You are on page 1of 6

Tajuk

MENINGKATKAN KEMAHIRAN DAN KEFAHAMAN MURID TAHUN 5 DALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP MELALUI PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran dan kefahaman murid seterusnya minat mereka dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.Seramai 42 orang murid tahun 5 dan seorang guru penyelidik terlibat dalam kajian ini.Tinjauan awal telah dilakukan melalui kaedah pemerhatian dan soal selidik.Hasil tinjauan awal mendapati murid kurang berminat kerana tidak dapat mengaitkan kemahiran yang diajar dengan situasi semasa di luar bilik darjah.Bagi meningkatkan minat,kemahiran dan kefahaman murid dalam mata pelajaran ini,pendekatan pembelajaran secara kontekstual telah dijalankan. Secara keseluruhannya kajian ini telah dapat meningkatkan minat,kemahiran dan kefahaman murid dalam tajuk tajuk sukatan Kemahiran Hidup sebagai salah satu persediaan menghadapi situasi di sekolah menengah dan seterusnya dunia yang kian mencabar.

2.0 Refleksi Masalah Dalam sesi pegajaran yang telah saya jalankan,saya dapati murid kurang berminat dengan pengajaran yang saya jalankan (Kemahiran Hidup). Ini disebabkan murid tidak dapat mengaplikasikan dan menghubungkait situasi pembelajaran dengan situasi di luar pembelajaran.Masa yang ditetapkan untuk pengajaran dan pembelajaran juga tidak sesuai.Berdasarkan situasi ini saya mengambil langkah untuk membantu murid untuk untuk meningkatkat kemahiran dan kefahaman mereka seterusnya menarik minat mereka dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. 3.0 Fokus Kajian. Kajian ini dijalankan memfokuskan kepada meningkatkan kemahiran mengaplikasi dan kemahiran menghubungkait isi pelajaran dengan situasi di luar bilik darjah.Kumpulan sasaran untuk kajian ini adalah dari kelas yang sederhana dalam prestasi akademik iaitu kelas 5 Bntang. Apabila didedahkan dengan pendekatan pembelajaran secara kontekstual ini,murid lebih berminat dengan mata pelajaran kemahiran hidup. 4.0 Objektif Kajian. 4.1 Objektif Am Membantu meningkatkan kemahiran dan kefahaman murid tahun 5 dalam mata pelajaran kemahiran hidup menggunakan pendekatan pembelajaran secara kontekstual.

4.2 Objektif Khusus Meningkatkan kemahiran mengaplikasi mata pelajaran kemahiran hidup. Meningkatkan kemahiran menghubungkait aktivit dengan situasi semasa. Membina keyakinan,daya kreativiti dan inovasi murid-murid Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru dengan mewujudkan suasana yang lebih ceria dan menyeronokkan.

5.0 Kumpulan Sasaran. Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 42 orang murid tahun 5 yang sederhana dan baik dalam pencapaian akademik. 6.0 Perlaksanaan Kajian tinjauan masalah 6.1.1 Pemerhatian Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bengkel. Soalan yang diajukan secara lisan. 6.1.2 Soal Selidik Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid murid untuk mengetahui maklumat yang berkaitan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran. Borang ini di isi oleh murid apabila sesi pengajaran dan pembelajaran berakhir. 6.1.3 Ujian Pra Ujian Pra dijalankan pada awal setiap sesi pembelajaran untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan murid tentang tajuk yang diajarkan.Dengan kaedah ini guru dapat menilai sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. 5.2 Analisa Tinjauan Masalah 5.2.1 Pemerhatian Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran didapati 70% murid tidak minat dalam sesi pembelajaran kerana murid tidak dapat mengaitkan pelajaran dengan situasi semasa. Walaupun mereka pernah atau ada pengalaman berkaitan tentang pelajaran yang diajar.Pada pendapat saya,untuk mengatasi masalah ioni ialah dengan menjalankan aktiviti yang hamper serupa dengan keadaan sebenar. 6.2.2. Soal Selidik Soal selidik dijalankan pada akhir setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.Murid akan mengisi borang soal selidik yang telah disediakan seperti lampiran. 3

6.2.3 Ujian Pra Ujian Pra dijalankan pada awal setiap sesi pembelajaran untuk mengetahui sejauh mana pengetahuan murid tentang tajuk yang diajarkan.Berdasarkan Ujian Pra yang dijalankan,guru dapat menilai pengetahuan sedia ada murid sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran. ( Lihat Lampiran )

6.3. Tindakan yang dijalankan. 6.3.1 Aktiviti yang dijalankan ini bertujuan untuk murid memperolehi maklumat awal tentang pembelajaran sebelum sesi pengajaran sebenar dijalankan. Secara tidak langsung menerapkan unsur pendidikan bestari dan meningkatkan kemahiran ICT murid.

Aktiviti 1. 1. Kelas dijalankan di makmal computer. 2. Murid dikehendaki mencari maklumat berkaitan tajuk menggunakan internet, 3. Guru meminta murid menyalin maklumat yang diperolehi ke dalam buku nota.

Aktiviti 2. 1. Murid dibahagi kepada beberapa kumpulan kecil. 2. Murid dikehendaki menyediakan laporan projek yang diberikan. 3. Kumpulan terbaik diberikan ganjaran. Bahan bahan yang digunakan dalam kajian ini adalah : 1. Lembaran Kerja 2. Perisian Multimedia 3. Bahan/alatan sebenar.( Untuk Projek ). 4. Bahan sokongan TMK.

6.4 Instrumen dan langkah langkah pemerhatian. 1. Kajian tindakan ini dilaksanakan selama 6 bulan bermula dari Januari 2006 hingga Jun 2006. 2. Persediaan mengajar guru hendaklah disediakan menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual dan bahan/alatan yang mencukupi. 3. Ujian pra dijalankan sebelum memulakan sesi pengajaran.( sediakan soalan yang berkaitan dengan tajuk yang akan diajar ). 4. Laksanakan pengajaran untuk beberapa sesi pengajaran. 5. Lakukan ujian Pasca ( soalan yang sama dengan ujian pra ) setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran. 6. Edarkan borang soal selidik kepada murid untuk diisi.

6.5 Perlaksanaan Tindakan 6.5.1 Rancangan pengajaran Refleksi Saya merasakan melalui pendekatan ini persediaan saya lebih teratur dan sitematik bertujuan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. 6.5.2 Mengumpul Maklumat Refleksi. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat,murid secara tidak langsung didedahkan dengan penggunaan ICT.Ini selaras dengan Konsep Pembestarian sekolah.Kaedah ini memberikan murid maklumat awal sebelum pengajaran dan pembelajaran sebenar dijalankan/ 6.5.3 Ujian Pra / Ujian Pasca Refleksi Melalui kaedah ini saya secara tidak langsung mengetahui pengetahuan sedia ada murid sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.Dengan cara ini juga saya dapat menilai tahap pencapaian murid dan juga menilai sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan. 5

7.0 Cadangan Melalui pendekatan pembelajaran secara kontekstual yang telah dijalankan ini,saya

bercadang untuk mengaplikasikan kajian ini untuk kesemua tajuk dalam Kemahiran Hidup Tahun 4.5 dan 6. Dengan pendekatan ini juga saya berharap murid-murid dapat mengaplikasikan kaedah,teknik,kemahiran dan kefahaman mereka dalam situasi di persekitaran mereka.

You might also like