You are on page 1of 1

Mutiara Kata

Negara kita ini unik. Tidak ada 'isme' yang boleh diimport dari luar negeri. Kita kenalah tadbirkan sendiri Semangat Kebangsaan hendaklah dijadikan baja bagi menyuburkan kemerdekaan yang kita capai.

...Hari Merdeka ialah hari Kebangsaan kita. Marilah kita membanggakan negara kita dan sentiasa berjaga -jaga supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman Kebangsaan yang sempit. Jika fahaman yang sempit itu dibiarkan, maka sifat bertolak ansur dan tali persahabatan kita dengan negeri- negeri lain yang bebas akan terkecewa. Dengan yang demikian maka terganggulah keamanan dan ketenteraman dunia.... Kita hendaklah mempunyai keyakinan kepada sains dan teknologi moden tanpa membelakangkan kewajipan- kewajipan kita sebagai manusia yang beriman.

Di zaman kursus kilat dan massa komunikasi moden, kebanyakan orang ramai, istimewa pemuda pemudi tidak begitu pandai menghiburkan diri sendiri dengan membaca buku. Tambahan lagi, di zaman ini orang sentiasa mencari jalan pendek untuk pandai. Sebenarnya, tamadun manusia di beberapa zaman dan di beberapa benua membuktikan bahawa kita hanya boleh mendapat pengetahuan dengan selalu membaca serta berfikir panjang dalam jangka masa yang lama. Tiada kursus kilat untuk menjadikan seseorang itu waras serta cerdik sekelip mata..

You might also like