You are on page 1of 20

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


DOKUMEN STANDARD PRESTASI PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 2

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN PendidikanFALSAFAH di Malaysia adalah satu KEBANGSAAN usaha berterusan ke arah PENDIDIKAN memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dibina sebagai panduan untuk guru menambah baik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid mengetahui dan menguasai perkara yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian sebagaimana yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Dokumen ini diharapkan dapat memberikan maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembinaan modal insan yang berteraskan pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

TAFSIRAN
o o o Band ialah label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki bagi tujuan pelaporan individu. Standard ialah pernyataan tentang sesuatu domain yang merujuk tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberikan gambaran holistik tentang individu. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur merujuk standard dan menunjukkan kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan secara menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih petunjuk prestasi menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul untuk menggambarkan penguasaan hasil pembelajaran. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan perkara yang diketahui dan dikuasai oleh murid berdasarkan standard yang dapat ditaksir dan dicapai. Evidens : Murid Instrumen o Pernyataan yang menerangkan cara-cara murid melaksanakan perkara yang diketahui dan dikuasai berdasarkan deskriptor. Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti penulisan, laporan, foto, grafik, artifak, dan lain-lain.

o o

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain .

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

KERANGKA STANDARD PRESTASI


BAND 1 2 3 4 5 6 Tahu Tahu dan Faham Tahu, Faham dan Boleh Buat Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali STANDARD

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

TAFSIRAN BAND
BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons kepada perkara yang asas. Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran dalam satu-satu situasi. Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

TAHU

TAHU DAN FAHAM

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dalam situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

MATLAMAT KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada muri d tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

OBJEKTIF KURIKULUM SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Objektif Pengetahuan
i. ii. iii. iv. v.
vi.

Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang sejahtera. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif dinamik dan patriotik. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

Objektif Kemahiran
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi.

Objektif Nilai
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warganegara yang bertanggungjawab. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat.

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

BAND
1 2 3 4

PERNYATAAN STANDARD
Mengetahui asas identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan. Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan. Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan serta boleh melaksanakan kemahiran sivik dengan baik. Mengetahui, memahami dan mengamalkan kemahiran sivik dengan dedikasi ke arah membentuk warganegara yang berakhlak mulia bertanggungjawab, patriotik dan bersatu padu. Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten ke arah melahirkan warganegara yang bersikap positif, bertanggungjawab, berupaya menyelesaikan masalah dan bersedia menghadapi cabaran. Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten sebagai warganegara yang, berakhlak mulia, prihatin, berwawasan, bertanggungjawab, patriotik dan bersedia menyumbang ke arah pembangunan diri, masyarakat dan negara serta boleh diteladani.

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

BAND
1 Tahu

PERNYATAAN STANDARD
B1 Mengetahui asas identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan.

DESKRIPTOR
B1D1 Mengetahui aspek kecemerlangan diri.

EVIDENS
B1D1E1 Menyatakan empat aspek kecemerlangan diri. Pendidikan Perwatakan kemahiran berkomunikasi kemahiran membuat refleksi B1D2E1 Menyatakan cara-cara untuk mencapai perpaduan dalam keluarga. - berkongsi suka duka - sambutan hari khas keluarga - saling menghormati - aktiviti keluarga B1D3E1 Menyatakan hak orang lain yang perlu dihormati. latar belakang kebolehan dan bakat pendapat B1D4E1 Menyatakan jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia. muzik alat muzik tarian seni bina lukisan permainan tradisional kraftangan

B1D2 Mengetahui cara-cara untuk mencapai perpaduan dalam keluarga.

B1D3 Mengetahui hak orang lain yang perlu dihormati.

B1D4 Mengetahui jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia.

10

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

B1D5 Mengetahui sistem pemerintahan di Malaysia.

B1D5E1 Menyatakan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. - Pilihanraya - Parlimen - DUN B1D6E1 Menyatakan ciri-ciri jentera pentadbiran yang stabil dan berkesan. - bijaksana - berwawasan - telus - amanah

B1D6 Mengetahui ciri-ciri jentera pentadbiran negara yang stabil dan berkesan.

11

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

BAND
2 Tahu dan Faham

PERNYATAAN STANDARD
B2

DESKRIPTOR

EVIDENS
B2D1E1 Menyenaraikan ciri-ciri perwatakan yang terpuji. - rajin - baik hati - hormat menghormat B2D2E1 Menyenaraikan aktiviti yang mengeratkan hubungan antara anggota keluarga. - gotong-royong - sambutan hari khas (hari bapa,hari ibu, hari jadi, ulang tahun perkahwinan) - sambutan perayaan kaum dan keagamaan - majlis perkahwinan - aktiviti kekeluargaan ( berkelah, melancong, membeli-belah) B2D3E1 Menyenaraikan kepentingan menghormati latar belakang, kebolehan dan bakat serta pendapat orang lain. B2D4E1 Menyenaraikan contoh muzik, tarian, dan kraftangan mengikut kaum di Malaysia. B2D5E1 Menyenaraikan proses pilihanraya di Malaysia.

B2D1 Mengetahui dan memahami ciri-ciri Mengetahui dan memahami kecemerlangan diri dalam aspek identiti diri, keluarga, masyarakat, perwatakan. budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan. B2D2 Mengetahui dan memahami cara-cara untuk mencapai perpaduan dalam keluarga.

B2D3 Mengetahui dan memahami kepentingan menghormati hak orang lain. B2D4 Mengetahui dan memahami jenis warisan kesenian mengikut kaum di Malaysia. B2D5 Mengetahui dan memahami sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.

12

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

B2D6 Mengetahui dan memahami prinsip kerajaan yang telus dan amanah.

B2D6E1 Menyatakan prinsip kerajaan yang telus dan amanah. - bebas rasuah - berintegriti - sistem perundangan yang mantap - berjaya mengekang segala bentuk jenayah - pendapatan negara diagihkan dengan betul - mengurangkan birokrasi

13

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

BAND
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

PERNYATAAN STANDARD
B3

DESKRIPTOR
B3D1 Berinteraksi dengan cara yang baik.

EVIDENS
B3D1E1 Berkomunikasi secara berhemah dalam kalangan warga sekolah. - sopan santun - lemah lembut - beradab B3D2E1 Menghuraikan kepentingan perpaduan dalam keluarga. - mengelakkan konflik - memupuk budaya penyayang - bekerjasama B3D3E1 Mengenal pasti perbezaan latar belakang antara rakan sebaya. - keturunan - bahasa pertuturan - tempat tinggal - orientasi makanan B3D4E1 Mengumpul dan mempamerkan maklumat tentang jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia.

Mengetahui dan memahami identiti diri, keluarga, masyarakat, budaya, kewarganegaraan dan cabaran masa depan serta boleh melaksanakan kemahiran sivik dengan baik. B3D2 Mengenal pasti kepentingan perpaduan dalam keluarga.

B3D3 Menghormati perbezaan antara individu.

B3D4 Menghargai kepelbagaian warisan kesenian dalam pembentukan budaya Malaysia. B3D5 Memahami peranan dan tanggungjawab warganegara dalam kerajaan demokrasi.

B3D5E1 Mengenal pasti peranan dan tanggungjawab sebagai warganegara.

14

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

B3D6 Mengenal pasti inisiatif kerajaan untuk mewujudkan pentadbiran yang berkesan.

B3D6E1 Menyenaraikan usaha kerajaan untuk mewujudkan pentadbiran yang berkesan. - SPRM - Akujanji - Piagam Pelanggan - NKRA - Program Transformasi Kerajaan - Gagasan 1Malaysia

15

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

BAND
4 Tahu, Faham, Boleh Buat Dengan Beradab

PERNYATAAN STANDARD B4
B4D1

DESKRIPTOR
B4D1E1

EVIDENS

Mengetahui, memahami dan Membuat refleksi untuk mengamalkan kemahiran sivik mengembangkan potensi diri. dengan dedikasi ke arah membentuk warganegara yang berakhlak mulia bertanggungjawab, patriotik dan B4D2 bersatu padu. Memberi sokongan kepada anggota keluarga dalam situasi suka dan duka. B4D3 Menghargai peranan agensi yang membantu menjaga kesejahteraan masyarakat. B4D4 Menerima dan menghormati warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia.

Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri. - soal selidik - SWOT B4D2E1 Berupaya menyelesaikan konflik berdasarkan situasi yang diberi. B4D3E1 Mendapat dan mempamerkan maklumat mengenai agensi yang membantu menjaga kesejahteraan masyarakat. B4D4E1 Melibatkan diri dalam aktiviti warisan kesenian pelbagai kaum di peringkat sekolah. - pertandingan / permainan / pameran/pertunjukan / kraftangan B4D5E1 Menghasilkan karya yang menunjukkan sikap berterima kasih kepada negara. B4D6E1 Menjelaskan tujuan penubuhan ASEAN.

B4D5 Menghargai peranan kerajaan dalam pembangunan negara. B4D6 Mengenal pasti kepentingan mengekalkan keamanan serantau.

16

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

BAND
5 Tahu, Faham, Boleh Buat Dengan Beradab Terpuji B5

PERNYATAAN STANDARD
B5D1

DESKRIPTOR
B5D1E1

EVIDENS

Mengaplikasi pengetahuan serta mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten ke arah melahirkan warganegara yang bersikap positif, bertanggungjawab, berupaya menyelesaikan masalah dan bersedia menghadapi cabaran

Mengamalkan sikap bertanggungjawab terhadap diri.

Menunjukkan sikap bertanggungjawab untuk mencapai kecemerlangan diri dalam aspek disiplin, akademik dan sahsiah. B5D2E1 Merancang satu aktiviti bersama keluarga. - berkelah - melancong - membeli-belah B5D3E1 Memberi komitmen dalam aktiviti kemasyarakatan di peringkat sekolah. - khidmat masyarakat PSK - kitar semula - gotong royong B5D4E1 Mewakili sekolah dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kesenian di pelbagai peringkat. B5D5E1 Melibatkan diri dalam sambutan hari kebesaran negara di peringkat sekolah. - Hari Pembentukan Malaysia - Hari Kebangsaan - Bulan Patriotisme

B5D2 Menunjukkan cara untuk mencapai perpaduan dalam keluarga.

B5D3 Menyokong pelbagai usaha ke arah meningkatkan semangat kekitaan.

B5D4 Berusaha mengekalkan warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia. B5D5 Berbangga menjadi warganegara Malaysia.

17

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

B5D6 Menghargai kerjasama Malaysia di peringkat antarabangsa dalam mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia.

B5D6E1 Mencari maklumat mengenai penglibatan Malaysia dalam pertubuhan dunia.

18

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

BAND
6 Tahu, Faham, Boleh Buat Dengan Beradab Mithali B6

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

EVIDENS
B6D1E1 Menyertai aktiviti ko-akademik dalam pelbagai peringkat . - Choral Speaking (Bicara Berirama) - Syarahan/Bahas/Pidato - Kuiz / Nasyid / MTQ - Anugerah Nilam B6D2E1 Menunjukkan cara sambutan hari khas bersama keluarga. - sketsa - lakonan - simulasi - bercerita B6D3E1 Melibatkan diri dalam kegiatan sukarelawan di peringkat luar sekolah. B6D4E1 Melibatkan diri dalam aktiviti warisan kesenian pelbagai kaum anjuran agensi kerajaan atau bukan kerajaan. B6D5E1 Melibatkan diri dalam sambutan hari kebesaran negara peringkat daerah, negeri. dan kebangsaan - Hari keputeraan - Hari pertabalan - Hari kebangsaan

B6D1 Mengamalkan budaya ilmu untuk Mengaplikasi pengetahuan serta kemajuan diri. mengamalkan kemahiran dan nilai sivik secara konsisten sebagai warganegara yang, berakhlak mulia, prihatin, berwawasan, bertanggungjawab, patriotik dan bersedia menyumbang ke arah pembangunan diri, masyarakat B6D2 dan negara serta boleh diteladani. Mengamalkan sikap bertanggungjawab sebagai anggota keluarga.

B6D3 Prihatin terhadap isu dan masalah yang berkaitan kesejahteraan masyarakat. B6D4 Berbangga dengan kekayaan warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia. B6D5 Memberi sumbangan kepada negara.

19

DSP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 2 Februari 2013

B6D6 Berbangga dengan peranan Malaysia di peringkat antarabangsa untuk mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia.

B6D6E1 Menghuraikan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan dunia.

Catatan: Simbol Jawapan pelajar adalah terhad mengikut apa yang tertulis dalam DSP. Pelajar boleh mengemukakan jawapan dan cadangan aktiviti yang selain dari apa yang tertulis dalam DSP.

20

You might also like