You are on page 1of 2

Laissez faire ialah pemimpin yang memberi kebebasan sepenuhnya kepada pekerja dalam pembuatan keputusan dan menyiapkan

kerja dalam apa jua cara yang sesuai. Gaya kepimpinan guru besar adalah faktor yang menentukan tahap prestasi seseorang guru. Menurut Goetsch dan Davis (2003), gaya kepimpinan adalah merupakan bagaimana seorang ketua berinteraksi dengan orang yang dipimpin. Gaya kepimpinan adalah perkara penting bagi memberi inspirasi dan motivasi serta mempengaruhi prestasi orang yang bekerja sekali gus mencapai matlamat organisasi. Dalam konteks ini , pemimpin boleh dilihat sebagai seseorang yang diiktiraf oleh sesebuah kelompok di mana pemimpin mempunyai pengaruh , berwibawa , dan mempunyai kuasa sama ada dalam jangka masa pendek atau jangka masa panjang dalam situasi yang tertentu . Jelas bahawa pemimpin ditentukan oleh peranan dan bukannya kedudukan . Seseorang yang dilantik sebagai guru besar di sekolah , beliau akan memainkan peranan pemimpin , iaitu , sebagai pemimpin pendidikan . Seseorang guru besar berperanan penting dalam mewujudkan kecemerlangan pencapaian akademik dan sahsiah di kalangan pelajar serta menanam semangat profesionalisme yang tinggi terhadap guru-guru dan kakitangan sekolah. Apabila guru besar mengamalkan gaya kepimpinan laissez faire, guru-guru bebas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas kerana gaya pengajaran tidak perlu terikat dengan sukatan mata pelajaran sepenuhnya tetapi mengikut tahap atau kemampuan murid serta `mood` pembelajaran murid pada sesuatu masa . Keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan di samping mewujudkan rasa kepuasan bekerja dalam sesebuah sekolah itu . Di dalam organisasi sekolah , keberkesanannya adalah tanggungjawab pengetua sekolah itu sendiri . Dia bertanggungjawab terhadap prestasi dirinya sendiri dan juga guru , pelajar serta staf-staf yang lain di sekolahnya . Tidak akan wujud prestasi , tanpa kepemimpinan yang berkesan , yang perlu dikuasai melalui proses pembelajaran . Namun, guru besar yang mengamalkan gaya kepimpinan seperti ini tidak mempunyai keyakinan terhadap keupayaan mereka untuk menyelia kerja guru-guru. Beliau banyak bergantung kepada pihak pentadbir lain untuk membuat keputusan, tidak menetapkan matlamat yang jelas dalam arah tuju sekolah dan tidak membantu pihak pentadbir untuk membuat keputusan. Guru besar sewajarnya mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia , dan perhubungan individu serta mampu menggerakkan atau memotivasikan stafnya . Ini adalah langkah untuk melibatkan staf dalam membuat keputusan bersama . Seterusnya guru besar juga mestilah memainkan peranan sebagai penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan sesuatu yang hendak dicapai melalui perbincangan . Ini termasuklah aktiviti seperti melawat bilik darjah dan di kawasan sekolah , mengetuai upacara rasmi di sekolah . Kepimpinan seperti ini meletakkan pengetua sebagai tumpuan perhatian bagi semua guru dan pelajar . tidak bagi guru besar yang hanya menyerahkan hak membuat keputusan kepada guru-guru dan stafnya, tidak berbincang bersama staf-staf mengenai sesuatu perkara

dan hanya memerhatikan sahaja tindakan yang diambil tanpa mengawal aktiviti yang telah dilaksanakan. Akibatnya, guru-guru yang bekerja di bawah pemimpin seperti ini akan turut merasa tertekan kerana tidak dibantu dan menunjukkan mutu kerja yang rendah kerana kurang berdisiplin dalam bidang perguruan. Kedudukannya sebagai ketua hanya sebagai simbol atau penasihat yang hanya mempersetujui apa juga cadangan yang dikemukakan oleh orang bawahan tanpa membuat bantahan kerana dia sendiri tidak suka membuat keputusan. Oleh sebab kuasa yang ada pada ketua di sesebuah sekolah itu tidak jelas, pengurusan dan pentadbiran sekolah biasanya menjadi kucar kacir. Setiap anggota kelompok seperti guru-guru, pihak pentadbir dan staf bergerak sendiri-sendiri bagi mencapai matlamat peribadi dan bukannya matlamat sebenar organisasi sekolah. Dengan ini dapat dibuat kesimpulan bahawa apa yang membezakan keberkesanan sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain adalah terletak kepada kepimpinan seseorang guru besar. Daripada faktor-faktor yang telah dijelaskan maka boleh dikatakan bahawa gaya kepimpinan laissez-faire adalah sangat tidak sesuai diamalkan oleh pentadbir sesebuah sekolah . Ini adalah kerana gaya kepimpinan ini tidak adil kepada semua kerana keputusan yang diambil tidak secara muafakat, pasif dan tidak menggunakan kuasa yang sepatutnya serta tidak berusaha untuk kebaikan atau kemajuan sekolah .

You might also like