You are on page 1of 11

Anyaman

Aplikasi Seni Guru menyatakan media yang akan digunakan dalam penghasilan anyaman. Guru menunjuk cara membuat anyaman kelarai siku keluang. Langkah 1 - Guru menunjukkan contoh anyaman kelarai siku keluang. - Guru memberikan penerangan kepada murid bahan gantian yang sesuai untuk menghasilkan anyaman. Langkah 2 - Guru menunjuk cara mengukur dan memotong tapak anyaman. - Guru memotong kertas untuk dijadikan jalur sisip anyaman. Langkah 3 - Guru menunjuk cara menganyam kelarai siku keluang. - Guru menunjukkan contoh anyaman kelarai siku keluang yang telah dijadikan alas pinggan atau cawan.

BIDANG MENGENAL KRAF TRADISIONAL


Tahun Tema Bidang Modul Tajuk Masa Media : : : : : : : Alat : gunting dan pembaris Bahan : kertas warna, kertas lukisan, gam, dan kad manila Bahan Bantu Mengajar : Contoh anyaman kelarai siku keluang. 3 Alam Semula Jadi Bidang Mengenal Kraf Tradisional Anyaman Anyaman Siku Keluang 60 minit

EMK Tahun

: :

Keusahawanan, Kreativiti, dan Inovasi 3

Tema Bidang Modul Tajuk Masa Media

: : : : : :

Alam Semula Jadi Bidang Mengenal Kraf Tradisional Anyaman Anyaman Siku Keluang 60 minit

Alat

: gunting dan pembaris

Bahan : kertas warna, kertas lukisan, gam, dan kad manila Bahan Bantu Mengajar : Contoh anyaman kelarai siku keluang.

EMK

Keusahawanan, Kreativiti, dan Inovasi

STANDARD KANDUNGAN 1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu garisan, rupa, jalinan, warna, harmoni dan kontra yang terdapat pada objek alam semula jadi dan karya seni dalam penghasilan anyaman siku keluang. 2. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam penghasilan anyaman siku keluang. 3. 4. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan anyaman. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. STANDARD PEMBELAJARAN 4.1 Persepsi Estetik seni 4.1.1 Unsur seni 4.1.1.1 4.1.1.2 4.1.1.3 4.1.1.4 4.1.2 Prinsip rekaan 4.1.2.1 Harmoni - kelarai Garisan - lurus Rupa - geometri Jalinan - tampak dan sentuh Warna - primer atau sekunder atau gabungan kedua-dua warna Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami, bahasa visual yang ada pada anyaman.

4.1.2.2 4.2 Aplikasi Seni visual, 4.2.1 4.2.1.1 4.2.1.2 4.2.2 4.3 visual, karya 4.3.1 4.3.2 bahan 4.3.3 4.4 rakan visual. 4.4.1 4.4.2

Kontra - warna Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni media, serta proses dan teknik dalam penghasilan anyaman.

Mengenal dan menyatakan jenis media Alat gunting Bahan - mengkuang atau pandan atau kertas warna, dan gam

Memahami teknik yang sesuai dalam pemghasilan karya Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni media, serta proses dan teknik dalam penghasilan Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif Menghasilkan anyaman kelarai secara kreatif dengan menggunakan sebenar atau bahan gantian Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan berpandukan bahasa seni Mempamerkan karya yang dihasilkan Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan ILUSTRASI AKTIVITI

Ekspresi Kreatif

STANDARD PEMBELAJARAN Persepsi Estetik Guru menunjukkan contoh anyaman. Guru menerangkan kepada murid bahan sebenar menghasilkan anyaman.

Aplikasi Seni Guru menyatakan media yang akan digunakan dalam penghasilan anyaman. Guru menunjuk cara membuat anyaman kelarai siku keluang. Langkah 1 Guru menunjukkan contoh anyaman kelarai siku keluang. Guru memberikan penerangan kepada murid

bahan gantian yang sesuai untuk menghasilkan anyaman. Langkah 2 Guru menunjuk cara mengukur dan memotong tapak anyaman. Guru memotong kertas untuk dijadikan jalur sisip anyaman. Langkah 3 Guru menunjuk cara menganyam kelarai siku keluang. Guru menunjukkan contoh anyaman kelarai siku keluang yang telah dijadikan alas pinggan atau cawan.

Ekspresi Kreatif Murid menghasilkan anyaman berpandukan langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh guru. Murid melekatkan hasil anyaman kelarai pada kad manila untuk dijadikan alas pinggan atau cawan.

Apresiasi Seni Murid mempamerkan dan bercerita tentang hasil karya sendiri. Murid menceritakan tentang fungsi kraf anyaman dalam kehidupan harian.

Langkah 1

Langkah 2

Sediakan bahan- bahan dan alatan sebelum memulakan aktiviti anyaman siku keluang.

Gunakan pembaris untuk mengukurjalur sisip anyaman (1cm)dengan membuat garisan dengan pensel. Ulang langkah ini untuk kertas warna hitam sebagai tapak anyaman.

Bahan- bahan dan alatan yang diperlukan adalah seperti berikut: kertas warna, kad tebal, glu, pembaris, pensel, gunting, dan pisau grafik.

Langkah 3

Langkah 4

Lipatkan tapak anyaman yang telah siap dengan garisan secara simetrisupaya senang digunting. Kemudian gunakan gunting untuk menggunting garisan yang telah dilukis.

Gunting jalur sisip anyaman menggunakan gunting dengan kemas.

Langkah 5

Langkah 6

Buka tapak anyaman yang telah siap digunting.Hamparkan dan letakkannya di atas meja dengan rata. Sekarang ia sedia untuk digunakan.

Hasilkan anyaman siku keluang dengan menyisip jalur sisip anyaman ke tapak anyaman. Setiap jalur sisip anyaman mesti dibuat dengan susunan yang kemas dan rapi supaya hasilan anyaman kelihatan cantik, kemas, dan menarik.

Langkah 7

Langkah 8

Setelah menyisipkan jalur sisip anyaman ke tapak anyaman ,pastikan tiada kesilapan. Langkah seterusnya, lekatkan hujung jalur sisip anyaman pada tapak anyaman supaya ia tidak terlonggar.

Anyaman siku keluang telah siap.

Langkah 9

Langkah 10

Buat ukuran pada kad tebal (saiz sama dengan tapak anyaman)dengan pembaris untuk dijadikan bingkai hasilan anyaman siku keluang. Ukuran pada kad tebal mestilah tepat dengan hasilan anyaman yang telah siap.

Gunakan pisau grafik untuk memotong bahagian dalam kad tebal tersebut dengan teliti. Perhatian keselamatan penggunaan pisau grafik harus diutamakan.

Langkah 11

Langkah 12

Setelah memotong bentuk empat segi pada bahagian dalam kad tebal tersebut, keluarkan kad di bahagian tengah, bingkai tersebut sudah terhasil.

Gunakan pisau grafik dan pembaris untuk memotong garisan di atas permukaan bingkai dijadikan corak supaya bingkai tersebut lebih menarik.

Langkah 13

Langkah 14

Keluarkan satu lapisan kertas pada kad tebal yang telah dipotong untuk dijadikan corak jalur yang lebih menarik pada permukaan bingkai.

Bingkai anyaman telah dihasilkan.

Langkah 15

Langkah 16

Hiaskan hasil anyaman siku keluang dengan bingkai. Kenalpastikan kedudukan hasilan anyaman itu seimbang sebelum melekatkan bingkai di atas hasilan anyaman siku keluang.

Anyaman siku keluang yang telah siap dibingkai sekarang boleh dipamerkan.

You might also like