You are on page 1of 4

1. Nyatakan tiga latar tempat dan contoh peristiwa yang anda kaji.

Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, Pertama,sekolah, contohnya kebanyakan peristiwa berlaku di sekolah bersesuaian dengan tema novel ini yang menggambarkan cabaran besar yang dihadapi oleh Badri di sekolahnya untuk membantu pihak sekolah membanteras masalah salah laku pelajar. Seterusnya, yang kedua ialah di dalam tandas sekolah, contohnya Badri disimbah dengan air tandas di tandas sekolah dan peristiwa tersebut elah menyebabkan pelajar-pelajar lain mengetawakan Badri. Hal ini mencetuskan semangat Badri untuk menyiasat punca kejadian itu. Akhir sekali , yang ketiga ialah di rumah Badri, contohnya, Badrul, iaitu adik kepada Badri menyakat abangnya yang kelihatan segak ketika memakai seragam pengawas buat kali pertama. Ketika itu, Badri bersiap untuk ke sekolah dengan berpakaian pengawas pada hari pertama dia menjadi pengawas.

2. Nyatakan tiga latar masa dan contoh peristiwa yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, Pertama ialah pada waktu pagi, contohnya Badri bersiap untuk ke sekolah pada waktu awal pagi dengan berpakaian seragam pengawas buat kali pertama. Dia keluar awal untuk menunggu bas bersama-sama adiknya Badrul. Seterusnya, yang kedua ialah pada waktu rehat, contohnya, Badri telah disimbah dengan air sewaktu berada di dalam tandas kerana Badri telah menyebabkan urusan jual beli telefon bimbit tidak dapat berjalan dengan lancar. Hal ini dilakukan oleh Shahrul dan kawan-kawannya yang lain. Akhir sekali, yang ketiga ialah pada waktu tengah hari, contohnya, Siew Mei telah memasukkan sekeping nota kecil di dalam poket seluar Badri untuk menemui Badri pada waktu petang.

3. Nyatakan peristiwa berdasarkan urutan plot yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, Yang pertama iaitu permulaan, Badri menerima lantikan sebagai pengawas sekolah. Dia bertekad untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Sebagai pengawas, Badri terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah murid. Masalah disiplin yang sedang berleluasa di sekolahnya ialah perjualan telefon bimbit dan kad prabayar. Meng Kong mencuri telefon bimbit dan kad prabayar di kedai bapanya dan menjualnya kepada murid-murid sekolah dan bayaran dibuat secara ansuran. Yang kedua ialah kemuncak, keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Badri dan rakan-rakannya mendapat keputusan yang cemerlang dalam keputusan SPM dan ingin melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Akhir sekali ialah peleraian, Badri dan rakan-rakannya telah berjaya dalam kehidupan. Badri menamatkan pengajian dalam bidang perubatan. Siew Mei bakal menjadi doktor gigi. Jamil dan Taufik berkongsi membuka resort. Shahrul dan Kumar membuka bengkel membaiki kenderaan.

4. Tuliskan tiga teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dengan mengemukakan contoh yang sesuai bagi menyokong jawapan anda. Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, Pertama ialah teknik pemerian, contohnya Nadira berpakaian cantik wajahnya disolek rapi. Nurul Ain terkejut melihat perubahan adiknya yang semakin keterlaluan kebelakangan ini. Seterusnya, yang kedua ialah teknik dialog. Contohnya Engkau nak ke mana? tanya Jamil apabila melihat Badri seperti mahu berlalu dari situ setelah meletakkan beg di meja. . Akhir sekali, yang kedua ialah teknik monolog. Contohnya ,Terima Kasih Badrul kerana membantu aku, kata Shahrul dalam hati.

5. Nyatakan watak dan perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel yang anda kaji beserta contoh yang sesuai. Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, Watak utama dalam novel ini ialah Badri. Perwatakannya ialah Badri seorang remaja yang sangat tegas dan memegang prinsip. Badri telah menjalankan tugas dan tidak memilih kasih dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang pengawas. Selain itu,dia seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan, buktinya Badri tetap melaksanakan tugasnya sebagai pengawas walaupun mendapat pelbagai ancaman oleh Shahrul dan anggota kumpulannya. Seterusnya, dia seorang yang berani, contohnya Badri berani berhadapan dengan Shahrul yang cuba menyerangnya di taman permainan. Akhir sekali, dia seorang yang rajin, contohnya Badri sering membaca buku di perpustakaan dan tidak membuang masa tanpa tujuan.

6. Nyatakan watak dan perwatakan watak sampingan yang terdapat dalam novel yang anda kaji berserta contoh yang sesuai. Watak sampingan dalam novel Merenang Gelora ialah Shahrul. Perwatakan pertama ialah Shahrul suka berfoya-foya dan hidup bebas. Sebagai contohnya, Shahrul sentiasa berfoya-foya bersama-sama rakannya dan sering terlibat dalam lumba haram. Shahrul juga mengajak Nadira berfoya-foya bersama dengan rakan-rakannya. Perwatakan kedua ialah Shahrul seorang yang sangat suka menghasut, contohnya, Shahrul akan menghasut sesiapa sahaja demi kepentingan dirinya seperti menghasut Meng Kong agar mencuri telefon bimbit di kedai bapanya. Perwatakan ketiga ialah Shahrul juga pandai bermuka-muka dan berpura-pura, contohnya Shahrul berjaya mempengaruhi Nadira dengan sikap kepura-puraannya kononnya dia seorang yang kaya padahal keluarganya sudah tidak hidup mewah seperti dahulu setelah perniagaan bapanya merosot.

7. Nyatakan tiga nilai dan contoh peristiwa berdasarkan novel yang anda pelajari. Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, Pertama, nilai bertanggungjawab, contohnya Badri sangat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya sebagai pengawas dan dia sanggup berhadapan dengan pelbagai cabaran demi memastikan tugasnya dapat dilaksanakan. Seterusnya keberanian, contohnya Badri menjalankan tugasnya sebagai pengawas sekolah dengan berani dan dia berani mematahkan serangan Shahrul di taman. Akhir sekali kesyukuran, contohnya Badri bersyukur kerana Taufik dan Siew Mei tetap menyokongnya walaupun dia telah difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah.

8. Tuliskan tiga pengajaran yang terdapat dalam novel yang anda kaji dan sertakan contoh peristiwa yang sesuai untuk menyokong jawapan anda. Novel yang saya kaji ialah Pertama, kita haruslah tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, contohnya Badri tabah menghadapi pelbagai cabaran dalam menjalankan tugasnya sebagai pengawas sekolah. Badri pernah diugut, disimbah air malah pernah difitnah membawa telefon bimbit ke sekolah. Namun, dia tabah menghadapi semua cabaran itu. Seterusnya, kita perlulah menasihati rakan kita yang tersalah memilih jalan hidup, contohnya Badri menasihati Jamil agar kembali ke pangkal jalan setelah terlibat dengan aktiviti menjual telefon bimbit dank ad prabayar curi. Badri juga menasihati Nadira agar tidak meneruskan persahabatannya dengan Shahrul yang terlibat dengan kumpulan lumba haram.

Akhir sekali, kita hendaklah saling membantu dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan, contohnya Badri dan Taufiq sentiasa bekerjasama ketika menjalankan tugas sebagai pengawas dengan penuh tanggungjawab. Mereka sentiasa menyalurkan maklumat mengenai salah laku pelajar kepada Cikgu Jailani.

9. Tuliskan tiga peristiwa yang menarik yang terdapat dalam novel. Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, Pertama, Ah Meng telah memasang kamera CCTV untuk mengesan pencuri telefon bimbit yang sebenarnya dan akhirnya rahsia Meng Kok terbongkar apabila rakaman CCTV ditonton oleh Ah Meng dan Encik Tan. Seterusnya, Lokman membawa Shahrul dan Kumar untuk disoal siasat di bilik pengawas. Shahrul telah bersikap kasar kepada Lokman walaupun Lokman ialah ketua pengawas sekolah. Akhir sekali ,Badri mengunjungi Jamil yang mengusahakan resort bersama-sama Taufik dan di situ mereka mengenang kembali zaman persekolahan mereka.

10. Nyatakan tiga contoh penggunaan unsur gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah berkenaan penggunaan gaya bahasa. Pertama, penggunaan peribahasa. Contohnya, Dah sampai masanya kaubalas budi aku supaya tidak dianggap seperti kacang lupakan kulit. Seterusnya, personifikasi. Contohnya, Badri tidak mahu menyulam sebarang massalah dalam persekolahannya. Akhir sekali simile. Contohnya, Shahrul memecut motosikalnya seperti hendak terbang.

11. Tuliskan tiga peristiwa yang boleh dicontohi berdasarkan novel yang anda kaji. Novel yang saya kaji ialah Merenang Gelora, karya Ruslan Ngah berkenaan peristiwa yang boleh dicontohi iaitu Badri menjalankan tugas sebagai pengawas dengan penuh tanggungjawab dan Badri menyelar Jamil yang tidak mahu membantunya untuk memberikan maklumat tentang sediket penjualan telefon bimbit dan kad prabayar. Kedua, Badri bersyukur dengan keputusan peperiksaannya yang cemerlang memandangkan sepanjang dia berada dalam tingkatan lima dia terpaksa bedepan ndengan pelbagai masalah. Akhir sekali Encik Tan telah memberikan kerjasama kepada pihak sekolah untuk mengatasi masalah penjualan telefon bimbit di sekolah.

You might also like