You are on page 1of 20

Diploma Syariyyah Islamiah

1
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

KHULU
Pengertian Khulu Bahasa: Tanggal Istilah: Perceraian yang diminta oleh isteri kepada suaminya dengan memberikan wang atau lain-lain. Dinamakan juga, talak yang dibeli oleh isteri dari suami kerana beberapa hal yang tidak menyenangkan isteri terhadap suami Di Antara Sebab Berlakunya Khulu Isteri khuatir bahawa dia mungkin membuat kederhakaan terhadap suami Suami juga khuatir isteri akan menjadi derhaka jika tidak mematuhi perintah suami.

2
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

Hukum Khulu Hukum dasar adalah harus namun boleh menjadi haraam jika khulu dilakukan atas alasan bukan syari Dari Tsauban r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabd: Mana-mana perempuan yang meminta cerai kepada suaminya,tidak kerana apaapa(tidak kerana uzur syari) maka haram atasnya bau syurga Riwayat Abu Daud

Iddah Khulu Dari Ibnu Abbas r.a bahawa seorang isteri Sabit Bin Qais telah mengkhulunya lalu Nabi s.a.w menjadikan Iddahnya satu kali haid Riwayat Abu Daud dan Tirmizi

3
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

Cerai Khulu Tidak Boleh Dirujuk Melainkan Dengan Perkahwinan Baru Menurut Khitabi, khulu adalah fasakh dan bukan talaq Pendapat ini sesuai dengan mazhab Syafii yang mengatakan bahawa khulu adalah fasakh bukan talak. Jumhur Ulama berpendapat Iddah bagi khulu adalah tetap 3 kali suci

4
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

FASAKH
Pengertian Fasakh Bahasa : rosak Istilah : memutuskan akad nikah bila salah seorang antara suami isteri ada cacat pada badannya, maka salah seorang dari keduanya boleh memilih akan bercerai atau akan meneruskan pernikahan itu. Kecacatan Yang Membolehkan Fasakh 1. Kecatatan yang menghalang daripada berlakunya persetubuhan seperti terputus kemaluan atau mati pucuk atau lubang faraj tertutup disebabkan tumbuhnya daging atau tulang bagi perempuan 2. Penyakit yang menjijikkan atau merbahaya yang boleh memudaratkan kededua pihak suami isteri seperti kusta, sopak, gila.
5
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

Pembahagian Kecacatan Jika Dilihat Kepada Suami Isteri 1. 2. 3. Kecacatan yang berlaku kepada kedua-dua suami dan isteri Kecatatan yang khusus kepada istri seperti tumbuh daging/tulang yang menutupi lubang faraj Kecatatan yang khusus kepada suami sahaja seperti mati pucuk atau terputus zakar

6
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

1. Kecatatan Yang Boleh Berlaku Kepada Suami & Isteri Jika suami atau isteri mendapati pasangannya berpenyakit gila, kusta atau sopak, dia mempunyai pilihan untuk fasakhkan nikah Nabi s.a.w telah berkahwin dengan seorang perempuan daripada kabilah Ghifar. Setelah dibawa masuk kepada baginda s.a.w, baginda mendapati pada pinggangnya terdapat penyakit sopak. Baginda bersabda:Pakailah pakaianmu dan kembalilah kepada keluargamu.Baginda juga bersabda kepada keluarga perempuan:Kamu telah menyembunyikan kecatatan daripadaku

7
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

2. Kecatatan Yang Boleh Berlaku Kepada Isteri Contoh : daging yang menutupi lubang faraj Suami mempunyai hak fasakh Kecatatan ini menghalang daripada mencapai maksud perkahwinan iaitu persetubuhan

3. Kecatatan Yang Boleh Berlaku Kepada Suami Contoh : Mati pucuk Isteri mempunyai hak meminta fasakh. Kecatatan ini menghalang daripada mencapai maksud perkahwinan iaitu persetubuhan

8
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

Kecatatan Berlaku Setelah Akad Nikah Pasangan diberi pilihan samada untuk fasakh nikah atau kekal bersama Mengubati Kecatatan Suami atau isteri hilang hak memimta fasakh jika pasangan mahu pergi berubat kerana tiada faktor yang membawa kepada fasakh. Hak Wali Untuk Fasakhkan Nikah Hak diberi sebelum akad nikah. Hak diberi pada wali sama ada pengantin perempuan setuju dengan fasakh atau tidak.

9
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

Fasakh Dengan Segera Pasangan suami atau isteri hendaklah membawa perkara ini kepada hakim untuk meminta fasakh Jika salah seorang mengetahui kecatatan ini tetapi mendiamkan diri sahaja, haknya untuk fasakh dibatalkan. Fasakh Memerlukan Keputusan Qadhi Qadhi akan menemuduga kedua-dua pasangan dan perlu pengesahan dari laporan doktor ,adanya kecatatan. Jika tidak dapat dibuktikan, suami atau istri hendaklah mengangkat sumpah. Qadhi akan membuat pilihan samada memberi tempoh kepada kedua-dua pihak atau memfasakhkan pernikahan.

10
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

Kesan Dari Fasakh Nikah Yang Disebabkan Oleh Kecatatan Yang Berlaku 1. Fasakh berlaku sebelum persetubuhan: Mahar tidak dikenakan dan tiada bayaran mutah utk isteri 2. Fasakh berlaku selepas persetubuhan dan kecatatan pula berlaku antara akad dan persetubuhan: Isteri wajib mendapat mahar misli 3. Fasakh dan kecatatan berlaku selepas persetubuhan: Istri wajib mendapat semua mas kawin yang disebutkan ketika akad.

11
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

ZIHAR
Pengertian Zihar Bahasa : Istilah : Belakang Seorang lelaki menyamakan isterinya dengan salah seorang mahramnya seperti ibu atau adik dari sudut haram mengahwininya. *Orang Arab Jahiliah suka menggunakan zhihar sebagai cara talak. Islam datang dengan membuat perbedaan. Hukum Zihar Hukum Zihar adalah haram . Surah Al-Mujadalah:ayat 2 : Dan sesungguhnya mereka (dengan melakukan zihar itu) berkata suatu perkara yang mungkar dan dusta.
12
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

Lafaz-lafaz Zihar Lafaz Sorih: Lafaz yang menunjukkan maksud zihar sahaja tanpa andaian kepada makna-makna yang lain Contoh: Engkau haram keatas sebagaimana haramnya belakang ibuku Lafaz Kinayah: Lafaz yang boleh diandaikan sebagai zihar dan bukan zihar. Contoh: Bagiku engkau seperti ibu dan adik-beradik perempuanku

13
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

Hukum Hakam Zihar 1. 2. Jika suami mengucapkan lafz talak selepas lafaz zihar,hukum zihar dimasukkan ke dalam hukum talak. Jika ia tidak diikuti dengan lafaz talak dan perkara yang memutuskan ikatan perkahwinan tidak berlaku(contoh: masih bersatu). Ini beerti suami telah menarik balik lafaz zihar dan beliau dikenakan bayar kaffarah.

Kaffarah Zihar Mengikut tertib kemampuan, 1. Membebaskan seorang hamba yang tidak mempunyai kecatatan yang menyebabkan tidak boleh bekerja. 2. Suami mesti berpuasa 2 bulan berturut-turut. 3. Memberi makan 60 orang miskin 14
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

Dalil Kaffarah Zihar Salman Bin Sokhr Al-Ansari r.a salah seorang lelaki Bani Bayadhoh meriwayatkan bahawa: Beliau telah mengharamkan isterinya ke atas dirinya seperti belakang ibunya sehingga berlaku Ramadhan. Setelah berlalu separuh bulan Ramadhan,beliau meneytubuhi isterinya pada waktu malam. Beliau pergi berjumpa Rasulullah s.a.w dan menceritakan apa yang telah berlaku. Rasulullah s.a.w bersabda:Bebaskan seorang hamba.Beliau berkata:Aku tidak mampu melakukannya. Baginda bersabda lagi:Kalau begitu,berpuasalah dua bulan berturutturut. Beliau menjawab:Aku tidak mampu. Lalu Rasulullah saw bersabda kpd Farwah Bin Amru:Berikan bakul itu kepadanya,iaitu sebuah bakul yang muat 15 atau 16 gantang makanan utk diberi makan kpd 60 org miskin.
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

15

Kaffarah Zihar Perlu Dilakukan Segera Suami dituntut membayar kaffarah dengan segera kemudian barulah boleh meniduri isterinya. Sekiranya, suami melambat-lambatkan kaffarah dan meniduri isterinya, dia telah melakukan maksiat haram. Hadis riwayat Tirmizi : Seorang lelaki datang menemui Nabi s.a.w..Beliau telah menziharkan isterinya,kemudian menyetubuhinya. Beliau berkata:Wahai Rasulullah,aku telah menziharkan isteriku kemudian aku menyetubuhinya sebelum aku membayar kaffarah. Baginda s.a.w menjawab: Apakah yang menyebabkan engkau melakukan perkara itu?Semoga kamu dirahmati Allah. Beliau menjawab: Aku melihat gelang.

16
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

Dalil Kaffarah Zihar Perlu Dilakukan Segera Hadis riwayat Tirmizi : Seorang lelaki datang menemui Nabi s.a.w. Beliau telah menziharkan isterinya,kemudian menyetubuhinya. Beliau berkata:Wahai Rasulullah,aku telah menziharkan isteriku kemudian aku menyetubuhinya sebelum aku membayar kaffarah. Baginda s.a.w menjawab: Apakah yang menyebabkan engkau melakukan perkara itu? Semoga kamu dirahmati Allah. Beliau menjawab: Aku melihat gelang kakinya di bawah cahaya bulan. Baginda pun bersabda: Janganlah kamu mendekati isterimu sehingga kamu melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah

17
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

Dalil Hukum Zihar Isteri Aus Bin As Somit datang mengadu hal suaminya kepada Rasulullah saw. Beliau berkata: Wahai Rasulullah, suamiku telah memakan keremajaanku dan aku telah melahirkan banyak anak(hasil hubungannya denganku). Apabila aku telah tua dan tidak boleh melahirkan anak lagi diziharkanku. Ya Allah, sesungguhnya aku mengadu kepada-Mu. Beliau tidak berganjak sehingga Jibril menurunkan ayat-ayat ini (Sambung ke slide seterusnya)

18
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

Dalil Hukum Zihar Surah Al-Mujadalah: Ayat 1 - 4 Ayat 1: Sesungguhnya Allah telah mendengar kata-kata perempuan yang bersoal jawab denganmu(wahai Muhammad) mengenai suaminya,sambil dia mengadu kepada Allah(mengenai perkara yang menyusahkannya),sedang Allah mendengar perbualan kamu berdua.Sesungguhnya Allah amat Mendengar lagi Amat Melihat. Ayat 2: Orang-orang yang menziharkan isteri-isteri mereka daripada kalangan kami(adalah orang-orang yang bersalah kerana) isteri2x mereka bukanlah ibu-ibu mereka.Ibu-ibu mereka tidak lain melainkan perempuan2x yang telah melahirkan mereka. Sesungguhnya mereka(dengan melakukan yang demikian itu) berkata satu perkara yang mungkar dan dusta. Sesungguhnya Allah amat pemaaf lagi amat pengampun. 19
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

Dalil Hukum Zihar Ayat 3: Orang-orang yang menziharkan isteri-isteri mereka, kemudian mereka berbalik daripada apa yang mereka ucapkan(bahawa isteri-isteri itu haram kepada mereka) maka hendaklah (si suami) memerdekakan seorang hamba sebelum mereka berdua(suami isteri( bercampur. Dengan hukum yang demikian itu, kamu diberi pengajaran(supaya jangan kamu mendekati perkara yang mungkar itu). Allah amat mendalam pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan. Ayat 4: Kemudian, sesiapa yang tidak dapat(memerdekakan hamba), maka hendaklah dia berpuasa 2 bulan berturut-turut sebelum mereka (suami isteri) itu bercampur.Sesiapa yang tidak mampu berpuasa, maka hendaklah dia memberi makan 60 orang miskin.Ditetapkan hukum itu utk membuktikan keimanan kamu kepada Allah dan Rasul-Nya(dengan mematuhi perintah-Nya serta menjauhi adat jahiliyah).Itulah batas-batas hukum Allah.Bagi orangorang yang kafir disediakan azab siksa yang tidak terperi sakitnya. 20
M15-FM > Kuliah 06 130816 Sazali Khamsan

You might also like