You are on page 1of 15

PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:812)


Pendekatan : Kaedah (cara,langkah-langkah,dsb) yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas(mengatasi masalah dll).

DEFINISI

Komunikatif: Sedia atau dapat berhubungan ( mengadakan komunikasi),dapat atau mudah menyampaikan sesuatu maksud (maklumat dan sebagainya).

DEFINISI
Pendekatan Komunikatif : Menurut Savignon dalam bukunya, Comunicative Competence:Theory and Classroom Practice melalui Jose Daniel Parera dalam bukunya yang bertajuk Linguistic Educational halaman 78 bahawa pendekatan komunikatif ialah pelaksanaan aktiviti penggunaan bahasa yang sesuai dengan kaedah tatabahasa atau pembelajaran bahasa dari struktur permukaan tatabahasa kepada makna (from surface gravatical structure to meaning) http://move14.wordpress.com/200/09/12/esensipendekatan-komunikatif

PENDEKATAN KOMUNIKATIF
Menurut Finnoccgiaro dan Brumfit(1983) telah memperlihatkan dengan jelas beberapa ciri pendekatan komunikatif iaitu: Makna adalah sangat dipentingkan. Dialog jika digunakan tertumpu kepada fungsi komunikatif dan bukan untuk dihafaz. Konteks dan situasi adalah sangat dipentingkan.

Pembelajaran bahasa adalah belajar untuk berhubung. Pengucapan bahasa hanyalah perlu setakat untuk difahami sahaja.

Kamarudin Hj. Husin. (1998 : 85). Pedagogi Bahasa. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

PENDEKATAN KOMUNIKATIF
Brumfit C.J (1985) dalam buku Kamarudin Hj. Husin (1993:54), mencadangkan kepada pelajar peringkat sekolah menengah prosedur pengajaran yang bersifat evolusi seperti berikut :

Untuk membuat sesuatu persembahan,dialog diperlukan. Ini diikuti oleh motivasi yang berkaitan dengan situasi dialog dan dengan pengalaman pelajar,peranan,penyediaan,topik dan peraturan bahasa yang dituntut oleh fungsi dan situasi itu.

Latihan lisan sesuatu ujaran dialog hendaklah dipersembahkan.

Pembentukan soalan hendaklah berdasarkan tajuk dialog dan situasi dialog tersebut. Soalan dan jawapan hendaklah berkait rapat dengan pengalaman pelajar dan bersesuaian dengan tema dialog. contoh-contoh yang diberikan mestilah ringkas tetapi melibatkan asas komunikasi termasuklah strukturnya supaya dapat menjelaskan kenyataan dialog itu.

Secara keseluruhan,terdapat empat perkara, fungsi dan

struktur yang tersirat dalam pendekatan ini, iaitu :

a) b) c) d)

Lisan dan tulisan. Kedudukannya dalam ujaran. Peraturan secara formal atau informal dalam ujaran. Struktur dialog dari segi fungsi dan makna gramatikal.

Pengenalan lisan bergantung kepada tahap pembelajaran dan pengalaman serta pengetahuan bahasa pelajar. Hasil daripada aktiviti lisan, dapat mewujudkan suasana bebas dalam berkomunikasi.
Kamarudin Hj. Hussin. (1993:54). Perkaedahan Mengajar Bahasa. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

AKTIVITI
Langkah Pelaksanaan :

1. Sediakan alat atau situasi yang sesuai untuk improvisasi. 2. Peserta tampil ke hadapan kelas untuk melakukan improvisasi. 3. Peserta melakukan improvisasi secara spontan.

SITUASI :
Mengikut sejarah silam Matahari, telah jatuh cinta kepada Bulan. Setelah sekian lama memadu kasih,mereka mengambil keputusan untuk berkahwin. Majlis perkahwinan mereka cukup meriah dan diraikan oleh semua cakerawala. Mereka hidup bahagia dan mencintai satu sama lain. Selang beberapa tahun,Bulan mengandung dan melahirkan seorang bayi perempuan. Bayi itu sungguh cantik dan comel sekali dan dinamakan Bumi. Setelah kelahiran Bumi,pasangan ini mula berselisih faham dan bertengkar antara satu sama lain. Masalah rumahtangga yang makin tegang menyebabkan rumahtangga mereka tidak dapat diselamatkan lagi.

(sambungan.) Akhirnya,mereka mengambil keputusan untuk bercerai. Bulan dan Matahari berebut hak penjagaan ke atas Bumi. Kes mereka tidak dapat diselesaikan dan dibawa ke mahkamah untuk diselesaikan. Mahkamah memutuskan supaya Bumi dijaga secara bergilir-gilir. Matahari akan menjaga pada waktu siang dan Bulan akan menjaga pada waktu malam.

Aktiviti simulasi :
Perbicaraan di mahkamah tentang hak penjagaan Bumi. Aktiviti main peranan : Pertengkaran antara Matahari dan Bulan berebut Bumi.

KEBAIKAN PENDEKATAN KOMUNIKATIF

Memberi peluang kepada murid untuk berkomunikasi secara bebas dengan menggunakan bahasa yang dipelajari. Pengajaran tatabahasa lebih bermakna kerana murid dapat melihat bagaimana sesuatu unsur tatabahasa itu berfungsi dalam situasi penggunaan yang sebenar. Murid terlibat secara aktif manakala tugas guru hanya memandu dan membimbing mereka dan suasana bilik darjah lebih hidup. Murid dapat menggunakan kreativiti sendiri dalam penggunaan bahasa. Murid dapat menguasai dua kemahiran secara serentak iaitu kemahiran komunikasi(penggunaan bahasa) dan kemahiran linguistik( struktur tatabahasa).

KELEMAHAN
Jika pengajaran tidak dirancang dengan teliti, unsur tatabahasa mungkin tidak dapat ditonjolkan dan murid tidak dapat mengenalpasti rumus tatabahasa yang hendak diajarkan.
Jika guru tidak cekap mengawal dan membetulkan kesilapan murid pada waktu pembelajaran, ada kemungkinan kesilapan itu akan menjadi kebiasaan.

Juriah Long. Raminah Hj. Sabran. Sofiah Hamid. (1994:254). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://www.scribd.com/doc/48690262/Pendekatankomunikatif http://notapismp.blogspot.com/2010/09/pendekatankomunikatif.html http://www.scribd.com/doc/57760159/4-PendekatanKomunikatif http://www.scribd.com/doc/30339294/PendekatanKomunikatif-Dalam-Pembelajaran-Bahasa-Komunikatif

Bibliografi

You might also like