You are on page 1of 2

HARDYW3B.WORDPRESS.

COM
Mini E-ZINE
Edisi JUN 2009 Harga: Percuma
Prakata Dari Editor
Sambungan dari bulan lepas, kita ada tips-tips untuk mencantikkan lagi majalah.
Sebenarnya tips ini boleh juga digunakan untuk hal-hal lain juga.

1. Margin

Biasanya, kita gunakan margin secara default.


Openoffice membantu kita mencari margin
paling maksimum yang boleh dicetak oleh
printer.

Untuk mencari keluasan paling maksimum,


Klik Format → Page.

Dalam margins, masukkan nilai paling kecil untuk Left, Right, Top dan Bottom. Tekan Ok,
sistem akan mengeluarkan satu kenyataan bahawa nilai yang diberikan terkeluar dari
ruang lingkung pencetak dan secara automatik, Openoffice akan berikan nilai yang paling
kecil secara automatik.

www.hardyw3b.wordpress.com 1
OPENOFFICE.ORG TUTORIAL

2. Window

Walaupun tips ini diberi dalam penulisan tutorial Mencipta Majalah, namun ia boleh
digunakan dalam pelbagai situasi semasa menggunakan OpenOffice.

Jika terdapat banyak muka surat dalam satu-satu masa contohnya 100 muka surat yang
sedang anda usahakan. Anda boleh gunakan fungsi Window → New Window. Dengan cara
ini anda tidak perlu scroll dari atas ke bawah atau sebaliknya sekiranya anda bekerja
dengan muka surat 1 dan muka surat 87 dalam masa yang sama.

3. Rotate Frame

Kadang-kadang terdapat ruangan kosong di


sebelah kiri atau kanan mukasurat. Kita boleh
memasukkan apa apa teks yang bersesuaian.

Buat satu frame baru. Masukkan teks di


dalamnya.

Hightlight pada teks, klik kanan, pilih Character,


pilih Positions. Pilih Rotation/Scaling, Pilih 270
darjah. Klik Ok.

www.hardyw3b.wordpress.com 2

You might also like