You are on page 1of 42

MENINGKATKAN PENGURUSAN KENDIRI BAGI TEMA SAYANGI DIRI TAHUN 4 MENGGUNAKAN SET KEJUJURAN SOLAT SAYA (SKSS)

AHMAD NOOR MUHAIMI BIN NOOR LEY

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL

OKTOBER 2013

1.0 PENDAHULUAN

Pengajian Sosial merupakan sesuatu bidang yang tidak lagi asing di dalam negara ini. Menjadi salah satu pengkhususan yang digubal bagi Kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sekolah Rendah, sukatan pelajaran Pengajian Sosial banyak terdiri daripada bidang Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. Menurut perincian kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) kursus major pengajian sosial, terdapat 15 kursus yang ditawarkan (IPG KSM, t.t.). Kursus-kursus ini merangkumi komponen disiplin ilmu Sejarah, Sains Politik, Sosiologi, Ekonomi dan Geografi.

Menurut J.F. Forrester (1982), bidang Pengajian Sosial merangkumi Sains Kemanusiaan dan Kemasyarakatan yang mengkaji pola interaksi manusia dalam pelbagai budaya. Hal ini menuntut integrasi antara pelbagai disiplin-disiplin ilmu memandangkan pengajian ini berkait rapat dengan kehidupan manusia sejagat. Melalui ilmu-ilmu yang diperolehi inilah para pendidik yang memiliki major Pengajian Sosial diamanahkan untuk mengajar matapelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

Kajian Tempatan (KT) dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) merupakan dua matapelajaran teras yang diajarkan di sekolah rendah. Dua matapelajaran ini mula dipelajari oleh para murid sewaktu mereka di tahun 4 hinggalah mereka berada

di tahun 6. Di peringkat menengah pula, para murid akan mempelajari matapelajaran Sejarah dan Geografi. Kedua matapelajaran ini merupakan lanjutan kepada apa yang telah mereka pelajari menerusi matapelajaran KT dan PSK.

Kamus Dewan (2002) mendefinisikan perkataan pendidikan sebagai perihal mendidik. Perkataan sivik pula membawa maksud hak, perasaan tanggungjawab seseorang terhadap masyarakatnya. Kewarganegaraan berasal dari perkataan warganegara yang menurut Kamus Dewan ialah rakyat sesebuah negara. Menurut tafsiran yang diberikan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Kewarganegaraan pula merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya (Kamus Dewan, 2002). Berdasarkan kepada himpunan tafsiran di atas, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bolehlah difahami sebagai satu matapelajaran yang menekankan pengamalan nilai-nilai murni dan patriotik sebagai tunjang pembinaan warganegara yang dapat berbakti. Matlamat subjek ini adalah seperti berikut:

Matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan yang boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. (Huraian Sukatan Pelajaran PSK KBSR 2001:2)

Bagi matapelajaran ini, terdapat enam tema untuk diajarkan iaitu tema Sayangi Diri, Sayangi Keluarga, Hidup Bermasyarakat di Sekolah dan Masyarakat, Kenali Budaya Malaysia, Malaysia Negaraku dan Sedia Hadapi Cabaran. Objektif bagi PSK merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Diakhir pengajaran dan pembelajaran, satu projek kewarganegaraan perlu dilakukan. Projek ini merupakan komponen amali yang memerlukan penglibatan kesemua murid dalam kumpulan.

Menurut Anisah Harun dan Nurhijrah Zakaria (2011), Siti Halimah Md Yassin dan Zainun Abu Bakar menyatakan bahawa kedua-dua matapelajaran KT dan PSK memberi fokus kepada pembentukan warganegara yang mempunyai nilai-nilai murni yang mantap serta semangat patriotik yang tinggi yang membolehkan semua murid dan pelajar yang dididik mempunyai pemikiran dan sikap yang berdaya maju, berilmu pengetahuan luas, bijak berfikir secara kritis dan kreatif, bijaksana, bertataetika tinggi serta mampu menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan.

Realiti semasa menunjukkan pelbagai masalah sosial telah mulai menjadi barah dalam masyarakat. Gejala seperti pergaulan bebas, pelumbaan haram, masalah penggunaan dadah dan pelbagai bentuk masalah-masalah lain telah mengusarkan semua pihak. Dalam satu kajian yang dibuat oleh Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaya pada tahun 2000, sebanyak 32.9% remaja terlibat dengan keganasan, 39.8% remaja terlibat dengan salahlaku seksual, 34.2% remaja terlibat

dengan penyalahgunaan dadah dan 49.9% remaja terlibat dengan lepak. Kajian ini menunjukkan bahawa masalah sosial berada pada kadar yang cukup membimbangkan.

Islam yang diturunkan sejak 1403 tahun yang lalu mempunyai satu bentuk kaedah penyelesaian untuk jangka masa panjang bagi masalah ini. Semuanya bermula dengan proses pendidikan sejak anak-anak ini masih kecil. Sebenarnya proses ini bermula jauh lebih awal lagi iaitu sewaktu pemilihan calon isteri lagi. Pendidikan yang dianjurkan oleh Islam ini lebih dikenali sebagai proses pentarbiahan. Menurut Zahazan Mohamed (2006), Sayyid Sabiq menyatakan pentarbiahan anak ialah usaha membentuk mereka dari segi jasmani, akli, rohani, perasaan dan sosial sehingga menjadi anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya. Takrifan ini menunjukkan kepentingan pembinaan aspek-aspek luaran dan dalaman individu. Islam telah mengandungi satu sistem kehidupan yang jelas dan teratur meliputi setiap ruang lingkup kehidupan seperti ibadah, muamalat, jinayah dan munakahat. Antara contoh bagi ibadah ialah solat yang menjadi kewajiban untuk ditunaikan 5 waktu sehari semalam.

Oleh yang demikian penyelidikan yang dilakukan oleh ini akan mengupas cara dan strategi berkesan untuk membantu meningkatkan pengurusan kendiri dalam konteks pelaksanaan solat. Ini bersesuaian dengan tema sayangi diri yang berada di dalam matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tahun 4. Diharapkan usaha ini mampu membuka satu dimensi baru dalam kalangan warga pendidik untuk melihat perkaitan yang boleh berlaku antara matapelajaran ini dengan ajaran Islam.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Penyelidik telah menjalani praktikum kedua di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman dan diberikan tugas mengajar matapelajaran KT dan PSK. Pada masa yang sama penyelidik sentiasa diamanahkan untuk masuk ke kelas bagi mengantikan guru-guru yang tiada. Pada minggu keenam, sewaktu penyelidik masuk mengantikan guru yang tiada, penyelidik telah menemui sesuatu masalah besar yang cukup memeranjatkan. Apabila soalan mengenai pelaksanaan solat diajukan kepada murid-murid di sebuah kelas pertengahan, jawapan yang diterima amatlah mendukacitakan. Kurang dari separuh bilangan mereka tidak menunaikan solat lima waktu dengan cukup. Soalan yang sama turut diajukan terhadap kelas-kelas lain dan rata-ratanya bilangan murid yang tidak solat dengan cukup sentiasa mengatasi bilangan murid-murid yang melaksanakannya.

Ketika menjalani praktikum ketiga di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, penyelidik ditugaskan mengajar matapelajaran major. Sewaktu melakukan sesi suai kenal di sebuah kelas di tahun 4, penyelidik mengulangi kembali soalan yang telah ditanyakan

kepada murid-murid sewaktu praktikum kedua. Keputusan yang dperoleh tidak jauh bezanya. Bilangan yang tidak solat dengan cukup mendominasi keseluruhan bilangan murid-murid. Hal ini menimbulkan satu persoalan kepada penyelidik. Apakah punca sebenar mereka tidak dapat melaksanakan pengurusan diri dengan baik dan bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah ini. Apabila ditanyakan terhadap muridmurid mengenai puncanya, pelbagai jawapan yang diterima. Ada sesetengah jawapan itu logik namun tidak kurang juga jawapan yang tidak masuk akal.

Bagi proses pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran PSK di kelas tersebut bagi tema Sayangi Diri, penyelidik menjadikan pengurusan waktu solat sebagai salah satu hasil pembelajarannya. Murid-murid ditekankan mengenai nilai kejujuran untuk mengakui kelemahan diri mereka. Hasilnya terdapat 28 daripada 32 orang murid muslim mengakui mereka tidak solat dengan sempurna pada hari sebelumnya. Mereka diterangkan mengenai kepentingan solat dan diminta untuk mencukupkannya untuk hari itu. Pada hari berikutnya, penyelidik membuat tinjauan dan mendapati murid-murid yang sama masih lagi tidak melaksanakan pengurusan diri mereka dengan baik. Mereka masih lagi tidak mencukupkan bilangan solat mereka.

Penyelidik kemudiannya menjalankan proses temubual dengan beberapa orang guru matapelajaran PSK dan Agama Islam. Menerusinya penyelidik mendapati bahawa fenomena murid-murid tidak menunaikan solat merupakan sesuatu yang biasa berlaku. Kandungan matapelajaran Pendidikan Islam ada menerangkan murid mengenai ibadah

solat. Disamping itu keputusan amali solat yang dilakukan. Pelaksaana Kem Solat Bestari juga membuktikan bahawa murid-murid mempunyai pengetahuan mengenai cara-cara untuk menunaikan solat. Namun pokok permasalahannya ialah tindakan mereka yang secara berterusan masih tidak menyempurnakan solat harian mereka. Guru-guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan turut cuba mengaitkan kepentingan pelaksanaan solat sewaktu proses pengajaran mereka. Jadual pengurusan waktu harian yang dilakukan oleh murid-murid ada menyatakan waktu-waktu untuk mereka solat. Tetapi hasilnya tidaklah begitu memuaskan hati. Oleh itu penyelidik ingin merungkai permasalahan ini dengan melaksanakan satu bentuk intervensi yang bersesuaian.

1.2 Reflaksi Sorotan Literatur

Berdasarkan kepada Laporan Akhir PIPP 2006-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia (2011) telah mengenalpasti 29 isu-isu yang memerlukan perhatian dan tindakan sewajarnya. Antaranya ialah memantapkan aktiviti Pendidikan Islam bagi menangani gejala sosial dan salah laku dalam kalangan murid dengan mempelbagaikan aktiviti Pendidikan Islam, dakwah serta aktiviti sivik dan kewarganegaraan. Untuk itu menerusi Pelan Strategik Interim KPM 2011-2020, kementerian telah memasukkan pelan memperkukuh penghayatan aqidah dan nilai murni sebagai salah satu pelan yang perlu dilaksanakan. Pelaksanaan penghayatan aqidah ini penting sebagai satu benteng mengawal tingkah laku murid secara intrinsik.

Aqidah atau akidah menurut Kamus Dewan (2002) bermaksud kepercayaan atau keyakinan. Menurut Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Mohd Aizam Masod (2012), ibn Manzur dan Muhammad Mukram menyatakan bahawa akidah bererti kemuktamadan, keyakinan, pegangan, keutuhan dan kepercayaan. Aqidah Islamiah merujuk kepada keimanan yang teguh dan bersikap pasti kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala kewajipan. Ulama besar nusantara bernama Abdul Qadir Abdul Muthalib Al-Mandili (1963) menyatakan di dalam kitabnya bahawa konsep iman menurut mazhab Syafie, Maliki dan Hambali mempunyai tiga tunjang penting. Tunjang-tunjang ini wajib berjalan sekali iaitu mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota (ibadah). Kegagalan berbuat demikian akan menjadikan seseorang itu sama ada fasik atau munafik.

Ibadah merupakan salah satu daripada dua matlamat penciptaan manusia. Ini berpadukan kepada firman Allah di dalam Surah Az-Zariyat yang bermaksud : Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat kepadaku. (51: Ayat 56)

Wahbah al-Zuhaily (2002) menafsirkan ayat di atas sebagai kewajipan beribadah kepada Allah itu adalah kerana mereka mengenali Allah bukan kerana Allah memerlukan atau berhajat kepada mereka. Hikmah jin disebut terlebih awal ialah kerana mereka tidak

dilihat orang jadi ibadah mereka tidak dicemari sifat riya, seperti halnya dengan ibadah manusia.

Menurut Roslan Mohamed, Ahmad Wafiq Mokhtar dan Ahmad Husni Abd Rahman (2012), ibadah dapat dibahagikan kepada empat kategori iaitu ibadah wajib, ibadah sunat, ibadah zahir dan ibadah batin. Dari sudut konsep pula ibadah dibahagikan kepada dua iaitu ibadah umum dan ibadah khusus. Solat merupakan ibadah wajib yang bersifat khusus untuk setiap muslim. Kepentingan solat diakui Saidina Umar r.a.

menerusi perkataannya yang direkodkan oleh Imam Malik (t.t.) : Sesungguhnya perkara yang paling penting bagiku dalam urusan kamu ialah solat, siapa yang memelihara dan berusaha menjaganya, maka dia telah menjaga agamanya dan siapa yang mengabaikannya nescaya dia akan lebih mengabaikan perkara-perkara lain. (Riwayat Malik no. 6)

Solat menurut takrifnya ialah beberapa perkataan dan beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan memberi salam (Abdul Qadir Abdul Muthalib, 1963). Syeikh Daud Abdullah al-Fathoni (1827) menyatakan bahawa solat mempunyai rupa iaitu rupa luaran dan rupa dalaman. Rupa luaran berbentuk jasmani yang dapat dilihat merangkumi segala bentuk rukun dan syarat sah solat yang dilakukan. Rupa dalaman pula bersifat rohani yang merangkumi tumpuan dan ingatan seseorang

semasa melaksanakan solat. Kedua-dua rupa luaran dan dalaman solat ini penting untuk menjamin kesempurnaan solat seseorang.

Solat merupakan satu tuntutan yang amat dipandang berat dalam Islam dan mempunyai disiplinnya yang tersendiri (Zahazan Mohamed, 2006). Sewaktu berusia 7 tahun, seorang kanak-kanak wajib disuruh oleh ibubapanya untuk mengerjakan solat. Dosa akan ditanggung oleh kedua ibubapanya jika gagal berbuat demikian. Perintah mewajibkan seorang kanak-kanak solat pula bermula pada usia 10 tahun. Dendaan berbentuk rotan diharuskan sebagai hukuman jika kanak-kanak itu mengingkarinya. Hal ini berpandukan kepada hadis Rasulullah s.a.w :

Diriwayatkan daripada Amr bin Syuaib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).

Menurut Zahazan Mohamed (2006), Al-Qobisi menyatakan bahawa mengajar anak-anak bersolat dan berwudhu dan membiasakan mereka membuatnya akan meringankan beban kesusahan bersolat apabila mereka sampai ke usia wajib menunaikan

solat. Suruhan demi suruhan ini merupakan satu bentuk latihan yang selari dengan teori behaviorisme.

Islam mendahulukan solat daripada ibadat-ibadat lain. Di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Thalhah bin Ubaidillah, Rasulullah s.a.w. telah didatangi oleh seorang lelaki dan menanyakan baginda mengenai perihal Islam. Rasulullah s.a.w kemudiannya bersabda : Lima sembahyang sehari semalam. (Riwayat Bukhari no.38) Di dalam hadis yang lain, Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai amal yang paling disukai oleh Allah. Rasulullah kemudiannya bersabda : Solat pada waktunya, Abdullah menyambung pertanyaannya mengenai amal selepas itu. Rasulullah s.a.w. bersabda : Berbuat baik kepada ibubapa, Abdullah meneruskan pertanyaannya mengenai amal selepas itu. Rasulullah s.a.w. bersabda : Jihad (berjuang) di jalan Allah.

(Riwayat Bukhari no. 299)

Di dalam satu lagi hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., beliau telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bagaimanakah pendapat anda sekalian, jikalau sebuah sungai mengalir dekat pintu rumah anda; kemudian anda mandi di sungai itu lima kali sehari. Masih adakah daki yang tertinggal di badan ? Mereka yang mendengar menjawab tidak tinggal sedikitpun. Rasulullah s.a.w. kemudiannya bersabda lagi : Begitulah perumpamaan solat lima waktu; Allah menghapuskan dengannya segala kesalahan. (Riwayat Bukhari no. 300)

Mustafa Abd. Rahman (1989) menyatakan bahawa solat dapat mendidik fikiran, hati dan jiwa manusia ke arah kesucian dan kemuliaan. Solat dikatakan berupaya membimbing akhlak, gerak geri hidup manusia dan memelihara diri daripada sebarang anasir luar yang merosakkan. Solat merupakan salah satu alat pendidikan yang amat penting dalam pengajaran Islam. Hal ini kerana solat melatih aspek pembersihan dan penyucian jiwa manusia yang menjadi sumber kebaikan dan kehalusan budi.

Kedudukan solat dalam Agama Islam adalah seumpama kepada pada tubuh manusia (Mustafa Masyhur, 1987). Solat merupakan tiang pengukuh, rukun dan syiar atau lambang kepada agama Islam. Solat juga merupakan pembeza antara orang beriman dengan orang tidak beriman, sebagai penjaga dan pemelihara iman, sebagai tali penghubung di antara hamba dengan Penciptanya, sebagai penyejuk mata dan penenang jiwa. Solat merupakan sebaik-baik cara untuk mendidik jiwa dan menyegarkan roh insan serta membentuk akhlak.

Menurut Napisah Humni dan etc. (2004) yang menjalankan kajian terhadap pelaksanaan ibadah solat fardhu dalam kalangan guru pelatih Maktab Perguruan Batu Lintang mendapati kesedaran diri, mendapat ketenangan dan kedamaian serta iman dan takwa merupakan tiga faktor tertinggi yang mendorong seseorang untuk menunaikan solat fardhu lima waktu sehari semalam. Dalam kajian yang sama juga menyatakan bahawa malas dan pengaruh rakan merupakan dua faktor utama yang menyebabkan seseorang tidak menunaikan solat.

Mohd Suhardi Mat Jusoh (2001) yang menjalankan kajian terhadap pengabaian solat dalam kalangan remaja di sekolah menengah di Pasir Puteh menyatakan bahawa 53.2% remaja secara konsisten mengerjakan solat fardhu manakala bakinnya 46.7% tidak konsisten melaksanakannya. Seramai 77.8% reapondan menjawab malas dan sibuk dengan urusan lain sebagai punca mereka tidak menunaikan solat.

Siti Rokiah Abdul Ghani (2007) yang menjalankan kajian terhadap pelajar-pelajar SPM mendapati wujud hubungan yang signifikan antara tahap amalan solat dengan akhlak pelajar. Mereka yang menunaikan solat memperoleh skor akhlak yang tinggi berbanding mereka yang tidak melakukannya. Pelajar-pelajar ini juga memperoleh pencapaian yang baik dalam subjek Pendidikan Islam.

Program j-QAF yang dimulakan pada tahun 2005 merangkumi empat kerangka utama iaitu Pengajaran Jawi, Al-Quran, Arab dan Fardhu Ain. Terdapat pelbagai jenis model program yang terdapat di dalam j-QAF seperti kelas pemulihan jawi, Tasmik, khatam Al-Quran, pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi dan kem Bestari Solat. Menurut Nasrudin Basar dan etc (2007), antara masalah yang dihadapi menerusi program j-QAF ini ialah aktiviti Kem Bestari Solat selama dua hari yang harus dilaksanakan selama empat kali setahun masih kurang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Penilaian bagi solat murid pula adalah bersifat umum dan tiada pemantauan berkala terhadap pelaksanaan solat harian mereka dilakukan secara bertulis.

Mohamad Fadzli Madiah dan Shahrin Awaludin (2003) yang menjalankan tinjauan terhadap masalah pengajaran pembelajaran KAFA di enam buah sekolah rendah agama rakyat daerah Seremban telah mengenalpasti tiga masalah yang dianggap utama. Salah satu daripada masalah tersebut ialah ibubapa kurang memberi kerjasama dan hanya mengharapkan guru mengajar fardhu ain. Menurut Sharifah Nur Abu (t.t.) peneguhan agama bukan sahaja diterapkan dan ditekankan diperingkat sekolah sahaja tetapi ibubapa

perlu mengambil peranan dirumah dalam memberi penekanan agama terhadap anak-anak mereka.

2.0 FOKUS KAJIAN DAN ISU KEPRIHATINAN

Menurut Carr dan Kemmis yang dinyatakan oleh Choong Lean Keow (2011), penyelidikan tindakan ditakrifkan sebagai sejenis inkuiri refleksi kendiri yang dijalankan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bertujuan untuk meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan sosial dan pendidikan mereka sendiri. Menurut Amin Yusof (2000), Lomax menjelaskan bahawa kajian tindakan merupakan satu cara untuk penyelidik mengadakan disiplinnya sendiri dalam hal menyelenggara dan menilai amalannya yang dijangka akan membawa hasil pembelajaran yang manfaat.

Menurut Anisah Harun dan Nurhijrah Zakaria (2012), Dalin menyatakan bahawa keberkesanan sesuatu kursus itu atau matapelajaran tidak dilihat secara tersendiri atau terpisah namun merangkumi keseluruhan elemen kurikulum yang terdiri daripada objektif dan matlamat, isi kandungan, strategi pengajaran, penyebaran dan penilaian. Melihat kepada matlamat matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang menekankan kepentingan penyerapan nilai, penyelidik berpendapat langkah

menyuaikannya dengan unsur keagamaan adalah bertepatan. Hal ini disokong oleh Siti Safariah (1990) yang menyatakan bahawa nilai adalah berkait rapat dengan prinsip

akhlak yang secara langsung ada kaitannya dengan aqidah dan syariat. Terdapat 16 nilainilai utama yang perlu diterapkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Nilai-nilai ini telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pendidikan Akhlak, Kementerian Pelajaran yang dianggotai oleh wakil pelbagai agama pada tahun 1976.

Menurut Zulkifli Mohammad Al-Bakri dan Mohd Aizam Masod (2012), Imam Abu Hanifah menyatakan bahawa kefaqihan dalam agama lebih utama daripada kefaqihan dalam ilmu kerana kefaqihan dalam agama itu prinsip manakala kefaqihan dalam ilmu itu cabang. Menerusi penyataan di atas, dapatlah difahami bahawa pengetahuan terhadap ilmu-ilmu agama mesti dijadikan tunjang utama sebelum mengenal ilmu-ilmu dunia yang lain. Dalam kerangka ini penyelidik menyesuaikan intipati kandungan matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan menerusi tema Sayangi Diri Pengurusan Diri yang diajarkan ini agar berada di dalam kerangka agama.

2.1 Tinjauan Masalah Berpandukan kepada proses pemerhatian dan soal jawab yang dijalankan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan di tahun 4 dengan Tema Sayangi Diri Pengurusan Diri, beberapa kesimpulan yang dapat dibuat oleh penyelidik adalah seperti berikut: 1. Murid tidak mampu mencukupkan bilangan solat mereka dalam sehari.

2. 3.

Murid tidak bermotivasi untuk melaksanakan kewajipan solat mereka. Murid tidak dapat menguruskan waktu mereka dengan baik.

Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, murid-murid dilihat tidak memberikan reaksi penyesalan di atas kesalahan yang telah mereka lakukan. Mereka cenderung untuk terus bergelak ketawa meskipun telah melakukan suatu perbuatan yang berdosa di sisi agama. Hanya apabila penyelidik menggunakan pendekatan psikologi dengan bercerita mengenai kesan dan azab bagi kesalahan itu barulah murid-murid menunjukkan riak-riak keinsafan. Apabila murid-murid diminta membina jadual pengurusan waktu mereka, penyelidik memastikan bahawa ke semua lima waktu solat turut dimasukkan. Sebelum mengakhiri kelas penyelidik memberikan kata-kata peneguhan kepada murid-murid agar bersungguh-sungguh melaksanakan perancangan waktu mereka itu. Namun keesokkan harinya tiada perubahan ketara yang berlaku terhadap pelaksanaan solat murid-murid itu.

Kesimpulan yang dapat dibuat oleh penyelidik adalah murid-murid masih lagi belum mampu menguruskan diri mereka dengan baik walaupun kefahaman dan kesedaran telah wujud dalam diri mereka.

2.2 Analisis Tinjauan Masalah Rentetan kepada tinjauan masalah yang telah dijalankan terhadap murid tahun 4 itu, penyelidik telah mengenalpasti 3 perkara yang masih belum boleh dikuasai oleh murid. Perkara-perkara itu ialah: 1. Murid-murid tidak dapat menghitung bilangan solat yang dilakukan mereka sehari semalam dalam kerangka yang jelas. Mereka cenderung untuk menganggap pelaksanaan solat kurang daripada 5 waktu sudah mencukupi bagi diri mereka. 2. Murid-murid tidak memiliki motivasi berbentuk intrinsik dan masih bergantung penuh terhadap motivasi-motivasi berbentuk ekstrinsik dalam melakukan sesuatu tugasan. 3. Murid-murid tidak dapat membezakan keutamaan-keutamaan yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu dan yang mana boleh dikemudiankan.

Peratusan murid mengikut tahap pelaksanaan solat mereka pada tarikh 22 Januari 2013 diterjemahkan ke dalam bentuk carta pai. Jumlah ke semua murid yang beragama Islam ialah 32 orang.

1% 0% 15% 0 %

20% 5 Waktu 4 Waktu 3 Waktu 2 Waktu 1 Waktu Tidak S olat

64%

Rajah 2.1 : Pelaksanaan Solat Murid-Murid di Kelas 4 Rasional

3.0 OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh manakah pengaplikasian penggunaan Set Kejujuran Solat Saya dapat membantu murid-murid dalam melaksanakan tanggungjawab solat mereka sehari semalam. Ini bertepatan dengan hasil pembelajaran bagi tema Sayangi Diri PSK Tahun 4.

3.1 Objektif Kajian

3.1.1 Objektif Umum

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan tahap pengurusan solat bagi muridmurid beragama Islam dalam matapelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan bertemakan Sayangi Diri.

3.1.2 Objektif Khusus i. ii. Meningkatkan sikap bertanggungjawab dalam diri murid. Membantu murid menguruskan waktu dengan lebih berkesan.

iii. Mendorong perubahan sikap dan peningkatan motivasi murid dalam kehidupan seharian mereka khususnya dalam pengamalan agama. iv. Mengintegrasikan kandungan matapelajaran Pendidikan Islam, Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) dengan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

3.2 Soalan Kajian

i. Sejauh manakah penggunaan Set Kejujuran Solat Saya mampu membantu muridmurid mengatasi masalah pengurusan solat mereka? ii. Bagaimanakah penggunaan Set Kejujuran Solat Saya dapat membuka minda murid-murid mengenai penggabungjalinan ilmu antara matapelajaran-

matapelajaran yang telah mereka pelajari? iii. Sejauhmanakah penggunaan Set Kejujuran Solat Saya releven sebagai pengukuhan kepada proses pengajaran solat yang telah diajarkan kepada muridmurid menerusi matapelajaran Pendidikan Agama dan KAFA?

3.3 Kepentingan Kajian

Pembangunan menurut kerangka Islam meliputi pembangunan jasmani dan rohani. Ruang lingkup pembangunan jasmani meliputi aspek-aspek memenuhi keperluan dan kehendak manusia yang biasanya bersifat keduniaan seperti kediaman, makanan dan pakaian. Di satu sudut lagi pembangunan rohani menekankan aspek-aspek keperluan spiritual seseorang insan sejajar dengan matlamat penciptaannya. Hal ini berkait rapat dengan elemen-elemen keagamaan dan moral seperti keimanan, ibadat dan akhlak. Kedua-dua bentuk pembangunan ini sedia terangkum di dalam komponen-komponen

kurikulum yang telah digubal oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) untuk pendidikan rendah manakala Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KSSR) untuk pendidikan menengah.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi tunjang kepada sistem pendididikan dalam negara menyataan bahawa:

"Pendidikan

di

Malaysia

adalah

satu

usaha

berterusan

ke

arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001)

Menerusi pernyataan di atas, proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan hendakah mampu mengembangkan potensi individu secara menyeluruh. Hal ini penting bagi pembangunan intelek, rohani, emosi dan jasmani murid-murid. Penekanan terhadap perkembangan potensi seseorang individu telah lama digariskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sabda baginda s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:

Manusia itu bagai logam tambangan (berlain-lain asalnya). Orang-orang yang baik (berpotensi) pada masa jahiliah, mereka itu orang yang baik di zaman Islam, bila mereka mengerti. (Riwayat Bukhari no.1520) Untuk merealisasikan hasrat di atas, para pendidik khususnya yang beragama Islam perlu memainkan peranan mereka untuk menerapkan nilai-nilai keagamaan ke dalam apa juga matapelajaran yang diajarkan. Nilai-nilai keagamaan ini dalam istilah yang lain juga disebut sebagai nilai-nilai rabbani.

Sidek Baba (2006) menekankan penerapan nilai-nilai rabbani dalam proses pendidikan dengan membahagikan nilai-nilai ini kepada dua bahagian iaitu nilai teras dan nilai sampingan. Nilai-nilai teras seperti benar, jujur, ikhlas, amanah, bijaksana, adil, telus adalah contoh asas bagaimana membentuk pemikiran, sikap dan amalan dalam hidup. Nilai-nilai sampingan seperti rajin, menepati waktu, bersungguh-sungguh pula adalah pengukuh kepada nilai teras.

Melihatkan kepada bentuk-bentuk nilai-nilai rabbani yang digariskan di atas, penyelidik berpendapat bahawa pelaksanaan ibadah solat merupakan satu bentuk disiplin yang tepat ke arah itu. Menerusi penggabungjalinan unsur-unsur Pendidikan Islam yang disesuaikan dengan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang diajarkan, murid-murid

akan cenderung melihat ilmu-ilmu yang dipelajari mereka dalam kaca mata yang luas. Kesemua matapelajaran yang perlu mereka ikuti saling berkaitan antara satu sama lain dan yang lebih penting lagi kaitan ini membina satu bentuk peneguhan aqidah dalam diri murid-murid.

3.4

Definisi Operational

Terdapat beberapa istilah yang perlu diterangka maksud ataupun dari segi definisinya di mana istilah-istilah ini adalah penting untuk menjelaskan lagi pemahaman terhadap tajuk kajian yang dijalankan. Di antara istilah-istilah yang perlu didefinisikan adalah Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Islam, j-QAF, KAFA, Solat, Set, Pengurusan, Kejujuran dan Sayangi Diri.

3.4.1

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan merupakan satu matapelajaran teras yang diajarkan kepada murid-murid tahap 2 bermula dari tahun 4 hingga ke tahun 6. Matapelajaran ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk

melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan yang boleh menyumbang kea rah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia.

3.4.2

Pendidikan Islam Pendidikan Islam merupakan satu matapelajaran teras yang diajarkan kepada murid-murid di peringkat rendah dan menengah iaitu dari tahun 1 hinggalah ke tingkatan 5. Matlamat Pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh, beradab dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.

3.4.3

j-QAF Program j-QAF berasaskan idea Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui seminar, bengkel dan mesyuarat j-QAF. Program j-QAF adalah suatu usaha memperkasakan Pendidikan Islam melalui penekanan khusus dalam pengajaran jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain yang telah dilkasanakan diperingkat persekolahan rendah. Pelaksanaan program ini menggunakan kurikulum serta model dan modulnya yang tersendiri.

Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada. Tenaga guru yang khusus digunakan bagi mengendalikan program ini.

3.4.4

KAFA Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) adalah suatu program berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam dengan memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asas-asas Fardhu Ain. Kelas ini berjalan dengan mengikuti kurikulum KAFA yang digubal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Murid-murid yang mengikuti kelas KAFA boleh mengambil Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) sewaktu mereka di tahun lima.

3.4.5

Solat Solat merujuk kepada sembahyang dalam agama Islam. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang kedua dari lima Rukun Islam. Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada. Bagi mereka yang musafir, mereka diharuskan bagi solat dengan menqasar dan menjamakkannya.

3.4.6

Set Set bermaksud sekumpulan barang yang merupakan suatu kesatuan. Barangbarang in digunakan bersama-sama sehingga setiap satu merupakan pelengkap kepada yang lain. Kit merupakan himpunan beberapa set untuk digunakan.

3.4.7

Pengurusan Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Pengurusan biasanya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusia,

kewangan, dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan.

3.4.8

Kejujuran Jujur bermakna keselarasan antara berita dengan kenyataan yang ada. Jika sesuatu penyampaian itu sesuai dengan keadaan yang ada, maka dikatakan benar / jujur. Lawan bagi jujur ialah dusta. Islam mengajar bahawa jujur merupakan perbuatan baik yang mendatangkan pahala manakala dusta merupakan perbuatan jahat yang berdosa. Kejujuran boleh dilihat pada pengucapan dan perbuatan. Namun ianya

bersifat intrinsik yang sukar dibuktikan jika tidak diluahkan oleh seseorang individu.

3.4.9

Sayangi Diri Sayangi Diri merupakan salah satu daripada enam tema yang terdapat di dalam matapelajaran PSK. Tema ini terdapat pada setiap sukatan pelajaran PSK bagi tahun 4, 5 dan 6. Bagi tahun 4, terdapat dua topik di bawah tema ini iaitu Mengenali Diri dan Pengurusan Diri. Mengenali Diri menekankan kepada proses murid-murid mengenali kekuatan dan kelemahan diri serta melakukan pengukuhan atau pemulihan mengenainya. Pengurusan Diri pula menekankan aspek kesihatan dan penampilan diri.

3.4.10 Kendiri Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding

dengan orang lain dan persekitarannya.Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri.

3.5

Batasan Kajian Kajian meningkatkan pengurusan kendiri bagi tema sayangi diri tahun 4 menggunakan Set Kejujuran Solat Saya ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 Sekolah Berprestasi Tinggi dan hanya melibatkan murid tahun 4. Kelas yang telah dipilih ialah kelas 4 Rasional yang mempunyai 37 orang murid. 32 orang murid merupakan murid Islam manakala 5 orang lagi beragama Buddha. Seramai 10 orang murid dipilih untuk terlibat dengan kajian ini. Topik yang dipilih mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Sekolah Rendah di bawah tema Sayangi Diri. Kajian ini memberikan tumpuan kepada aspek pengurusan kendiri solat murid-murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran ialah murid dari tahun 4 Rasional seramai 10 orang yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 6 orang murid perempuan di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 Sekolah Berprestasi Tinggi, Kuala Terengganu, Terengganu. Pemilihan

sampel adalah berdasarkan kepada ujian pra yang telah dijalankan selama seminggu bermula 3 hingga 9 Februari 2013. Mereka merupakan murid-murid yang paling sedikit melaksanakan solat dalam minggu itu. Pemilihan respondan juga adalah berdasarkan pelbagai latar belakang keluarga. Berikut merupakan maklumat mengenai kesepuluh respondan yang telah dipilih.

Jadual 4.1 : Maklumat Asas Mengenai Respondan BIL. KOD BILANGAN SOLAT SEMINGGU PERATUSAN SOLAT SEMINGGU 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. L1 L2 L3 L4 P1 P2 P3 P4 P5 P6 24 daripada 35 18 daripada 35 14 daripada 35 22 daripada 35 19 daripada 35 15 daripada 35 24 daripada 35 17 daripada 35 19 daripada 35 0 daripada 35 68.57% 51.42% 40% 62.85% 54.28% 42.85% 68.57% 48.57% 54.28% 0%

5.0 CADANGAN TINDAKAN 5.1 Perancangan Tindakan Terdapat beberapa contoh-contoh model kajian tindakan yang boleh untuk dijadikan rujukan kepada para pengkaji. Menurut Ting Len Siong etc. (2013), pada asasnya terdapat lima peringkat dalam satu-satu kitaran penyelidikan iaitu merancang, penentuan langkah dan cara, bertindak, memerhati dan mereflek. Bagi melaksanakan kajian ini, saya memilih gelung kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1988). Setiap tahap mengandungi empat langkah utama yang berbentuk gelungan bermula dengan mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.

Proses ini diterjemahkan dalam bentuk rajah berikut:


(1) MEREFLEKS

(4) MEMERHATI

(2) MERANCANG

(3) BERTINDAK

Rajah 5.1 : Gelung Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

5.1.1

Merefleks

Menurut Poh Swee Hiang (1997), proses merefleks ialah proses membentuk kerangka, membentuk semula kerangka lalu merancang tindakan baru yang berkesan. Apabila menghadapi sesuatu masalah atau situasi, penyelidik akan memperoleh pemahaman baru tentang situasi berkenaan lalu mencari

kemungkinan-kemungkinan baru untuk menyelesaikannya. Proses merefleks ini adalah langkah pertama sebelum melaksanakan langkah-langkah dalam kajian tindakan seterusnya.

Kajian yang dilakukan ini adalah bertitik tolak daripada proses refleksi penyelidik mengenal kekurangan, kelemahan serta masalah yang dihadapi oleh

para murid mengenai pengamalan hasil daripada pembelajaran mereka. Masalah yang telah dikenalpasti ialah murid-murid tidak dapat melaksanakan solat mereka dengan mencukupi 5 waktu dalam waktu sehari. Penyelidik telah membuat tinjauan dan pengumpulan data awal bagi mengelaipasti masalah yang dihadapi murid. Proses ini telah dilaksanakan dalam bentuk pemerhatian, soal selidik dan ujian pra.

Daripada ketiga-tiga instrumen ini, penyelidik telah mengenalpasti tahap pencapaian murid-murid dan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Oleh itu, rawatan atau kaedah yang efektif perlu diambil bagi mengatasi masalah ini.

5.1.2

Merancang

Menerusi data-data yang telah diperoleh, penyelidik kemudiannya merancang satu tindakan rawatan kepada masalah yang difokuskan. Penyelidik mula membina kerangka kajian iaitu objektif kajian, pembentukan soalah kajian, kepentingan kajian, rujukan literatur, menentukan kumpulan sasaran dan perancangan tindakan yang perlu dilaksanakan.

Penyelidik telah merancang satu kaedah yang dinamakan sebagai Set Kejujuran Solat Saya (SKSS) yang menerapkan unsur penilaian kendiri dan refleksi. Bagi menyiapkan set ini, penyelidik telah memuat turun beberapa gambar dan kata-kata yang berkaitan melalui laman web. Kemudian, pengkaji memilih gambar dan kata-kata yang mudah difahami dan menarik untuk disusun ke dalam set tersebut.

Bagi menjayakan kajian ini, penyelidik telah merancang beberapa instrumen untuk proses tinjuan masalah dan pengumpulan data. Penyelidik juga telah merujuk beberapa jenis sumber yang diperakui kebolehpercayaannya untuk mengetahui fakta-fakta dan teknik-teknik untuk melatih murid melaksanakan solat. Sorotan kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik lain turut membantu penyelidik mendapatkan gambaran mengenai masalah-masalah yang biasanya dihadapi oleh mereka yang tidak melaksanakan solat.

5.1.3

Bertindak

Penyelidik kemudiannya memilih kaedah yang dinamakan Set Kejujuran Solat Saya (SKSS). Kaedah ini memberikan fokus kepada penilaian kendiri murid. Set yang dibentuk dicetak dan diberikan kepada setiap respondan.

Dalam melaksanakan proses kajian ini, penyelidik telah menggunakan empat bentuk instumen iaitu gambar foto, senarai semak, soal selidik dan temubual. Seterusnya, kaedah ini diperkenalkan kepada respondan seramai 10 orang dari kelas 4 Rasonal yang telah dipilih melalui ujian pra.

Prosedur-prosedur yang dilakukan adalah seperti berikut : i. Penyelidik mengedarkan SKSS kepada setiap respondan pada hari Ahad minggu yang ingin dikaji. ii. Penyelidik membuat pemerhatian gambar foto secara rawak pada manamana hari dalam minggu itu. SKSS akan diminta oleh penyelidik. Respondan akan disusun secara sebaris. Mereka akan mengangkat tangan sebagai tanda tidak solat bagi setiap waktu solat yang dibacakan oleh penyelidik. SKSS akan dikembalikan semula kepada murid. iii. Penyelidik akan mengumpul semua SKSS yang telah disiapkan oleh murid pada hari Ahad minggu berikutnya. iv. Penyelidik kemudiannya meminta para respondan menjawab set soal selidik Semak Analisis Sembahyang Saya (SAYANG).

5.1.4

Memerhati

Melalui data-data yang diperoleh menerusi SKSS yang dikumpulkan, penyelidik kemudiannya melaksanakan proses analisis. Analisis ini kemudiannya

diterjemahkan ke dalam bentuk jadual dan rajah.

Bagi soal selidik pula, data-data yang dikumpul menerusi SAYANG adalah bertujuan untuk melihat sama ada berlaku perubahan pada tanggapan respondan mengenai solat. Pada masa yang sama mendapatkan perubahan yang mungkin berlaku terhadap masalah-masalah yang mereka biasa hadapi.

Temubual dilakukan untuk melihat dengan lebih mendalam mengenai masalah-masalah yang menganggu respondan daripada melaksanakan solat mereka. Nasihat dan cadangan mengatasinya kemudiannya diberikan oleh penyelidik.

5.2 Gelung Kedua Oleh kerana penyelidik mendapati bahawa tahap pelaksanaan solat dalam kalangan respondan masih lemah, gelung kedua kemudiannya dilaksanakan. Proses-proses yang terlibat dalam gelung-gelung ini digambarkan dalam rajah berikut :

Merefleks

Memerhati

Gelung 1

Merancang

Bertindak

Merefleks

Memerhati

Gelung 2

Merancang

Bertindak

Rajah 5.2 : Perubahan dari gelungan pertama ke gelung kedua

5.2.1

Merefleks

Penyelidik telah menyempurnakan kitaran pertama sesi rawatan terhadap respondan yang dipilih. Namun keputusan yang diterima tidaklah mencapai matlamat yang disasarkan. Oleh itu, penyelidik telah mengenalpasti punca-punca respondan masih belum mencukupkan solat mereka.

Kebanyakkan respondan masih belum menyedari keperluan mereka untuk mencukupkan 5 waktu solat mereka. Kesemua respondan meninggalkan solat mereka kerana urusan di luar rumah. Selain itu kebanyakkan mereka juga meninggalkan solat atas faktor orang lain dan kerana bermain. Disebabkan faktorfaktor inilah kebanyakkan mereka meninggalkan solat untuk minggu itu.

5.2.2

Merancang

Setelah mengenalpasti masalah-masalah itu, penyelidik merancang satu penambahbaikan terhadap SKSS yang telah dibina. Dengan mengambilkira kepentingan nasihat sebagai dorongan, penyelidik menyelitkan gambar-gambar dan kata-kata nasihat mengenai solat di dalam set tersebut. Pada masa yang sama SKSS untuk minggu ini dicetak dengan berwarna. Hal ini kerana warna dikatakan mampu menarik fokus seseorang terhadap sesuatu.

5.2.3

Bertindak

Penyelidik masih mengekalkan instrumen yang sama seperti yang terdapat di dalam gelung pertama. Prosedur pelaksanaan turut dikekalkan.

5.2.4

Memerhati

Penyelidik membuat analisis terhadap setiap data yang diterima dari SKSS. SAYANG kemudiannya dilaksanakan dan keputusannya diterjemahkan ke dalam bentuk jadual dan rajah. Anasilis SAYANG minggu ini masih menunjukkan dapatan masalah yang tidak jauh bezanya dengan SAYANG sebelumnya.

5.3 Gelung Ketiga

5.4 Gelung Keempat

5.5

5.2.1. Instrumen Kajian Pemerhatian dilakukan dengan cara mengangkat tangan. Memandangkan penyelidik tidak dapat berada sepanjang masa dengan murid, kaedah pemerhatian dilakukan dengan cara ini. Guru akan

5.6 Cara Menganalisis Data

5.7 Pelaksanaan Tindakan

Dalam konteks pendidikan, murid-murid yang menunaikan solat dengan cukup merupakan insan yang istimewa. Solat yang mereka lakukan itu merupakan satu bentuk latihan pengurusan diri yang sempurna. Hal ini kerana solat itu bukan sahaja merupakan kunci kepada ibadat-ibadat lain malahan turut mendisplinkan pelakunya agar menepati masa. Menerusi solat seseorang dilatih untuk membahagikan masanya dengan bijak, mengenalpasti keutamaan yang perlu dilaksanakan dan seterusnya membuat keputusan yang tepat berpandukan kepada garis panduan yang telah ditetapkan syarak. Jika dikaitkan dengan kehidupan semasa, penekanan kepada pelaksanaan solat yang cukup dan sempurna bukan sahaja selari dengan tuntutan fitrah kejadian insan, malah turut bertepatan dengan hasrat melahirkan modal insan

berkualiti seperti yang digariskan menerusi dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.

You might also like