentingan keris tersebut pada diri Hang Tuah. Kertas kajian ini telah telah diusahakan oleh Muhammad Jailani b. Abu Talib dan telah diterbitkan dalam Jurnal akademik Aktivis, terbitan Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura.

More info:

Published by: Muhammad Jailani Abu Talib on Jun 02, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

09/19/2011

pdf

text

original

 
Pemaujudan Citra Keris Taming Sari dalam Agen Pembangunan Masyarakat Melayu
1
Muhammad Jailani b. Abu TalibPersatuan Bahasa Melayu Universiti MalayaUniversiti Malaya, Malaysia
Abstrak
 Keris Taming Sari sering dirujuk sebagai senjata sakti kepunyaan Hang Tuah. Namun begitu, nilai kesaktian keris tersebut belum pernah dikajioleh sebarang pengkaji untuk menghuraikan nilai-nilai yang dapadiambil iktibar oleh masyarakat Melayu kontemporari. Kajian inidijalankan untuk mengkaji kerelevanan keris tersebut pada masyarakat Melayu pada masa kini. Hasil daripada kajian dijalankan, pengkajitelah mengenal pasti tujuh nilai pada keris tersebut. Dalam hal ini, pengkaji menjurus kepada nilai-nilai Taming Sari yang dapat diterapkandan diaplikasikan pada perawakan agen pembangunan masyarakaMelayu, yakni guru. Selain daripada itu, kajian turut memuatkan latar belakang keris tersebut serta kepentingan keris tersebut pada diri Hang Tuah.
Pengenalan
“Sejarah itu berlalu bagai ombakBerlalu begitu sahajaTanpa apa-apa pamitanTanpa apa-apa pesananIa bungkam tujuh zaman”
-
Mohamed Latiff Mohamed (2002:9)Acapkali, sejarah memberi keyakinan kepada masyarakat Melayu akan kebolehan orang Melayu.Masyarakat Melayu pada suatu masa dahulu pernah menjadi antara kaum yang berpengaruh dalampembentukan tamadun dunia. Dewasa ini walau bagaimanapun, Melayu terpaksa berhadapan denganhakikat bahawa kenyataan yang sering dibentangkan lewat teks-teks sejarah hanya merupakanpengalaman nostalgia semata. Nostalgia yang sekiranya tidak dapat masyarakat Melayu ambil iktibar,menghambat kemajuan masyarakat sendiri. Sejarah digambarkan oleh Mohamed Latiff Mohamedsebagai ombak yang berlalu begitu sahaja. Biarpun begitu, penulis berpendapat bahawa sejarahkegemilangan masyarakat Melayu dapat dihidupkan semula sekiranya bangsa Melayu muhasabah diridan bertekad untuk memajukan dirinya.Masyarakat Melayu harus bijak mencari kelemahan dirinya demi memperbaiki kelemahantersebut. Hakikatnya, kejayaan sesebuah tamadun bergantung pada umatnya. Keruntuhan sesebuahtamadun dapat berpunca daripada kegagalan umatnya untuk bergerak ke hadapan untuk menyesuaikandiri dengan keadaan semasa. Cabaran zaman ini dapat kita perhatikan dalam sebuah proses yangdikenali sebagai “
Globalisasi 
”.Cabaran globalisasi diterangkan oleh Helen Kennedy, pengerusi
British Council 
kepada
Royal Society of Arts
pada tahun 2001.“Paradoks globalisasi ialah: sedangkan di suatu sudut, globalisasimengancam budaya serantau, kebangsaan dan minoriti, globalisasi turutmemberikan wadah untuk memastikan pengekalannya.”
1
Diterbitkan dalam Jurnal Akademik
 Aktivis 2009,
terbitan Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang
 
Globalisasi kini merupakan sebuah fenomena global yang tidak dapat dielakkan. Cabaran parabudayawan Melayu alaf-21 adalah bagaimana untuk menangani isu tersebut dengan bijak bagimemastikan kesinambungan budaya Melayu pada masa akan datang. Sekiranya diperhatikan falsafahMelayu, yakni “Alam terkembang menjadi guru”, maka jelaslah masyarakat Melayu merupakan sebuahmasyarakat yang dinamis dan bijak menyesuaikan diri dengan alam. Hakikatnya, alam pada alaf ke-21semakin rencam. Budaya Melayu semakin tergugat dengan kehadiran budaya barat yang turutberpengaruh dalam pembentukan budaya masyarakat Melayu.Kegusaran para budayawan Melayu turut dijelaskan oleh Sharkawi Haji Amit (2000:179) :“..sudah ada tanda-tanda nilai-nilai kesenian barat menular masukmenggantikan nilai-nilai budaya ketimuran. Anak-anak muda sangatsenang kepada nilai-nilai ini. Rock, Blues, Rap, mahupun Breakdancebagaikan mengganti Joget, Inang, dan Asli...Inilah saranan zaman baruyang mempunyai nilai barat yang keterlaluan sehinggakan anak mudakehilangan budaya tempatan”Zaman baharu yang disebut oleh Sharkawi Haji Amit membawa bersamanya angin kencang yangsekiranya tidak ditangani dengan berkesan, berupaya untuk bertukar menjadi angin taufan. Zamanbaharu menuntut agar masyarakat Melayu melakarkan strategi baru untuk menangani masalah tersebut.Walau bagaimanapun, strategi untuk memajukan orang Melayu harus mengambil kira nilai falsafah,intelek dan budi orang Melayu. Para pemimpin masyarakat Melayu harus akur akan kenyataan bahawamasyarakat Melayu tidak pernah hadir dalam ruang vakum.
Adat dan ikon sejarah Melayu sebagai teras strategi pembangunan masyarakat
Penulis berpendapat bahawa antara perkara yang dapat diperhatikan dalam pengolahan strategi tersebutadalah melalui penghayatan ungkapan adat Melayu. Adat Melayu merupakan asas kepada segalaperkara yang merujuk kepada kehidupan orang Melayu. Adat Melayu membekamkan segala isi kandunghati dan budi masyarakat Melayu. Selain daripada itu, sejarah masyarakat Melayu turut dapat diteliti bagimencari nilai yang dapat dijadikan iktibar.Adat memainkan peranan yang besar dalam kehidupan masyarakat Melayu. Sementara budayaMelayu merujuk kepada gaya hidup masyarakat Melayu secara amnya, asas kepada budaya Melayu aslimerupakan adat Melayu. Selain agama yang mengisi kekosongan rohani jiwa manusia, adat turutmemainkan peranan sebagai “pendamping” agama dalam pembentukan nilai masyarakat Melayu. Dalamungkapan adat tersebut:“Buah keduduk menghujung dahanTempat bersarang semut kerenggaBertuah petunjuk mengandung imanBertuah ajaran beradat lembagaBanyak keduduk banyak bijinyaBanyak belukar banyak kayunyaBanyak petunjuk banyak isinyaBanyak pengajar banyak ilmunya”Sebagai citra budaya masyarakat Melayu, adat Melayu sarat dengan nilai pengajarannya yangtersendiri. Nilai-nilai tersebut wajar diperhatikan dalam pengolahan strategi pembangunan masyarakat.Turut terungkap dalam adat :“Apa isi tunjuk ajar MelayuSari akidah, patinya ilmu,Mengekalkan tuah sejak dahulu”
 
Selain daripada adat walau bagaimanapun, sejarah turut telah menghasilkan beberapa ikonbudaya Melayu. Antara ikon ataupun artefak yang dapat kita perhatikan ialah keris Taming Sari yangdisebut dalam
Hikayat Hang Tuah
(1997:160)."...Ya tuanku, ada suatu bicara. Kita suruh curi kerisnya diperolehdaripada Taming Sari itu. Patik dengar daripada segala penjurit yang tua, jikalau ada keris Taming Sari itu pada laksamana, bahawa sekali-kalilaksamana tiada mati oleh senjata, kerana keris Taming Sari itu tiadadapat ditentang oleh lawan; kerana sebab itulah keris Taming Sarimengamuk itu, maka tiada dapat ditentang oleh lawan."Kekuatan Taming Sari terletak pada kebolehannya untuk memberikan kuasa kebal kepadapemegangnya. Kuasa sakti yang diperolehi oleh Hang Tuah dalam sebarang pertarungan yangmelibatkan penggunaan keris Taming Sari membolehkannya untuk mempertahankan maruah negeriMelaka. Antara mangsa yang turut “dimakan” oleh keris tersebut merupakan teman baik Hang Tuahsendiri, iaitu Hang Jebat.Adat Melayu mengajarkan kepada masyarakat Melayu akan peri pentingnya “isidi dalam jiwamanusia. Kesaktian Taming Sari terletak pada isinya dan bukan pada pemegangnya. Daripada itu,biarpun Hang Tuah merupakan seorang pendekar yang handal dan disegani, kuasa sakti beliau banyakbergantung pada isi keris Taming Sari. Tanpa isi tersebut, jiwa manusia Melayu kosong.
Guru sebagai agen pembangunan masyarakat
Dalam membincangkan tentang straegi pembangunan masyarakat, penulis telah menjuruskan kertaskajian ini kepada kerjaya perguruan. Guru mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai pemimpinanak muda masyarakat. Sekiranya diperhatikan madah Sukarno, “Berikan aku 10 pemuda, akan akugegarkan dunia”. Maka jelaslah bahawa masyarakat muda merupakan antara kaum yang paling pentingdalam seseuah masyarakat. Namun, pembentukan jiwa masyarakat muda tersebut amat bergantungpada bimbingan para guru. Selain daripada ibu bapa yang turut berperan sebagai pembimbing danpembentuk jiwa kanak-kanak dalam usia muda mereka, guru turut dianugerahkan dengan dayakepentingan yang sama dalam hidup kaum muda.Para guru harus menyedari tanggungjawab mereka sebagai pembentuk jiwa masyarakat.Kegagalan seseorang guru untuk menyedari tanggungjawab tersebut bakal melahirkan sesebuahmasyarakat yang kurang sempurna. Shiben Raina
2
berpendapat :“Peranan yang dimainkan seorang guru dalam masyarakat merupakan perkara yangpenting dan berharga. Dia mempunyai pengaruh yang besar dalam sesebuahmasyarakat. Dan tiada personaliti lain yang mempunyai pengaruh yang lebih mendalamdaripada seseorang guru.”Kepentingan peranan yang dimainkan golongan tersebut sebagai arkitek generasi akan datangmenekankan peri pentingnya mendapatkan guru-guru yang berwibawa. Kegagalan pihak berkuasa untukmendapatkan individu-individu yang sesuai bagi kerjaya tersebut bakal menghasilkan sebuah masyarakatyang kurang berupaya, bahkan tidak sempurna.Bidang perguruan tidak seharusnya dilihat sebagai sebuah bidang sandaran yang dapatbertindak sebagai sumber pencarian wang semata. Individu-individu yang mempunyai sikap tersebutsekaligus sedang bermain dengan masa depan masyarakat, bangsa dan negara. Penulis berpendapat,bahawa tiada kerjaya yang lebih mulia daripada seseorang guru. Kerjaya tersebut membolehkan individu-
2
Lihat
Role of a Teacher in Society 
. Dipetik daripada lelamanhttp://ezinearticles.com/?Role-of-a-Teacher-in-Society&id=746217pada Mac 28, 2009.

Activity (7)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
anakjn liked this
ariefy liked this
ssitinora liked this
zomingel liked this
By_you_bgr liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->