TEORI KECERDASAN PELBAGAI (HOWARD GARDNER)
Teori pelbagai kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Beliaumengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat.Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan.
Beliau telah membuatkajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa danistimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (specialpopulation). Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-matadiwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidaksemestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadapkanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah dayaingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional.
Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dantahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yangtinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang bolehdiperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jikakeadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong,1994).Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorangmelakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang mungkin berbeza dalam tahap pencapaian kebolehannya. Contohnya, dalam kecerdasan linguistik, seorangmurid mungkin tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik. Kecerdasan – kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner adalah seperti berikut :Kinestetik
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untukberkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakananggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan denganpergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikaldengan mental.
1