You are on page 1of 4

1 Hak Milik SyafiraJamil

Nota Analisis Soalan Sejarah PMR 2011


Bab 1- Sejarah dan Kita -Pengertian SejarahSejarah membicarakan tentang masyarakat manusia,atau peradaban manusia,tentang perubahanperubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu Ibn KhaldunPenceritaan tentang tindakan manusia dan sebab-sebab mereka melakukanny -HerodotusSejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu Muhd Yusof Ibrahim-Ciri-ciri SejarahTepat dan Benar Peristiwa,tempat,tokoh dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya Contohnya : Pengisytiharan Putrajaya sbgi Wilayah Persekutuan

Penting dan Bermakna Peristiwa itu penting dan memberi kesan kepada semua pihak. Sebagai contohnya ialah hari Kemerdekaan iaitu ia menandakan tamatnya era penjajahan di negara kita.

Sebab dan Akibat Sebab belakunya peristiwa itu harus diketahui dan ia juga menyebabkan akibat Sbgi contoh ialah kewujudan masyarakat berbilang kaum di negara kita disebabkan oleh kemasukan imigran India dan Cina.

Bab 2 Zaman Prasejarah di Malaysia Zaman Logam Sg. Tembeling (Pahang), Gua Harimau (Perak) dan Changkat Menteri (Perak) Menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi. Mempunyai adat resan dan hidup menetap. Menjalankan pengebumian mengunakan kepingan batu. Mempunyai kepercayaan dan pegangan yang tertentu.

Bab 3 Kerajaan Awal di Asia Tenggara Berasaskan pertanian Di kawasan tanah subur,di lembangan sungai,dan di kawasan pedalaman Kegiatan berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan. Membina empangan dan saliran untuk menjalankan kegiatan pertanian dan menternak binatang. Terbahagi kepada 2 kerajaan ( Angkor & Funan )

2 Hak Milik SyafiraJamil


Angkor : baray (kmudahan sistem pertanian), devaraja (kuasa mutlak raja), tasik Tonle Sap (kwsn ptanian utamanya) Funan : Oc-Eo (plabuhan utama), Sg. Mekong (bekalan air dan jalan perhubungan perdagangan), Vyadhapura (pusat kerajaan)

Bab 4 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka Asal Usul Nama Melaka Berasal daripada Nama Pokok Menurut Sejarah Melayu, Parameswara menamakan tempat itu Melaka bersempena dengan nama pokok Melaka tempat beliau berehat dan menyaksikan pelanduk kecil menendang anjing peliharaannya(dianggap ia adalah peristiwa luar biasa) Menurut mitos Hindu, pokok Melaka dikenali sbgi Amalaka ialah pokok yang pertama tumbuh di dunia ini dan mempunyai kuasa ajaib Berasal daripada Istilah Arab Pedagang-pedagang Arab memanggil Melaka dengan nama Mulaqah (pertemuan) dan Malakat (perhimpunan segala dagang) Bab 5- Kegemilangan Melaka Pusat Kegiatan Ilmu Peranan Istana JURUTULIS Mengarang surat rasmi raja Menggubal perjanjian Menjadi guru kepada anak-anak raja

PENGARANG Mengarang sejarah Menghasilkan pelbagai jenis kesusasteraan Menyusun salasilah raja Mencatat diari istana

ULAMA Menulis dan menterjemah kitab agama Islam

KARYA Karya Sastera Terjemahan Hikayat Amir Hamzah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah Hikayat Iskandar Zulkarnain

3 Hak Milik SyafiraJamil


Karya Sastera Saduran Hikayat Bulan Belah Hikayat Nabi Bercukur Hikayat Bakhtiar Hikayat Nabi Wafat Hikayat Nabi Yusof

Peluasan Kuasa Menakluki Kampar dan Pahang bg menjamin keselamatan,kemakmuran dan keutuhan Jambi dan Lingga rela bernaung di bawah kerajaan Melaka Pahang,Kelantan dan Siak melalui perkahwinan Bab 6 Kemerosotan Melaka Kelemahan Askar Melaka Senjata kepunyaan Portugis jauh lebih baik daripada senjata askar Melaka Askar Portugis lebih terlatih daripada askar Melaka serta mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa, India Askar-askar upahan Melaka dari Jawa pula melarikan diri semasa Portugis menyerang Melaka.

Kedatangan Portugis ke Melaka Gospel, Gold and Glory Gospel -> Ingin meneruskan Perang Salib dan menyebarkan agama Kristian Gold -> Menguasai perdagangan rempah Glory -> Ingin menguasai jalan utama perdagangan iaitu Selat Melaka P/s : jangan keliru antara kehendak British dan Portugis.. British datang ke Timur disebabkan oleh bijih timah manakala Portugis pula ingin menguasai rempah. Portugis Menguasai Melaka Pada tahun 1509, Lopez de Sequeira bersama angkatannya dihantar untuk memulakan perhubungan antara kedua-dua kerajaan itu. Mereka disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah. Pedagang Islam Gujerat dan Jawa mendapat maklumat bahawa kedatangan Portugis untuk menentang agama Islam dan menguasai perdagangan. Sultan telah menangkap rombongan itu dan ada di antara mereka yang terbunuh. Pada tahun 1510, raja Portugal menghantar angkatan tentera yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque. Mereka telah membuat tiga tuntutan kepada Sultan Mahmud Shah 1. Pembebasan tawanan Portugis 2. Pembayaran ganti rugi 3. Mendirikan kubu di Melaka. Tetapi, Sultan bertindak berani untuk menolak segala tuntutan Alfonso.

4 Hak Milik SyafiraJamil


Serangan Pertama Pada 25 Julai 1511, Portugis dapat menguasai jambatan Sungai Melaka Hal ini disebabkan oleh Si Kitol yang memberi maklumat pertahanan Melaka kepada Portugis. Semangat juang askar Melaka membara apabila mendengar Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Askar Portugis terpaksa berundur

Serangan Kedua Pada 10 Ogos 1511, angkatan Portugis berjaya mengalahkan angkatan Melaka Pada 24 Ogos 1511, Alfonso berjaya menguasai Melaka Seluruh pembesar dan rakyat Melaka berunduk ke Muar -> Bentan(dan Sultan Ahmad Shah mangkat di sana)

Bab 7 Johor Menegakkan Semula Kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka Persaingan antara Johor, Acheh dan Portugis Johor, Acheh dan Portugis bersaing untuk menguasai jalan perdagangan iaitu Selat Melaka Perang Tiga Segi Johor ingin merampas kembali Melaka daripada tangan Portugis Acheh menyerang Portugis kerana Portugis mahu menghalang perdagangan Acheh Acheh juga ingin menyerang Johor kerana Johor akan mengancam perdagangan Acheh Portugis pula ingin menyerang Johor kena menganggap Johor telah berpakat dengan Acheh untuk menyerang Melaka

Perkembangan Persuratan Melayu Tun Sri Lanang berjaya menyusun Sejarah Melayu sebagai sumber sejarah kerajaan Melayu Johor juga dikenali sebagai pusat pengajian ilmu agama Islam sejak abad ke -17

You might also like