You are on page 1of 8

Pengenalan kepada pendidikan pemulihan.

Maksud pendidikan pemulihan (konsep)


Program Pemulihan ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai Remedial education di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanakkanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa. Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak menjadikan pulih .

Definisi pendidikan pemulihan.


Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371
satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.

Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191

Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanakkanak yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah biasa .

Pringle (1966)

pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka

Albertwhite (1977)

pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh gangguangangguan emosi .

Tansley (1967)

pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematis bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.

Collins (1961)

pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan mata pelajaran asas. Ia adalah satu kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam mata pelajaran asas 3M

Evans (1995)

pengajaran pemulihan dianggap sebagai the ambulance of educational system . Dengan sebab itu pengajaran pemulihan ini tidak boleh diambil kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan aspek aspek kelemahan murid.

Blair (1956)

Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP (BS) 8502/5/PK/Jld. V (26) bertarikh 8 Januari 1986.

pengajaran pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang bertujuan untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis segala kebiasaan-kebiasaan dan amalan-amalan yang tidak sesuai bagi murid-murid lambat.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (1984)

pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolahsekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini. dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkahlangkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.

Koh (1979)

Chua (1977)

pengajaran pemulihan sebagai pengajaran yang bertujuan untuk memulihkan kelemahan-kelemahan yang dikesan pada murid lambat dengan tujuan untuk meningkatkan taraf pencapaian mereka agar setaraf dengan pencapaian muridmurid normal .
pendidikan pemulihan sebagai satu pengajaran yang bertujuan untuk membantu murid yang lemah, melalui pendekatan perseorangan dalam kelas yang kecil bilangan muridnya. Pengajaran ini menggunakan kurikulum yang diubahsuaikan dengan menitikberatkan perkara yang praktis dan latih tubi, tunjuk cara yang melibatkan kegiatan dan gerak kerja yang dimudahkan serta disampaikan dengan teratur serta dikendalikan oleh kakitangan ikhtisas (profesional)yang terdiri daripada Guru Pemulihan dengan kerjasama doktor, pekerja sosial, pakar jiwa dan pihak-pihak lain yang berkaitan.

Kesimpulan definisi
Secara kesimpulannya, pengajaran pemulihan adalah sejenis pengajaran yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M dan lambat dalam pembelajaran di sekolah agar mereka tidak terus ketinggalan dalam proses pendidikan di sekolah dan dapat seiring dan setaraf dengan pelajar lain.

Perbezaan pemulihan khas dan pemulihan dalam kbsr.


Pemulihan khas Sistem Penarikan Keluar iaitu murid yang dikenalpasti ke kelas pemulihan pd waktu tertentu utk BM dan Matematikdihantar balik ke kelas setelah menguasi kemahiran asas yang ditentukan Pemulihan dalam kbsr Diadakan di dalam kelas biasa.

Membantu murid lemah untuk menguasai kemahiran yang telah dipelajari.

Kelas Khas untuk murid yang dikenalpasti dimasukkan ke dalam kelas secara sepenuh masadihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai tahap preatasi yang ditentukan dalam kemahiran asas 3M

You might also like