You are on page 1of 14

SAMBUNGAN SILINDER (TIG & MIG)

1.0 PENGENALAN

1.1 Pengenalan Kepada Kimpalan Arka Logam Gas Lengai (MIG)

MIG (Metal Innert Gas Welding) ataupun Kimpalan Logam Gas Lengai.
Dalam proses tersebut elektrod akan melebur dan bercampur dengan leburan logam
induk untuk membentuk lopak kimpal. Oleh itu, elektrod mestilah dibekalkan arus
yang berterusan sepanjang proses kimpalan itu dijalankan. Untuk bekalan elektrod
yang berterusan, elektrod dibuat dalam bentuk dawai yang boleh dihulurkan keluar
dari muncung pengimpal secara automatik pada kelajuan yang ditentukan. Gas
pelindung dibekalkan melalui muncung kimpal, seperti yang dilakukan dalam
kimpalan TIG. Proses ini boleh dilakukan secara automatik atau separuh automatik.
Walau bagaimanapun alat kelengkapan MIG adalah lebih rumit kerana prosesnya
memerlukan huluran elektrod yang berterusan dan seragam.

Gambar Bay MIG

1
1.2 Pengenalan Kepada Kimpalan Arka Tungsten Gas (TIG)

Kimpalan Arka Tungsten Gas merupakan satu proses penyambungan logam


yang menggunakan haba dari arka kimpalan yang mengunakan kuasa elektrik serta
mengunakan gas tertentu bagi mendapatkan satu sambungan yang bermutu tinggi.
KImpalan jenis ini banyak digunakan dalam kerja yang memerlukan kualiti
penyambungan yang tinggi, dan proses ini boleh mengimpal hampir semua jenis
logam. Walaubagaimanapun logam keluli tidak digalakkan dikimpal menggunakan
kimpal jenis ini kerana boleh dilakukan dengan proses kimpalan yang lebih murah
harganya. Namun begitu, jika terdapat kerja kimpalan yang terlibat dengan gas-gas
yang tertentu disekelilingnya, proses kimpalan ini amatlah sesuai. Ini kerana
penggunaan gas argon dapat melindungi sambungan kimpalan tersebut dari dimasuki
gas yang sedia ada. Proses ini juga dikenali dengan Tungsten Innert Gas atau TIG dan
juga dikenali sebagai GTAW atau Gas Tungsten Arc Welding.

Gambar Bay TIG

2
2.0 OBJEKTIF

2.1 Objektif (MIG)

1. Untuk memahami cara penggunaan kimpalan MIG, cara-cara mengimpal


dengan betul untuk mendapatkan sambungan yang cantik.

2. Untuk mendapatkan sambungan yang lebih kuat.

3. Untuk mendapatkan proses kimpalan MIG secara berterusan dan seragam.

4. Untuk belajar mengendalikan mesin MIG dengan mudah dan dilakukan secara
insani.

5. Untuk mendapatkan hasil kerja kimpalan MIG yang berkualiti.

2.2 Objektif (TIG)

1. Memahami dan mempelajari langkah kerja atau prosedur yang betul untuk
melakukan kimpalan TIG bagi mendapatkan hasil sambungan yang kukuh dan
kemas.

2. Membezakan arus mengikut kesesuaian kerja kimpalan TIG yang dilakukan.

3. Dapat membezakan kerja-kerja kimpalan TIG mengikut ketebalan plat yang


digunakan untuk proses kimpalan TIG.

4. Dapat membezakan kaedah pengendalian atau penggunaan mesin kimpal MIG dan
TIG.

3
3.0 LANGKAH KESELAMATAN

1. Pakai pelindung muka, sarung tangan dan apron semasa kerja kimpal
dilakukan.

2. Pakai kasut keselamatan untuk mengelakan logam atau barang-barang


jatuh atas kaki.

3. Pastikan sambungan kabel kimpalan dan kabel bumi selamat dan dalam
keadaan sempurna untuk digunakan supaya tidak berlaku renjatan
elektrik.

4. Pastikan kerja dilakukan dalam keadaan suasana pengudaraan yang baik


dan selesa.

5. Pastikan kerja kimpalan dilakukan jauh dari bahan mudah terbakar.

6. Tutup suis mesin dan matikan pengaliran gas selepas digunakan.

7. Jangan bergurau senda semasa kerja kimpal dilakukan..

4
4.0 PERALATAN KESELAMATAN

Pelindung muka Sarung tangan kulit

Apron Kasut keselamatan

5.0 ALATAN PEMBERSIH

Berus dawai Penyepit

Tukul penyerpih

5
6.0 PERALATAN MIG

Bekalan Kuasa

Dalam kebiasaanya, mesin untuk kegunaan kimpalan MIG ialah penjana


motor atau penerus jenis bekalan kuasa bervoltan malar yang membekalkan arus terus
sehingga 250 ampere. Secara automatiknya voltan berubah-ubah mengikut jarak
celahan diantara hujung dawai elektrod dengan benda kerja manakala arus pula
berubah secara songsang ketika kerja dilakukan.

Penembak Kimpalan

Penembak bekalan biasanya digunakan untuk mengeluarkan dawai elektrod dan gas
pelindung. Kaedah mengeluarkan dawai elektrod dari muncung penembak ialah
secara tarik atau tolak.

Gas Pelindung

Ia digunakan bagi MIG ialah gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida digunakan
untuk mengimpal MIG keluli karbon.

6
Dawai Elektrod

Ia digunakan dalam sebarang kimpalan MIG mestilah dari logam yang mempunyai
kerencaman yang sama dengan bahan kerja yang dikimpal.

7.0 PERALATAN TIG

Bekalan Kuasa

Dalam kebiasaanya, mesin untuk kegunaan kimpalan MIG ialah penjana motor atau
penerus jenis bekalan kuasa bervoltan malar yang membekalkan arus terus sehingga
250 ampere. Secara automatiknya voltan berubah-ubah mengikut jarak celahan
diantara hujung dawai elektrod dengan benda kerja manakala arus pula berubah
secara songsang ketika kerja dilakukan.

Unit Penyejuk Air

Untuk menyejukkan mesin TIG.

7
Penembak Bekalan

Penembak bekalan biasanya digunakan untuk mengeluarkan dawai elektrod dan gas
pelindung. Kaedah mengeluarkan dawai elektrod dari muncung penembak ialah
secara tarik atau tolak.

Gas Pelindung

Gas pelindung yang digunakan bagi mengimpal TIG sesuatu logam tidak
semestinya sesuai juga untuk mengimpal MIG logam berknaan. Gas yang lazimnya
digunakan dalam kimpalan MIG ialah argon dan campuran argon dengan gas lain.

Tungsten

Tunngsten yang digunakan bagi penembak bekalan bertujuan untuk menghasilkan


pancuran api ke bahan kerja.

8
8.0 LANGKAH-LANGKAH KERJA

8.1 LANGKAH-LANGKAH KERJA SAMBUNGAN SILINDER (TIG)

1. Bersihkan bendakerja yang hendak dikimpal dengan menggunakan berus


dawai.

2. Letakkan silinder di atas meja kerja dan laraskan arus serta tekanan mengikut
kesesuaian plat tersebut serta laraskan hujung mata tungsten.

3. Letakkan kedua-dua silinder untuk ditemukan hujung-hujung silinder


berkenaan serta lakukan kimpal paku pada sambungan silinder.

4. Lakukan kimpal TIG sehingga selesai memenuhi ruang kimpal dengan


menggunakan rod.

5. Matikan suis mesin kimpal TIG dan tutup tekanan gas apabila selesai kerja
mengimpal sambungan silinder dan sejukkan bahan kerja.

6. Bersihkan jermang pada bahan kerja dengan menggunakan alat pembersih


untuk mendapatkan hasil yang kemas.

7. Benda kerja yang telah dikimpal terhasil.

9
8.2 LANGKAH-LANGKAH KERJA SAMBUNGAN SILINDER (MIG)

1. Silinder dibersihkan dahulu dan diletakan di atas meja.

2. Buka bekalan kuasa dan laraskan arus elektrik kimpalan kepada 120 A dan laraskan
gas pelindung. pastikan dawai elektod penembak kimpalan ada
.
3. Silinder 1 diletakkan dengan silinder 2, dan kimpal paku dibuat pada sambungan
tersebut.

4. Mulakan kimpal sambungan silinder secara tegak sehingga ia siap dikimpal.

5. Kemudian lihat hasil kumai kerja tersebut.

6. Sejukkan bendakerja dan bersihkan.

10
9.0 PERBINCANGAN

1. Bagaimanakah untuk mendapatkan hasil kerja yang cantik dan padat?

Voltan dan tekanan gas perlulah dilaras dengan betul untuk proses kerja
kimpalan TIG . Selain itu tangan perlulah ditetapkan ketika membuat pusingan
kimpalan mengikut darjah yang bersesuaian dan penggunaan rod logam yang
betul.

2. Bagaimanakah cara untuk mendapatkan api yang cantik ?

Pastikan mata tungsten diasah tidak begitu tajam atau tidak terlalu lebar
kerana mata tungsten yang lebar akan menyebabkan api yang terhasil
kembang manakala
mata yang tajam akan menghasilkan api yang halus dan tajam.

3. Mengapakah kimpalan paku perlu dilakukan sebelum mengimpal TIG


sepenuhnya?

Kimpal paku perlu dilakukan untuk menetapkan kedudukan silinder sebelum


kimpalan dilakukan sepenuhnya bagi mendapatkan sambungan yang kukuh
dan mudah untuk menjalankan proses kimpalan.

11
10.0CADANGAN

 Membaik pulih peralatan-peralatan yang telah rosak supaya dapat


memberikan peluang kepada setiap pelajar untuk melakukan amali.

 Memberi setiap seorang pelajar satu bay supaya projek dapat disiapkan
pada masa yang ditetapkan dan dapat membantu para pelajar
meningkatkan kemahiran dengan lebih cepat.

 Pastikan pelajar-pelajar yang kurang mahir mendapat bantuan dan


perhatian secukupnya supaya mereka tidak ketinggalan.

 Pastikan pensyarah membuat pemantauan ketika mesin dibuka atau ditutup


supaya mesin tidak cepat rosak dan kemalangan dapat dielakkan.

 Pastikan pelajar memakai peralatan keselamatan ketika kerja-kerja


mengimpal dijalankan.

 Mewujudkan suasana bengkel yang ceria supaya pelajar-pelajar tidak


mudah bosan dan cepat letih.

12
11.0KESIMPULAN

11.1Kesimpulan Semasa Melakukan Kerja TIG :

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan disini ialah, saya dapat memahami
cara pengunaan TIG ini untuk saya lebih dapat kemahiran kimpalan arka tungsten
berperisai gas ini. Selain itu, pelajar dapat pendedahan tentang kerja-kerja TIG untuk
persedian di alam latihan indutri dan alam pekerjaan kelak. Pelajar juga dapat
menghasilkan projek yang diberikan oleh pensyarah untuk disiapkan dalam masa
yang ditetapkan. Ini dapat meningkatkan lagi hasil kerja yang berkualiti dan baik.

11.2Kesimpulan Semasa Melakukan Kerja MIG :

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan disini ialah saya dapat memahami
prosedur-prosedur kerja MIG untuk saya membuat projek kemahiran yang ada. Selain
itu, walaupun kerjanya agak rumit tetapi pejalar dapat menghasilkan kerja yang baik
dan seragam. Walau bagaimanapun pelajar dapat memahami teknik-tenik penggunaan
MIG lebih mendalam lagi.Ini dapat mencapai objektif yang dicapai.

RUJUKAN

1. TEKNOLOGI WORKSYOP, ABDUL RAHIM DARMAN


- Bab 10- Kimplan Arka Berperisai Gas

2. TEKNOLOGI BENGKEL MESIN, IBRAHIM CHE MUDA,


N.RAMUDARAM
- Unit 1- Keselamatan Am
- Unit 14- Proses Penyambungan

13
14

You might also like