You are on page 1of 8

Peringkat Bayi

1~5 bulan
keluar bunyi untuk menarik perhatian orang lain Menangis 'Cooing' 'Babbling' Isyarat

8~12 bulan
Menujuk kefahaman pada perkataan yang disebut

10~15 bulan
mula menyebut perkataan pertama

18~24 bulan
mula menggunakan 2 patah perkataan

Peringkat Kanak-kanak
guna dua perkataan untuk mewakili ayat

2 Tahun

guna tiga perkataan untuk mewakili ayat

2 - 5 Tahun

boleh guna struktur ayat aktif yang mudah boleh bercerita yang difahami orang lain.

3 Tahun

boleh menggunakan percakapan khayal dan 5 perkataan untuk mewakili sesuatu ayat. boleh menulis nama sendiri

4 Tahun

5 Tahun

boleh susun kata komplek dan bercerita dengan kata sintaksis. boileh menulis semula perkataan yang diberikan. memerlukan latihan dan kemahiran otot motor halus

6 - 12 Tahun

mula menguasai kemahiran membaca. menguasai bahasa gramatis yang komplek ditambahbaik, berkembang daripada ayat aktif kepada ayat pasif. mempunyai kemahiran mengolah idea dan menterjemahkannya ke dalam bentuk tulisan menggunakan ayat dengan lebih kreatif daripada frasa muda kepada frasa komplek.

Peringkat Remaja

12 - 18 Tahun
guna ayat-ayat yang lebih kompleks. memanipulasi bahasa mempunyai keupayaan dalam menulis laporan dan membuat refleksi mecipta dialek sendiri menggunakan slanga dan jargon yang digunakan semasa berinteraksi sesama mereka

Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970)

Terkandung huraian 5 konsep yang asas

skema

adaptasi

akomodasi

asimilasi

keseimbangan

Skema (Schema)

Skema merupakan struktur mental di mana individu menyusun maklumat dan pengalaman yang diperolehi hasil daripada interaksi dengan persekitarannya.
Struktur mental berubah dan boleh disesuaikan semasa berlakunya perkembangan mental dan pembelajaran. Skema digunakan untuk mengenal pasti, memproses dan menyimpan maklumat yang mengalir masuk malah boleh diertikan sebagai kategori-kategori di mana individu mengelas dan menyimpan maklumat spesifik serta pengalaman. Skema sebagai struktur perkembangan kognitif berubah menerusi proses asimilasi dan akomodasi.

2. Adaptasi (Adaptation) dan Keseimbangan (Equilibration)

Adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait, dan saling mempengaruhi satu antara sama lain, keduaduanya menggunakan skema sebagai asas tindakan. Kehidupan individu di dalam alam sekitar, sekiranya skemanya (bentuk tingkah laku) yang sedia ada telah memadai digunakan untuk memuaskan keperluan semasa proses pengubahsuaian diri, maka individu itu tidak perlu lagi memperolehi pengalaman baru, dan memangnya, pembelajaran baru tidak akan berlaku. Dalam situasi ini, ia bermakna skemanya belum berubah, bentuk adaptasi pun belum berubah; oleh itu perhubungan dalaman dan luaran individu adalah di bawah keadaan keseimbangan.

Di dalam proses ini, keseimbangan adalah sama dengan sesuatu kuasa pengerak dalaman, iaitu di bawah konteks psikologi, adalah dikatakan sebagai motivasi pembelajaran. Piaget menghuraikan pembelajaran sebagai motivasi individu yang mengambil inisiatif sendiri untuk mengubahsuaikan pembelajaran sebagai motivasi individu yang mengambil inisiatif sendiri untuk mengubahsuai diri dalam alam sekitar, dan bukan seperti teori rangsangangerak balas yang menekankan rangsangan mengawal gerak balasnya, ataupun membawa proses pelaziman.

3. Asimilasi (Assimilation) dan Akomodasi (Accomodation)

Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman ini dengan skema-skema yang telah sedia ada. Contoh : dalam mengenal huruf, kanak-kanak mungkin akan menyatakan d sebagai b apabila diperkenalkan. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanakkanak akan cuba memadamlkan pengetahuan baru ini dengan skema lama yang telah ada. Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru. Individu akan mengubah cara pemikiran untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru. Di dalam contoh di atas, akomodasi berlaku apabila kanak-kanak dapat mengenal dan membezakan d daripada b. Menurut Piaget, mengorganisasi, mengasimilasi, dan mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu untuk mencapai keseimbangan. Individu akan terus menguji minda mereka untuk mencari keseimbangan.

You might also like