Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Assignment BMM3110 Kepentingan-sintaksis

Assignment BMM3110 Kepentingan-sintaksis

Ratings: (0)|Views: 586|Likes:
Published by Ruzaini Ismail

More info:

Published by: Ruzaini Ismail on Aug 15, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/05/2013

pdf

text

original

 
Bincangkan kepentingan menguasai kandungan bidang kajian ilmu sintaksis dalamkalangan guru bahasa Melayu. Perbincangan mestilah dibuktikan dengan hujah-hujah yang konkrit.
(50 markah)
MUHAMMAD FAKHRI BIN RAMLIPISMP BM/PJ/PSVDalam bahasa Melayu terdapat pelbagai pecahan bidang mengkaji bahasa,antaranya bidang Fonetik dn Fonologi, Morfologi dan Sintaksis. Setiap bidangmempunyai tugas yang tersendiri, seperti bidang sintaksis yang mengkaji bentuk,struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Selain itu, bidang sintaksis juga berkaitandengan rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunanperkataan. Penelitian terhadap korpus sesuatu bahasa tidak lengkap jika kita tidakmeneliti sintaksis. Jadi sebagai seorang guru bahasa, kepentingan dalammenguasai ilmu sintaksis perlu dititikberatkan. Seorang guru bahasa merupakanmentor, idola, fasilitator, pengajar, pembimbing dan pendidik bahasa kepada murid-murid / anak didiknya. Oleh itu, seseorang guru bahasa perlu mempunyaipengetahuan dan kefahaman yang mendalam terhadap bahasa yang diajarkannya.Rasionalnya, apabila seseorang guru bahasa itu dapat menguasai selok belokbahasa yang diajar, guru tersebut tidak mempunyai masalah dalam menghuraikansebarang yang diutarakan semasa proses pembelajaran berlaku. Antarapengetahuan dan penguasaan yang penting dalam bahasa ialah kefahaman tentangsintaksis, hal ini kerana bahasa terdiri daripada ayat-ayat, tetapi sintaksis pulaberhubung dengan bagaimana hendak membentuk ayat seperti mengkaji danmengetahui struktur binaan ayat yang terbentuk daripada susunan beberapa unitkecil rangkai kata. Tanpa pengetahuan yang mantap tentang sintaksis, bagaimanaguru-guru bahasa dapat mengajar sesuatu bahasa?Sedikit petikan menurut Robert Lado (1980:12) menegaskan "kalau hendakmenjadi guru bahasa, maka kebolehan bercakap dalam bahasa itu sahaja tidakmencukupi. Penutur bahasa ibu itu sekalipun tidak dapat memandu pelajar melainkan dia dapat mengasing-asingkan dan menunjukkan pelbagai-bagai unsur dalam bahasa tersebut. Dia mestilah mengetahui deskripsi bahasa tersebut."
 
Sehubungan dengan itu, ilmu sintaksis banyak memberi manfaat dalam pengajaranbahasa. Sintaksis adalah bidang yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ataukonstruksi ayat. Oleh itu, penguasaan guru dalam bidang ini amat penting supayamurid dapat menguasai sesuatu pembelajaran, bukan sekadar belajar untukpeperiksaan tetapi kefahaman terhadap bagaimana sesuatu bahasa terbentuk dandigunakan dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, murid dapat mengenalpastidan mengetahui pembahagian subjek dan predikat, dapat membezakan sesuatuperkataan boleh tergolong dalam subjek dan predikat.Selain itu, ilmu sintaksis banyak memberi manfaat dalam pengajaran bahasa.Bidang sintaksis yang digunakan dalam pengajaran bahasa banyak menerangkanbahawa sesuatu bahasa mempunyai pelbagai variasi ayat. Hal ini dapat dilihatseperti adanya ayat aktif, ayat pasif dan sebagainya. Selain itu, sesuatu teori danprinsip dalam ilmu sintaksis bukan semata-mata bergantung kepada teknik, tetapidapat dilihat kepada situasi dan perkara yang ingin disampaikan. Secara terangnya,teori dalam ilmu sintaksis dapat membantu menerangkan fenomena atau aktivitisecara praktikal mahupun tulisan. Dengan penguasaan ilmu sintaksis ini, guru dapatmengenal pasti kesalahan dan penggunaan ayat dalam bahasa dan membetulkankesalahan yang dilakukan, sebagai contoh, ayat-ayat atau percakapan yangdigunakan dalam kehidupan harian dapat dibetulkan.Kurikulum Bahasa Melayu digubal untuk memenuhi hasrat FalsafahPendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis darisegi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu melatih muridmenguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakantatabahasa secara gramatis. Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran yangberkesan, Huraian Sukatan Pelajaran disediakan bagi setiap tahun pembelajaran.Huraian Sukatan Pelajaran mengandungi objektif khusus pembelajaran sebagairujukan guru bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajarannya. Di samping itu,ia juga mengandungi organisasi kandungan yang merangkumi kemahiran bahasa,hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Hal ini dapat dicapaiapabila seseorang mempunyai ilmu, penguasaan dan menghayati dalam bidangyang diceburinya. Oleh itu, penguasaan terhadap bidang sintaksis jugamembolehkan guru lebih memahami isi pelajaran yang ingin disampaikan. Sebagaicontoh dalam aktiviti penulisan, komponen-komponen menulis yang meliputi aspek
 
isi (penglahiran idea-idea). bentuk (organisasi isi). tatabahasa (penggunaan bentuk-bentuk gramatikal dan pola-pola sintaksis). gaya (pemilihan struktur -struktur danbutiran leksikal yang bertujuan memberi kesan kepada penulisan). dan mekanis(penggunaan tanda-tanda tertentu dalam penulisan). Oleh itu, kepentingan gurubahasa Melayu menguasai ilmu sintaksis perlu dititikberatkan kerana aspek sintaksismerupakan satu bahagian penting dalam menentukan tahap kebolehan dankemahiran pelajar menghasilkan sesebuah karangan yang baik dan bermutu(Khatijah Abdul Hamid. 1997).Faktor penting untuk menjayakan program pengajaran bahasa ialah bahan.Bahan-bahan boleh menggerakkan pembelajaran, menimbulkan rangsangan dankeinginan murid untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik. Ini akanmengakibatkan pembelajaran yang lebih berkesan. Tugas guru bahasa adalahmenghasilkan bahan pengajaran yang bermutu tinggi, sesuai untuk situasimatlamatnya, membolehkan murid belajar dengan mudah dan cepat danmenjadikan tugas-tugas guru menarik serta bermanfaat. Bagi menghasilkan bahan-bahan seperti ini, pereka bentuk pengajaran bahasa perlulah memahami setiapindividu yang berada di dalam kelas, mengetahui kelemahan dan kelebihanseseorang. Dengan menguasai secara mendalam ilmu sintaksis, guru bolehmembuat aktiviti yang bersesuaian dengan tahap murid-murid. Sebagai contohdalam penulisan karangan, menurut Abdul Jalil Othman (1997), kelemahan pelajar dalam penulisan karangan disebabkan mereka tidak tahu teknik menulis karangandan kurang diberi pendedahan bagaimana menghasilkan karangan yang benar-benar mantap. Kelemahan mereka bukan sahaja dari segi gaya penulisan yang tidakteratur dan tidak menepati ciri-ciri penulisan yang sebenarnya malah mereka jugalemah dari segi penggunaan bahasa terutama dari segi tatabahasa yang melibatkanbentuk-bentuk gramatikal dan pola-pola sintaksis. Oleh itu, dengan menggabungkanbahan ransangan dan kemahiran yang ada, guru boleh membaiki dan menampungsegala kelemahan murid dengan memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid-murid.Kepentingan terhadap penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidangpendidikan kerana bahasa menjadi medium utama dalam proses pengajaran danpembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi lisan antara guru dengan murid.Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia (Melayu) sekolah

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->