You are on page 1of 24

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105

TUGASAN EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PISMP SEMESTER 4 SESI JUN 2010 TARIKH MULA: 4 OGOS 2010 TARIKH HANTAR: 2 SEPTEMBER 2010

Perhatian: 1. Tugasan ini hendaklah dihantar sebelum daripada tarikh hantar yang dicatatkan di atas. Tugasan anda tidak akan diperiksa selepas daripada tarikh tersebut. 2. Tugasan ini hendaklah dihantar kepada pensyarah mata pelajaran masing-masing. 3. Pensyarah layak untuk tidak menerima tugasan sekiranya ia tidak mencapai tahap seperti yang dikehendaki. 4. Perlu ditegaskan plagiarisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Tugasan yang diplagiatkan tidak akan diterima.

Soalan tugasan: Tugasan 1: Sediakan portfolio yang memuatkan bahan pengajaran EDU 3105 seperti berikut: Nota-nota ringkas kuliah dan artikel. Bahan-bahan edaran kursus daripada pensyarah. Bahan-bahan hasil aktiviti ISL Bahan-bahan hasil kerja-kerja amali Sumber rujukan lain berkenaan kursus. Struktur portfolio Refleksi individu

Tugasan 2: Model ASSURE bertujuan menyediakan panduan dan mengendalikan pengajaran. Model ini mengandungi enam langkah iaitu: i. ii. iii. Menganalisis pelajar Nyatakan objektif Memilih kaedah dan bahan media 1

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105


iv. v. vi. Penggunaan media Penglibatan pelajar Penilaian dan semakan

Pilih satu topik daripada huraian sukatan pelajaran sekolah rendah bagi mata pelajaran pengkhususan dan dengan berpandukan model ASSURE, sediakan satu Rancangan Pengajaran Harian lengkap untuk selama 60 minit. RPH berkenaan hendaklah menjelaskan perkara berikut: 1. Pelajar sasaran 2. Hasil kerja bersifat relevan dan lengkap 3. Memproses maklumat dari pelbagai sumber 4. Pengolahan maklumat dalam bentuk pengurusan grafik 5. Persembahan elektronik yang menggabungjalinkan semua kemahiran yang dipelajari dalam teknologi pengajaran dan pembelajaran. 6. Pembentangan yang menarik, sangat memuaskan dan berkualiti 7. Pengurusan grafik bermakna, rekaletak yang mudah, menarik dan mengandungi rumusan. 8. Pembentangan menggunakan persembahan elektronik dengan mengintegrasikan elemen teks, audio, video, grafik dan animasi. Bilangan slaid minima 12 slaid. 9. Interaktif dan mesra pengguna. 10. Aktiviti-aktiviti yang dirancang bagi mendorong penglibatan murid. 11. Mengandungi soalan untuk menilai pemahaman murid. 12. Lampiran A sukatan pelajaran bagi topik berkaitan 13. Lampiran B salinan hard copy. Cetak secara handout dengan salinan 4 slaid setiap muka surat. 14. Lampiran C softcopy dan bentuk CD

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105

ISI KANDUNGAN
HALAMAN PENGAKUAN

PENGHARGAAN

REKA BENTUK PENGAJARAN BILIK DARJAH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

ANALISIS MODEL ASSURE DALAM RANCANGAN

PENGAJARAN HARIAN

REFLEKSI KENDIRI

RUJUKAN

KOLABORASI

LAMPIRAN CD ROM PEMBELAJARAN CD ROM PEMBELAJARAN MAGNET

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105

Halaman Pengakuan

Saya mengaku tugasan ini adalah hasil dari titik peluh saya sendiri tanpa ada unsur peniruan atau palagiat daripada mana-mana pihak.

Yang benar,

....................................................... Nama : Nur Syamshaera Binti Mustapar No. I/C : 880515-11-5076

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105

PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t Setinggi-tinggi kesyukuran saya tadahkan ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-Nya kami telah dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Encik Wan Zaini bin Wan Ismail yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan. Saya amat gembira dan bersyukur kerana diberi peluang untuk mempelajari ilmu tentang teknologi dalam pendidikan dengan lebih mendalam. Bagi saya ia amat berguna kerana dapat menimba pelbagai jenis pengalaman yang cukup bermakna dan manis untuk dikenang disamping melengkapkan segala keperluan yang difikirkan perlu untuk melangkah ke alam pekerjaan. Pengalaman dalam penglibatan ini membuatkan kami bertambah semangat untuk mendalami ilmu keguruan ini sebagai langkah awal dalam mempersiapkan diri melangkah ke alam pekerjaan. Terima kasih tuan. Jasa tuan amat saya hargai. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak berkongsi ilmu dan sama-sama berusaha untuk membuat yang terbaik. Tahniah kepada semua. Tidak lupa kepada ibu bapa yang amat saya sayangi, terima kasih saya ucapkan kerana kalian merupakan ibu bapa yang terbaik yang begitu memahami keperluan saya sebagai seorang penuntut di Institut Pendidikan Guru ini. Begitu juga dengan adik beradik yang banyak menyokong saya selama ini. Kalian lah sumber kekuatan saya dalam menempuh cabaran semasa mengikuti latihan di sini. Terima kasih Akhir kata, saya berharap agar tugasan yang telah saya siapkan ini memenuhi kriteria yang diinginkan oleh pensyarah sekali gus memuaskan hati beliau. Semoga harapan saya menjadi kenyataan. Sekian terima kasih.

Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Kami budak baru belajar, Salah dan silap harap dimaafkan.

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105 REKA BENTUK PENGAJARAN BILIK DARJAH

Reka bentuk pengajaran dalam bilik darjah melibatkan tugas guru dalam merancang, memilih dan menilai media pengajaran. Bagi melaksanakan tugas ini, guru boleh mengaplikasikan beberapa model yang sesuai. Sesuatu pengajaran yang terancang rapi akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran berasaskan media tidak terkecuali memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Perancangan yang dimaksudkan ialah secara yang sistematik dan berstruktur. Selaras dengan pandangan Gagne (1985), pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat. Justeru, penyampaian pengajaran yang tersusun secara berperingkat-peringkat. Gagne telah membahagikan proses penyampaian pengajaran kepada sembilan peringkat yang dikenali sebagai Events of Instruction. Peringkat-peringkat penyampaian pengajaran ini selaras dengan proses pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang baik mengaplikasikan sembilan langkah atau peringkat tersebut. 1. Tarik perhatian pelajar 2. Beritahu pelajar objektif pembelajaran 3. Cungkil dan kaitkan pengetahuan sedia ada pelajar 4. Sampaikan isi pelajaran / bahan pengajaran dan pembelajaran 5. Bimbing pembelajaran pelajar 6. Uji penguasaan pembelajaran pelajar melalui aktiviti 7. Beri maklum balas tentang penguasaan pembelajaran pelajar 8. Tafsir pencapaian pembelajaran 9. Tingkatkan ingatan dan pemindahan pembelajaran Reka bentuk pengajaran berasaskan bilik darjah yang akan diaplikasikan salah satunya mengambil kira proses penyampaian pengajaran yang dikemukakan oleh Gagne. Model ASSURE dapat membantu guru merancang pengajaran yang memanfaatkan penggunaan media. Proses penyampaian yang sempurna akan bermula dengan menganalisis keperluan pelajar untuk menjamin penyampaian yang boleh membawa kepada pencapaian maklumat. Model ASSURE memberikan fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran yang sebenar dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancang pengajaran yang berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing. Model ASSURE berguna kepada guru menyediakan Rancangan Persediaan Mengajar (RPM).
6

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105 Sesuatu perancangan pengajaran yang berjaya perlu memenuhi beberapa kriteria. Antaranya, RPM tersebut hendaklah sesuai dan sejajar dengan ciri-ciri dan keupayaan pelajar. Isi kandungan pelajaran, dan media yang digunakan hendaklah selaras dengan minat, keupayaan intelek, kecenderungan dan kebolehan pelajar. Aplikasi model ASSURE yang mengandungi enam langkah dapat menjamin kejayaan. Langkah-langkah dalam model ASSURE: A Analysis learners ( Analisis pelajar ) S State objectives ( Nyatakan objektif / hasil pembelajaran ) S Select methods, media and materials ( Pilih kaedah, media dan bahan sumber ) U Utilize media and materials ( Gunakan media dan bahan sumber ) R Require learner participation ( Libatkan pelajar dalam pembelajaran ) E Evaluate and revise ( Nilai dan semak semula )

Analisis pelajar Menganalisis kumpulan sasaran atau pelajar kita adalah penting untuk membantu kita merancang pengajaran pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Namun, untuk mengenal pasti keperluan setiap pelajar dalam kelas kita adalah sesuatu yang sukar dilaksanakan. Justeru, garis panduan berikut dapat digunakan untuk menganalis pelajar agar kita dapat memilih strategi, bahan sumber dan media yang paling wajar untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Pelajar dapat dianalisis berdasarkan aspek-aspek berikut: a. Ciri-ciri umum pelajar b. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada c. Gaya pelajar

a. Ciri-ciri umum pelajar Ciri-ciri umum pelajar termasuklah umur, tahun, tingkatan, kelas, aliran, jantina, taraf sosioekonomi, penempatan, daerah, kawasan, budaya dan seumpamanya. Pemilihan kaedah, media dan bahan sumber pembelajaran dapat disesuaikan dengan jenis pelajar yang dikenal pasti. Pelajar yang lemah penggunaan bahasa contohnya, dapat dibantu pembelajarannya melalui penggunaan gambar, bahan konkrit dan aktiviti tanpa media cetak. Pelajar yang kurang meminati mata
7

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105 pelajaran tertentu dapat dirangsang pembelajaran melalui aktiviti kinestetik termasuk drama, simulasi dan sebagainya. Jika pelajar berasal daripada satu kumpulan etnik yang sama, pemilihan bahan bolehlah berasaskan unsur budaya etnik berkenaan. Bagi kumpulan yang latar belakangnya pelbagai, guru bolehlah menggunakan satu aktiviti, tayangan video, laporan akhbar dan sebagainya sebagai rangsangan atau advance organizer untuk aktiviti perbincangan kumpulan atau analisis kajian.

b. Pengetahuan dan pengalaman sedia ada Setiap pelajar membawa pengalaman dan pengetahuan yang tertentu ke dalam bilik darjah. Ini dikenali sebagai entry point. Analisis pengetahuan/ pengalaman sedia ada pelajar dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar. Pengajaran-pembelajaran yang bertitik mula dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dapat membantu pelajar membina pengetahuan secara konstruktivis. Guru boleh mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar melalui ujian praunit yang akan dipelajari, mengkaji pencapaian pembelajaran unit terdahulu, sesi soal jawab dalam kelas dan sebagainya. Apabila guru ada maklumat tentang pengetahuan dan pengalaman pelajar tentang topik yang akan dipelajari, mudahlah bagi guru untuk memilih pengisian sumber pembelajaran yang sesuai dan kaedah yang berkesan.

c. Gaya pembelajaran pelajar Pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Gaya pembelajaran ialah trait psikologi berkaitan dengan gaya dan cara individu menanggap, berinteraksi dan bertindakbalas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Gaya pembelajaran individu merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu itu menguasai pembelajaran. Pengetahuan tentang gaya pembelajaran pelajar dapat membantu guru merancang pengajaran

pembelajaran yang efektif. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara individu memproses maklumat, membentuk persepsi, merupakan faktor motivasi dan tingkah laku belajar. Perancangan penyampaian pengajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan pembelajaran lebih lancar dan efektif.

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105 Nyatakan objektif dan hasil pembelajaran Penyataan objektif atau hasil pembelajaran adalah penting sebagai hala tuju pengajaran pembelajaran. Objektif pengajaran dan pembelajaran perlu menyatakan secara jelas dan khusus apa bentuk keupayaan baharu yang perlu dicapai oleh pelajar. Dengan kata lain, apa yang pelajar mesti boleh buat selepas menjalani proses pembelajaran. Objektif mesti spesifik. Contohnya, murid dapat menyebut nama haiwan setelah mendengar bunyi suara haiwan berkenaan. Penyataan objektif dapat membantu guru memilih media dan kaedah penyampaian yang sesuai. Dengan itu, guru dapat menentukan langkah aktiviti pengajaran-pembelajaran. Penentuan objektif juga akan membolehkan guru menyediakan persekitaran pembelajaran yang merangsangkan. Penyataan objektif yang eksplisit juga dapat membantu guru membuat penilaian terhadap pencapaian pembelajaran. Guru tidak mungkin dapat menilai pencapaian pelajar tanpa menyatakan objektif dengan jelas. Akhir kata, penyataan objektif berperanan sebagai satu kontrak perjanjian antara guru dengan pelajar. Penyataan objektif yang baik mengandungi empat kriteria berikut: a. Siapakah yang hendak dicapai kumpulan sasaran b. Apakah yang hendak dicapai apakah bentuk perlakuan baharu c. Bagaimana hendak dicapai apakah syarat perlakuan d. Apakah tahap pencapaian minimum standard pencapaian yang dianggap boleh dikuasai.

a. Siapakan yang akan mencapai objektif? Siapa yang terlibat untuk mencapai objektif pengajaran pembelajaran perlu dikenal pasti dan ditetapkan. Fokus penulisan objektif ialah pembelajaran bukan pengajaran. Kumpulan sasaran yang dimaksudkan ialah pelajar. Pembelajaran akan berlaku sekiranya pelajar terlibat aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara mental ataupun fizikal.

b. Bentuk tingkah laku baharu Merujuk kepada tingkah laku baharu yang hendak dibina atau dibentuk dalam diri pelajar. Tingkah laku yang dinyatakan dalam objektif pengajaran pembelajaran hendaklah yang dapat dilihat dan diukur pencapaiannya. Tingkah laku ini juga hendaklah yang wajar dan berasaskan situasi sebenar. Pemilihan istilah yang
9

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105 menunjukkan tingkah laku yang penting. Antara perkataan yang sesuai digunakan ialah menyatakan, menulis esei, menjawab soalan lisan, mewarnakan, memetik, merumus dan menyelesaikan masalah.

c. Situasi dan syarat perlakuan Apakah syarat perlakuan? Bagaimanakah tingkah laku itu hendak dibuat? Dalam situasi yang bagaimanakah tingkah laku itu dibuat? Penyataan objektif pengajaran dan pembelajaran hendaklah termasuk syarat bagaimana tingkah laku baharu dapat diperhatikan. Penyataan syarat pencapaian objektif ini dapat membantu guru menyediakan suasana, langkah pengajaran pembelajaran dan media yang sesuai. Contohnya, merumus dan memetik isi-isi penting setelah membaca petikan yang diberi.

d. Darjah tahap pencapaian minimum perlakuan Apakah tahap pencapaian minimum atau standard pencapaian bagi memperakui bahawa sudah berlaku perubahan tingkah laku kepada diri pelajar? Tahap pencapaian minimum ini merujuk kepada darjah ketepatan, kualiti atau kuantiti tingkah laku, tempoh masa yang ditetapkan dan sebagainya. Penyataan pengukuran tahap pencapaian ini akan membolehkan guru menyediakan tindakan susulan bagi membantu pelajar yang belum mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk aktiviti pemulihan dan sebaliknya pengukuhan dan penggayaan bagi yang sudah menguasai pembelajaran. Penulisan tahap pencapaian boleh dalam bentuk kualitatif atau kuantitatif. Kriteria kualitatif sukar didefinisikan. Penulisan kriteria kuantitatif boleh dalam bentuk peratusan , nilai angka atau skor mentah. Objektif pengajaran pembelajaran dapat diklasifikasikan kepada tiga domain utama iaitu kognitif, afektif dan psikomotor serta domain interpersonal.

10

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105 Pemilihan kaedah media dan bahan sumber Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan media, kaedah, dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang juga. Proses pemilihan tersebut merangkumi tiga langkah berikut: a. Membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. b. Memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih. c. Memilih, mengubah suai atau mereka bentuk bahan sumber pembelajaran.

a. Penentuan kaedah Sesuai dengan latar belakang pelajar yang pelbagai, gabungan beberapa teknik dalam satu sesi pembelajaran adalah lebih berkesan. Penentuan kaedah hendaklah berasaskan kepada ciri-ciri pelajar, pengalaman sedia ada pelajar, gaya pembelajaran pelajar serta objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Kaedah simulasi dan tunjuk cara mungkin sesuai untuk menyampaikan maklumat bagi pelajar yang belum menguasai kemahiran membaca yang mantap. Pelajar yang memiliki gaya pembelajaran kinestetik lebih mudah dapat belajar melalui aktiviti kontekstual, kajian lapangan, kaedah bermain, simulasi, lakonan dan seumpamanya.

b. Pemilihan format Format media merujuk kepada bentuk fizikal sesuatu maklumat yang dipaparkan. Format media termasuk kertas sebak, iaitu gambar, petikan, slaid, audio, video, grafik dan tayangan komputer multimedia. Untuk memilih format media, guru hendaklah mengambil kira beberapa kriteria. Antaranya, bentuk audiens, keupayaan pelajar, domain objektif serta maklum balas yang dihasilkan.

c. Pemilihan bahan sumber Bahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Bahan ini boleh dalam bentuk petikan, artikel, teks dan sebagainya. Kriteria pemilihan melibatkan tiga langkah berikut iaitu memilih bahan sumber sedia ada, mengubah suai bahan sumber sedia ada dan mereka bentuk bahan sumber baharu.

11

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105 Gunakan media dan bahan sumber Anjakan fokus daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi berpusatkan murid turut menjadikan penggunaan sumber pembelajaran oleh pelajar lebih utama berbanding media penyampaian guru. Bagi memastikan kejayaan penggunaan media dan bahan sumber, tindakan berikut perlu diambil oleh guru: 1. Semak dan kaji sumber sebelum digunakan di dalam kelas. 2. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas. 3. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaan. 4. Sediakan pelajar untuk mandapat manfaat daripada bahan sumber. 5. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.

Libatkan pelajar dalam pembelajaran Sesuatu pembelajaran yang melibatkan pelajar beraktiviti atau berfikir secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal. Ini disokong oleh semua teori pembelajaran baik teori behavioris mahupun teori kognitif. Pandangan teori konstruktivis yang menjadi amalan umum hari ini juga mengambil kira keaktifan pelajar dalam proses membina pengetahuan sendiri sebagai bentuk pengalaman pembelajaran yang paling berkesan. Pengalaman rasa belajar pelajar akan dapat mengekalkan motivasi pelajar terhadap aktiviti pembelajaran. Lantaran itu, guru hendaklah memberikan maklum balas sebaik sahaja pelajar menunjukkan kejayaan. Jika aktiviti yang dijalankan menyediakan maklum balas secara langsung juga melalui guru, keterlibatan dan minat murid dalam aktiviti yang seterusnya. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai sebenarnya dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar dalam proses belajar.

Nilai dan semak semula Penilaian sering kali dianggap sebagai menilai pencapaian pelajar semata-mata melalui latihan lembaran kerja atau ujian. Sebenarnya langkah ini menyentuh dua aspek penilaian iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran-pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan pelajar. Penilaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pemerhatian perlakuan pembelajaran pelajar. Melalui penilaian semasa proses pembelajaran, tindakan menangani masalah pembelajaran boleh diambil. Penilaian
12

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105 ini membawa kepada penilaian pembelajaran ke arah pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian pembelajaran boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Bentuk penilaian pembelajaran terbahagi kepada dua iaitu penilaian formal dan penilaian informal. Penilaian formal merujuk kepada ujian. Penilaian informal dibuat melalui hasil kerja pelajar, pemerhatian, soal jawab, aktiviti kumpulan, pembentangan dan

seumpamanya. Penilaian pembelajaran boleh dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Perlakuan pembelajaran pelajar sebenarnya memberikan maklum balas tentang pencapaian objektif, perancangan pengajaran guru, pemilihan media, kaedah dan bahan sumber. Penilaian pengajaran boleh dibuat setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran melalui amalan refleksi. Guru perlu menilai semula perancangan dan pelaksanaan pengajaran untuk melihat setakat mana perancangannya berjaya. Melalui proses refleksi, guru perlu melihat semula perancangan, pengajaran, tindakbalas pelajar terhadap aktiviti pembelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya. Penilaian pengajaran dan refleksi ini akan membuahkan idea untuk penambahbaikan atau tindakan pembetulan yang sesuai. Guru dapat menggunakan maklumat refleksi ini dan maklum balas pelajar untuk merancang pengajaran yang lebih efektif. Guru juga boleh menyediakan senarai semak tindakan guru dan perlakuan pelajar sebagai panduan untuk membuat penilaian pengajarannya.

13

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105 Lesson Plan based on Learning Cycle 5E Science Lesson Plan

Date

: 27 July 2010

Class

: 3 Pintar : 7.45 am 8.45 am ( 60 minutes)

Time

Enrolment

: 35 pupils ( 20 girls, 15 boys)

Theme

: Learning about the World Around Us

Learning area

: Magnets.

Topic

: Materials attraction by magnet.

Learning objectives

: Pupils should know the types and the poles of magnets. : Pupils should know that magnets attract some materials.

Learning outcomes

: By the end of the lesson, the student will able to:

1. State the types of magnets. 2. Draw the shape of magnets. 3. Show that magnets attract some objects. 4. Record the findings in the form of table. 5. State the objects that are attracted by magnet.

Prior knowledge

: Pupils have seen the magnet and expose to the basic function of magnet which is able to attract object.

14

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105 Science process skills : Observing : Communicating : Classifying : Predicting

Noble value

: Having an interest and curiosity. : Appreciating the contribution of science and technology.

Teaching aids

: Magnet in different types. : Plastic, silver and wooden spoon : Plastic bottle : Rubber band : Ruler : Iron key : Coin : Clip paper : Pencil

15

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105 Phase / Time Engage ( 5 minutes ) Contents -Introduction to the topic. Teaching learning activities -Teacher shows Notes

teaching Teaching aids:

aids that she brings to the -plastic spoon class. -Teacher also shows -silver spoon the -wooden spoon

teaching aids in the slide -magnet show presentation. -Teacher ask pupils to watch and observe them. Sps: -slide show

-Teacher told them what they -Observing will learn.

Explore (20 minutes )

-Types magnets

of -Teacher shows flashcards Teaching aids: to the pupils about types of - plastic spoon magnets. -silver spoon

-Teacher says the name of -wooden spoon magnet and ask the pupils to -magnet say aloud. -Teacher asks them to be in pair. -Teacher distributes a sheet of paper to each pair of pupils. -Teacher asks them to draw and name the shape of

magnet in the task. -Attraction of -Pupils are divided into a few Sps: magnet. group, 5 person in each -Observing group. -Teacher gives a magnet to each group. -Teacher give a wooden -Experimenting

spoon, a silver spoon and a


16

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105 plastic spoon to each group. -Teacher asks them to find out which spoon is attracted by a magnet. -Pupils do the demonstration and teacher acts as a

facilitator and gives change to student to think

themselves. -Teacher asks them to

discuss among their group member about the attraction of magnet.

Explain ( 15 minutes )

Magnetic and -Pupils tell the class about Teaching aids: non magnetic what they had discussed in -plastic bottle objects. the group about the -rubber band -glass marble

attraction of magnet.

-Teacher explains the term -iron key of magnetic and non- -coin -clip paper

magnetic objects.

-Teacher distributes a few -pencil objects to each group. -Teacher ask them to predict which object will be -screw

attracted by a magnet. -Teacher asks them to test their prediction by picking Sps: up each object with a -Prediction -Classifying

magnet.

-Teacher guide them to make a table to record the Communicating

findings.
17

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105 Elaborate ( 15 minutes ) Findings -Teacher gives pupils a form Teaching aids:

magnetic and that consist of two column -form non magnetic which are magnetic and non objects around class. magnetic objects. the - Teachers asks them to watch and observe around their classroom carefully to predict which object is

magnetic and which is non magnetic. -All the findings should be stated in the form given. -Teacher tells them to Sps:

cooperate in group while -Observing discuss about the findings. -Predicting

-Teacher asks representative Communicating from each group to tell the -Interpreting class about their findings. data

Evaluate ( 5 minutes )

Question and -Teacher conclusion.

asks

the

pupils

what they have learn on that day. -Teacher asks open ended questions. -Teacher makes a

conclusion about the topic.

18

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105 ANALISIS MODEL ASSURE DALAM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Langkah-langkah Analyse learners Application in RPH Enrolment: 35 pupils ( 20 girls, 15 boys) Prior knowledge: Pupils have seen the magnet and expose to the basic function of magnet which is able to attract object. State objectives Learning objectives: Pupils should know the types and the poles of magnets. Pupils should know that magnets attract some materials. Learning outcomes: By the end of the lesson, the student will able to: 1. State the types of magnets. 2. Draw the shape of magnets. 3. Show that magnets attract some objects. 4. Record the findings in the form of table. 5. State the objects that are attracted by magnet. Select method, media and materials Grouping: Pupils are divided into a few group, 5 person in each group. Demonstration: Pupils do the demonstration and teacher acts as a facilitator and gives change to student to think themselves. Discussion: Teacher asks them to discuss among their group member about the attraction of magnet. Media: Flashcards, slide show, picture Materials: Teachings aids such as magnet,

magnetic and non-magnetic object.

Utilize media and materials

Teaching aids: -plastic spoon


19

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105 -silver spoon -wooden spoon -magnet -slide show -plastic bottle -rubber band -glass marble -iron key -coin -clip paper -pencil -screw -flashcards -Teacher gives pupils a form that consist of two column which are magnetic and non magnetic objects.

Require learner participation -Findings magnetic and non magnetic objects around the class. -Teacher distributes a few objects to each group. -Teacher ask them to predict which object will be attracted by a magnet. -Teacher asks them to test their prediction by picking up each object with a magnet. -Teachers asks them to watch and observe around their classroom carefully to predict which object is magnetic and which is non magnetic.

Evaluate and revise

-Teacher asks the pupils what they have learn on that day. -Teacher asks open ended questions. -Teacher makes a conclusion about the topic.

20

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105

REFLEKSI KENDIRI

Assalamualaikum w.b.t Syukur yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan kasih-sayang yang diberikan kepada saya, saya telah mampu menyempurnakan tugasan yang telah terpikul di bahu ini. Saya berasa amat bertuah kerana tugasan saya ini selalu diselia oleh pensyarah saya, Encik Wan Zaini bin Wan Ismail yang budiman di samping sokongan rakan-rakan yang tidak berbelah bagi. Rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah kenal erti putus asa banyak menyuntik semangat bagi menyempurnakan tugasan ini. Dalam proses melengkapkan kesemua kehendak tugasan, saya tidak pernah lari dalam menghadapi pelbagai kekangan yang sedikit sebanyak memberi gangguan serta menjejaskan penumpuan saya dalam

melaksanakan tugasan ini. Kekangan masa yang saya hadapi amat menyesakkan kerana saya terpaksa menyiapkan pelbagai tugasan dari subjek yang berlainan yang turut memerlukan perhatian serius. Saya telah cuba sedaya upaya membahagikan masa secara adil agar kesemua tugasan saya dapat memuaskan hati semua pihak. Perasaan saya benar-benar tertekan waktu itu tetapi saya anggap ini adalah satu cabaran untuk bergelar pendidik. Pada tarikh 4 Ogos 2010 yang lalu, saya telah dibekalkan dengan tugasan kerja kursus pendek berkaitan dengan mata pelajaran Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Saya telah melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan yang lebih bermutu dengan tujuan mengukuhkan lagi penyampaian saya dalam penulisan kerja kursus saya ini tetapi maklumat yang diperoleh kurang menepati sasaran saya. Saya kurang berminat untuk menjadikannya sebagai rujukan utama kerana bimbang sekiranya fakta yang ada akan bercanggah dengan kefahaman yang telah dipelajari di dalam kelas. Saya juga telah mendapatkan beberapa buah buku rujukan di perpustakaan kerana bahan yang dicetak sebegitu lebih meyakinkan. Saya banyak merujuk kepada buku rujukan tulisan Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad dan Wan Kamaruddin Wan Hasan serta menjadikannya sebagai rujukan utama selain buku-buku yang lain. Terlebih dahulu, saya telah membuat analisis soalan dan telah melalui satu perbincangan dengan rakan-rakan untuk memastikan kefahaman saya tentang kerja kursus ini tidak menyimpang dari apa yang sebenarnya diinginkan. Setelah itu, saya
21

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105 telah menyusun maklumat yang saya cari mengikut kepentingan dan saya selitkan dengan bantuan gambar grafik agar tampak menarik dan lebih difahami. Setelah melalui satu peringkat yang menyesakkan iaitu peringkat

memperkemaskan kerja kursus ini, saya terpanggil untuk menyatakan betapa murninya sikap sahabat-sahabat saya di sini kerana selalu berkolaborasi antara satu sama lain untuk menghasilkan satu tugasan yang terbaik. Cetusan idea dan perkongsian sebarang maklumat terjalin dengan telus dan luhur. Saya terpanggil untuk menadah kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa kerana telah mencampakkan saya untuk berada di kalangan insan-insan yang mulia hatinya. Apa yang benar-benar terkesan ke atas diri saya apabila mengkaji dengan lebih mendalam tentang Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini ialah, saya percaya bahawa teori pemerolehan ilmu dan hubungannya dengan pengajaran dan pembelajaran adalah berkait rapat. Oleh sebab itu, saya yakin perkaedahan yang diperkenalkan oleh sistem pelajaran dalam melatih murid-murid menguasai kemahiran dalam pelajaran adalah tepat dan bersesuaian. Selain itu saya juga tahu bahawa tingkah laku juga mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sekiranya pelajar dapat mempamerkan tingkah laku yang baik, nescaya prestasi akademik dan sahsiah mereka juga akan meningkat. Saya juga sedar akan kewujudan pelbagai golongan murid yang bakal saya didik, jadi saya perlu memperkasakan ilmu di dada dengan baik agar saya mampu menarik perhatian mereka untuk terus mencintai ilmu dan berusaha untuk mendapatkan ilmu sebanyak mungkin. Oleh itu saya perlu menguasai sebanyak mungkin pengetahuan dalam teknologi memandangkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran telah diakui terbukti memberi impak yang positif kepada murid-murid. Perasaan saya apabila selesai menyiapkan tugasan ini sudah tentu lega dan berpuas hati. Tetapi apa yang lebih penting ialah saya telah mempelajari sesuatu yang amat bernilai dan saya bersyukur kerana saya diberi kesempatan untuk meluaskan nilai ilmu yang saya peroleh kerana minat dan profesion yang saya ceburi adalah seringan. Saya berharap segala apa maksud yang ingin saya sampaikan difahami oleh semua orang. Penambahbaikkan yang saya rasa boleh dilakukan untuk tugasan seperti ini mungkin guru pelatih boleh menguji keberkesanan pembelajaran di dalam kelas dengan penggunaan teknologi dan tanpa penggunaan teknologi. Tugasan ini boleh dilanjutkan semasa guru pelatih menyempurnakan program PBS iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah.
22

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105 Akhir kata, ingin saya merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa sahaja yang membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini sama ada secara langsung ataupun tidak. Saya berharap saya mampu menggunakan perkataan yang sesuai untuk menjelaskan maksud tersurat dan tersirat yang ingin saya sampaikan. Saya juga berharap agar ilmu yang saya peroleh pada hari ini sentiasa mekar dan mewangi di dalam dada. Saya dengan rasa rendah diri berharap agar tugasan saya ini memenuhi segala kehendak tugasan dan kehendak pensyarah saya. Segala yang baik datang dari Allah, yang buruk itu atas kelemahan saya sebagai hamba yang daif.

Sekian, terima kasih.

23

[TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN] EDU 3105

RUJUKAN
Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Wan Kamaruddin Wan Hassan. (2009). Siri Pendidikan Guru: Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran: Reka Bentuk Pengajaran Bilik Darjah Model ASSURE. SelangorDarul Ehsan. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Wan Zuraidi Wan Zaidi, Iskandar AB Roohid, Muhammad Abu Bakar.(2004). Science Textbook Year 3: Animals. Selangor Darul Ehsan. Synergymate Sdn.Bhd.

Wan Zuraidi Wan Zaidi, Iskandar AB Roohid, Muhammad Abu Bakar.(2004). Science Textbook Year 3: Magnet. Selangor Darul Ehsan. Synergymate Sdn.Bhd.

24

You might also like