You are on page 1of 9

KONSEP PENTAKSIRAN

Pentaksiran adalah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu proses pendidikan.

Merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2000), o Suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod (pengujian), memberikan skor atau markah (pengukuran) dan menterjemah maklumat (penilaian) tentang pembelajaran seseorang murid bagi tujuan tertentu.

Merupakan suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu

Aspek utama: o Instrumen o Kumpulan yang ditaksir o Respon o Kumpulan yang menaksir o Skor

Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.

Proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab.

Croncbach (1970) Ujian ialah satu prosdur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu.

Sebagai alat ukur bagi mengukur penguasaan pelajar

Menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji..

Dilaksanakan dalam tiga peringkat: Persediaan Pelaksanaan Penyemakan

KONSEP PENGUJIAN

Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Penilaian membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan tercapai atau sebaliknya. Penilaian dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara.

PENILAIAN
Gay (1985) Satu proses yang dianggap bersistem semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang ditetapkan itu telah tercapai.

Terry D. Ten Brink (1974:8) Suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan

Perbandingan Definisi

Pentaksiran Sebuah proses yang menentukan peringkat pencapaian dan prestasi seseorang individu atau murid.

Pengujian Satu alat yang sistematik untuk menilai dan mengukur perubahan dalam sesuatu aspek tingkah laku.

Penilaian Sebuah proses menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan nilai.

Tujuan

Bagi membuat pengelasan terhadap pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Set ujian bertulis dengan markah dan gred

Untuk menentukan pencapaian terhadap sesuatu pembelajaran.

Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran. Kaedah mengajar dan kurikulum.

Bentuk

Pemerhatian Ujian lisan Ujian bertulis

Jadual Gred berdasarkan teknik perangkaan

Proses perlaksanaan

Menjalankan proses pengujian menggunakan set ujian dan kemudian mencatat atau merekod markah serta memberi gred.

Menyedialan set ujian berdasarkan cara ujian yang ingin dijalankan. Melakukan pentadbiran semasa menjalankan ujian dan seterusnya menjalankan pemeriksaan terhadap set ujian yang telah dijalankan.

Menentukan kaedah pengukuran yang ingin dijalankan dan melakukan proses pengukuran dan penganalisaan semasa pengukuran dilakukan. Kemudian proses interpretasi dijalankan

sebelum melapor dapatan kajian dan tindakan. Masa Selepas sesi pembelajaran Selepas sesi pembelajaran Boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas sesi pembelajaran. Liputan Terhad kepada sesuatu peringkat pembelajaran Terhad kepada sesuatu kemahiran atau pembelajaran yang telah disampaikan. Keputusan Menunjukkan pencapaian secara relatif Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik Menyeluruh terhadap sesuatu pembelajaran sehingga kepada keseluruhan sesebuah kurikulum Menunjukkan pencapaian keseluruhan seseorang individu namun tidak hanya mengambarkan kebaikan individu tersebut. Rumusan Pengujian, pengukuran dan penilaian yang berkesan dapat membantu guru dalam memperkembankan lagi teknik dan kaedah pengajaran bagi mempertingkatkan pencapiaan pengajaran serta mempermudahkan guru dalamn mengesan kelemahan pelajar.

KAEDAH PENILAIAN BAHASA

Penilaian Melalui Portfolio


Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.

Ciri-ciri Portfolio

Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
Dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif

Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
Pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.

Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutandan mestilah logik


Bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.

Kegunaan Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian. Mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri. Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan. Mempelbagaikan bukti penilaain.

Penilaian Portfolio

Berfokus kepada proses dan tidak memberatkan kepada hasil. Membolehkan peserta kursus belajar dan menilai diri sendiri. Penilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbang. Tugasan portfolio dapat dimantau melalui peta perkembangan pembelajaran pelajar yang boleh dinilai bersama lain-lain bukti pembelajaran Perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut criteria yang dipersetujui bersama.

Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan. Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkmbangan kefahaman. Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembanganyang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan sehingga tugasan selesai. Cara Portfolio Dinilai

Struktur dan organisasi. Strategi pengurusan. Variasi isi yang sesuai. Struktur ayat dan gaya bahasa. Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap cirri. Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan buktibukti lain. Skala berkadar atau berkala boleh digunakan. Kriteria Penilaian

Cara Merekod Penilaian Portfolio

Skala Berkadar Kaedah Senarai Semak

Penilaian Melalui Pemerhatian

Pemerhatian dilakukan secara berterusan dan mengikut jangka waktu yang diperlukan/ ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas dalam pengajaran dan pembelajaran meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Menggunakan senarai semak, rekod anekdot dan rekod profil. Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar. Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.

Pelaksanaan Proses Pemerhatian

Kualiti Pemerhatian

Bentuk Perancangan perancangan harus rapi dengan penyataan yang jelas tentang ujian pemerhatian yang bakal dijalankan. mengenalpasti aspek yang hendak dinilai. menyedia alat yang relevan, dan menentukan bagaimana mentadbirnya. menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor. merangka tindakan susulan hasil pemerhatian. menetapkan jangka waktu proses penilaian.

Rekod Pemerhatian pendekatan: kaedah individu atau berkumpulan mendekati sesuatu masalah semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau menjalankan tugas: cara pengubahsuaian cara individu mengendalikan pelaksanaan perlu tugasannya dan jelas. setiap direkod dengan hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat. cara merekod dapatan dan rumusan: dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul. tindak susul: rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susul hasil yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.

guru perlu berpengetahuan yang mendalam dalam bidang tugasnya dan prihatin terhadap persekitarannya. guru perlu yakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil. guru perlu tekal dan stabil dalam penilaiannya. guru perlu peka terhadap perubahan. guru perlu ikhlas dan jujur. guru perlu bersikap terbuka.

Jenis-Jenis Pemerhatian

Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.

Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara berfikiran terbuka.

Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang.

Strategi Pelaksanaan

Fungsi

Secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/ dirancang. Menggunakan senarai semak. Pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitikal. Proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensil/ kertas atau berkomputer. Tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar. Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.

Penilaian melalui pemerhatian: o digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/ pelajar menyusun tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya. Setiap hari guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan afektif pelajar .Membantu guru mengetahui o sejauh mana minat pelajar terhadap pelajaran yang diajarkan dan apakah yang mendorong atau menolak minat tersebut. - adakah strategi/kaedah pelajar memberi kesan yang positif. - bagaimanakah kemampuan berfikir mereka? Mampukah mereka

You might also like