You are on page 1of 2

PROGRAM SEMINAR KEIBUBAPAAN TAHUN 2010 SMK PALONG TIMUR LAPORAN AKTIVITI Nama Program Tarikh Masa Tempat

: Program Seminar Keibubapaan : 24 April 2010 : 10.30 pagi hingga 1.30 petang : SMK Palong Timur

Objektif Program i. ii. iii. iv. v.

Menyediakan diri pelajar yang lemah untuk lulus peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Melengkapkan diri ibubapa agar berperanan membentuk anak yang lemah ke arah peningkatan usaha serta semangat tinggi untuk mencipta kejayaan. Persediaan dan pendedahan kepada ibubapa dalam menyokong anak-anak yang berkebolehan untuk lulus peperiksaan. Menyedarkan ibu bapa pelajar akan kepentingan hadir ke sekolah. Menyedarkan ibubapa akan kesan buruk gejala ponteng kepada pelajar.

Kumpulan Sasaran : 1. Pelajar Ponteng Dan Bermasalah 2. Ibu bapa pelajar SMK Palong Timur % Kehadiran % Kehadiran Ibubapa : 60%

Laporan Perjalanan Program 1. Kekuatan

Ceramah keibubapaan mendapat respon yang sangat baik daripada ibubapa pelajar. Penceramah jemputan berjaya menarik perhatian ibubapa pelajar untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap ceramah yang disampaikan Program ini adalah kerjasama Adun Buloh Kasap, PPD Segamat, PIBG, SMK Palong Timur Dan Kompleks Felda Palong Timur Guru-guru memberikan kerjasama yang baik. Pihak Kompleks Felda Palong Timur memberikan kejasama yang baik. 2. Kekurangan Ada ibubapa pelajar yang datang terlalu awal ke sekolah walaupun telah dinyatakan di dalam surat jemputan masa yang telah ditetapkan untuk hadir. 3. Perkara yang perlu diperbaiki Kesedaran dalam diri ibu bapa pelajar dalam menjayakan program sekolah dalam meningkatkan disiplin dan akademik pelajar. Setiap AJK harus peka terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan dan yang sepatutnya dilakukan bagi memastikan program berjalan dengan lebih lancar. 3. Cabaran dalam menjalankan program Peratus kehadiran ibubapa/penjaga pelajar kurang memuaskan. 4. Program Seminar Keibubapaan dapat dijalankan dan berakhir sebagaimana dirancang.

Laporan disediakan oleh : .. (WAN AISHAH BINTI WAN NGAH) Guru Bimbingan Dan Kaunseling, SMK Palong Timur, Segamat, Johor.

You might also like