Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
0Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Taksonomi Bloom - Perubahan Yang Diperlukan Oleh Dr. Kamaruzaman Moidunny

Taksonomi Bloom - Perubahan Yang Diperlukan Oleh Dr. Kamaruzaman Moidunny

Ratings: (0)|Views: 83|Likes:
Published by Tiffany Branch

More info:

Published by: Tiffany Branch on Aug 21, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See More
See less

08/21/2013

pdf

text

original

 
Taksonomi Bloom
2012
Muka surat | 1
Taksonomi Bloom: Perubahan Yang Diperlukan?
Kamaruzaman Moidunny, PhD
 Institut Aminuddin BakiSri Layang, Genting Highlands
Pengenalan
Bermula pada tahun 1948, di Boston, Amerika Syarikat, sekumpulan ahli psikologi telah berbincang tentang kesulitan melaksanakan penilaian dalam pendidikan. Hal ini disebabkanoleh tiadanya rangka rujukan yang dipersetujui bersama semasa menilai aspek-aspek yangterdapat dalam bidang tersebut.Dalam hal yang berkaitan, proses pembentukan ujiandilihat sebagai satu pelan induk yang akan menjelaskan kandungan, pengalaman manusiaatau aspek kendiri orang yang dinilai. Tambahan pula, objektif pendidikan seringkalidinyatakan sebagai ungkapan yang menjemukan dan
klise
yang tidak bermakna. Ungkapanseperti ’berfikir’ atau ’menyelesaikan masalah’ seringkali mempunyai definisi yang pelbagai serta kabur menyebabkan berlaku ketidakseragaman dalam menyediakan pengalaman pembelajaran dan instumen penilaian kepada murid yang terlibat. Mereka juga berpendapat bahawa objektif pendidikan perlu diubah agar lebih jelas dan bermakna.Objektif pendidikan boleh didefinisikan sebagai istilah yang memperihalkanmatlamat terhadap proses pendidikan iaitu hasil pembelajaran yang disebabkan oleh aktivitiinstruksional (pengajaran). Objektif-objektif ini pula seringkali dipanggil standard oleh pakar-pakar pendidikan dalam menetapkan hala tuju sesebuah organisasi pendidikan.Sehubungan dengan perbahasan ahli-ahli psikologi pendidikan di Amerika Syarikattersebut, maka muncullah tiga domainpembahagian objektif pendidikan iaitu kognitif,afektif dan psikomotor.Objektif domainkognitif merupakan objektif yang berubah-ubahdaripada mengingati semula bahan yang telah dipelajari sehinggalah mensintesis bahan baru dengan cara yang kreatif dan asli. Objektif domainafektif pula memfokuskan perasaan atau emosi. Minat,sikap, apresiasi, nilai dan emosi merupakan contoh elemenyang terdapat dalam domain afektif ini. Objektif domainpsikomotor pula menekankankemahiran otot dalam mengendalikan objek atau tindakan yang memerlukan koordinasiotot. Ahli psikologi juga berpendapat bahawa tidak ada satu objektif pendidikanpun yangmempunyai hanya satu jenis domain khusus. Sebagai contohnya, jika kita menguji objektif kognitif, di dalamnya juga terdapat elemen afektif dan elemen psikomotor. Jika kitaArahan:1.Baca artikel ‘Taksonomi Bloom: Perubahan Yang Diperlukan?’ ini dan jawab lima(5) soalan Uji Minda di bahagian akhir artikel.2.Anda dinasihatkan membaca artikel ini sebanyak tiga kali sebelum menjawabsoalan Uji Minda.3.Masa yang diperuntukkan untuk anda melakukan aktiviti ini adalah selama satu (1) jam.
 
Taksonomi Bloom
2012
Muka surat | 2menguji domain psikomotor, elemen kognitif dan afektif juga akan wujud bersama penilaian tersebut. Pengwujudan ketiga-tiga domain ini hanya untuk memudahkan ahli psikologi memberikan penekanan terhadap domain yang paling dominan dalam sesuatu penilaian.Kebanyakan objektif pendidikan di peringkat sekolah, institusi perguruan danuniversiti menekankan kepada konsep pengukuran, pengujian, pentaksiran dan penilaianterhadap murid atau pelajarnya. Dalam hal ini, kebiasaannya peperiksaan digunakan untuk menentukan tahap penguasaan kemahiran mereka selepas belajar sesuatu kandungan mata pelajaran yang khusus. Dengan itu, objektif bagi domain kognitif menjadi suatu keutamaankepada organisasi pendidikan dalam mengukur kemahiran yang diperoleh oleh murid atau pelajarnya. Objektif ini didefiniskan, disertakan dengan tingkah laku yang perlu dikuasaioleh murid dan juga mengandungi instrumen penilaian.
Taksonomi Bloom
Taksonomi bermaksud satu set pengelasan yang disusun dan disesuaikan atas dasar yangkonsisten(Bloom, 1964). Dalam perkataan lain, taksonomi merupakan sistem pengelasanobjektif pendidikan yang merupakan set yang didefinisikan dengan seberapa tepatyangmungkinserta disusun daripada konsep yang ringkas kepada yang kompleks. Susunandaripada objektif pendidikan yang konkrit kepada yang abstrak menyediakan satu rangka bagi kategori matlamat pendidikan; yang akan memudahkan guru untuk menentukan tahap penguasaan murid mereka.Taksonomi perlu diuji agar selaras dengan bukti secarateoritikal dan empirikal. Dalam bidang pendidikan, pengelasan dalam aspek objektif  pendidikan adalah perlu dalam usaha membantu membincangkan penilaian dengan lebihtepat lagi. Soalan-soalan seperti: Apakah murid benar-benar tahu?, Adakah murid benar- benar faham? Adakah mereka mampu menghitung jumlah sesuatu masalah matematik?;seringkali kita anggap mempunyai pengelasanyang sama. Jika kita teliti lebih lanjut,terdapat perbezaan antara murid yang benar-benar tahu, benar-benarfaham dan yang bolehmenghitung jumlah. Oleh itu, pengwujudan satu sistem pengelasan standard (taksonomi)akan memudahkan guru dan pensyarah mendefinisikan istilah objektif pendidikan agar dapat difahami oleh mereka semua. Taksonomi seharusnya menjadi sumber bantuanterhadap perkembangan kurikulum dan instrumen penilaian. Perspektif mengenai penekanan kepada tingkah laku murid yang tertentu (Contohnya: kebolehan menghitung)akibat daripada penglibatan dalam sesi pengajaran, dapat dikenal pasti oleh guru. Oleh ituguru akan dapat mengelompokkan matlamat sesuatu pengajaran ke dalam kategori yangspesifik. Dengan itu, pengalaman pembelajaran dan instumen penilaian dapat digubaldengan lebih mudah kerana matlamat pendidikan diketahui dengan jelas oleh guru.Pada tahun 1959, BenjaminS. Bloom telah menyunting sebuah buku berjudul
Taxonomy of Educational Objectives Book 1 –Cognitive Domain
yang mencadangkan pengelasan objektif domain kognitif kepada enam komponen. Enam komponen ini adalah pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Enam komponen inidisusun berdasarkan hirarki daripada yang mudah kepada yang susah dan lebih dikenalisebagai Taksonomi Bloom.Komponen pengetahuan melibatkan murid mengingat kembali perkara khusus danuniversal, mengingat semula kaedah dan proses atau mengingat semula sesuatu corak struktur atau latar belakang. Komponen kefahaman melibatkan murid menggunakan bahanyang dikomunikasikan tanpa perlu menghubungkannya dengan bahan lain. Hal ini tercapai
 
Taksonomi Bloom
2012
Muka surat | 3apabilamurid mampu membuat terjemahan, penafsiran dan ekstrapolasi apa yang dipelajarioleh mereka. Komponen aplikasi pula melibatkan murid menggunakan apa yang telahdipelajari dalam satu situasi baru yang khusus dan konkrit. Sementara komponen analisis pula melibatkan pemecahan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagian kecil agar  persamaan dan perbezaan dapat menghuraikan dengan memberikan penyelesaian terhadapmasalah yang dihadapi. Manakala komponen sintesis memungkin murid untuk menggabungkan unsur atau bahansupaya membentuk satu keseluruhan atau kesimpulan.Dengan ini satu pola atau struktur akan terbentuk akibat daripada unsur atau bahan yangdigabungkan. Komponen terakhir adalah penilaian di mana murid akan menggunakan pertimbangan kualitatif dan/atau kuantitatif mengenai nilai bahan dan kaedah spesifik untuk sesuatu kriteria yang telah ditetapkan.
Taksonomi Yang DiUbah Suai
Pada bulan November,1996Lorin Anderson yang merupakan bekas anak murid Bloom bersama David Krathwohl telah mengetuai usaha untuk mengemaskinikan TaksonomiBloom. Usaha ini didasarkan dengan harapan agar dapat menambahbaik taksonomi inisesuai dengan peredaran masa dan abad ke-21. Ahli-ahlinya adalah terdiri daripada pakar  psikologi kognitif,pakarteori kurikulum, pemimpin pendidikanserta pakarpengujian dan pentaksiran. Usaha ini telah berlangsung selama enam tahun. Akhirnyapada tahun 2001,mereka telah menerbitkan hasil penyelidikan yang mengutarakan perubahan dalam tigakategori iaitu istilah, struktur dan penekanan(Forehand, 2004).Rajah 1(a) dan 1(b)di bawah ini menunjukkan perbezaan tersebut.
Perubahan Istilah
Rajah 1(a)menunjukkan taksonomi yang lama dan Rajah 1(b)pula mengemukakantaksonomi bagi versi yang disemak semula. Perubahan yang paling ketara adalah terhadapistilah yang digunakan iaitu daripada kata nama (pengetahuan, kefahaman, aplikasi,analisis, sintesis dan penilaian) kepada kata kerja iaitu mengingat, memahami,mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Perubahan ini adalah berdasarkan
i
MenilaiMenganalisisMengaplikasiMemahamiMengingat
Mencipta
i
Sintesis
AnalisisAplikasiKefahamanPengetahuan
Penilaian
Rajah 1(a): Versi LamaRajah 1(b): Versi Disemak Semula
 HOTS  LOTS 

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->