You are on page 1of 3

PERSPEKTIF GURU PENDIDIKAN KHAS Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju pada tahun 2020 sangat menuntut

kepada lahirnya masyarakat teknokrat yang bertaraf dunia serta bermoral disamping melahirkan generasi yang memiliki daya kreatif dan daya saing yang tinggi dan mampu menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia. Apabila kita berbicara mengenai masyarakat, pelajar pelajar pendidikan khas juga ahli masyarakat yang berpotensi dalam menjayakan wawasan Negara ini. Justeru itu, peluang yang sama perlu diberikan kepada golongan ini untuk mengoptimakan potensi diri mereka mengikut tahap kebolehan mereka. Sebagai seorang guru pendidikan khas, adalah menjadi satu tanggungjawab saya bagi memastikan program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sebagai seorang guru, kemahiran dalam ICT perlulah seiring dengan perkembangan semasa teknologi ini. Ini bermaksud, guru perlu sentiasa bersifat terkini atau up to date dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat. Guru pendidikan khas yang mahir dalam ICT dan pada masa yang sama berkemahiran serta berpengalaman dalam pengajaran-pembelajaran samada pendidikan masalah pendengaran, penglihatan mahupun pembelajaran tahu akan keperluan ICT dalam bidang masing masing. Guru guru sebegini perlu dilahirkan dan

bertanggungjawab dalam menyediakan perisian pengajaran pembelajaran yang khas untuk pendidikan khas terutamanya pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang lebih menjurus kepada masalah akademik pelajar. Seperti yang diketahui, pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah sekolah rendah pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah masih kurang. Kebanyakkan fasiliti yang ada sekarang lebih bersifat teknikal seperti komputer riba, televisyen, radio, projektor dan video. Keperluan ICT dalam pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah perisian / courseware yang lebih bersifat permainan atau yang sesuai pada tahap penerimaan pembelajaran. Perlu diketahui bahawa pelajar bermasalah pembelajaran di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah terdiri daripada mereka yang mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti down syndrom, terencat akal, hyperactive, ADHD, lembam dan sebagainya. Sungguhpun keperluan prasarana dan fasiliti ICT serta kemahiran guru dalam bidang ini masa kini masih kurang, namun usaha dan sokongan pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia menampakkan satu usaha yang positif. Usaha pihak kerajaan dan pihak guru atau sekolah tidak akan berjaya sekiranya tanpa bantuan pihak lain seperti ibubapa, pihak bukan kerajaan (NGO), pihak

swasta dan masyarakat itu sendiri. Semua pihak perlu membina satu hubungan pintar atau smart partner demi kepentingan semua pihak dan sekaligus dapat mengimbangi antara cabaran dan kejayaan perlaksanaan Program ICT dalam pengajaran-pembelajaran di sekolah sekolah pendidikan khas.

You might also like