You are on page 1of 25

1.

0 DEFINISI E-DAGANG Definasi E-Dagang dari EMPAT perspektif : Dari prespektif komunikasi, E-Dagang adalah penghantaran informasi, produk/perkhidmatan, atau pembayaran melalui talian telefon, rangkaian komputer, atau sebarang perkakasan elektronik yang berfungsi untuk menghantar maklumat.

Dari prespektif proses perniagaan, E-Dagang adalah aplikasi teknologi ke arah automasi transaksi perniagaan dan aliran kerja.

Dari prespektif servis (perkhidmatan), EC adalah peralatan (tool) untuk menyatakan keinginan firma, pelanggan dan pengurusan untuk memotong perbelanjaan servis dan pada masa yang sama meningkatkan kualiti produk dan meningkatkan kepantasan penghantaran servis.

Dari prespektif atas talian (Online), EC menyediakan kebolehan untuk membeli dan menjual produk dan informasi di dalam Internet dan servis atas talian (online) yang lain.

(Kalakota and Whinston 1997, 3)

2.0 KONSEP E-DAGANG

Perdagangan Elektronik, juga dipanggil E-dagang atau dalam bahasa Inggerisnya Electronic Commerce (EC) adalah sebuah sistem perniagaan dan jual beli yang banyak menggunakan kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi canggih sehingga dapat melindungi dan memuaskan pengguna-penggunanya iaiitu yang terdiri daripada penjual, pembeli dan pihak-pihak yang ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi. Kebelakangan ini, ianya banyak menggunakan Internet khususnya Web untuk mengadakan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihakpihak ketiga dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak dan boleh dipercayai.

Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet. Ini sudah tentunya bermula dengan sebuah komputer, modem dan talian telefon. Penggunaan E-dagang dijangka akan melonjak naik dari setahun demi setahun sesuai dengan meningkatan penerimaan IT di kalangan masyarakat, walau bagaimanapun di antara yang membelenggu penerimaan e-dagang secara lebih meluas di kalangan khalayak ramai ialah persepsi bahawa e-dagang masih
2

tidak boleh dipercayai dari segi keselamatan dan kepercayaannya berbanding dengan cara-cara tradisional perdagangan. jenis-jenis e-dagang E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan dan yang keduanya di antara perniagaan dan pengguna. Jenis e-dagang yang pertama iaitu di antara perniagaan dan perniagaan melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan atau syarikat di mana seringkali satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. Sebagai contohnya pengeluar kicap akan berinteraksi dengan sebuah pasaraya dalam proses memesan, menghantar dan membayar pesanan botol-botol kicap. Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu produk itu misalnya sebuah pasaraya yang menjual produk-produk kepada pengguna terakhir ialah orang ramai yang memesan satu atau dua botol kicap melalui e-dagang. Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui e-dagang, jenis pertama iaitu transaksi di antara perniagaan dengan perniagaan sebenarnya paling banyak memberi kemanfaatan kepada sesebuah syarikat itu kerana jumlah pesanan di antara perniagaan seringkali besar dan kerap berbanding dengan di antara perniagaan dengan pengguna akhir. Walau bagaimanapun perkara ini mungkin berubah apabila lebih ramai pengguna akhir menggunakan e-dagang untuk membeli barangan seharian seperti kicap, bunga, beras, baju, kereta dan lain-lain keperluan konsumer sesebuah masyarakat itu.

saiz e-dagang Menurut sebuah kajian oleh sebuah syarikat penyelidikan IntelliQuest's Worldwide Internet/Online Tracking Service hanya 12 peratus pengguna Internet menggunakan E-dagang. Ini merupakan satu peratusan yang akan mengecewakan dan merupakan satu potensi yang besar untuk diperkembangkan lagi pada masa depan. Malah menurut sebuah lagi kajian oleh Computer Intelligence hanya dua peratus daripada 4.8 juta perniagaan yang berkomputer seluruh dunia menggunakan Edagang untuk menjalankan kesemua atau sebahagian daripada transaksi perniagaannya. Menurut perangkaan terkini saiz pengguna Internet akan meningkat kepada lebih 200 juta pengguna untuk akses melalui sambungan dail terus dan seramai 17.5 juta lagi yang menggunakan sambungan tetap seperti talian suwa (leased line) dan daripada itu dianggarkan seramai 35 juta pengguna akan membuat pembelian melalui Internet. Dua syarikat penyelidik iaitu Forrester Research dan Cowles/Simba pula telah melakukan penyelidikan mengenai profil pengguna yang melakukan edagang menerusi Internet. Kajian ini mendapati bahawa pembeli kebanyakannya terdiri daripada kaum lelaki yang mempunyai jumlah pendapatan setahun sebanyak RM50,000 dan berusia lebih daripada 30 tahun. Hasil kajian yang sama juga menjangka bahawa urusniaga pembelian menerusi e-dagang akan meningkat lebih kurang 10 peratus setiap tahun bermula daripada nilai AS$800 juta pada tahun 1997 kepada AS$8 bilion menjelang tahun 1999. Dengan kesedaran yang semakin meninggi tentang E-dagang maka dijangkakan pada tahun 2001 jumlah ini akan melonjak kepada lebih AS$546 bilion yang akan diurusniagakan dalam talian dan jumlah ini dijangkakan akan terus meningkat. Media yang akan mempopularkan E-dagang adalah seperti menerusi Internet dan juga menerusi kaedah elektronik yang lain seperti TV interaktif dan telefon berskrin. Pada tahun 1998, jualan produk komputer merupakan produk yang paling laris dijual dengan menggunakan e-dagang sehingga mencecah AS$196.2 juta, ini diikuti oleh
4

produk pengguna (AS$186 juta), majalah dan buku (AS$38.3 juta) dan produk hiburan dan muzik (AS$ 35 juta).

skop e-dagang Secara amnya pasaran E-dagang meliputi enam bidang iaitu pengiklanan, pendidikan, kewangan, bidang professional, peruncitan dan pelancongan. Keenamenam bidang ini telah menyumbang kepada pertumbuhan E-dagang yang memberangsangkan. Dalam tahun 1998 sahaja jumlah pendapatan pengiklanan menerusi Internet telah mencecah sehingga AS$1.3 bilion dan jumlah aset yang berjaya diurusniagakan oleh broker dalam talian adalah AS$420 bilion. Dalam bidang pendidikan pula jumlah penuntut jarak jauh telah meningkat daripada 120 ribu pelajar pada tahun 1997 kepada 710 ribu pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada 2.2 juta penuntut menjelang tahun. Dalam bidang professional pula seperti bidang perubatan, penggunaan teleperubatan telah meningkat sejumlah 300 peratus di seluruh dunia dan lebih 3 juta orang telah menerima manfaat daripada teleperubatan pada tahun 1998. Bidang kewangan pula telah menyaksikan peningkatan dalam pembelian aplikasi perbankan Internet kepada AS$93 juta pada tahun 1998 dan jumlah ini dijangkakan meningkat kepada AS$326 juta pada tahun 1999. Pada tahun 1997 hanya AS$100 juta diperolehi daripada penempahan tiket melalui Internet tetapi angka ini dijangka akan meningkat kepada AS$3.1 bilion pada tahun 2002. Dalam masa yang sama pengguna yang menggunakan Internet untuk merancang perjalanan mereka akan meningkat daripada 3.1 juta kepada 11.7 juta pengguna.

3.0 PENGARUH E- DAGANG DAN PERKEMBANGAN MASA KINI DI MALAYSIA

Pengaruh e-dagang itu sendiri mula berkembang kepada perniagaaan atau perkhidmatan dengan pesatnya. Diantara perkhidmatan dan barangan yang mempengaruhi peniagaan secara e-dagang ialah ubatan, pakaian, hadiah harijadi, tempah tiket, muzik, laman web, buku termasuk dan juga gambar lucah. Menurut Wong Fan Nay Pengarah Eksekutif PDX Infoworld Scln Bhd's : E-commerce is still in its infancy in Malaysia. This has to do with the state of regulatory framework, Government incentives, consumer education and awarenessin Mal aysia. Di Malaysia, mengikut kajian yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam urusniaga melalui e-dagang di mana terdapat peningkatan yang mendadak dari tahun 1998 yang hanya berjumlah RM 76 juta kepada RM 361 juta pada tahun 1999, jangkaan yang dibuat pada tahun 2000 dianggarkan akan meningkat kepada RM1.14juta. (Berita Harian, 21 Julai,2000). Gaya hidup perbelanjaan menggunakan kad kredit telah lama mendapat tempat di Malaysia. Keadaan ini adalah bersesuaian dan menjadi faktor penyokong kepada jualan secara e-dagang dari segi kaedah pembayaran. Perkembangan Penggunaan Internet juga meningkat di Malaysia daripada tahun 1995 yang hanya berjumlah 42,000 pengguna kepada 600,000 pengguna pada awal tahun 1999. Sungguhpun begitu masih ramai lagi penduduk belum memiliki komputer dianggarkan cuma 10% daripada jumlah penduduk. Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2000 ialah seramai 23.26 juta orang (Jabatan Perangkaan Malaysia , 2000 ). Sementara mengikut laporan penggunaan internet sebagaimana berikut:

Jumlah Hasil Perdagangan Internet (1997-2004) Tahun Jumlah Hasil 1997 6.31 1998 18.01 1999 58.89 2000 164.15 2001 426.72 2002 993.68 2003 2066.4 2004 3469.85 Pengguna Internet di Malaysia 1997-2004 Tahun Jumlah Pengguna (million) 1997 .44 1998 .58 1999 1.27 2000 1.89 2001 2.72 2002 3.23 2003 3.63 2004 3.91 Sumber: International data Corporation 1999 Nota: Perdagang internet merujuk kepada urusniaga di lama web yang telah terikat dengan pembelian. Pembayaran mungkin dilakukan melalui internet atau pembayaran biasa. Perlindungan juga diberi oleh Akta Teknologi Maklumat (1999) kepada syarikat-syarikat yang menjalani perniagaan melalui elektronik dan juga pengguna. Perkembangan mengenai dengan infrastuktur telah diberi perhatian oleh kerajaan melalui projek Koridor Raya Multimedia. Keadaan ini dapat menyokong perkembangan teknologi maklumat termasuk e-dagang.
7

4.0 KEBAIKAN E-DAGANG a. Kelebihan kepada pelanggan/Individu

Mana-mana pengguna biasa yang ada komputer peribadinya tersendiri, ada telefon dan modem, ada akaun dengan mana-mana pemberi khidmat Internet (Internet Service Provider atau ISP), boleh berurusan dengan mana-mana ''pedagang'' yang telah mengiklankan barangannya atau perkhidmatannya menerusi Internet.

perniagaan menerusi talian tidak akan terhalang oleh aspek geografi. Produk yang dipasarkan menerusi talian boleh dicapai oleh pengguna dari serata dunia.Dengan itu membolehkan pelanggan membeli belah 24 jam dari mana-mana lokasi.

Antara kelebihan lain ialah menyediakan pelanggan dengan lebih pilihan, menyediakan barangan produk yang lebih murah dengan membuat perbandingan, penghantaran lebih cepat, maklumat terperinci, lelong, interaksi dengan pelanggan lain dan sebagainya.

Contoh kelebihan Pasaran Perdagangan Elektronik kepada individu:

1. Automobil Membolehkan pengguna mencari, membeli, menginsurankan, membuat penghantaran tanpa perlu pergi ke pengedar (dealer) & boleh lakukan carian di Yahoo! Untuk senarai pembekal kereta. .2. Buku Amazon.com Pengguna boleh mencari, membuat pesanan dan membuat pembayaran melalui web dengan menggunakan cek atau kad kredit. Diskaun sehingga 30%.

3. Penempahan Tiket Kapalterbang Airasia.com Menawarkan tiket yang lebih murah kerana tiada orang tengah (ejen)

4. Stok & Keselamatan Internet boleh mengantikan fungsi seorang broker saham. Pembelian & penjualan saham dilakukan tanpa melalui broker. Contoh di Malaysia: Kenanga Broker

5. Online flea Market Penjual dan pembeli dipertemukan di dalam format lelongan untuk menjual produk peribadi dengan membenarkan penjual untuk menyenaraikan barangan dan pembeli pula boleh membida barangan secara atas talian (online) Contoh: e-bay, lelong.com

b. Kelebihan kepada Organisasi

E-dagang semakin meluas digunakan di kalangan masyarakat Internet terutama di negara-negara barat mulai pada pertengahan tahun 1990an. Malah e-dagang sekarang ini diakui oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar pemasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi dan menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin pergi ke peringkat antarabangsa.

Salah satu kebaikan dan keuntungan daripada menggunakan kaedah e-dagang ini ialah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan yang berkenaan. Dengan cara ini pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan daam sekelip mata yang dahulunya mungkin dibelenggu oleh karenah mengisian borangborang kertas dan birokrasi. Secara idealnya semua ini dapat dijalankan dengan efisyen oleh semua pihak yang
9

terlibat dalam rangkaian e-dagang itu dan tidak dibelenggu oleh isu-isu ketidakserasian (incompatibility) atau piawaian (standard) teknologi dan telekomunikasi yang tidak serupa. Ini telah ditawarkan oleh teknologi Internet yang menggunakan protokol telekomunikasinya yang dipanggil TCP/IP yang telah diterima pakai sebagai satu piawaian yang membolehkan sebarang pelantar (platform) komputer dapat saling berhubung dan bertukar maklumat dengan mudah. Pengguna Web juga dapat berinteraksi dengan dunia Web dengan mudah dengan hanya menggunakan sebuah perisian pelayar Web (Web browser) seperti Netscape Navigator, Internet Explorer dan lain-lain lagi.

Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat itu juga dapat membantu mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat tersebut dengan sesebuah transaksi perniagaan itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. Sebagai contohnya apabila pelanggan membuat tempahan pembelian menerusi edagang, tempahan tersebut boleh dengan serta merta dihantar kepada beberapa bahagian dalaman yang berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian logistik dan bahagian pembuatan. Dengan ini pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi pesanan tersebut akan menjadi lebih efisyen. E-dagang sebenarnya terdiri daripada beberapa komponen yang mempunyai ciri-ciri dan fungsinya yang tersendiri sebagai contohnya Pertukaran Data Elektronik atau Electronic Data Interchange (EDI), Internet, pensijilan digital, tandatangan digital, wang digital, Electronic Funds Transfer , Electronic Catalogs, Intranets, Kod Bar dan lain-lain lagi.

Jika halangan utama bagi seseorang usahawan menjalankan perniagaan di bandar (untuk peluang pasaran yang lebih luas) ialah kadar sewa bangunan yang tinggi, maka dengan E-Dagang masalah itu tidak wujud lagi. Dengan menempatkan perniagaan di sebuah pelayan web utama, mereka telah menempatkan diri secara global. Ini kerana teknologi web membolehkan ia diakses dari mana-mana tempat sekalipun. Apa yang menarik lagi ialah kosnya secara relatif adalah amat kecil.
10

Contohnya untuk menempatkan perniagaan produk/perkhidmatan di pelayan web Yahoo Geocities atau Fortunecity, dua buah pelayan web yang mempunyai komuniti berjuta-juta pengguna Internet anda hanya perlu membayar lebih kurang RM100-150 sebulan. Potensi pasaran usahawan ialah kesemua komuniti Yahoo Geocities/Fortunecity khususnya dan pengguna Internet amnya. Selain itu usahawan turut ditawarkan khidmat penyelenggaraan perniagaan maya mereka.

c. Kelebihan kepada Masyarakat

Bagi E-dagang Internet, apa yang diharapkan ialah kecepatan penghantaran dan penerimaan barangan (atau perkhidmatan), terdapat maklumat produk yang lebih terkini dan rapi, terdapat kemudahan membuat pesanan on-line, peningkatan usaha pemasaran massa, dan penyingkiran orang tengah. Andainya semua ini wujud atau dapat diwujudkan, matlamat mutakhir ialah harga barangan (atau perkhidmatan) itu akan menjadi lebih murah dan kompetitif.

Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet. Dengan itu, lebih ramai individu bekerja di rumah; kurang perjalanan untuk membeli belah, mengurangkan kesesakan trafik, mengurangkan pencemaran udara, harga barangan lebih murah dan seterusnya menyebabkan kos hidup lebih murah.

11

5.0 KELEMAHAN E-DAGANG Namun begitu terdapat beberapa kelemahan dengan sistem urusniaga menggunakan e-dagang. Saperti juga kebaikan, kelemahan boleh dilihat daripada sudut peniaga dan juga pelanggan. 1. Kelemahan Dari Sudut Peniaga.

a. Tidak Upaya Mempamirkan Barangan Sebenar Pengeluar tidak dapat mempamirkan barangan yang sebenar terutama bahagian atau perkara yang sukar digambarkan secara terperinci dalam laman web. Keadaan akan menyebabkan kelebihan yang sepatutnya dapat dipamirkan melalui penglihatan dan sentuhan akan tersembunyi. Barangan atau perkhidmatan yang sepatutnya dapat memenuhi kehendak pengguna akan terpinggir dan ditolak oleh pengguna disebabkan tidak jelas dipamirkan. b. Kesulitan Dalam Memberi Penerangan Dan Maklumbalas Intraksi secara lintas langsung dalam hubungan terus sukar diwujudkan. Tidak ramai sasaran akan memberi maklumbalas kepada pengeluar kecuali mereka yang telah membeli dan memerlukan membuat aduan kerosakan. Mereka yang belum mencuba akan beralih ke barang penganti lain yang bersamaan jika penerangan tidak jelas kepada pengguna.

2. Kelemahan Dari Sudut Pembeli

a. Pesanan Tidak Diterima Pembeli menghadapi risiko apabila pesanan yang dibuat kepada pengeluar yang menghadapi masalah dan proses penutupan atau syarikat yang beroperasi
12

secara menyamar. Pembayaran yang telah dibuat akan hilang dan pihak pembeli mengalami kerugian.

b. Barang Yang Di Pesan Tidak Menepati Saperti Diiklankan Tidak semua pembeli dapat memahami dan menginterpretasi dengan setepatnya barangan yang diiklankan. Terdapat juga pengiklanan yang mengelirukan, akibatnya barangan atau perkhidmatan yang dipesan tidak memenuhi maksud fahaman oleh pembeli.

13

6.0 POTENSI DAN PENINGKATAN E-DAGANG DI MALAYSIA Urusniaga digital merupakan format yang sangat berbeza daripada bentuk urusniaga tradisional. Perdagangan elektronik atau dikenali sebagai e-dagang merupakan sistem perniagaan jual beli yang dilakukan di internet. Proses jual beli ini secara keseluruhannya melibatkan pihak penjual, pembeli dan pihakpihak ketiga seperti bank, syarikat-syarikat kewangan, syarikat kad kredit, pengeluar sijil pengesahan digital dan lain-lain lagi. Tujuan kewujudan pihak ketiga ini membolehkan pembeli membeli dengan selesa serta meningkatkan keyakinan pembeli di dalam proses jual beli secara e-dagang. Seperti yang diketahui umum, pelbagai cara dan kaedah kerajaan lakukan untuk menarik minat pengguna menggunakan internet seterusnya meningkatkan potensi edagang untuk kemudahan seharian. Antaranya ialah: 1) Kerajaan meningkatkan penggunaan PC dan internet di Malaysia Selaras dengan matlamat Malaysia yang ingin menjadi negara maju menjelang 2020, pernah diadakan sebelum ini kempen dimana para penjual dikehendaki menyediakan promosi dan harga berpatutan kepada pelanggan untuk memiliki PC dan internet. Kempen ini telah dilaksanakan oleh konsortium komputer dan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Tujuannya bagi menggalakkan warga Malaysia celik IT dan bijak menggunakan teknologi seperti e-dagang seterusnya menjadikan Malaysia setaraf dengan negara maju yang lain. 2) Memberikan pinjaman Kerajaan turut memberikan pinjaman kepada kakitangan kerajaan untuk membeli komputer serta memberikan potongan cukai dan kemudahan untuk pengeluaran wang daripada KWSP. Ini menunjukkan kerajaan bertindak secara serius untuk pembangunan IT.

14

3) Tempat awam Bagi menggalakkan penggunaan PC dan internet, tempat-tempat awam seperti siber cafe, perpustakaan, dewan pengguna dan sebagainya disediakan kemudahan komputer dan internet. Hal ini membolehkan mereka yang tidak berkemampuan dapat merasai dan mempelajari penggunaan internet di mana sahaja. 4) Kerjasama kerajaan dan swasta Untuk meningkatkan penggunaan ICT seterusnya memperkenalkan kewujudan edagang, kerajaan dengan pertolongan pihak swasta akan terus menjalinkan kerjasama bagi membantu rakyat Malaysia agar celik ilmu dalam bidang digital. Ini merupakan usaha sama untuk mencapai wawasan negara maju 2020. 5) Kajian terperinci Oleh kerana Asia Pasifik merupakan sebuah benua dengan ekonomi yang sedang membangun dengan pesatnya, capaian Internet adalah salah satu aspek yang penting untuk meningkatkan dagangan. Kerajaan Malaysia menganggarkan jumlah e-dagang akan meningkat setiap tahun. Realitinya kini lebih banyak laman web e-dagang tempatan muncul dan ini merupakan satu petanda yang amat baik. 6) Menyeluruh Kebaikan dan kelebihan pada usahawan kecil mahupun usahawan mikro diluar bandar ialah boleh meluaskan dan melebarkan pemasaran di peringkat global melalui edagang. Mereka berpeluang melangkah dengan lebih jauh dengan meneroka di pasaran antarabangsa seiring dengan perkembangan teknologi terkini

15

7.0 IMPAK E-DAGANG KEPADA EKONOMI SERANTAU Ekonomi merupakan aset yang penting bagi sesebuah negara. Perkembangan ekonomi yang pesat memberi kesan yang mendalam terutamanya bagi negara yang sedang membangun. Maka, tidak hairanlah e-dagang turut menjadi penjana ekonomi yang penting di Malaysia. Seperti yang diketahui, Malaysia merupakan salah sebuah daripada 20 negara perdagangan yang terbesar di dunia. Maka, dengan adanya kemudahan e-dagang, perdagangan dapat mengurangkan kos operasi, menjimatkan masa urusniaga dan penghantaran serta meluaskan jaringan strategik antara pedagang. Dari sudut ekonomi pula, pengguna e-dagang di Malaysia dijangka meningkat sehingga 30 peratus pada setiap tahun dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun akan datang. Manakala, penggunaan e-dagang di seluruh dunia yang dijangka meningkat 32 peratus membabitkan transaksi RM92.4 bilion tahun 2010 berbanding RM67 bilion pada 2009. Ini menunjukkan masyarakat kita semakin boleh menerima perubahan teknologi semasa dan berani mencuba untuk menggunakan teknologi. Kewujudan sistem ekonomi e-dagang ini sedikit sebanyak memberi impak secara serius kepada penggunaan wang kertas serta cek pada masa-masa yang akan datang. Hal ini kerana pembayaran dalam bentuk baru ini ternyata lebih murah dan mudah jika ingin dibandingkan dengan pembayaran yang dibuat secara konvensional dan sekaligus akan mengurangkan keperluan kepada pengaliran wang tunai dan secara tidak langsung mengurangkan fungsi yang dimainkan oleh Bank Pusat. Berdasarkan satu kajian yang telah dibuat, mata wang tunai mengalami penurunan yang mendadak dari segi penggunaannya. Hal ini berpunca setelah wujudnya sistem cara pembayaran baru seperti menggunakan kad kredit dan kad debit di dalam e-dagang. Contohnya:

16

Di Jerman, perbelanjaan keseluruhan pada tahun 1990 adalah sebanyak DM 4,825 Billion dan dari jumlah itu hanya 4% sahaja wang tunai digunakan (Andress Furche, Graham Wrightson, t.t : 80-81)

Di Malaysia pula, perkembangan e-dagang adalah amat memberangsangkan pada ketika ini walaupun ia masih baru dengan mencatatkan pertumbuhan kirakira 100 peratus setiap tahun (Utusan Malaysia, 25/5/01). Aktiviti e-dagang di Malaysia juga dijangka berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 90 peratus sehingga 2005 dengan mencatatkan jumlah pasaran bernilai RM35.72 bilion (Utusan Malaysia, 25/5/01). Transaksi e-dagang yang dijalankan ini sebenarnya membuka peluang

ekonomi yang luas kepada para peniaga bagi menjalankan perniagaan mereka agar lebih berkembang dan meluas. Bagi para pelanggan pula, e-dagang merupakan jalan penyelesaian atau cara yang mudah untuk mereka mendapatkan produk yang dingini dengan lebih cepat dan efektif.

17

8.0 ISU ETIKA DALAM E-DAGANG

Di dalam era teknologi maklumat yang kian pesat membangun, e-dagang dilihat sebagai salah satu hasil teknologi yang mampu memudahkan urusan-urusan harian pengguna. Namun begitu, terdapat beberapa isu yang telah dikenalpasti oleh penyelidik berhubung dengan aplikasi e-dagang. Isu-isu yang telah dikenalpasti adalah berhubung dengan kebolehgunaan laman, isu pembelian secara atas talian dan juga faktor trust dalam e-dagang (Egger, 2003).

a. Trust dalam E-Dagang Penyebab utama mengapa pengguna tidak mahu berurusniaga secara atas talian adalah kerana kurangnya faktor trust di antara peniaga dan pengguna (Hoffman, Novak dan Peralta, 1999, p. 80). Keen (1997) berpendapat bahawa kurangnya elemen trust di kalangan pengguna merupakan penghalang jangka panjang terhadap aktiviti-aktiviti edagang.

Terdapat beberapa definisi trust yang diberikan oleh beberapa orang penyelidik berdasarkan kepada penafsiran mereka. Mayers Davis dan Schoorman (1995) mendefinisikan trust sebagai kesediaan suatu pihak untuk dipengaruhi oleh tindakan pihak lain dengan jangkaan ianya mampu melaksanakan tindakan seperti apa yang diharapkan. Untuk menjelaskan lagi definisi ini, kita ambil Perbankan Internet sebagai contoh yang mana melaksanakan transaksi bank melalui Internet adalah merupakan satu bentuk kepercayaan. Pengguna bersedia menggunakan Internet dengan jangkaan bahawa ianya akan melakukan seperti apa yang dikehendaki pengguna. Biasanya, dalam melakukan transaksi atas talian, pengguna-pengguna diminta untuk memasukkan data peribadi seperti alamat e-mail, keutamaan produk, nombor telefon dan juga maklumat mengenai kad kredit. Pada hakikatnya, pengguna lebih selesa untuk berurusan dengan kedai nyata berbanding dengan kedai maya, di mana pengguna tidak akan teragak agak untuk memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan. Kebanyakan pengguna
18

bimbang maklumat tersebut akan disalahgunakan seperti membenarkan pihak ketiga untuk mengambil data tanpa kebenaran mereka. Di samping itu, mereka mungkin perlu menanggung risiko terhadap pencerobohan dan kecurian data semasa pemindahan data atau terus dari server web

b. Cabaran Trust Oleh kerana risiko-risiko yang terlibat dalam transaksi Perniagaan kepada Pelanggan (B2C), faktor trust telah menjadi penghalang kepada perkembangan aplikasi e-dagang. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kewujudan trust di kalangan pelanggan (Egger, 2003) iaitu: i. Sekuriti dan kerahsiaan ii. Ketidakbiasaan terhadap servis iii. Tidak berinteraksi secara langsung iv. Kebolehpercayaan terhadap maklumat

c. Sekuriti & Kerahsiaan Trust selalunya dikaitkan dengan tahap keselamatan dalam transaksi atas talian. Pemindahan data yang selamat adalah apabila kedua-dua pihak terlebih dahulu disahkan dan jaminan bahawasanya maklumat yang berada dalam rangkaian tidak diubahsuai. (Egger, 2003) Setiap individu yang menggunakan laman web untuk transaksi e-bisnes dan edagang menitikberatkan tentang isu keselamatan.

d. Ketidakbiasaan terhadap Servis Perniagaan berasaskan Internet telah mewujudkan suatu bentuk perkhidmatan dan model bisnes yang baru yang mana agak berlainan dengan bisnes yang sedia ada. Tidak semua pelanggan yang arif tentang teknologi. Faktor ini telah menyebabkan berkurangnya tahap kepercayaan pelanggan untuk menggunakan aplikasi e-dagang. Sebagai contohnya, pasaran telah memperkenalkan satu paradigma baru yang dipanggil permission marketing (Godin, 1999). Permission marketing membenarkan
19

pengguna menspesifikasikan profil tentang minat mereka. Jadi mereka akan menerima iklan-iklan berdasarkan kepada minat yang dipilih. Pengguna membenarkan pengiklan menghantar e-mail dan sebagai pulangannya, pengguna mendapat ganjaran dalam bentuk mata, diskaun atau tunai. EuroClix adalah salah satu laman yang melaksanakan program tersebut di Netherlands. Berdasarkan kajian mengenai sikap pengguna EuroClix, mereka agak sukar untuk memahami konsep bisnes dan bagaimana mereka mendapat faedah daripadanya. Kebanyakan pengguna menolak konsep pemasaran secara langsung (direct marketing). Mereka takut untuk menerima email-email iklan kerana khuatir akan menimbulkan kesan sampingan di sebaliknya. (Egger & De Groot, 2000).

e. Tiada Interaksi Secara Langsung Urusniaga menerusi skrin komputer menjadi salah satu faktor penghalang terhadap pembinaan trust. Pelanggan tidak dapat berinteraksi secara langsung dengan peniaga sebenar. Di dalam Internet, tugas peniaga diganti dengan kolum FAQ (Frequently Asked Question). Satu cara untuk mewujudkan interaksi yang lebih berkesan di antara pelanggan dan peniaga adalah dengan mewujudkan agen yang boleh membantu pelanggan. (Egger, 2003)

f. Kebolehpercayaan Terhadap Maklumat Memandangkan kebanyakan individu mampu membina laman sendiri dan mendaftar nama domain, jadi agak sukar untuk membezakan laman yang sah dan penipuan. Kadangkala, maklumat yang dipaparkan boleh disalahgunakan. Ini kerana, maklumatmaklumat yang terkandung di dalam laman web boleh diubahsuai tanpa meninggalkan sebarang kesan. Terdapat juga syarikat yang tidak selalu mengemaskini laman mereka. Ini akan memberi kesan terhadap transaksi seperti harga, deskripsi dan status produk. Contohnya, mungkin harga barangan lebih murah berbanding dengan harga asal, ataupun barangan tersebut sudah tiada di pasaran. (Egger, 2003)

20

g. Pembelian secara online Nielsen (2001) menegaskan bahawa kelemahan dalam rekabentuk laman web merupakan faktor utama yang menjejaskan keuntungan pekedai-pekedai atas talian. Beliau menjelaskan bahawa beberapa kesilapan dalam rekabentuk laman yang sering wujud adalah termasuk masa muat-turun yang perlahan, warna pautan yang tidak selaras, scrolling yang terlalu panjang, animasi yang sentiasa berulang dan sebagainya

Walaubagaimanapun, dalam konteks e-dagang, adalah penting untuk memahami proses-proses pembelian yang dilakukan oleh pengguna. Dengan ini dapat membina asas kefahaman dalam merekabentuk laman yang senang untuk difahami dan dinavigasi. Pereka laman perlu betul-betul memahami proses pembelian supaya proses pembelian nanti dapat dilakukan dengan lancar dan sempurna oleh pengguna. Miles, Howes dan Davies (2000) berpendapat bahawa laman e-dagang merupakan sebuah sistem sokongan keputusan yang menyokong keputusan pembelian.

21

9.0 SARANAN POLISI DAN STRATEGI E-DAGANG DI MALAYSIA

Beberapa polisi dan strategi yang boleh diambil oleh Kerajaan dan peniaga bagi perniagaan e-dagang di Malaysia dengan lebih berkesan. Namun begitu beberapa isu atau perkara perlu diberi perhatian semasa merancang dan polisi dan strategi bagi edagang di Malaysia terutama berkait dengan adat resam, agama, kebudayaan kerana ianya terdiri masyarakat majmuk. Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk terdiri daripada berbilang bangsa dan agama akan menjadikan kelainan dalam merencanakan polisi dan strategi bagi e dagang. Polis dan strategii perlu dimainkan oleh kedua-dua belah pihak iaitu pihak swasta dan juga kerajaan. 1. Pihak Kerajaan a. Pihak kerajaan perlu memberi sokongan berkaitan dengan aspek perundangan yang tidak membebankan, mudah dan konsisten. Peraturan hendaklah telus serta melindungi hak, harta dan mengawal penipuan. b. Membanyakkan insentif kepada pihak swasta membangunkan perniagaan e-dagang. c. Kerajaan tidak akan membuat penghalang kepada perkembangan e-dagang dengan mengadakan sekatan-sekatan d. Meminda dan mengubal undang-undang e-dagang dari masa ke semasa bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa demi untuk memperkembangkan urusniaga edagang. e. Melaksanakan dasar tiada tarif atau cukai dikenakan bagi cukai jualan ke atas urusniaga e-dagang. f. Mengalakan self regulated industry kepada sektor swasta

22

g. Mengadakan infrastuktur telekomunikasi secara menyeluruh untuk dipergunakan dalam urusniaga. h. Menerap kecekapan ilmu IT kepada masyarakat bagi memboleh dan mempercepatkan mereka berkebolehan untuk menggunakan alatan teknologi maklumat seterusnya membolehkan mereka berurusan dalam perniagaan eletronik. 2. Pihak Swasta

a. Mengadakan sistem pembayaran eletronik yang lebih fleksibel dan menjamin keselamatan pembayaran oleh pembeli. b. Menjamin bahawa hakmilik dan data peribadi pelanggan dijamin selamat guna untuk memberi keselesaan kepada pelanggan. c. Menjamin keselamatan dan pengguna tidak mengalami kerugian dan mempunyai kemudahan membuat aduan. d. Mengadakan kemudahan untuk pelanggan berintaksi dengan menggunakan konsep mesra pelanggan. e. Pihak swasta sebelum membuat perancangan polisi dan strategi dibuat perlu melihat suasana persekitaran dan polisi yang disediakan oleh kerajaan supaya tidak bercanggah dan bertentangan dengan dasar kerajaan. f. Mengadakan kaedah yang menjamin bagi pelanggan mendapatkan semula wang mereka jika ianya tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. g. Menwujudkan banyak tempat perkhidmatan kepada pengguna samada ada untuk membuat pesanan atau aduan atau khidmat selepas jualan saperti kiosk.

23

10.0 KESIMPULAN

Kejayaan e-dagang memerlukan gabungan perkongsian diantara swasta dan sektor awam. Dalam kaitan ini sektor awam perlu menjadi peneraju dengan mengelakan kekeliruan, pertentangan di antara beberapa agensi kerajaan serta berhati-hati supaya tidak timbul pertelingahan daripada sudut kewibaan (authority). Kepesatan dalam meningkatkan infrastruktur komunikasi dalam bidang teknologi maklumat akan mempengaruhi kelajuan penerapan e-dagang bagi sesebuah negara. Malaysia sudah pun menuju ke arah itu dengan projek Lebuhraya Multimedia. Dengan itu dijangka urusniaga melalui e-dagang akan menjadi satu budaya urusniaga yang menggalakan dalam masa yang terdekat. Perdagangan e-dagang mempunyai peluang yang sangat besar di dalam kegiatan atau urusan perniagaan di Malaysia. Disamping itu juga memperkenalkan cara dan gaya baru dalam urusniaga. Oleh yang demikian peniaga harus bersedia dan merangka polisi dan strategi bagi memasuki pasaran baru dengan e-dagang.

24

11.0 RUJUKAN

A.F. Salam et. al. (2005). Trust in e-commerce. New York: ACM Press. Araujo & Araujo (2003). Developing Trust in Internet Commerce. Toronto: IBM Press. Barnard, L. Wesson, J. (2004). A trust model for e-commerce in South Africa. South Africa: South African Institute for Computer Scientists and InformationTechnologists. Deitel, Deitel & Nieto (2001). E-Business & E-Commerce: How to program. New Jersey. Prentice Hall. Egger, F. N. (2000). Trust me, Im online vendor. New York: ACM Press. Kalakota, R and Whinston, A B (1997) Electronic Commerce: A Managers guide, Reading, MA: Addison Wesley

Open university Malaysia (2006) CBEC1103 elements of E-Commerce. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

25

You might also like