You are on page 1of 27

BM PMR KERTAS 2 Bahagian A (i) Ringkasan Bahagian A (ii) Pemahaman Bahagian B Bahagian C Bahagian D - Karangan berpandu - Karangan respon

respon terbuka - Novel

Bahagian A : Ringkasan 20 markah Masa dicadangkan 40 minit Tidak lebih 80 perkataan Cari isi ikut arahan soalan Cari sekurang-kurangnya 5 isi Masukkan penanda wacana yang sesuai dalam ayat 2-5 Pengiraan sebagai satu perkataan Nama khas Kata ganda/perkataan berulang Kata depan di dan ke Tarikh Angka yang ditulis dengan nombor Gelaran Perkataan sinonim Kesan Faktor = implikasi = impak = akibat = sebab = punca

Langkah = cara = kaedah = usaha Faedah = kebaikan = manfaat

RodzlinaABSMKTT

Asas menulis ringkasan Tajuk: Faedah membaca Isi pertama: 1. Tajuk + isi (salin sahaja) contoh: Faedah membaca ialah 2. Tajuk + isi (Ubah perkataan pertama tajuk dengan yang perkataan sinonim) Contoh : Manfaat membaca ialah 3. Isi + tajuk (Ubah perkataan pertama tajuk dengan perkataan yang sinonim) Contoh : Menambahkan ilmu pengetahuan merupakan manfaat membaca 4. Tajuk + isi (Ubah struktur ayat tajuk) Contoh : Membaca berfaedah kerana.. Cara ubah struktur ayat tajuk 1. Tajuk : faedah/manfaat/kebaikan Contoh : faedah menabung Menabung berfaedah/bermanfaat/baik kerana 2. Tajuk : faktor/sebab/punca Contoh : faktor (kemasukan pekerja asing ke Malaysia) Pekerja asing masuk ke Malaysia kerana 3. Tajuk : usaha/langkah/cara/kaedah Contoh : langkah-langkah (mengatasi masalah kemasukan pekerja asing ke Malaysia) Kemasukan pekerja asing ke Malaysia dapat diatasi dengan 4. Tajuk : kesan/impak/implikasi/akibat Contoh : Kesan (kemasukan pekerja asing ke Malaysia) Kemasukan pekerja asing ke Malaysia menyebabkan 2

RodzlinaABSMKTT

Asas menulis ringkasan 1. Tajuk :faedah/manfaat/kebaikan Membaca bermanfaat kerana _________________ . Selain itu, _______________________. Di samping itu, ___________________________. Faedah lain ialah ____________________. Seterusnya, ______________________________. Selain itu, __________________________. 2. Tajuk :faktor/sebab/punca Pendatang asing masuk ke Malaysia kerana ______________________________________. Selain itu, _____________________________.Di samping itu, ________________________. Sebab lain ialah ________________________.Seterusnya, _____________________________. Selain itu, ________________________________________. 3. Tajuk :usaha/langkah/cara/kaeadah Kemasukan pekerja asing ke Malaysia dapat diatasi dengan _______________________. Selain itu, ________________________.Di samping itu, ____________________________. Kaedah lain ialah __________________.Seterusnya, ________________________________. Selain itu,______________________________________. 4. Tajuk :kesan/akibat/impak/implikasi Kemasukan pekerja asing ke Malaysia menyebabkan _____________________________. Selain itu, ___________________________.Di samping itu, _________________________. Impak lain ialah ________________________.Seterusnya, _____________________________. Selain itu, _________________________________. Bahagian A (ii) Pemahaman(10m) 1. Soalan 1 beri makna frasa (2m) Jangan hurai - ayat lengkap (salin separuh daripada soalan) 2. Soalan 2 - ambil 2 jawapan dalam petikan. (4m) - ayat lengkap 3.Soalan 3 - Beri 2 pendapat sendiri (4m) -tidak boleh ambil drpd petikan - ayat lengkap

RodzlinaABSMKTT

Contoh soalan 1 Apakah maksud rangkai kata syurga kerjaya kepada buruh asing ? Contoh jawapan yang layak mendapat markah penuh(2m) Rangkai kata syurga kerjaya kepada buruh asing bermaksud lubuk pekerjaan kepada pendatang dari luar negara. Contoh jawapan yang tidak mendapat markah/markah penuh 1. Ayat tidak lengkap Lubuk pekerjaan kepada pendatang dari luar negara. 2. Menghurai (0m) Maksud syurga kerjaya kepada buruh asing ialah sesebuah negara yang mempunyai banyak peluang pekerjaan sehingga menarik pekerja asing untuk datang bekerja di negara tersebut. Contoh soalan 2 Mengapakah pendatang asing datang ke Malaysia? Contoh jawapan yang layak mendapat markah penuh (4M) 1. Pendatang asing datang ke Malaysia kerana banyak peluang pekerjaan. Selain itu, desakan hidup di negara asal juga menyebabkan mereka datang ke Malaysia. 2. Pendatang asing datang ke Malaysia kerana banyak projek pembangunan yang diluluskan oleh kerajaan menyebabkan ribuan peluang pekerjaan wujud dan desakan hidup di negara asal. Contoh jawapan yang tidak mendapat markah/markah penuh 1. Ayat tidak lengkap Kerana banyak peluang pekerjaan dan desakan hidup di negara asal. 2.Jawapan sendiri (tiada dalam petikan)-0M Pekerja asing datang ke Malaysia kerana negara Malaysia lebih maju dan Malaysia hampir dengan Indonesia. Contoh soalan 3 Pada pendapat anda, apakah usaha - usaha yang kemasukan pendatang asing secara haram ke Malaysia? wajar dilaksanakan bagi mengatasi masalah

Contoh jawapan yang layak mendapat markah penuh(4m) Pada pendapat saya, usaha yang wajar dilaksanakan bagi mengatasi masalah kemasukan pendatang asing secara haram ke Malaysia ialah majikan jangan mengambil pendatang asing haram bekerja. Selain itu, kerajaan perlu mengetatkan kawalan di sempadan negara.

Contoh jawapan yang tidak mendapat markah/markah penuh 1. menulis bentuk poin - majikan jangan ambil mereka bekerja. - kerajaan kawal sempadan 2. Ambil jawapan dalam petikan(0m) Contoh jawapan soalan pemahaman 3 sebab/punca/faktor 1. 2. 3. 4. Kurang didikan agama Kurang kasih sayang daripada ibu bapa Kurang kesedaran sivik Tidak dididik sejak kecil untuk : - mengamalkan kitar semula - menjaga alam sekitar -bermain permainan tradisional -membaca buku 5. Pengaruh rakan sebaya/media massa 6. Kurang penguatkuasaan undang-undang(kaitkan dengan soalan) Contoh jawapan soalan pemahaman 3 Langkah/usaha/kaedah/cara 1(a). ibu bapa hendaklah mendidik anak- anak sejak kecil : supaya mengamalkan gaya hidup sihat - bersukan -berhati-hati di jalan raya - mengamalkan nilai-nilai murni -menghormati warga tua (b). ibu bapa hendaklah mendidik anak- anak sejak kecil : tentang keburukan merokok - kesan mengambil najis dadah - manfaat bersukan - kepentingan melestarikan alam -permainan tradisional 2. (a) Kerajaan seyogianya memperluas kempen : - antidadah - kitar semula -amalan nilai2 murni -menjaga alam sekitar (b) Kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang: - kemasukan pekerja asing -penerokaan hutan -pemburuan haiwan liar

Rodzlina ABSMKTT

3. Pihak berkuasa perlu: (a) meningkatkan pemantauan : -di kawasan hutan simpan -di kawasan yang kerap berlaku kes ragut -kawasan sempadan negara (b) mengenakan tindakan yang tegas kepada: -pemandu yang cuai -pemburu haram -pengedar dadah 4. Pihak sekolah sewajarnya mengadakan (a)ceramah tentang: -keburukan merokok/dadah/buli dll -kepentingan menjaga alam sekitar/mengamalkan kitar semula dll (b) minggu: -antidadah -minggu budi bahasa -pertandingan permainan tradisional 5. pelajar/remaja/masyarakat hendaklah melakukan anjakan paradigma dengan: -mengamalkan kitar semula -menjauhi rokok -mematuhi peraturan jalan raya -tidak mengambil pendatang asing haram bekerja

RodzlinaABSMKTT

Bahagian B : Karangan berpandu -Bahan rangsangan- gambar, carta, jadual, graf dll -Tulis karangan fakta bukan cerita -Markah 20 -Masa dicadangkan 25minit -Panjang tidak lebih 120 perkataan -3 isi sahaja. -5 perenggan -1 perenggan anggaran 2 ayat sahaja.(ayat pendek-pendek 3 ayat) -Frasa menarik tidak adapun tidak apa-apa Asas menulis pendahuluan karangan berpandu Ayat 1 Fp + tajuk + jumlah

Contoh frasa pendahuluan(Fp) 1. Marcapada ini, 2. Dasawarsa ini, 3. Pada era globalisasi ini, 4. Pada era pascamerdeka ini, 5. Pada era dunia di hujung jari ini, Contoh jumlah: Positif: 1. Semakin meningkat 2. Semakin diamalkan 3. Kian dipraktikkan 4. Kian diberi perhatian 5. Semakin giat dijalankan Negatif: 1. semakin meningkat 2. kian sirna/terhakis dari dalam atma pelajar/masyarakat 3. kian kronik/kritikal/meruncing 4. semakin kurang diamalkan 5. kian membarah dalam kalangan masyarakat 6. kian perlina ditelan arus modenisasi Ayat 2 : 1. contoh 2. siapa?(contoh :sesiapa sahaja/semua orang/setiap individu) 3. di mana?(contoh:di mana-mana sahaja) 4. bila?(contoh :bila-bila masa sahaja) 5. kaitkan dengan tajuk 6. wajar/tidak wajar 7

Rodzlina ABSMKTT

Contoh soalan : Faedah bergotong-royong Cara 1 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : contoh Dasawarsa ini, amalan bergotong-royong kian sirna daripada atma masyarakat. Antara contoh amalan bergotong-royong ialah membantu tuan rumah menjayakan kenduri kahwin. Cara 2 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : contoh Dasawarsa ini, amalan bergotong-royong kian sirna daripada atma masyarakat. Membantu tuan rumah menjayakan kenduri kahwin merupakan contoh amalan bergotong-royong. Cara 3 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : siapa? Dasawarsa ini, amalan bergotong-royong kian sirna daripada atma masyarakat. Setiap individu perlu mempraktikkan amalan bergotong-royong. Cara 4 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : bila? Dasawarsa ini, amalan bergotong-royong kian sirna daripada atma masyarakat. Amalan bergotong-royong perlu dipraktikkan di mana- mana sahaja kita berada.. Cara 5 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : di mana? Dasawarsa ini, amalan bergotong-royong kian sirna daripada atma masyarakat. Amalan bergotong-royong perlu dipraktikkan di mana- mana sahaja kita berada. Cara 6 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : kaitkan dengan tajuk Dasawarsa ini, amalan bergotong-royong kian sirna daripada atma masyarakat. Terdapat pelbagai manfaat amalan menabung. Cara 7 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : wajar

Dasawarsa ini, amalan bergotong-royong kembali diambil perhatian oleh masyarakat. Situasi ini sememangnya wajar kerana amalan bergotong-royong mendatangkan pelbagai impak positif kepada masyarakat. Cara 8 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : tidak wajar Dasawarsa ini, amalan bergotong-royong kian sirna ditelan arus modenisasi. Situasi ini tidak sewajarnya berlaku kerana amalan bergotong-royong mendatangkan pelbagai impak positif kepada masyarakat. Contoh soalan :Punca-punca kemalangan jalan raya Cara 1 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : contoh Dewasa ini, jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat. Antara kenderaan yang sering terlibat dalam kemalangan jalan raya ialah kereta dan motosikal. Cara 2 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : contoh Dewasa ini, jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat. Kereta dan motosikal merupakan kenderaan yang selalu terlibat dalam kemalangan jalan raya. Cara 3 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : siapa? Dasawarsa ini, jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat. Sesiapa sahaja boleh terlibat dalam kemalangan jalan raya. Cara 4 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : bila? Marcapada ini, jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat. Kemalangan jalan raya boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Cara 5 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : di mana? Pada era globalisasi ini, jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat. Kemalangan jalan raya boleh berlaku di mana-mana sahaja. Cara 6 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah 9

Ayat 2 : kaitkan dengan tajuk Pada era pascamerdeka ini, jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat. Terdapat pelbagai punca berlakunya kemalangan jalan raya. Cara 7 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : tidak wajar Pada era pascamerdeka ini, jumlah kemalangan jalan raya semakin meningkat. Situasi ini tidak sewajarnya berlaku kerana kemalangan jalan raya mampu mengakibatkan pelbagai impak yang negatif. Contoh soalan : langkah-langkah menyuburkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Cara 1 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : contoh Marcapada ini, amalan gaya hidup sihat kian dipraktikkan oleh masyarakat. Antara amalan gaya hidup sihat yang acap kali diamalkan oleh masyarakat ialah bersenam. Cara 2 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : contoh Marcapada ini, amalan gaya hidup sihat kian dipraktikkan oleh masyarakat. Bersenam merupakan amalan gaya hidup sihat yang acap kali diamalkan oleh masyarakat. Cara 3 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : siapa? Marcapada ini, amalan gaya hidup sihat kian dipraktikkan oleh masyarakat. Setiap individu perlu mempraktikkan amaln gaya hidup sihat. Cara 4 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : bila? Marcapada ini, amalan gaya hidup sihat kian dipraktikkan oleh masyarakat. Kita perlu mengamalkan amalan gaya hidup sihat bila-bila masa sahaja.. Cara 5 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : di mana? 10

Marcapada ini, amalan gaya hidup sihat kian dipraktikkan oleh masyarakat. Kita perlu mengamalkan amalan gaya hidup sihat walau di mana-mana sahaja kita berada.. Cara 6 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : kaitkan dengan tajuk Marcapada ini, amalan gaya hidup sihat kian dipraktikkan oleh masyarakat. Terdapat pelbagai langkah bagi menyuburkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Cara 7 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : wajar Marcapada ini, amalan gaya hidup sihat kian dipraktikkan oleh masyarakat. Situasi ini sememangnya wajar kerana amalan gaya hidup sihat amat penting untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Contoh soalan : kesan-kesan gejala vandalisme Cara 1 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : contoh Pada era globalisasi ini, gejala vandalisme semakin membarah dalam kalangan masyarakat.Antara contoh gejala vandalisme ialah merosakkan telefon awam. Cara 2 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : contoh Pada era globalisasi ini, gejala vandalisme semakin membarah dalam kalangan masyarakat.Merosakkan telefon awam merupakan antara contoh gejala vandalkisme. Cara 3 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : siapa? Pada era globalisasi ini, gejala vandalisme semakin membarah dalam kalangan masyarakat. Gejala ini sering dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. . Cara 4 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : bila?

11

Pada era globalisasi ini, gejala vandalisme semakin membarah dalam kalangan masyarakat. Individu yang tidak bertanggungjawab akan melakukan vandalisme pada bila-bila masa sahaja yang mereka suka. Cara 5 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : di mana? Pada era globalisasi ini, gejala vandalisme semakin membarah dalam kalangan masyarakat. Gejala vandalisme ini berlaku di mana-mana sahaja. Cara 6 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : kaitkan dengan tajuk Pada era globalisasi ini, gejala vandalisme semakin membarah dalam kalangan masyarakat. Terdapat pelbagai kesan gejala vandalisme. Cara 7 Ayat 1 :Fp + tajuk + jumlah Ayat 2 : tidak wajar Pada era globalisasi ini, gejala vandalisme semakin membarah dalam kalangan masyarakat. Situasi ini tidak sewajarnya berlaku kerana gejala vandalisme mampu mendatangkan pelbagai impak negatif. Contoh ayat untuk wajar/tidak wajar Wajar/tidak wajar kerana: 1. remaja/pelajar merupakan penentu hala tuju negara pada masa hadapan 2. remaja/pelajar merupakan aset negara yang tidak ternilai harganya/amat berharga 3.remaja/pelajar merupakan pemimpin masa depan 4. remaja/pelajar merupakan pewaris negara 5.membaca itu jambatan ilmu 6.amalan membaca/kitar semula/gaya hidup sihat/menghormati warga tua/menjaga kebersihan/bergotong-royong/kunjung-mengunjungi amat penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan 7.hutan/bangunan bersejarah merupakan khazanah negara yang amat berharga 8.permainan tradisional merupakan warisan negara yang amat berharga. 9. kemalangan jalan raya/penyalahgunaan dadah/salah laku/buli/ponteng sekolah/ kesesakan jalan raya/pengeksploitasian hutan/pemburuan haram/jerebu/gejala sosial/vandalisme/melepak/ merokok/keracunan makanan akan menyebabkan pelbagai impak/implikasi negatif

12

Soalan Faedah/kebaikan/manfaat/kepentingan Tajuk : Faedah membaca Cara menulis isi 1: Cara 1 1.Ayat 1 tajuk + isi Contoh: Membaca berfaedah/bermanfaat/baik/penting kerana dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Cara 2 1.Ayat 1 isi + tajuk Contoh: Dapat menambahkan ilmu pengetahuan merupakan manfaat membaca. Cara menulis isi 2: Cara 1 Ayat 1 Penanda wacana + tajuk + juga + isi Contoh: Selain itu, membaca juga berfaedah kerana dengan membaca kita dapat menambah pengalaman. Cara 2 Ayat 1 Penanda wacana + isi + juga + tajuk Contoh: Selain itu, dapat menambahkan ilmu pengetahuan juga merupakan manfaat membaca. Cara menulis isi 3: Cara 1 Ayat 1 Penanda wacana + tajuk + turut + isi Contoh: Di samping itu, membaca turut berfaedah kerana dengan membaca kita dapat menambah pengalaman. Cara 2 Ayat 1 Penanda wacana + isi + turut + tajuk Contoh: Di samping itu, dapat menambahkan ilmu pengalaman turut merupakan manfaat membaca.

13

Soalan Punca/faktor/sebab Tajuk : Punca-punca kemalangan jalan raya Cara menulis isi 1 Cara 1 Ayat 1 tajuk + isi Contoh: Kemalangan jalan raya berlaku disebabkan sikap pemandu yang cuai. Cara 2 Ayat 1 isi + tajuk Contoh: Sikap pemandu yang cuai merupakan faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Cara menulis isi 2 Cara 1 Ayat 1 Penanda wacana + tajuk+ juga + isi Contoh: Selain itu,kemalangan jalan raya juga berlaku disebabkan keadaan cuaca yang buruk. Cara 2 Ayat 1 Penanda wacana + isi +juga + tajuk Contoh: Selain itu,sikap pemandu yang cuai juga merupakan faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Cara menulis isi 3 Cara 1 Ayat 1 Penanda wacana + tajuk+ turut + isi Contoh: Di samping itu,kemalangan jalan raya turut berlaku disebabkan keadaan cuaca yang buruk. Cara 2 Ayat 1 Penanda wacana + isi +juga + tajuk Contoh: Di samping itu,sikap pemandu yang cuai turut merupakan faktor berlakunya kemalangan jalan raya.

14

Soalan Langkah/cara/kaedah/usaha Tajuk: Langkah-langkah menyuburkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat Cara menulis isi 1: Cara 1 Ayat 1 tajuk + isi Contoh : Amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat dapat disuburkan(tajuk) dengan cara ibu bapa mendidik anak-anak sejak kecil supaya mengamalkan kitar semula.(isi) Cara 2 Ayat 1 isi + tajuk Contoh : Ibu bapa seyogianya mendidik anak-anak sejak kecil supaya mengamalkan amalan kitar semula (isi)merupakan kaedah menyuburkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat.(tajuk) Cara 3 (isi) ( tajuk) Peranan ibu bapa amat dominan dalam menyuburkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat. Cara 4 Ibu bapa memainkan peranan yang amat dominan dalam menyuburkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat. * Untuk isi pertama boleh guna dominan tetapi untuk isi dua dan tiga jangan guna dominan. Cara menulis isi 2: Cara 1 Ayat 1 Penanda wacana + tajuk + isi Contoh : Selain itu,amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat juga dapat disuburkan(tajuk) dengan cara pihak sekolah menubuhkan kelab kitar semula.(isi) Cara 2 Ayat 1 Penanda wacana + isi + tajuk Contoh : Selain itu,pihak sekolah menubuhkan kelab kitar semula (isi)juga merupakan kaedah menyuburkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat.(tajuk) Cara 3 (isi) ( tajuk) Selain itu,peranan pihak sekolah juga amat penting dalam menyuburkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat. 15

Cara 4 Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang amat penting dalam menyuburkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat.

Cara menulis isi 3: Cara 1 Ayat 1 Penanda wacana + tajuk +turut + isi Contoh : Di samping itu,amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat turut dapat disuburkan(tajuk) dengan cara ibu bapa mendidik anak-anak sejak kecil supaya mengamalkan kitar semula.(isi) Cara 2 Ayat 1 Penanda wacana + isi + turut + tajuk Contoh : Di samping itu,ibu bapa seyogianya mendidik anak-anak sejak kecil supaya mengamalkan amalan kitar semula (isi) turut merupakan kaedah untuk menyuburkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat.(tajuk) Cara 3 ( tajuk) Di samping itu,peranan pihak kerajaan turut amat penting dalam menyuburkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat. Cara 4 Di samping itu, pihakkerajaan turut memainkan peranan yang amat penting dalam menyuburkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat.

16

Soalan -kesan/akibat/impak/implikasi Tajuk : Kesan merokok Cara menulis isi 1: Cara 1 Ayat 1 tajuk + isi Contoh Merokok menyebabkan perokok terdedah kepada pelbagai penyakit. Cara 2 Ayat 1 isi + tajuk Contoh: Terdedah kepada pelbagai penyakit merupakan impak merokok. Cara menulis isi 2: Cara 1 Ayat 1 Penanda wacana + tajuk +juga + isi Contoh: Selain itu, merokok juga menyebabkan perokok terdedah kepada pelbagai penyakit. Cara 2 Ayat 1 Penanda wacana + isi + juga + tajuk Contoh: Selain itu, terdedah kepada pelbagai penyakit juga merupakan impak merokok. Cara menulis isi 3: Cara 1 Ayat 1 Penanda wacana + tajuk + turut + isi Contoh: Di samping itu, merokok turut menyebabkan perokok terdedah kepada pelbagai penyakit. Cara 2 Ayat 1 Penanda wacana + isi + turut + tajuk Contoh: Di samping itu, terdedah kepada pelbagai penyakit turut merupakan impak merokok.

17

RodzlinaABSMKTT

Cara menulis kesimpulan 1. Kesimpulannya, semua pihak seyogianya/sewajarnya bekerjasama/menggembleng tenaga/berganding bahu/bahu-membahu bagai aur dengan tebing bagi (i)menyuburkan (tajuk) : a) amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat. b) amalan membaca dalam kalangan remaja/pelajar/masyarakat c) amalan bergotong-royong dalam kalangan masyarakat d) amalan gaya hidup sihat e) amalan kunjung-mengunjungi dalam kalangan rakyat Malaysia f) amalan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat (ii) menyemarakkan semangat nasionalisme dalam sanubari pelajar (iii)menjayakan bulan bahasa (iv)mengukuhkan - perpaduan/integrasi nasional -ikatan kasih sayang antara ahli keluarga (v)memartabatkan bahasa Melayu (vi)memajukan -sektor pelancongan negara -industri kraf tangan Malaysia -sektor sukan negara (vii) melestarikan alam sekitar (viii) memelihara bangunan bersejarah - khazanah alam ix) mempopularkan permainan tradisional/lagu rakyat/seni bela diri/wayang kulit 2. Kesimpulannya, semua pihak seyogianya/sewajarnya bekerjasama/menggembleng tenaga/ bahu -membahu/ berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi menangani (tajuk) a) gejala sosial dalam kalangan pelajar/remaja b) masalah buli dalam kalangan pelajar c) masalah vandalisme d) masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja/masyarakat e) isu pencemaran alam sekitar f) masalah pencemaran sungai g) masalah kesesakan jalan raya 3. Kesimpulannya, sinergi daripada pelbagai pihak amat diperlukan bagi memastikan (tajuk) dapat : (a) disuburkan (b) ditangani (c) diteguhkan 18

(d) dimajukan dll 4. Kesimpulannya, kerjasama bagai aur dan tebing perlu dipraktikkan oleh semua pihak bagi menyuburkan/menangani (tajuk)
RodzlinaABSMKTT

Jika perlu boleh tambah: 1. supaya/agar Contoh : 1. supaya gagasan wawasan 2020 dapat direalisasikan 2. agar rakyat berminda kelas pertama seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan mampu direalisasikan 3. supaya rakyat/masyarakat dapat hidup dengan lebih sejahtera 4. agar negara Malaysia mampu muncul sebagai gergasi baru ekonomi dunia 5. agar citra negara tidak tercalar 6. supaya pelajar yang berkualiti dapat dilahirkan 7. supaya nama Malaysia gah di seantero dunia 8. permainan tradisional/amalan nilai-nilai murni dll tidak luput/sirna ditelan arus kemodenan 2. kerana Contoh : 1. di atas pundak remajalah/pelajarlah tergalas segala harapan bagi merialisasikan wawasan negara. 2. rosak remaja/pelajar maka aspirasi negara akan turut punah 3. alam merupakan khazanah negara yang tidak ternilai harganya

19

RodzlinaABSMKTT

Contoh karangan B(kepentingan/faedah/kebaikan/manfaat) Tajuk : Kepentingan amalan menabung Pada era globalisasi ini, amalan menabung masih kurang diamalkan oleh masyarakat. Situasi ini tidak sewajarnya berlaku kerana amalan menabung amat penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Menjamin masa hadapan yang lebih cerah merupakan antara manfaat menabung. Hal ini demikian kerana, wang yang ditabung akan semakin meningkat saban tahun dan wang tersebut bolehlah digunakan apabila kita kesempitan wang pada hari muka. Selain itu, amalan menabung juga penting kerana dengan menabung kita tidak akan menghadapi masalah untuk melanjutkan pelajaran.Apabila kita menabung, kita boleh melanjutkan pelajaran tanpa sebarang masalah walaupun kosnya tinggi. Di samping itu, merealisasikan impian turut merupakan kepentingan menabung. Apabila wang kita tabung sudah banyak, kita bolehlah menggunakan wang tersebut untuk membeli kereta atau rumah impian kita. Kesimpulannya, semua pihak sewajarnya bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menyuburkan amalan menabung dalam kalangan masyarakat. Contoh karangan B (faktor/punca/sebab) Tajuk : Faktor-faktor berlakunya gejala vandalisme dalam kalangan remaja Dasawarsa ini, gejala vandalisme dalam kalangan remaja semakin meningkat. Terdapat pelbagai faktor berlakunya gejala vandalisme dalam kalangan remaja. Kurang perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa merupakan antara punca remaja terlibat dalam gejala sosial. Remaja yang kurang mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa akan mudah terpengaruh dengan pelbagai gejala negatif termasuklah gejala vandalisme. Selain itu, gejala vandalisme juga berlaku disebabkan kurangnya didikan agama. Akibat kurang didikan agama, remaja akan melakukan sesuatu tindakan yang menyalahi agama seperti vandalisme tanpa rasa bersalah. Di samping itu,pengaruh rakan sebaya turut merupakan faktor berlakunya gejala vandalisme dalam kalangan remaja. Apabila seseorang remaja itu berkawan dengan remaja yang melakukan vandalisme, lama-kelamaan remaja itu akan terikut-ikut dengan tingkah laku rakan-rakannya itu. Kesimpulannya, sinergi daripada semua pihak amat diperlukan bagi menangani gejala vandalisme dalam kalangan remaja.

20

RodzlinaABSMKTT

Contoh karangan B(cara/langkah/usaha/kaedah) Tajuk: Langkah-langkah menyuburkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat Marcapada ini, amalan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat semakin kurang diamalkan. Menghormati golongan tua merupakan antara nilai murni yang sewajarnya diparaktikkan oleh masyarakat. Ibu bapa memainkan peranan yang dominan dalam menyuburkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa seyogianya mendidik anak-anak mereka sedari kecil untuk mengamalkan nilai-nilai murni supaya mereka biasa dengan amalan tersebut. Selain itu, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam menyuburkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat. Pihak sekolah perlu mengadakan pelbagai aktiviti seperti minggu nilai-nilai murni bagi menyuburkan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Di samping itu, peranan kerajaan turut penting bagi menyuburkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat. Pihak kerajaan seharusnya memperluas kempen nilai-nilai murni bagi memastikan nilai-nilai murni terus subur dalam kalangan masyarakat. Kesimpulannya, penggemblengan tenaga bagai aur dengan tebing oleh pelbagai pihak amat diperlukan bagi menyuburkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat. Contoh karangan B(kesan/akibat/impak/implikasi) Tajuk : Akibat tabiat merokok Pada era pascamerdeka ini, tabiat merokok semakin meningkat dalam kalangan masyarakat. Situasi ini tidak sewajarnya berlaku kerana tabiat merokok menyebabkan pelbagai impak negatif. Terdedah oleh pelbagai penyakit berbahaya merupakan antara impak tabiat merokok. Seorang perokok berisiko tinggi untuk menghidap pelbagai penyakit berbahaya seperti kanser. Selain itu, tabiat merokok juga menyebabkan berlakunya pembaziran wang. Hal ini demikian kerana, sekarang ini perokok terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi semata-mata untuk membeli rokok lantaran harga rokok yang mahal. Di samping itu, tabiat merokok turut akan menjejaskan kesihatan ahli keluarga perokok. Manurut kajian, perokok pasif iaitu individu yang menyedut asap rokok yang dilepaskan oleh perokok lebih berisiko tinggi untuk menghidap pelbagai penyakit berbahaya berbanding perokok itu sendiri. Kesimpulannya, semua pihak seyogianya berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi mengurangkan jumlah perokok di Malaysia supaya kesihatan penduduk Malaysia akan lebih terjamin.

21

RodzlinaABSMKTT

Karangan C 1. Karangan jenis fakta/perbincangan/pendapat Cara menulis pendahuluan 1. Ayat 1 Fp + tajuk + jumlah 2. Ayat 2 wajar/tidak wajar atau (siapa/bila/di mana/contoh) 3. Ayat 3 kaitkan dengan tajuk Contoh frasa pendahuluan(Fp) 1. Marcapada ini, 2. Dasawarsa ini, 3. Pada era globalisasi ini, 4. Pada era pascamerdeka ini, 5. Pada era dunia di hujung jari ini, 6. Pada era globalisasi tanpa limitasi ini, 7. Pada era langit terbuka ini, 8. Pada era dunia tanpa sempadan ini, 9. Dalam meniti arus perdana yang kian mencabar ini, Contoh jumlah: Positif: 1.Semakin meningkat 2.Semakin diamalkan 3.Kian dipraktikkan 4.Kian diberi perhatian 5.Semakin giat dijalankan Negatif: 1. semakin meningkat 2. kian sirna/terhakis dari dalam sanubari pelajar/masyarakat 3. kian kronik/kritikal/meruncing 4. semakin kurang diamalkan 5. kian membarah dalam kalangan masyarakat 6.semakin terhakis/sirna ditelan arus modenisasi Contoh pendahuluan untuk kepentingan/faedah/manfaat/kebaikan Tajuk: kepentingan amalan bergotong-royong Pada era globalisasi ini, amalan bergotong-royong semakin sirna ditelan arus modenisasi. Situasi ini tidak sewajarnya berlaku kerana amalan bergotong-royong amat penting untuk diamalkan 22

dalam kehidupan. Rentetan itu, kepentingan-kepentingan amalan bergotong-royong sewajarnya dikenal pasti agar usaha-usaha pragmatik dapat dilakukan bagi menyuburkan amalan ini dalam sanubari masyarakat.
RodzlinaABSMKTT

Contoh pendahuluan untuk faktor/punca/sebab Tajuk: faktor-faktor berlakunya masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja Dalam meniti arus perdana yang kian mencabar ini, masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja semakin kronik. Situasi ini tidak sewajarnya berlaku kerana remaja merupakan pemimpin masa hadapan. Ekoran itu, faktor-faktor berlakunya penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja sewajarnya dikenal pasti agar usaha-usaha drastik dapat dilakukan bagi menangani isu yang kian kritikal ini sebelum nasi menjadi bubur. Contoh pendahuluan untuk langkah/cara/usaha/kaedah Tajuk: usaha-usaha untuk menangani masalah buli dalam kalangan pelajar Pada era pascamerdeka ini, masalah buli dalam kalangan pelajar semakin meningkat. Situasi ini tidak sewajarnya berlaku kerana pelajar merupakan penentu hala tuju negara pada masa hadapan. Justeru, usaha-usaha drastik seyogianya dilakukan bagi menangani isu yang kian membarah ini kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Contoh pendahuluan untuk akibat / kesan/impak/implikasi Tajuk: kesan-kesan gejala vandalisme Pada era dunia tanpa sempadan ini, gejala vandalisme semakin meningkat. Merosakkan telefon awam dan tandas awam merupakan antara contoh gejala vandalisme. Gejala vandalisme ini mampu mengakibatkan pelbagai impak yang negatif. Asas menulis kesimpulan 1. Kesimpulannya, semua pihak seyogianya bekerjasama/menggembleng tenaga/berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi menyuburkan/menangani (tajuk) . Hal ini demikian kerana, tanpa kerjasama daripada segenap lapisan masyarakat, segala usaha yang dijalankan bagi (tajuk) akan menemukan jalan buntu/menjadi ibarat menghitung bulu kambing/ibarat mencurah garam ke laut. Rentetan itu, sudah menjadi obligasi bagi setiap individu untuk bersama-sama berusaha bagi memastikan(tajuk) dapat disuburkan/ditangani

Contoh kesimpulan untuk tajuk positif: Kesimpulannya, semua pihak seyogianya bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menyuburkan amalan bergotong-royong dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, tanpa kerjasama/penggemblengan tenaga daripada segenap lapisan masyarakat, segala usaha yang dijalankan bagi menyuburkan amalan bergotong-royong dalam kalangan masyarakat akan menemukan jalan buntu.Rentetan itu, sudah menjadi obligasi bagi setiap individu untuk 23

bersama-sama berusaha bagi memastikan amalan bergotong-royong dapat disuburkan/tidak lekang dek panas,tidak lapuk dek hujan/terus diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat/tidak sirna ditelan arus kemodenan.
RodzlinaABSMKTT

Contoh kesimpulan untuk tajuk negatif: Kesimpulannya, semua pihak seyogianya berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi menangani masalah sosial kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, tanpa kerjasama/penggemblengan tenaga daripada segenap lapisan masyarakat, segala usaha yang dijalankan bagi menangani masalah sosial dalam kalangan masyarakat akan menjadi ibarat mencurah garam ke laut.Rentetan itu, sudah menjadi obligasi bagi setiap individu untuk bersama-sama berusaha bagi memastikan gejala sosial dapat ditangani/tidak terus membelenggu kehidupan masyarakat/membarah dalam kalangan masyarakat. VARIASI AYAT PERTAMA KESIMPULAN 1. Kesimpulannya, penggemblengan tenaga bagai aur dengan tebing oleh semua pihak amat diperlukan bagi menyuburkan/menangani (tajuk) 2. Kesimpulannya, sinergi daripada segenap lapisan masyarakat amat diperlukan bagi menyuburkan/menangani (tajuk) 3. Kesimpulannya, sikap bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-masing seharusnya dihindarkan oleh masyarakat bagi memastikan (tajuk) dapat disuburkan/ditangani 4. Kesimpulannya,setiap individu sewajarnya menghindari sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing bagi memastikan (tajuk) dapat disuburkan/ ditangani. 5. Kesimpulannya,setiap pihak perlu menggembleng tenaga bagi menangani (tajuk) sebelum nasi menjadi bubur. Karangan jenis surat tidak rasmi Contoh pendahuluan Menemui sahabatku/bonda/ayahanda/adinda/kakanda/nenda yang kini berada di Ipoh dengan selamatnya. Apakah khabar saudara/saudari/bonda/ayahanda/adinda/kakanda/nenda di sana? Doa dan harapan saya/adinda/kakanda/anakanda iringkan semoga saudara/saudari/ bonda/ayahanda /adinda /kakanda/nenda sihat sejahtera dan gembira selalu di samping keluarga tercinta. Untuk makluman saudara/saudari /bonda /ayahanda/adinda/kakanda/nenda, saya/adinda/kakanda/anakanda di sini sihat sejahtera. Contoh penutup surat tidak rasmi Setakat ini sahaja warkah saya,adinda/kakanda/anakanda pada kali ini. Saya/adinda/ kakanda/anakanda berharap semoga kita akan bertemu lagi dalam warkah yang lain. Akhirulkalam, 24

sambutlah salam manis semanis madu istimewa buat saudara/saudari/adinda/kakanda/ bonda /ayahanda/nenda yang jauh di mata namun dekat di hati. * tukar kata ganti nama mengikut kesesuaian tajuk
RodzlinaABSMKTT

Karangan jenis surat rasmi Contoh penutup Pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya terhadap permohonan kami ini/menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur/ menerima jemputan kami ini. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amat kami hargai. Karangan jenis laporan Contoh penutup Hasil kerjasama bagai aur dengan tebing yang diberikan oleh semua pihak/setiap ahli kelab/semua pelajar/seluruh warga sekolah, segala aktiviti yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Karangan jenis ceramah/ucapan Contoh pendahuluan Terima kasih tuan pengerusi majlis. Yang berusaha, Encik Abdul Rahsib bin Husain, penolongpenolong kanan, guru-guru seterusnya pelajar yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang ceria ini, saya amat berbesar hati kerana diberi peluang/ dijemput untuk menyampaikan ceramah/ucapan(tajuk) Cara memasukkan peribahasa. Masukkan terus dalam ayat tidak perlu pembuka atau penutup kata. Tidak perlu tulis bak kata pepatah Boleh menggunakan kata hubung yang sesuai Contoh : Setiap pelajar mampu mencapai kejayaan yang diidamkan walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ibu bapa sewajarnya menerapkan amalan nilai-nilai murni/sikap minat membaca dll dalam sanubari anak-anak sejak anak-anak masih kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

25

Ibu bapa sewajarnya menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
RodzlinaABSMKTT

Sekiranya pihak tuan dapat membawa risalah-risalah yang berkaitan, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Saudari perlu gigih berusaha bagi mencapai kejayaan kerana jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Pada mulanya saya memang berasa agak penat kerana terpaksa berlatih pada setiap pagi dan petang tetapi alah bisa tegal biasa. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Anak-anak yang sudah biasa dengan amalan nilai-nilai murni, akan terus mengaplikasikan nilainilai tersebut dalam kehidupan seharian kerana alah bisa tegal biasa. Saudari Ali merupakan seorang yang ringan tulang. Kita perlu bijak mengagihkan masa kerana masa itu emas Amalan membaca amat penting kerana membaca itu jambatan ilmu. Kita perlu berhati-hati di jalan raya kerana malang tidak berbau. Kita perlu terus berusaha tanpa mengenal erti jemu kerana yang bulat tidak akan datang bergolek, yang pipih tidak akan datang melayang. Para pelajar perlu melakukan anjakan paradigma dengan lebih menghargai masa bagi meraih kejayaan gemilang kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Kehidupan Ali dan Mak Minah ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang selepas kematian Pak Abu. Keadaan jalan raya yang bengkang-bengkok bagai ular kena palu meningkatkan risiko berlakunya kemalangan jalan raya.

Bahagian D 10 markah Masa dicadangkan 10 minit Tulis 3 isi beserta 3 huraian I isi I perenggan Jawapan bentuk esei Tidak perlu kesimpulan 26

Tidak perlu kira jumlah perkataan Mesti asingkan ayat fakta dengan ayat huraian Jika soalan bentuk perbandingan,boleh nyatakan persamaan atau perbezaan.
RodzlinaABSMKTT

27

You might also like