You are on page 1of 8

KERTAS KERJA HARI SUKANEKA PROGRAM SUKAN PENDIDIKAN KHAS BAGI MURID PENDIDIKAN KHAS HARAPAN SK BANDAR MERSING

TEMPAT TARIKH ANJURAN

: : :

PADANG SK.BANDAR MERSING 09 NOVEMBER 2012 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SK BANDAR MERSING

HARI SUKANEKA PK HARAPAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS SEK. KEB. BANDAR MERSING 2012 1. PENDAHULUAN Program Hari sukaneka ini memberi pendedahan kepada murid tentang aktiviti bersukan. Dimana program ini dapat mendidik mereka untuk bergaul dan bermesra bersama rakan sekelas. Mendidik mereka agar dapat bekerjasama antara satu sama lain. Program sukan juga menggalakkan mereka menjalani terapi psikomotor halus dan psikomotor kasar. Melalui aktiviti bersukan semua murid dapat menjalani aktiviti beriadah yang dapat menyihatkan badan. Murid Pendidikan Khas SKBM terdiri daripada mereka yang mengalami masalah pembelajaran, Autisme, ADHD, Lewat Perkembangan. membentuk proses sosialisasi antara mereka. 2. RASIONAL Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada muridmurid pendidikan khas menjalani terapi serta mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan bersukan. Program ini diharap dapat membentuk keyakinan serta sikap positif di dalam diri murid. 3. TUJUAN / MATLAMAT 3.1 Pelajar-pelajar akan mendapat menggerakkan lokomotor dan bukan lokomotor. 3.2 Dapat mengenal tempat-tempat yang menarik di sekitar Mersing. 3.3 Pelajar dapat beriadah dan menjalani rekreasi. Dengan menjalankan aktiviti bersukan , mereka dapat menjalani aktiviti dengan lebih teratur. Program ini juga

3.4 Pelajar dapat membuat pergerakan psikomotor kasar dan psikomotor halus. 4. OBJEKTIF Adalah diharapkan selepas program sukaneka ini, pelajar-pelajar akan 4.1 Mendapat pendedahan terhadap aktiviti bersukan. 4.2 Berkeyakinan memperlihatkan kemampuan diri dan sekaligus meningkatkan semangat jati diri dalam berkomunikasi dengan orang lain semasa program ini berjalan. 4.3 Memberi kesedaran dan menanamkan semangat kepentingan bersenam. 4.4 Dapat menggunakan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi semasa bersukan dalam kehidupan seharian mereka iaitu mempraktikkan senaman tersebut untuk kegiatan harian. 4.5 Menerapkan semangat bekerjasama antara satu sama lain.

5. ANJURAN 5.1 Program Pendidikan Khas, SK Bandar Mersing 5.2 Permaufakatan Ibu Bapa Guru Pendidikan Khas, SKBM

6. JANGKA MASA 6.1 Sukaneka ini akan diadakan pada: Hari Tarikh : Jumaat : 09 November 2012

7. TEMPAT 7.1 Padang Sk. Bandar Mersing 8. PESERTA: Murid-murid Pembantu Pengurusan Murid 9. GURU PENGIRING: 5 Orang - 20 Orang - 2Orang

10. JADUAL ATURCARA: (Sila lihat Lampiran A) 11. STRATEGI PERLAKSANAAN 11.1 Mengemukakan cadangan kertas kerja 11.2 Berbincang dengan PIBG Pendidikan Khas Harapan 11.3 Berbincang dengan Guru Besar atau GPK HEM, GPK Ko-ku 11.4 Mengedarkan surat-surat tertentu kepada pihak terbabit. 11.5 Menyerahkan surat kebenaran ibu bapa / penjaga 11.6 Pelaksanaan aktiviti mengikut jadual 11.7 Membuat laporan aktiviti

12. PERBELANJAAN a) Hadiah b) Makanan c) Belanja Pelbagai JUMLAH RM 200.00 RM 200.00 RM 300.00 RM 700.00

14. ORGANISASI PROGRAM Penaung : En. Rafie Bin Md. Dali Guru Besar SKBM Penasihat : Pn. Asiyah bt. Hj. Duan Guru Penolong Kanan HEM Pengerusi : Puan Norhazani Binti Hashim Penyelaras Prog. Pendidikan Khas Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK : Cik Norhidayah bt Selahhudin : Puan Ina Saraswati Binti Sahir : Cik Naimah Hanim bt Mohd Rosli : YM Ungku Farouk Bin Ungku Ibrahim En. Mohd Norman Bin Mohd Noh Puan Mastiah Binti Mohamad

15. PENUTUP : Program Sukaneka ini akan dapat memberi banyak manfaat dan pengalaman berharga kepada murid Pendidikan Khas SK Bandar Mersing. Melalui program inilah, secara tidak langsung ia memberi impak yang berguna dan menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman secara langsung selain daripada pembelajaran di dalam bilik darjah. Semoga aktiviti sukaneka ini akan memberi seribu satu manfaat dan perubahan yang besar kepada semua pihak dan sekaligus dapat merealisasikan segala matlamat dan objektif yang telah direncanakan dengan jayanya.

Di sediakan Oleh : .......................................... PN. INA SARASWATI BINTI SAHIR Setiausaha Program Pendidikan Khas SK Bandar Mersing, Johor

Disemak Oleh : ................................................ PN. NORHAZANI BINTI HASHIM Penyelaras Program Pendidikan Khas SK Bandar Mersing, Johor

Diluluskan Oleh : ......................................... EN. RAFIE BIN MD. DALI Guru Besar SK. Bandar Mersing, Mersing, Johor.

LAMPIRAN 1

TETATIF PROGRAM SUKANEKA MASA 7.3O pagi 8.30 pagi 9.00 pagi 11.00 pagi ATUR CARA Berkumpul disekolah Bergerak ke Padang Permainan sukaneka Penyampaian Hadiah dan Bersurai

You might also like