You are on page 1of 6

NILAI DAN ETIKA DALAM PENGAJIAN SOSIAL (PSS 3112)

KONSEP ASAS MORAL


3 JULAI 2013

KONSEP MORAL
Merujuk kepada satu sistem perlakuan yang berdasar prinsip-prinsip yang dianggap benar dan patut dilakukan. Perkataan moral biasanya digunakan untuk membezakannya dengan perkataan tidak bermoral. Yang bermaksud tidak mengikut prinsip dan melakukan sesuatu yang tidak benar dan baik.

KONSEP AKHLAK
Beerti sifat dan kebiasaan Imam Al-Ghazali mengertikan, istilah akhlak bermaksud sifat jiwa yang terdapat dalam diri manusia yang mendorong atau melahirkan perbuatan tanpa sengaja. Akhlak adalah kumpulan sifat yang terdapat dalam jiwa dan berdasarkan dorongan serta pertimbangan sifat sesuatu perbuatan.

KONSEP ETIKA
Sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral. Bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang itu sama ada baik atau buruk. Etika adalah mematuhi nilai moral. Satu ilmu yang mengatakan mengapa kita harus mengikut arahan moral. Etika adalah satu disiplin dan peraturan yang menentukan semua perbuatan itu baik atau jahat. Lebih menunjukkan sifat individu itu sendiri yang mempunyai nilai

BAIK, BENAR, DAN PATUT


Dalam pendidikan moral perkataan-perkataan baik, benar dan patut sentiasa digunakan. Biasanya seseorang akan mengatakan dia patut mengatakan apa sahaja yang baik dan benar.

CONTOH :
Anda patut bercakap benar. Anda patut menggunakan gunting yang tajam untuk memotong kain itu.

You might also like