Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006
---------------------------------------------------------
Sekolah Rendah
3
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN5.1 TINJAUAN MASALAH5.1.1 Pemerhatian
Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini. Pemerhatian inidibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, melaluirespon kepada soalan-soalan yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra.
5.1.2 Temu Bual
Kaedah lain yang saya gunakan ialah temu bual yang mana dilakukan secaratidak formal terhadap murid-murid kumpulan sasaran. Temu bual ini secara tidaklangsung dapat mengenali punca sebenar murid tidak dapat menguasaikemahiran mengingat dan menghafal.
5.1 3 Soal Selidik
Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada murid-murid untukmengetahui maklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik danmencongak fakta asas darab hingga 9 x 9. Borang ini diisi oleh murid-muriduntuk mendapatkan maklumat yang tepat.
5.1.4 Ujian Pra
Ujian pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar pencapaian murid-murid dalamtajuk ‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Ujian pra dijalankan sebelumsesi bimbingan bermula. Soalan Ujian Pra terdiri daripada 10 soalan objektif danmurid-murid dikehendaki menunjukkan jalan kerja mengira di atas kertas ujian.Tempoh masa menjawab adalah 15 minit.
5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH5.2.1 Pemerhatian
Daripada pemerhatian yang dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran,didapati kaedah mencongak menjadi masalah kepada enam orang murid Tahun 5Arif. Teknik hafalan fakta asas darab berbeza-beza antara seorang murid denganmurid yang lain. Tiga orang (50%) daripada mereka menggunakan jari manakalatiga orang (50%) lagi membaca secara berturutan. Pada pendapat saya, kaedahmencongak fakta asas darab merupakan jalan terbaik kepada murid-murid saya berbanding kaedah lain bagi membantu mereka mencapai gred yang baik dalamMatematik.
5.2.2 Temu Bual
Hasil temu bual daripada kumpulan sasaran, saya dapati semua (100%) muridmeminati mata pelajaran Matematik. Lima orang (83%) meminati tajuk‘Pendaraban Nombor Bulat Hingga 1 000 000’. Enam orang (100%) mengatakanmereka tidak berupaya mencongak fakta asas darab dengan alasan susah,banyak sangat dan mudah lupa. Empat orang (67%) mengatakan teknik hafalanyang mereka amalkan membosankan.