Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan maha Penyayang
PENDAHULUAN
Segala puji bagi Allah yang sentiasa berkata benar dan menunjukkan jalan yang lurus. Selawatdan salam ke atas nabi Muhammad serta ahli keluarga, para sahabatnya dan ke atas sesiapasahaja yang mengikut jejak langkah mereka.Pihak Sekretariat Umum pertubuhan
Rabitah Al-`Alam Al-Islami
telah meminta dari saya untukmenulis satu kajian mengenai masalah-masalah yang berkaitan dengan hukum Fiqh bagigolongan minoriti Muslim di Barat untuk dibentangkan di persidangan Islam antarabangsa yangakan dianjurkan oleh Rabitah di Mekah. Adapun yang dimaksudkan dengan masalah-masalahyang berkaitan dengan Fiqh ialah masalah-masalah yang menuntut huraian dan rawatan dariFiqh Islam di bawah petunjuk syariat Islamiah.Tidak syak lagi bahawa di sana terdapat pelbagai masalah yang dirasai oleh umat islam dipelbagai tempat, termasuk mereka yang berada di dalam negara Islam sendiri iaitu mereka yanghidup di tengah-tengah masyarakat Islam di dunia Islam. Sebahagian dari masalah-masalah inibersifat masalah individu, sebahagiannya bersifat kekeluargaan, sebahagian bersifatkemasyarakatan dan sebahagian lain pula bersifat perekonomian. Oleh itu, tidaklah pelik jikagolongam minoriti Muslim di negara-negara Barat juga mengadu apa yang diadu oleh golonganmajoriti Muslim di negara-negara Islam sendiri.Adapun pelbagai masalah yang menyelimuti umat Islam di pelbagai tempat, ia bukanlah bahanperbincangan kami di dalam kajian ini. Perbincangan kami di sini ialah di sekitar masalah-masalah yang khusus berkaitan dengan golongan minoriti Muslim. Penumpuanini adalahdisebabkan persekitaran mereka yang khusus atau kerana masalah-masalah berkenaan lebihmendesak daripada jika ia berlaku di dalam negara-negara Islam.Realiti berkenaan telah menjadikan umat Islam di negara-negara Barat, sejak mereka mulakembali kepada diri sendiri dan merasa akan identiti mereka, menganjurkan pelbagai sesi forumdan perbincangan untuk mengkaji penyelesaian-penyelesaian bagi masalah kehidupan merekayang berkaitan dengan agama mengikut petunjuka syariat Islam.Sejak beberapa dekad yang lalu, dua forum telah dianjurkan di Perancis. Kedua-dua forum itutelah diatur dan diselia oleh Persekutuan Pertubuhan-pertubuhan Islam di Perancis. Ia telahmenjemput beberapa ulama yang perihatin mengenai golongan minoriti Muslim serta masalah-masalah mereka dari sudut Fiqh dan amalan
1
.Tajuk kedua-dua forum pada ketika itu terhad masalah-masalah fiqh yang dihadapi oleh minoritiMuslim di Barat secara umum dan di Perancis secara khusus seperti masalah menetap dinegara-negara Barat, memperolehi kerakyatan negara-negara ini, perkahwinan denganperempuan Eropah bukan Muslim untuk mendapatkan kerakyatan, perkahwinan dengan wanitalain mengikut tradisi yang menyalahi undang-undang, lelaki yang menceraikan isteri mengikutundang-undang sivil yang berkahwin dengan perempuan itu semata-mata kerana ianginmendapatkan bantuannya, mengambil .... dari negara.........Forum-forum ini telah mengeluarkan beberapa fatwa dan keputusan yang penting setelahmelakukan perbincangan yang mendalam. Malangnya, sepengetahuan saya, segala fatwa-fatwadan keputusan-keputusan itu disebarkan sehingga kini.
1
Di antara para ulama berkenaan ialah Ustaz Mustafa Az-Zarqa, Sheikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, Dr.Sayyid Ad-Darsy, Sheikh Manna’ Al-Qattan, Sheikh Abdullah b. Biyyah, Sheikh Muhammad Al-`Ajalan,Dr. Nasir Al-Maiman, Sheikh Faisal Mawlawi, Dr. `Isam Al-Basyir, beberapa sahabat yang berkerja diBarat serta penulis sendiri.
2 of 140
Add a Comment