You are on page 1of 10

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

SAYA & CALON PENDIDIKAN KHAS (BUTA & RABUN) DALAM P&P PENDIDIKAN MORAL SPM

Oleh: Puvaneswari Vadivelloo Guru Cemerlang SMK Alma, BM 2011

SAYA DAN CALON PENDIDIKAN KHAS (BUTA & RABUN) DALAM P&P PENDIDIKAN MORAL SPM

Oleh Puvaneswari Vadivelloo Guru Cemerlang SMK Alma, BM Abstrak

Falsafah Pendidikan Khas menegaskan bahawa kepentingan setiap kanak-kanak mempunyai perbezaan dalam diri sendiri dan antara individu. Didapati bahawa pendidikan khas merupakan salah satu daripada cabang yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran di bawah Jabatan Pendidikan Khas yang telah menyediakan sekolah khas bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah penglihatan, pendengaran dan penglihatan. Program pendidikan ini dijalankan di sekolah pendidikan khas dan melalui program integrasi sekolah biasa.Seseorang guru yang mengajar pelajar khas sebenarnya menggunakan pelbagai kaedah dalam proses pengajarannya. Penggunaan kaedah-kaedah ini ada yang bersesuaian dan ada yang kurang bermanfaat. Cabaran pengendalian proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebih rumit sekiranya guru yang mengajar itu bukan guru pendidikan khas atau guru yang belum pernah menerima sebarang kursus berkaitan program pendidikan khas. Pada tahun ini, saya mempunyai tiga orang pelajar pendidikan khas yang akan menduduki peperiksaan SPM Pendidikan Moral. Persoalannya, bagaimanakah akan saya membimbing pelajar-pelajar ini dalam menghadapi SPM dan seterusnya meningkatkan gred pencapaian GPMP sekolah saya? Saya perlu meningkatkan peratus pencapaian Pendidikan Moral SPM lebih tinggi berbanding tahun lepas ( Rujuk Jadual 1)

ANALISIS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM PENDIDIKAN MORAL 1225/1 SMK ALMA BM TAHUN 2010 PENCAPAIAN A+ A A-

B+ B

C+ C

Bil % Lulus Lulus 18 78.26

Bil % Gagal Gagal 5 21.74

GPMP GPMP 2010 2009 4.39 6.54

2010

Keputusan yang diperolehi telah meningkat dengan amat baik iaitu dari 66.67% (2009) ke 78.26% (2010). Kadar GPMP juga telah bertambah baik iaitu dari 6.54 (2009) kepada 4.39 (2010). Jadual 1: Keputusan SPM Pendidikan Moral SMK Alma BM-2010

1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Kajian Tindakan ini dijalankan mengikut empat langkah iaitu merancang, bertindak, memerhati dan merenung. Sebelum menjalankan kajian, perancangan yang teliti perlulah dibuat terlebih dahulu supaya penyelidik dapat memahami apa yang akan dilaksanakan. Melalui perancangan yang teliti dan dengan langkah yang terancang, kajian dapat dijalankan dengan teratur dan tepat ke arah mencapai matlamat kajian. Langkah-langkah tersebut disenarai mengikut urutan. Perancangan kajian bermula dengan mencari atau mengenal pasti masalah yang wujud ketika mengajar dalam bilik darjah. Masalah saya bermula dengan kehadiran pelajar pendidikan khas dalam Pendidikan Moral yang akan menduduki SPM tahun ini. Saya tidak pasti bagaimanakah pelajar seramai tiga orang ini akan menyumbang dalam peratus Pendidikan Moral SPM tahun ini? Dalam proses pembelajaran lazimnya kemahiran yang dipelajari adalah saling berkait. Calon pendidikan khas ini akan mengalami kesukaran untuk memahami dan menguasai kemahiran yang lebih tinggi sekiranya kemahiran yang lebih rendah atau awal tidak dikuasai dengan baik. Oleh itu, saya sebagai guru perlu memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar pendidikan khas ini dengan terperinci sebelum merancang langkah-langkah pembaikan (Jeya Velu,et.al. 2000).

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan satu mata pelajaran wajib lulus bagi calon bukan bumiputera dalam SPM. Tanpa kelulusannya calon bukan bumiputera sukar untuk melanjutkan pelajaran di IPTA tempatan. Di sekolah saya, mata pelajaran ini adalah di bawah bidang Kemanusiaan dan jumlah waktu P&P bagi tingkatan menengah atas ialah 4 waktu berbeza dengan sekolah-sekolah lain yang hanya menawarkan 3 waktu sahaja. Semua calon SPM bukan bumiputera adalah diwajibkan mengambil kertas ini. Hal ini menyebabkan guru mengajar pelajar yang bertahap pencapaian akademik yang pandai, sederhana dan lemah. Dalam P&P, saya kerapkali menghadapi masalah menerangkan definisi nilai kepada calon pendidikan khas ini. Malah mereka juga kurang atau tidak mengulangkaji definisi nilai yang telah dipelajari di sekolah. Mereka juga tidak mahu bertanya jika mereka tidak memahami nilai atau tidak pasti dengan definisi nilai kepada saya atau rakan yang tahu kerana takut dilabel sebagai pelajar lemah. Selain itu mereka kurang atau tidak membuat langsung latihan secara kendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan kerana mereka bertanggapan bahawa mereka tidak mampu menghafal kesemua 36 nilai dan definisinya. Latihan yang saya beri sebagai kerja rumah atau kerja lebihan tinggal latihan sahaja. Apabila disuruh menjawab dalam kelas, mereka teragak-agak untuk menjawabnya. Perasaan kecewa mendapat murid-murid seperti ini kekadang wujud dalam diri dan jiwa saya. Tetapi itu tidak bermakna tiada tindakan yang drastik saya ambil. Pelbagai cara atau kaedah yang telah saya gunakan untuk menarik minat pelajar pendidikan khas ini terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral ini. Walaupun disedari bahawa untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam subjek ini adalah sesuatu yang mustahil bagi pelajar-pelajar ini, tetapi usaha tetap dijalankan sekurang-kurangnya keputusan peperiksaan SPM kelak akan bertambah baik. Bagaimanapun pelajar-pelajar khas yang mengambil subjek ini mempunyai akhlak yang baik dan terpuji. Mereka tidak pernah mengwujudkan sebarang masalah dalam kelas mahupun sekolah. Hal ini dapat membantu saya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan lancar. Hanya bunyi bising mesin Braille yang digunakan oleh mereka untuk menaip kekadang mengganggu kesunyian kelas atau pusat sumber. Keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana ia merupakan keperluan asas mereka. Saya terpaksa mengubah cara pemikiran dan harus menerima keadaan mereka dengan hati yang terbuka dan memberi perhatian yang lebih kepada mereka semasa P&P.

3.0 ISU KEPRIHATINAN Kajian yang dijalankan adalah berfokus kepada cara atau strategik P&P yang digunakan ketika mengajar pelajar-pelajar ini. Daripada pemerhatian saya, pelajar-pelajar ini sering menganggap Pendidikan Moral sebagai satu mata pelajaran yang sukar. Saya mendapati mereka belajar dalam keadaan tekanan dan saya sentiasa mengingatkan bahawa subjek ini perlu dilihat dari aspek yang positif. Hal ini kerana kandungan subjek Pendidikan Moral sebenarnya adalah berkaitan dengan kehidupan mereka seharian. Oleh itu wujud idea untuk menggunakan teknik hafalan , iaitu 1 Hari 1 Nilai 1 Definisi. Saya menyuruh ketigatiga pelajar khas ini untuk menghafal 1 nilai 1 definisi. Saya juga menyatakan bahawa setiap kali waktu Pendidikan Moral mereka (pelajar khas) ini perlu membacakan nilai dan definisinya kepada saya. Mereka juga perlu menaipnya sebagai pengukuhan. Strategik ini saya jalankan selama 7 bulan dan hasilnya cukup memuaskan. Percaya atau tidak, ketiga-tiga calon pendidikan khas saya ini kini jauh lebih mahir berbanding dengan calon normal. Mereka dapat menyenaraikan kesemua 36 nilai dan definisnya tanpa sebarang masalah. Melalui cara ini juga, saya dapati pelajar-pelajar ini mempunyai memori ingatan yang baik. Teknik yang saya laksanakan ini adalah sebagai salah satu galakan kepada pelajar-pelajar ini serta dapat menambah keyakinan kepada mereka bahawa subjek ini tidak terlalu sukar seperti mana disangkakan oleh mereka.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini dijalankan,pelajar-pelajar pendidikan khas diharapkan akan mencapai objektif seperti berikut.: 4.1 Objektif Umum Meningkatkan pemahaman mereka terhadap subjek Pendidikan Moral. Mereka diharapkan dapat menjawab SPM dengan motivasi yang tinggi dan positif 4.2 Objektif Khusus Membantu guru mengenal pasti kaedah atau pendekatan mengajar dan amalan mengajar yang lebih berkesan kepada pelajar pendidikan khas Membantu pelajar pendidikan khas supaya dapat memahami nilai dan definisi nilai. Meningkatkan pemahaman pelajar pendidikan khas terhadap mata pelajaran ini Membantu pelajar pendidikan khas meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran ini.

5.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran dalam kajian ini ialah 3 orang pelajar perempuan pendidikan khas: seorang pelajar rabun dan dua orang pelajar buta. Ketiga-tiga pelajar ini mempunyai tahap pencapaian markah yang agak sederhana sahaja dalam Ukian Kemajuan 1(UK1) yang telah diadakan pada awal tahun 2011 (Rujuk Jadual 2).Pada kebiasaannya dalam setiap ujian atau peperiksaan, kadang-kadang mereka lulus atau kadang-kadang mereka gagal. Dalam kalangan pelajar ini minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Moral adalah sederhana kerana menurut mereka subjek ini adalah susah dan sukar.

6.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN 6.1 Tinjauan Awal Saya mendapati markah ujian UK1 yang diperoleh oleh pelajar-pelajar pendidikan khas ini amat sederhana. Sedangkan kandungan ujian UK1 yang digubal oleh saya sendiri ini tidak terlalu banyak menyoal mengikut skema SPM. Saya hanya menguji tahap pemahaman mereka dari aspek definisi dan kata kunci. Selain itu saya hanya menurunkan dua soalan struktur pada aras mudah mengikut JSU Pendidikan Moral (Rujuk Lampiran 1). Namun pencapaian markah mereka tidak boleh dibanggakan. Oleh itu saya terdorong untuk membuat satu kajian berkenaan pencapaian mereka. Saya ingin meneroka dimanakah kelemahan mereka ketika menjawab soalan peperiksaan.

6.2 Analisis Tinjauan Masalah Hasil daripada temubual saya dengan pelajar-pelajar khas ini secara rawak bermula selepas markah ujian diperoleh. Saya dapat merumuskan bahawa pelajar-pelajar saya ini tidak memahami cara atau teknik untuk menjawab soalan Pendidikan Moral berformat SPM. Mereka hanya menjawab mengikut cara tersendiri seperti menjawab soalan struktur pemahaman Bahasa Melayu. Perhatian pada kata kunci nilai tidak sama sekali diaplikasikan oleh mereka dalam jawapan. Mengikut pengalaman mereka ketika di Tingkatan 4, mereka tidak didedahkan langsung dengan teknik jawapan yang betul. Yang aneh ialah pelajarpelajar ini tidak sama sekali mengetahui bahawa format menulis jawapan struktur dan esei adalah bergantung pada peruntukan markah setiap soalan. Malah yang lebih mengejutkan saya ialah mereka tidak tahu apakah itu : W + KK+ S (W = Watak , KK = Kata Kunci dan S = Situasi). Keadaan ini amat mendukacitakan saya, kerana inilah yang merupakan teknik paling penting dalam menjawab soalan peperiksaan nanti.

6.3 Tindakan Yang Dijalankan Daripada tinjauan masalah yang telah dibuat, saya berpendapat bahawa amat penting bagi saya untuk mewujudkan satu teknik atau kaedah pengajaran yang dapat membantu pelajar pelajar khas ini untuk skor markah yang cemerlang dalam kertas Pendidiakan Moral SPM. Oleh itu, teknik 1 Hari 1 Nilai 1 Definisi dimulakan dengan memberi tumpuan yang lebih. Setiap kali waktu Pendidikan Moral, pelajar-pelajar ini diwajibkan untuk membaca nilai, definisi dan kata kuncinya kepada saya sebelum memulakan sesi pengajaran. Malah saya juga memastikan mereka menaip apa yang dibacakan kepada saya agar mereka tidak lupa begitu saja. Kaedah ini saya jalankan setiap waktu P&P Pendidikan Moral dan saya mendapati keberkesanannya amat positif. Selepas peringkat tersebut, saya mengunakan teknik saya sendiri untuk membolehkan pelajar-pelajar ini mengetahui cara menulis jawapan struktur. Menurut Akta Pendidikan (1996), Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) Jilid 41.No.26.Tambahan No.94.Perundangan yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1998 di Bahagian II menyatakan bahawa dalam melaksanakan Kurikulum Pendidikan Khas, guru-guru boleh mnegubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran masa bagi aktiviti dan suasana aktiviti matapelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas. Berdasarkan kepada kebebasan inilah, saya seringkali mengubah teknik pengajaran bersesuaian dengan tahap kebolehan mereka. Teknik yang saya gunakan untuk mereka ini selalunya tidak sama dengan pelajar normal. Dalam pada itu, saya juga menekankan bahawa setiap soalan struktur perlu ditulis dengan mengambil perhatian pada peruntukan markah yang diberi. WKKS perlu diterapkan mengikut peruntukan markah yang diturunkan. Saya juga mengingatkan pelajar-pelajar ini agar berhati-hati semasa menjawab soalan struktur terutamanya yang memerlukan contoh. Di peringkat awal pengajaran saya banyak menggunakan kaedah penerangan dan latih tubi menaip (ini dijalankan oleh dua orang pelajar buta) dan latih tubi menulis untuk pelajar rabun. Langkah ini dapat memahirkan mereka dalam menulis jawapan yang betul. Saya dapati langkah ini amat berkesan kerana pelajar mula mahir dengan cara menulis jawapan yang betul. Pada peperiksaan Pra Percubaan yang dijalankan oleh saya, markah pencapaian ketiga-tiga calon ini amat membanggakan. Malah mereka sendiri telah mengaku bahawa mereka kini lebih confident ketika menjawab soalan Pendidikan Moral.

6.4 Pemerhatian Saya menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah seperti yang diterangkan di atas selama tujuh bulan. Sepanjang kajian dilaksanakan perubahan tingkah laku pelajar dapat diperhatikan. Mereka juga turut terlibat dalam perbincangan secara kelas bersama-sama pelajar normal yang lain. Pelajar yang pada peringkat permulaanya berasa malu dan tidak aktif telah menunjukkan perubahan sikap yang lebih baik. Mereka aktif dan sering memberi respon semasa P&P. Malah cara ini sedikit demi sedikit memberikan keyakinan kepada mereka bahawa mereka boleh belajar Pendidian Moral melalui multikaedah dan bukannya dengan satu kaedah sahaja.

6.5 Analisis Ujian Jadual 2 menunjukkan markah pencapaian pelajar dalam Ujian Kemajuan 1, Pra Percubaan dan Percubaan SPM 2011. Markah ini direkod untuk melihat prestasi pelajar dalam menjawab soalan.

Jadual 2. Pencapaian pelajar SMK Alma BM dalam Ujian Kemajuan 1, Pra Percubaan dan Percubaan SPM Pendidikan Moral SPM 2010

Calon Khas P.Moral Rabun Buta Buta

Uijan Kemajuan 1

Pra Percubaan

Percubaan SPM

Catatan

50 35 22

76 42 40

85 60 56

Pencapaian ketiga-tiga calon khas ini telah meningkat dari paras lemah ke paras baik. Misalnya, dalam UK1 keputusan menunjukkan mereka tidak menjawab dengan bersungguhsungguh, manakala keputusan Pra Percubaan pula menunjukkan peningkatan dalam pencapaian. Walau bagaimanapun, pencapaian kedua-dua calon buta masih berada pada tahap lulus rendah. Keadaan ini adalah disebabkan cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam menjawab dengan Braille dan proses pentafsiran jawapan ke rumi oleh guru pendidikan khas. Saya beranggapan kebarangkalian kewujudan kesilapan ketika proses pentafsiran oleh guru khas mungkin tinggi. Ini kerana guru khas bukan guru opsyen pendidikan Moral. Namun begitu, pencapaian calon khas ini telah meningkat lagi dalam peperiksaan Percubaan SPM.

6.6 Refleksi Kajian Saya berpendapat bahawa sebagai seorang guru, sokongan kepada pelajar amat penting. Sebagai guru, kaedah atau teknik pengajaran perlu dipelbagaikan untuk menarik minat pelajar terhadap topik yang diajar. Setiap pelajar mempunyai kecerdasan yang pelbagai. Oleh itu kreativiti seseorang guru amat penting untuk menghasilkan satu sesi pengajaran yang menarik. Sebagai guru kita pasti akan berasa bersemangat dan teruja apabila pelajar berkata kami sentiasa menunggu-nunggu kedatangan cikgu untuk mengajar kami. Walaupun kadang-kadang terdapat keputusan ujian mereka tidak mencapai target, tetapi keinginan dan minat mereka terhadap mata pelajaran tersebut adalah penting. Pelajar adalah golongan yang sedang belajar, kesilapan dan kegagalan adalah satu proses yang perlu dilalui oleh mereka. Justeru itu sebagai golongan pendidik yang dedikasi dan prihatin sokongan dan kesabaran terhadap mereka hendaklah diberikan 100% tanpa rasa berbelah bahagi. Dengan ini, saya rasa saya telah sedaya upaya membantu ketiga-tiga calon pendidikan khas ini untuk menjawab SPM Pendidikan Moral dengan baik. Hasil kajian juga membuktikan bahawa teknik pengajaran yang digunapakai oleh saya telah membuahkan hasil. Saya menaruh harapan yang besar terhadap ketiga-tiga calon ini untuk mendapat keputusan A+ /A /A-/B+ dalam SPM nanti.

7.0 KESIMPULAN Walaupun pada peringkat awal ketiga-tiga calon ini merupakan satu bebanan bagi saya dalam proses P&P tetapi melalui semangat positif dan kaedah P&P yang digunapakai, akhirnya saya amat selesa mengajar kumpulan pelajar ini. Malah ada masa, saya rasa mereka jauh lebih attentive dalam P&P saya berbanding dengan pelajar normal yang lain. Walaupun ada beberapa cabaran dan halangan ketika mengendalikan P&P untuk mereka, namun ia dapat diatasi dengan usaha dan sokongan dari pihak pendidikan khas SMK Alma sendiri. Saya telah menetapkan ketiga-tiga calon khas ini dalam senarai calon harapan A+, A, A- atau B+ untuk kertas Pendidikan Moral SPM bagi tahun ini. Ini merupakan satu cabaran dan kayu ukur untuk keberkesanan pengajaran saya sebagai seorang Guru Cemerlang.

SENARAI RUJUKAN

Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas), Kementerian Malaysia.

Arhar, Joanne; Holly, Mary Louise; and Kasten, Wendy C. (2000) Action research for teachers : traveling the yellow brick road. Upper Saddle River, NJ.: Prentice-Hall.

Armstrong, Felicity, and Moore, Michele, eds. (2004) Action research for inclusive education: changing places, changing practices, changing minds. London: RoutledgeFalmer. Cathcart, R.L., & Olsen, J.W.B. (1976). Teachers and students preferences for correction of classroom conversation errors. In J.F. Fanselow & R.H. Crymes (eds.), On TESOL 76 (pp.41-53).Washington, D.C.: TESOL Che Mansor bin Che Tom. (2000). Jurnal Bestari : Koleksi Guru Johor. Jabatan Pendidikan Negeri Johor. (hlmn 48).
Chua Yock Chuan .(2001). Personaliti dan Motivasi Pelajar. Jurnal Pendidikan : PKPSM Johor.(hlmn 61-64).

Jeya Velu,et.al.(2000) Pembangunan Profesional Guru : Kursus Kajian Tindakan Berasaskan Sekolah. Kota Kinabalu: Maktab Perguruan Gaya Kohlberg,L., (1974). Education, moral development and faith. Journal of Moral Education. 4(3), 5-16

Krebs, D.L., Vermeulen, S.C., Benton,K.L., & Carpendale, J.I. (1992). Gender and perspective differences in moral judgement and orientation. Journal of Moral Education. Vol. 23(1), 17-25

Purpel,D.E., & Ryan, K (ed). (1976). Moral education. It comes with the territory. Berkeley, Califronia : Mc Cutchan

You might also like