You are on page 1of 9

KHAS UNTUK PEPERIKSAAN

NOTA RINGKAS UNTUK PEPERIKSAAN. Topik1 1.1 Definisi Ujian, Pengukuran Dan Penilaian UJIAN - satu instrumen atau alat yang digunakan untuk mendapat maklumat murid sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Cth: soalan bercetak / lisan, bateri prestasi tahap fizikal, pemerhatian T/L melalui senarai semak / rekod aenkdoltel PENGUKURAN - pula boleh kita definisikan sebagai menentukan bilangan permarkahan keputusan ujian atau lain-lain kaedah penilaian berdasarkan peraturan tertentu. Cth: satu proses mengutip maklumat berangka tahap cirri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang PENILAIAN - definisikan sebagai suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data yang dikumpul. Cth: proses mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid secara pemerhatian, penulisan dan lisan Tujuan Penilaian dilakukan a. Memfokus kepada setiap orang murid hasil penilaian dapat member maklumat tentang kelebihan dan kelemahan seseorang b. Menentukan status semasa murid Menurut Kirkendal, Grubel dan Johnson (1987), penentuan status merangkumi: i. pemberian gred; ii. mengecualikan pelajar daripada sesuatu aktiviti; iii. memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi; iv. menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu v. menentukan aktiviti tertentu. c. Memilih wakil sekolah member maklumat untuk memilih wakil sekolah melalui kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama d. Memotivasi murid member maklum balas prestasi kepada seseorang murid iaitu kesan positif atau negatif e. Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani - Menentukan pencapaian objektif program PJ berkesan, member peluang kepada guru untuk mengubah strategi pengajaran f. Membekal maklumat untuk kajian lain -membolehkan maklumat untuk kajian di masa depan 1.2 Sejarah PerkembanganPendidikan Jasmani di Malaysia Zaman Pra-British (Sebelum 1786) a. Pada zaman ini, tiada pendidikan rasmi yang diterapkan. b. Pendidikan agama adalah mata pelajaran tidak rasmi yang menjadi begitu popular pada ketika ini. Status untuk Pendidikan Jasmani adalah tidak jelas. Zaman Pemerintahan British (1781-1941) a. Pendidikan rasmi dimulakan dan banyak dipengaruhi oleh Kerajaan British ketika itu. b. Banyak sekolah pada ketika itu dibuka oleh syarikat-syarikat British dan Cina. c. Di Sekolah Melayu (pertengahan abad ke-19), latihan fizikal diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan (untuk tahun 14). Selepas itu, mata pelajaran Pendidikan d. Jasmani terus diajar dalam Kelas Khas Melayu selepas tahun 4. e. Pada tahun 1856, Pendidkan Jasmani telah diajar di dua buah sekolah di Singapura. f. Bagaimanapun, tiada kurikulum rasmi wjud untuk Pendidikan Jasmani. g. Di Sekolah Jenis Cina di Melaka, Pendidikan Jasmani telah diajar sebagai mata pelajaran pada tahun 1851. h. Ketika tahun 1923-1925, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah diajar di Sekolah Menengah Rendah di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh dan Muar (Johor). i. Pada tahun 1930, Pendidikan Jasmani diajar di Sekolah Menengah Atas di Sekolah Chung Ling di Pulau Pinang, dan beberapa sekolah di Kuala Lumpur dan Ipoh. Di Melaka dan Pulau Pinang (1861), Sekolah Inggeris telah dibina dengan bantuan daripada Christian Missionaries (Catholic) dan Pendidikan Jasmani telah diajar di sekolah tersebut. Zaman SebelumKemerdekaan a. Sejak tahun 1930, pelbagai usaha telah dibuat bagi mata pelajaran Pendidkan Jasmani. Mata pelajaran tersebut di buat berdasarkan mata pelajaran latihan fizikal untuk sekolah di England. b. Pada tahun 1946, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah diwujudkan di Kolej Latihan Perguruan Sulatan Idris, di Tanjung Malim, Perak. c. Sejak tahun 1952, ramai guru tempatan telah dihantar ke England untuk latihan. Mereka mempelajari Pendidikan Jasmani sebagai mata pelajaran utama di Kirby, England. d. Secara tidak langsung, guru-guru tersebut telah mempelajari Pendidikan Kesihatan di Kirby dan Brinsford.

KHAS UNTUK PEPERIKSAAN

Zaman Selepas Kemerdekaan a. Pada tahun 1950, mata pelajaran Pendidikan Jasmani telah digunakan, dengan beberapa perubahan dilaksanakan. b. Pada tahun 1966, mata pelajaran untuk murid-murid lelaki dan perempuan telah diwujudkan sebagai merujuk kepada perubahan yang dilakukan pada ketika itu. c. Pendidikan Jasmani telah diberi keutamaan pada tahun 1960 apabila Kolej Latihan Pakar Perguruan memulakan-nya untuk tambahan latihan setahun bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani untuk lelaki dan perempuan (1961). d. Pada tahun 1971, mata pelajaran Pendidikan Jasmani sekali lagi telah mengalami perubahan apabila ia diwujudkan dalam dua bahasa, iaitu dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. 1.2.2 Sejarah ujian, pengukuran dan penilaian a) Latar belakang Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA) 6 aktiviti: i. Ujian kelenturan ii. Baling bola sofbol iii. Lompat sergeant iv. Mendagu v. Lari ulang-alik vi. 600 ela lari / jalan Menurut kajian UDTA ini kurang sesuaidan agak bermasalah, ujian baru akan menguji aspek- aspek kecergasan yang berdsarkan kesiahtan sahaja, mudah diurus dan tidak memerlukan banyak alat 4 aktiviti: i. Bangkit tubi ii. Tekan tubi iii. Jangkauan melunjur iv. Larian 1500m 1.2.3 Bidangbidang Ujian, Pengukuran dan Penilaian Penerangan untuk ujian psikomotor, kognitif dan afektif dijelaskan seperti berikut: (a) Ujian Psikomotor -menilai kebolehan dan kecekapan fizikal murid yang melibatkan kemahiran otot-otot kecil (bermain piano) dan otot besar (lompat jauh) 4 bahagian / komponen : (i) Fizikal: - melakukan penilaian berhubung kait dengan anatomi seseorang. Cth: menilai jisim badan, peratus kandungan lemak dan kekutatan otot badan (ii) Motor: -brkait rapat dengan kualiti cara pergerkan motor dan perlakuan individu. Cth: menilai pergerakan motor oleh otot kecil di jari semasa bermain piano (iii) Kecergasan: - membuta penilaian secara menyeluruh yang meliputi keupayaan kardiovaskular, kekutan dan ketahanan otot serta kekuatan mental. Cth: berlari dalam pertandingan marathon (iv) Permainan: - memperlihatkan kemuncak kemajuan di dalam psikomotor dengan memerlukan tahap kekuatan fizikal, kemahiran motor dan kecergasan yang baik. Cth: bermain golf (b) Ujian Kognitif - mengukur pengetahuan dan kepintaran pelajar. 6 peringkat cara berfikir (Taxonomy Cognitive): (i) Pengetahuan iaitu kebolehan mengingat (contohnya: nama ibu kota, nama negara). (ii) Pemahaman iaitu kebolehan memahami (contohnya: membuat kesimpulan). (iii) Aplikasi iaitu kemampuan penerapan (contohnya: menggunakan suatu pengetahuan yang diperolehnya untuk menyelesaikan masalah). (iv) Analisis iaitu kemampuan menganalisis suatu maklumat yang luas dibahagikan menjadi bahagian-bahagian kecil (contohnya: menganalisis pengertian suatu puisi). (v) Sintesis iaitu kemampuan menggabungkan beberapa maklumat menjadi suatu kesimpulan (contohnya: mengenalpasti jenis kategori binatang). (vi) Penilaian iaitu kemampuan membuat pertimbangan sifat yang baik dan sifat yang buruk. (c) Ujian Afektif - Ujian afektif pula merangkumi penilaian dari segi perasaan, nilai-nilai dan emosi individu. - berbentuk subjektif melalui pengawasan dan interasi secara langsung (menilai T/L), penilaian berbentuk akademik (perperiksaan) - tidak sesuai digunakan kerana: i. Perubahan sikap berlaku secara berperingkat-peringkat. Pengetahuan dan kemahiran boleh berubah dalam masa yang singkat, tetapi sikap dan nilai-niali memerlukan masa yang penjang untuk berubah. ii. Sukar untuk mengenalpasti peniliana yang dibuat terhadap minat, sikap dan nilai. Tiada garis panduan/ kaedah yang jelas untuk menilai factor-faktor ini. iii. Guru PJ mempunyai masa yang terhad untuk menilai ujian fizikal, kemahiran pengetahuan dan afektif murid secara serentak dan kerap (Philips dan Hornak 1979; Mood 1982).Kekangan ini membataskan ketepatan penilaian yang dibuat. 1.2.4 Aspek Keperluan Pengukuran dalam proses penilaian

KHAS UNTUK PEPERIKSAAN

a) b) c) d) e) f) g)

Motivasi dalam ujian murid lazim belajar mengikut silibus yang telah disediakan untuk mendorong murid untuk belajar medapat markah tertinggi. Diagnostik (pengenalpastian) pengukuran akan menilai kelemahan dan kekuatan terhadap kumpulan/ individu. Cth: sebelum mengajar kelas permainan bola sepak, kita hendaklah mengajar bagaimana untuk emnyepak bola secara betul. Kalsifikasi pelajar lebih selesa dengan pembahagaian kumpulan tahap yang sesuai mengikut tahap kecergasan inidividu. Pencapaian gred diberikan untuk maklum balas masa depan. Penilaian pengajaran dan program keberkesanan terhadap arahan / program adalah tanggungjawab penting guru kepada murid. Ramalan pengukuran masa depan akan menignkat dan popular Penyelidikan mencari penyelesaian masalh dan sebagai alat untuk mengembangkan pengetahuan.

1.3 PRINSIP-PRINSIP UJIAN DAN PENGUKURAN DALAM PENILAIAN 1.3.1 Sebagai Alat untuk Mengukur Keberkesanan Program mengenalpasti keberkesanan sesuatu program. Cth: berdasarkan pelbagai jenis prosedur (soalan pilihan subjektif, essei, projek) 1.3.2 Memenuhi Objektif dan Keperluan menentukan pencapaian, member maklum balas program tertentu berkesan untuk memberi peluang pihak tertentu mengubah strategi pengajaran. 1.3.3 Menentukan Kaedah Penilaian melalui pelbagai kaedah dan cara, prosedur mesti sesuai (objektif, ketetapan dan menyakinkan) dan mengikut persekitaran dan keluasan pembelajarn dan pembanguna seseorang pelajar. Topik 2 Asas Statistik dalam pengukuran dan penilaian PJ 2.1 Istilah dan maksud : a) Populasi pengumpulan semua unsur-unsur yang dikaji dan yang cuba kita menarik kesimpulannya. Cth: mengenal pasti tahap kecergasanfizikal tahun 2, populasi mestilah meliputi kesemua murid tahun 2. b) Sampel pengumpulan sebahagian tetapi bukan kesemua unsur-unsur populasi yang dikaji iaitu untuk menghuraikan populasi. c) Sampel Rawak keadaan di mana setuap subjek di dalam populasi mempunyai peluang yang sama rata, termasuk di dalam sample. d) Taburan Kekerapan cara menyusun data dalam bentuk yang lebih bersesuaian dan praktikal. Kekerapan bagi sesuatu skor/markah yang diperolehi oleh sebuah kumpulan. e) Data pengumpulan sebarang jumlah cerapan yang berkait. Maklumat verbal di dalam. Kecenderungan memusat dan dikumpul dan disusun mengikut tertib. 2.2 Min Ukuran kecenderungan memusat kaedah yang digunakan untuk mengukur kecenderungan memusta yang mewakili purata aritmatik suatu set pencerapan. Memcampurkan jumlah skordan dibahagikan denga jumlah bilangan skor.

Median satu nilai tunggal daripada set data yang mengukur item memusat di dalam data. Item tunggal ini ialah yang paling tengah / palaing memusat dalam sesuatu set nombor. Mod satu ukuran kecenderungan memusat yang berbeza daripada min, tetapi agak menyerupai median. Ia ialah nilai yang paling kerap berulang dalam set data. - memilih set data yang berlaku paling kerap - tidak boleh digunakan sekerap min dan median untuk mengukur kecenderungan memusat

2.3 Ukuran Pembolehubah 2.3.1 Julat perbezaan antara nilai kerap paling tinggi dan paling rendah Julat = nilai pencerapan tertinggi nilai pencerapan terendah Sebagai ukuran serakan adalah terhad 2.3.2 Sisihan lazim satu teknik pengukuran pembolehubah yang popular - satu kaedah yang terbaik untuk melihat perbezaan skor di dalam taburan kecenderungan memusat

Fomula : S = ( X M )/ N 1 2.3.3 Varian membuat inferen tentang sama ada sampel yang diambil daripada populasi mempunyai min yang sama atau tedak

S = ( X M) N 2.3.4 Lengkok Norma - sukar bagi kita menggambarkan taburan markah ujian dengan lebih jelas - memudahkan cara perbandingan markah Topik 3: Pembinaan dan pentadbiran Ujian dan Penilaian

KHAS UNTUK PEPERIKSAAN

3.1 Konsep asas dalam Ujian dan Penilaian a. Kesahan merujuk kepada apa yang hendak dinilai dalam ujian Cth: mengenal pasti di antara kecergasan pernafasan kardio dan kebolehan dalam permainan tenis. Faktor-faktor mempengaruhi: Isi kandungan kesahan berkaitan bagaimana ujian tersebut mengukur semua jenis kemahiran dan subjek yang akan ditunjukkan oleh pangambil ujian. Menyatakan objektif tanpa kiraan ujian masa di ambil Kriteria kesahan dengan mengukur : Ramalan kesahan alat mengukur sifat / kebolehan individu tertentu Kesahan selaras ramalan kesahan segera, menunjukkan berkesannya ujian tersebut mengukur tahap semasa kemahiran / pengetahuan individu Kriteria-kriteria yang hendak diukur : anggaran pakar, pertandingan permainan, ujian pengesahan sebelumnya. Bentuk kesahan rujuk kadar individu terdedah terhadap sifat/bentuk yang digambarkan dalam ujian persembahan Ujian kesahan berkaitan kriteria - berhubung secara langsung dalam menentukan kelakuan objektif Faktor-faktor mempengaruhi kesahan i. Sifat pengambil ujian sah jika sama umur, jantina, pengalaman ii. Pemilihan kriteria yang hendak diukur pengukuran samadengan set markah, perbezaan koefisien akan diperolehi iii. Kebolehpercayaan harus dipercayai untuk menjadi sah iv. Prosedur pentadbiran arahan jelas, perlaksanaan tepat, factor sekeliling b. Kebolehpercayaan merujuk kepada ujian yang konsisten

- empat kaedah : i. kaedah ujian semula ii. kaedah bentuk selari iii. kaedah pembahagian setengah (split-half) Ujian penuh kebolehpercayaan = 2 x setengah ujian kebolehpercayaan 1 + setengah ujian kebolehpercayaan

Jika kebolehpercayaan di antara dua setengah ialah +.80, kebolehpercayaan terhadap ujian penuh akan didapati seperti berikut: Ujian penuh kebolehpercayaan

= 2 x .80 = 1.60 = .89

1 + .80 = 1.80 iv. kaedah Kuder-Richardson Formula 21 (1) jenis ujian boleh di kira 1 untuk betul dan 0 untuk salah; dan (2) jumlah markah adalah sama jumlah terhadap markah jenis ujian.

i. n = nombor item X = purata ujian S2= kekerapan ujian ( kekerapan jawapan dengan betul)

Melalui formula K-R, ia memberikan kebolehpercayaan anggaran konservatif yang digunakan ketika bentuk ujian di mana kesukarannya berbeza.

KHAS UNTUK PEPERIKSAAN

Faktor-faktor mempengaruhi kebolehpercayaan: i. Kaedah permarkahan lebih bantak objektif dalam ujian, lebih tinggikebolehpercayaan ii. Kumpulan yang pelbagai iii. Tempoh masa ujian iv. Kaedah prosedur c. Objektiviti tertumpu kepada bentuk kebolehpercayaan dan boleh ditentukan dengan ujian semula Objektiviti boleh ditentukan apabila sesetengah faktor wujud iaitu: a. Arahan yang lengkap dan jelas untuk dilakukan dan markah ujian diberikan. b. Melatih penguji melakukan ujian. Semua penguji hendaklah mentadbir ujian dengan cara yang sama. c. Contoh prosedur pengukuran diikuti. Jika pengukuran tersebut sukar, banyak kesilapan yang akan timbul. d. Bahan mekanikal dalam pengukuran adalah sesuai. Dengan menggunakan bahan yang sesuai akan merendahkan kadar kesilapan dalam pengukuran.

Keputusan dinyatakan dalam nombor. Markah dinyatakan dalam frasa atau terma-terma akan memberi impak terhadap objektiviti. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi objektiviti. Ia adalah: i. Kejelasan sistem permarkahan; dan ii. Kadar di mana hakim dapat memberi markah dengan tepat d. Norma-norma - nilai yang berhubung-kait dengan keputusan seseorang dalam masyarakat umum. Sesetengah jawatankuasa mencadangkan nombor peserta yang minimum untuk membuktikan norma-norma adalah seratus orang untuk setiap kategori. Sebagai contoh, nombor populasi penduduk adalah kurang daripada seratus, atau contoh di antara populasi penduduk (contoh: kumpulan-kumpulan tertentu) adalah kurang daripada seratus, ia selalunya lebih tepat untuk merujuk kepada data sebagai keputusan secara perbandingan dan lebih tepat daripada norma-norma. Kriteria Pemilihan Ujian dan Penilaian a. mudah ditadbir b. kos pentadbiran ujian c. sumber manusia dan peralatan d. memenuhi objektif e. mencabar dan bermakna 3.3 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN 3.3.1 Persediaan Pra-ujian Persediaan pra-ujian adalah merangkumi kesemua persediaan yang wujud sebelum pentadbiran ujian tersebut: a. Memahami ujian Apabila anda melakukan perancangan dalam pentadbiran ujian untuk pertama kali, baca arahan atau manual ujian beberapa kali, fikirkan tentang ujian yang kamu baca. b. Memajukan prosedur ujian pemilihan prosedur penilaian yang berkesan, memutuskan sama ada untuk melakukan ujian secara serentak terhadap semua individu atau dalam berkumpulan dan memastikan sama ada seorang sahaja melakukan ujian tersebut atau secara berpasangan melakukan ujian sesama sendiri. c. Memajukan arahan Selepas anda mengenal pasti prosedur, anda hendaklah memajukan tujuan. Ia bertepatan penerimaan untuk membaca arahan kepada kumpulan sebelum melakukan ujian tersebut terhadap mereka. Arahan tersebut hendaklah mudah untuk difahami dan mestilah diikuti dengan perkara-perkara berikut: Prosedur pentadbiran;

e.


d.

Arahan terhadap persembahan; Prosedur permarkahan dan polisi terhadap persembahan yang salah; dan Isyarat terhadap teknik untuk meningkatkan markah.

Menyediakan pelajar atau prosedur program Memberitahu ujian yang akan dilakukan, maka mereka boleh berlatih. Merancangkan ujian percubaan dan pemanasan Sebelum ini, anda mempelajari bahawa kebolehpercayaan meningkatkan pemanasan pra ujian. Sifat terhadap pemanasan hendaklah dirancang.

e.

KHAS UNTUK PEPERIKSAAN

f.

Menyediakan peralatan dan kemudahan untuk ujian Mempunyai kesemua peralatan yang diperlukan, membuat garisan halangan, menanda tempat yang betul apabila para pengambil ujian sampai pada waktunya dan menghindarkan masalah yang akan timbul apabila para pengambil ujian menunggu giliran mereka. Membuat kertas permarkahan Menyediakan kertas permarkahan sebelum ujian untuk kesemua ahli kumpulan atau individu kad permarkahan. Masukkan kesemua nama peserta dalam kertas atau kad permarkahan sebelum ujian dilakukan. Menganggarkan masa ujian yang diperlukan Apabila ujian tidak mengambil keseluruhan kelas atau waktu program atau apabila setengah kumpulan sedang mengambil ujian dalam hari tertentu, anda haruslah merancangkan beberapa aktiviti untuk mengisi masa yang terluang. Jika ujian program kecergasan dilakukan terhadap agensi atau syarikat, perancangan yang sama diperlukan. Menganggarkan masa yang diperlukan dalam mentadbir ujian boleh minimumkan kekeliruan dan maksimumkan penggunaan masa yang ada.

g.

h.

3.3.2 cirri-ciri Perlaksanaan Ujian a. Persediaan Ujian b. Motivasi dan galakkan kepada sampel c. Keselamatan Peserta / sampel ujian 3.3.3 Penilaian dan Pelaporan Rasionalnya melakukan penilaian adalah untuk mengumpul maklumat para peserta dan hal yang berkaitan dengan program pengajaran. Informasi ini hanya boleh digunakan selepas ujian itu dilakukan. a. Menilai markah ujian Selepas ujian dilakukan, markah ujian perlulah dinilai menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Ini memerlukan memasukkan data dalam komputer untuk dinilai, menyimpan rekod, dan/atau penerimaan data. Analisis adalah untuk mendedahkan ciri-ciri yang boleh mempengaruhi proses pengajaran atau melaksanakan program dan memberi maklumat terhadap kumpulan pengambil ujian dan menyediakan data untuk permarkahan atau tujuan yang lain. Sesetengah individu tertarik dengan markah mereka sendiri. b. Menyimpan dan melaporkan keputusan ujian Menyimpan keputusan ujian selalunya digunakan untuk menempatkan kertas permarkahan dan menganalisis mereka dalam fail yang tertentu. Maklumat yang dibuat boleh memberikan perbezaan di antara kelas dan kumpulan di antara tahun, program penilaian setiap tahun, dan pembangunan norma-norma. Topik 4 4.1 KONSEP, DEFINISI DAN PRINSIP gred bertujuan mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Gred penilaian dapat digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan perlu dibuat di peringkat sekolah bagi memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain. Pada tahun ini, markah atau gred bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani telah dimasukkan dalam buku laporan pelajar. Ia bertujuan menilai tahap kecergasan fizikal pelajar yang diukur melalui Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA). Kepentingan Pengredan a. Pelajar / Murid markah dan memberikan motivasi b. Ibubapa pendedahan pencapaian anak di sekolah c. Guru mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar d. Sekolah ( Pentadbir ) mengenalpasti pelajar memenuhi objektif pengajaran 4.1.2 Prinsip-prinsip Penggredan dalam Pendidikan Jasmani a. Penggredan boleh digunakan sebagai alat untuk berkomunikasi dan memberi maklumat tentang pencapaian seseorang pelajar kepada ibubapa, guru, pentadbir dan pelajar itu sendiri. Ia dikenali sebagai satu proses penilaian yang mudah difahami oleh semua orang b. Gred adalah penilaian berterusan di mana ia boleh dijadikan sebagai panduan pendidik untuk menunjukkan pencapaian pelajar. Penggredan juga digunakan untuk menentukan status semasa murid. c. Dengan menggunakan gred, matapelajaran Pendidikan Jasmani akan dapat mengekalkan status quo di dalam persekitaran sekolah. d. Menjadi kelaziman untuk ukuran/kriteria rujukan kepada ujian, yang mana gred menentukan prestasi secara tepat dan khusus. e. Sejarah menunjukkan bahawa Pendidikan Jasmani telah dikritik kerana tidak menghiraukan cara, bahasa dan ujian yang dijalankan. Ujian yang digunakan sering kali tidak tepat, kurang matlamat dan tiada piawaian yang diperlukan untuk mencari ketepatan dalam pengukuran. f. Melalui gred juga, para guru boleh menggunakan maklumat bagi memilih pelajar yang terbaik untuk mewakili sekolah.

KHAS UNTUK PEPERIKSAAN

4.2 PENENTUAN GRED DALAM PENDIDIKAN JASMANI Guru Pendidikan Jasmani seharusnya dapat menentukan cara yang hendak digunakan untuk menentukan gred di dalam Pendidikan Jasmani. 4.2.1 Faktor Psikomotor Faktor psikomotor banyak digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani bagi menilai kebolehan dan kecekapan fizikal murid. Ia melibatkan kemahiran otot-otot kecil dan otot-otot besar. Antara aktiviti yang digunakan untuk penggredan ialah kemahiran dalam aktiviti, kecergasan dan prestasi dalam permainan. Penggunaan gred dalam menilai aktiviti a) Kemahiran dalam aktiviti b) Kecergasan c) Prestasi dalam permainan 4.2.2 Faktor Kognitif Dalam faktor kognitif, gred diberi berdasarkan pengetahuan murid dalam bidang Pendidikan Jasmani. Sebagai contoh, penilaian mestilah berdasarkan pengetahuan murid dalam undang-undang permainan, sejarah dan teknik-teknik yang digunakan. Tetapi, seringkali penilaian ini diabaikan oleh para guru kerana mereka lebih menitikberatkan tentang praktikal sesuatu permainan. 4.2.3 Faktor Afektif Gred untuk faktor afektif pula merangkumi penilaian daripada segi perasaan, nilai-nilai dan emosi individu. Gred boleh diberi oleh guru melalui pemerhatian dan interaksi secara langsung dengan murid. Kebanyakan guru Pendidikan Jasmani merasakan gred yang diberi berdasarkan faktor kognitif ini tidak begitu efektif untuk digunakan kerana penilaiannya tidak begitu jelas. Mereka lebih cenderung menitikberatkan pemberian gred dalam faktor psikomotor dan kognitif. Jenis-jenis gred a. Gred Tradisional menggunakan gred A,B,C,D,E / 1,2,3,4,5,6,7 ( UPSR/PMR/SPM/MUET ) b. Sistem Pemerian dan Gambaran member gambaran spt Cemerlang, Sederhana, Memuaskan,Kurang memuaskan. c. Sistem lulus-gagal - berjaya atau tidak / gagal atau lulus kriteria-kriteria yang disenaraikan: a. Gred mestilah berkait rapat dengan objektif pembelajaran. Jika faktor ini tidak dimasukkan dalam objektif pengajaran, gred tidak boleh digunakan. b. Gred mestilah mempunyai kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti. Sistem gred yang digunakan hendaklah konsisten dan harus menunjukkan faktor pencapaian yang telah murid lakukan. c. Pemberat (peratusan jumlah gred) yang menentukan gred terakhir mestilah difahami oleh murid dan ibubapa. Teknik untuk menentukan gred juga tidak harus dirahsiakan dikalangan murid dan ibubapa dan tidak terlalu sukar sehingga kurang difahami oleh mereka. d. Jika gred adalah rujukan norma atau rujukan kriteria, guru haruslah mendiskriminasi antara pelajar yang baik dan pelajar yang lemah. Pelajar yang beraksi dengan tahap yang lebih tinggi mestilah mendapat gred yang terbaik daripada pelajar yang beraksi pada tahap yang buruk. e. Gred mestilah ditadbir secara ekonomi. Sistem yang digunakan hendaklah dilaksanakan secara berkesan, terutama yang melibatkan masa, kos dan personal. Dalam era ini, penggunaan komputer dilihat lebih berkesan dan memberi guru lebih masa untuk persediaan di dalam kelas. Topik 5 5.1 PENGUKURAN KELENTURAN Kelenturan adalah kebolehan pergerakan sendi badan melalui ketegangan pergerakan maksimum yang tidak bersesuaian. Apabila menilai atau menerangkan kelenturan, terma fleksi (kedudukan sendi berkurangan) dan tambahan extension (kedudukan sendi bertambah) selalu digunakan. Kelenturan lebih bergantung kepada tisu lembut (ligamen, tendon dan otot) di sendi lebih daripada struktur tulang di bahagian sendi itu sendiri. Kelenturan juga selalu berkait dengan saiz badan, jantina, usia, dan fizikal aktiviti. Secara amnya, individu aktif lebih bagus kelenturannya daripada individu yang kurang aktif. Tisu lembut dan sendi akan mengecut, hilang pertambahan apabila otot mengekalkan dalam kedudukan pendek. Tabiat posisi badan dan membuat kerja-kerja berat yang menyekat pergerakan juga boleh menyebabkan otot akan menjadi pendek. Fizikal aktiviti yang mempunyai pergerakan badan yang banyak akan menolong kurangnya extensibility. Secara amnya, kelenturan lebih berkait-rapat dengan tabiat corak pergerakan bagi setiap individu, dan setiap sendi lebih kepada usia dan jantina. Fungsi Ujian dan Pengukuran Kelenturan Ujian kelenturan selalunya dilakukan untuk mengenalpasti individu yang mempunyai sedikit pergerakan sendi. Kelenturan juga selalunya digunakan untuk mengukur tujuan diagnostik. Ramai guru Pendidikan Jasmani percaya bahawa persembahan kelenturan boleh diukur dengan menggunakan gred. 5.1.3 Bateri, Prosedur Ujian dan Pengukuran Kelenturan

KHAS UNTUK PEPERIKSAAN

Untuk tujuan klinikal penilaian kelenturan, alat seperti Leighton Flexometer, elektrogoniometer dan goniometer digunakan. Ujian ini menyediakan ukuran lurus dan menggunakan pita pengukur, pembaris dan kayu pengukur. - Terdapat dua jenis ujian kelenturan lurus: a) Ujian kelenturan relative Berhubung dengan kepanjangan dan keluasan di sesetengah bahagian badan b) Ujian kelenturan mutlak Mengukur pergerakan dan bertujuan untuk persembahan mutlak Berikan jenis Pengukuran Kelenturan/Bateri Ujian a. Ujian Jangkauan Melunjur Objektif: mengukur kelenturan di bahagian bawah belakang dan atas paha -duduk di alat ujian, lutut lurus, data dan badan tegak -tapaka tangan dipanjangkan seberapa yang mungkin -lakukan 4 kali -permarakahan berapa jarak yang boleh capai dalam cm b. Ujian Trunk dan Tengkuk ( Johnson dan Nelson 1986 ) Obj: mengukur kebolehan untuk memanjangkan trunk -duduk di kerusi keras, ukur jarak pada hujung hidung ke tempat duduk -tiga angkatan terbaik c. Ujian Angkatan Bahu ( Miller dan Alien 1990 ) mengukur kelenturan bahu 5.2 Pengukuran Kekuatan Otot Konsep ; Otot kuat melindungi sendi Matlamat: kekuatan adalah keperluan untuk posisi badan yang bagus Obj: tolong melakukan aktiviti harian dengan berkesan dan merasai kepuasan Fungsi Ujian dan Pengukuran Kekuatan Otot Kekuatan otot adalah kebolehan otot atau kumpulan otot yang berupaya membuat daya yang maksimum. Kekuatan dinamik adalah daya yang digunakan daripada kumpulan otot sebagai setengah daripada pergerakan badan ( kekuatan isotonic). Kekuatan statik adalah daya yang ditimbulkan bagi melawan objek yang tidak dapat bergerak, di mana tiada pergerakan yang berlaku (kekuatan isometric). Berikan jenis Pengukuran Kekuatan Otot/Bateri Ujian a. Bangun Tubi Lutut Bengkok - mengukur kekuatan otot abdomen b. Gantung Bengkok Siku - mengukur kekuatan otot di tangan dan bahu c. Dynamometer - peralatan untuk mengukur kekuatan static 5.3 Penukuran Daya Tahan Otot Konsep : untuk melakukan aktiviti harian Matlamat: menghindarkan kepentan Obj: mengekalkan bentuk badan dan mengurangkan kecederaan otot 5.3.2 Fungsi Ujian dan Pengukuran Daya Tahan Otot Daya tahan otot adalah kebolehan dalam fizikal aktiviti atau untuk melawan keletihan otot. Ujian daya tahan boleh diukur dengan daya tahan mutlak di mana bebanan berat digerakkan untuk keletihan adalah sama, atau daya tahan pengukuran relatif di mana berat berbeza dengan subjek yang diberikan ujian. Tiga asas kebolehan daya tahan telah dikenalpasti sebagai: a. daya tahan otot tangan dan sekitar bahu; b. daya tahan otot abdomen; dan c. daya tahan pernafasan kardio. Berikan jenis Pengukuran Daya Tahan Otot/Bateri Ujian a. Ubahsuai Bangun Tubi ( AAHPERD 1980 ) -mengukur daya terhadap otot abbdomen b. Ujian Pull-ups -mengukur daya tahan otot tangan dan sekitar bahu c. Ujian Tekan Tubi

KHAS UNTUK PEPERIKSAAN

-mengukur daya tahan tangan dam sekitar bahu

You might also like