You are on page 1of 5

5.

BAHAN BANTU BELAJAR Bahan bantu belajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan

lebih menarik. Bahan bantu belajar (BBB) bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran Bahasa, Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) , bertajuk Alatan Mengajar Dalam alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu

bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan dalam bentuk cone of experience di mana proses pembelajaran bermula dengan proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan bahan bantu belajar juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru kepada muridmuridnya. Walau kaedah apa digunakan sekalipun bahan bantu belajar pasti turut sama, supaya komunikasi guru murid berjalan dengan baik. David Berlo dalam proses komunikasi itu terdapat empat ciri penting iaitu sumber, pesanan, saluran dan penerima.Isi pengajaran sebagai mesej atau pesanan dan salurannya melalui lisan, bahan bantu belajar dan tulisan. Empat kemahiran iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Dewasa ini pengetahuan saintifik, psikologi pembelajaran, perkembangan teknologi, beberapa bahan bantu belajar yang baru dan lama perlu digunakan untuk mempercepatkan proses pembelajaran, tetapi tidak berupaya mengambil tempat seorang guru.

5.1

Prinsip Pembinaan Bahan Bantu Belajar Untuk membina sesebuah bahan bantu belajar, beberapa prinsip penting perlu diambil berat bagi menghasilkan bahan yang berkualiti. Antara prinsip-prinsipnya adalah : a) Ketahanan Bahan yang dibina mestilah tahan lasak dan sesuai dengan kelompok pelajar. Bahan yang tahan lasak boleh digunakan berulang-kali tanpa masalah. b) Kos Bahan yang dibina hendaklah murah dan tidak memerlukan kos yang tinggi supaya tidak membebankan. Penggunaan bahan-bahan terbuang dapat menjimatkan kos.

c) Aspek-aspek Teknikal Pembinaan bahan mesti menitik beratkan aspek teknikal seperti mudah digunakan, cara penggunaan sama ada untuk digantung atau diletakkan di depan kelas dengan mudah. Sekiranya menggunakan komputer pastikan sesuai dengan spesifikasi komputer yang terdapat di sekolah. d) Ketepatan Maklumat Bahan yang dibina hendaklah yang boleh tepat memberi kepada atau

menyampaikan

maklumat

pelajar,

misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.

e) Mudah Alih Sentiasa berfungsi Boleh dibawa ke mana-mana Ringan Tidak terlalu besar Bahan elektronik alternatif kuasa

f) Praktikal Sederhana dan mudah digunakan Bentuk bahasa berdasarkan situasi sebenar Boleh digunakan lebih daripada satu m.pelajaran Contoh-contoh mudah difahami Boleh diguna pelbagai tahap umur dan tahap Sesuai dengan objektif Boleh digunakan berulang kali Tahan lasak Mudah diambil Senang disimpan

g) Strategi Pengajaran Pembelajaran Untuk strategi pengajaran pembelajaran bahasa guru harus menyesuaikan alat atau bahan yang dibina dengan: Objektif pelajaran, Taraf penguasaan bahasa pelajar, Pengetahuan dan pengalaman pelajar, Minat pelajar Situasi bahasa yang dirancang.

h) Bentuk dan Fungsi Bentuk fonologi (bunyi, intonasi, tekanan) Tatabahasa (morfologi dan sintaksis) Wacana (sekuen ayat) Bahan boleh memudahkan penyampaian

i) Ketepatan Bahan yang dibina mestilah dapat memenuhi syarat berikut: Bahasa diguna dengan tepat Berhubung dengan fungsi dan konteks sosial Peraturan-peraturan penggunaan Menyesuai bahasa dengan situasi

j) Kepelbagaian Bahan yang dibina dapar memberikan pendedahan variasi bahasa Dialek Kelas Laras bahasa, Bacaan Tulisan Lisan

k) Kemahiran Bahasa Aras penerimaan Membaca dan mendengar Aras penglahiran: Bertutur Menulis Perlu digabungjalinkan

l) Standardisasi dan Simplikasi Ubahsuai selaras dengan : Keupayaan murid Perbezaan umur Jantina Kawasan Sosial Pendidikan

m) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan Penerapan nilai dan pengetahuan Falsafah Pendidikan Negara Perpaduan Agama Aspirasi negara

You might also like