You are on page 1of 19

KERJA KURSUS PENDEK (KKP) KEMAHIRAN BERFIKIR

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA : ROSELLAH BINTI JANANI AMIRAH ASYRAN BINTI AMINUDDIN NO.K/P : 890905-12-5754 891027-43-5058 UNIT : PPISMP PK 1 JULAI 2008 ( SEMESTER 2 ) PENSYARAH PEMBIMBING : DR. NARENDRA KUMAR TARIKH SERAHAN : 25/MAC/2009

SENARAI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT

Penghargaan Pendahuluan Konsep kemahiran berfikir Refleksi Sumber rujukan Lampiran

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama

:ROSELLAH BINTI JANANI (890905-12-5754) AMIRAH ASYRAN BINTI AMINUDDIN (891027-43-5058)

Tarikh

:25 MAC 2009

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam usaha mennyiapkan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah pembimbing Dr. Narendra kumar yang telah banyak memberi tunjuk ajar bagi menyempurnakan lagi tugasan ini.

Sepanjang menjalankan tugasan ini, banyak maklumat baru yang kami perolehi. Tugasan ini juga mengajar kami cara erti usaha yang gigih dalam mencari maklumat yang tepat berkaitan tugasan yang diberikan. Tidak lupa juga buat rakan-rakan guru pelatih yang lain kerana banyak membantu dalam menyalurkan maklumat.

Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung ataupun tidak langsung dalam usaha membantu kami menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Tanpa bantuan pihak yang terlibat mungkin perlaksanaan tugasan kami tidak akan berjalan dengan baik.

PENDAHULUAN
Dasar pendidikan negara menjadikan sasaran pendidikan bertaraf dunia dan secara tidak langsung meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai pusat perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang merupakan agen dalam penyampaian ilmu. Jika para pendidik memainkan peranan yang sewajarnya maka produk yang akan dihasilkan dapat memenuhi keperluan pendidikan negara. Corak pembelajaran yang bijak akan melahirkan pelajar yang bijak. Bagaimana seorang pelajar itu dapat mengikuti pelajaran di dalam kelas dan membuat ulangkaji di luar kelas biasanya bermula dari cara seorang guru itu mengajar dan memberi corak pembelajaran yang berkesan hasil dari pengajaran yang menarik. Ruggiero (1991) menyatakan manusia mempunyai dua bahagian otak iaitu hemisfera kiri dan hemisfera kanan. Hemisfera kiri berfungsi untuk menyelesaikan masalah yang berbentuk analitik iaitu berikir secara logik dan urutan. Ia amat cekap dalam penyelesaian matematik. Hemisfera kanan pula berfungsi dalam melihat sesuatu yang unik, imaginasi, mengawal perasaan, persepsi dan visual. Ia amat berguna dalam usaha untuk berfikir secara kreatif. Menurut Mahathir Mohamad (Som Hj.Nor,1998) Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di kalangan dunia ketiga maka kejayaan yang perlu dicapai mempunyai kaitan dengan cabaran keenam Wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif dan memandang jauh kehadapan.

KEMAHIRAN BERFIKIR
KONSEP

Pendidikan

bertaraf

dunia

haruslah

mampu

menjana

generasi

yang

mengaplikasikan budaya berfikir secara kreatif dan kritis. Ini adalah kerana kemampuan berfikir sercara kreatif dan kritis mampu melahirkan insan yang dapat bersaing bukan sahaja di peringkat negara tetapi sebagai pemain globalisasi dalam pelbagai bidang. AlGhazali telah mengenalpasti lima fungsi otak iaitu ingatan, visual, bayangan, perasaan, sintesis dan daya berfikir menurut Adair, to creative is always to do something. Manusia mampu menjadi kreatif jika mereka tahu cara mengoptimakan minda (Edward D Bono 1993).

Kemahiran berfikir adalah kecekapan menggunakan akal menjalankan proses pemikiran. Seseorang yang memperolehi kemahiran berfikir sanggup dan cekap dalam menyusun maklumat, konsep atau idea secara yang teratur dan membuat kesimpulan atau keputusan yang tepat untuk tindakan yang terarah dan sewajarnya.

Definisi kemahiran berfikir menurut George, 1970 (Som Hj.Nor 1998) melihat pemikiran sebagai suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semulajadi yang kompleks. Edward de Bono (1997) mengaitkan kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir yang dikembangkan dan perlu dikuasai oleh pelajar ialah pemikiran secara kritis dan kreatif.

Poh Swee Hiang (1999) menyatakan pemikiran kritis amat penting untuk membentuk warganegara yang tahu dan mampu menggunakan pemikiran mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan manakala pemikiran kreatif dapat membentuk individu lebih inovatif mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi. Apabila kedua-dua kemahiran ini dikuasai oleh pelajar melalui rangsangan dan latihan yang diberi seterusnya pelajar mengaplikasikan dalam corak pembelajaran harian maka pembelajaran yang optimum akan berlaku.

Edward de Bono dalam buku beliau yang berjudul I am Right You Are Wrong (1990) mendefinisikan Berfikir sebagai satu proses yang kompleks yang berlaku dalam minda seseorang apabila orang itu menerokai pengalamannya secara terperinci untuk mencapai sesuatu tujuan. Tujuan yang dimaksudkan itu mungkin untuk pemahaman, memberi makna sesuatu, menilai sesuatu, membuat keputusan atau menyelesaikan

masalah. Kemahiran berfikir dalam konteks kajian ini ialah usaha guru dalam mewujudkan kemahiran meningkatkan operasi minda pelajar-pelajar untuk mencapai hasil Yang maksimum daripada pemikiran itu. Menurut beliau juga, Kemahiran berfikir ini membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi tertentu Edward De Bono (1976).

Selain itu, Dewey ( 1910 ) menegaskan Pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapi.

Melalui teori berfikir yang di cipta oleh Robert Sperry , beliau menghuraikan otak manusia yang menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi. Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan.

Selain itu, melalui teori pelbagai kecerdasan Howard Gardner ,beliau berpendapat setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Menurutnya manusia mempunyai tujuh kecerdasan iaitu Kecerdasan linguistic, Kecerdasan logical-matematik, Kecerdasan visual-Spatial, Kecerdasan muzik, Kecerdasan tubuh kinestetik, ecerdasan interpersonal dan Kecerdasan intrapersonal Dengan kecerdasan ini beliau percaya ia boleh dikembangkan dan dapat diajar di sekolah-sekolah.

Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperolehi melalui tafakur. Hal ini dibuktikan dengan teori yang dihasilkan oleh seorang ahli falsafah islam iaitu Imam Al-Ghazali melalui teori beliau Teori Epistemologi. Beliau merupakan tokoh Islam. Al-Ghazali membahagikan Sains dan pengetahuan kepada ilmu kekal dan ilmu sementara. Ilmu kekal datangnya dari Tuhan semata-mata. Ilmu sementara pula berupa ilmu binaan manusia samada hasil kajian atau teori atau hasil pengalaman langsung. Ilmu ciptaan manusia tergolong dalam Ilmu Aqli (akal). Ilmu Naqli atau ilmu wahyu merupakan jenis pengetahuan asas yang mesti diketahui untuk membantu penaakulan dan mengupas kewujudan diri.

Disamping itu dalam satu lagi teori iaitu teori Konstruktivisme yang menganggap bahawa pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda, tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Teori ini dibina berdasarkan gabungan hasil kajian ahli psikologi, ahli falsafah, dan penyelidik pendidikan terhadap proses pembelajaran individu. Mengikut Teori Konstruktivisme, ilmu pengetahuan adalah dibina melalui proses saling pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Di bawah proses pembelajaran pelajar membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan dirinya secara aktif dengan menggunakan cara membanding maklumat yang baru dengan pengalaman sedia ada. Ia juga melibatkan proses metakognitif disamping proses kognitif, di mana ia melibatkan operasi mengarah dan mengawal proses kognitif tersebut.

Kemahiran berfikir dapat dibahagian kepada dua iaitu berfikir secara divergen ataupun secara kreatif dan berfikir secara konvergen ataupun secara kritis.

Pemikiran secara divergen ataupun kreatif Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsur intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.

Pemikiran divergen atau pemikiran kreatif dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari berbagai-bagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil juga asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Ia juga dikenali sebagai pemikiran mendaar atau lateral dan mempunyai unsure intuisi dan celik akal supaya masalah terbuka dapat diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.

1.0

PERBANDINGAN ANTARA PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS


KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF

KRITIS: Membanding dan membeza Membuat kategori Meneliti bahagianbahagian kecil dan keseluruhan Menerangkan sebab Menyusun mengikut urutan Mengusul periksa andaian Membuat inferens Membuat ramalan

KREATIF: Menjana dan menghasilkan idea Mencipta metafora Mencipta analogi Mencipta definisi

Membuat Keputusan danMenyelesaikan Masalah

TEKNIK MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF Terdapat beberapa teknik ataupun strategi yang boleh digunakan bagi menjana pemikiran yang lebih kreatif iaitu : TEKNIK ANALOGI Teknik berfikir kreatif analogi diperkenalkan oleh William Jj. Gordon dan George prince pada tahun 1961. Analogi ialah perbandingan dua benda yang berbeza tetapi mempunyai persamaan. Teknik ini memberi penekanan pada usaha menerbitkan idea baru dan inovatif dengan menggunakan proses penggabungan. Proses penggabungan berlaku dengan sewenang-wenang atau lebih dikenali sebagai pelbagai konteks Menurut Pisek (1997), apabila kita menggunakan analogi dalam menyelesaikan masalah dan menambah baik secara peringkat, sebenarnya kita cuba mengenal pasti beberapa prinsip atau konsep dalam suatu keadaan yang kemudiannya dapat diadaptasi dan disesuaikan dengan keadaan kita. Teknik ini menggunakan analogi dan metafora sebagai asas menerbitkan idea asli dan kreatif. Terdapat tiga jenis teknik analogi iaitu analogi peribadi, analogi alam, dan analogi fantasi. Teknik analogi peribadi dilakukan dengan melibatkan diri secara langsung dengan masalah yang dihadapi. Diri sendiri adalah pusat pada masalah yang dihadapi Bagi memahami dan menghayati situasi suatu masalah, diri sendi memainkan peranan dan melakonkan watak-watak tertentu dalam suatu kes penyelesaian masalah. Melalui teknik ini, idea dapat diterbitkan dengan membayangkan diri sendiri dalam alam benda yang ingin direka cipta.

Manakala teknik analogi alam adalah perbandingan yang dibuat berdasarkan sifat dan fungsi makhluk yang terdapat dialam ini. Menerusi pengamatan dan penyelidikan pada sifat dan fungsi flora dan fauna, ia dapat member ilham dan inspirasi untuk kita menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Flora dan fauna seperti burung, ikan lumba-lumba, labah-labah, semut, pokok buluh, kerang, ular dan sebagainya member ilham kepada manusia bagi menghasilakn kappa terbang, kapal selam, menyusun organisasi, silinder dan sebagainya.

Selain itu teknik anologi fantasi pula adalah dengan cara menggunakan imaginasi. Imaginasi ialah perkara yang diangan-angankan. Ia boleh terpancar dalam minda melalui pengembaraan cara.

Taman tema kanak-kanak yang terkenal didunia iaitu Walt Disney Theme Park adalah hasil angan-angan Walter El as Disney. Idea ini ditemui semasa beliau melihat anaknya bermain di sebuah padang permaianan berdekatan rumahnya.

TEKNIK SENARAI SEMAK Diperkenalkan oleh Alex F. Osborne dalam tahun 1958. Mudah iaitu dengan menggunakan kata kunci senarai semak dan digabungkan dengan soalansoalan provokatif. Dengan menggunakan teknik ini, kita dapat mengenal pasti dimensi-dimensi yang dapat diperbaiki bagi memeperoleh idea yang lebih berkualiti. Teknik ini sesuai digunakan dengan gabung teknik perah otak.

Kata kunci Guna cara lain

item Bantal, kerusi, almari Permainan bola baling

Soalan provokatif Apa? Siapa? Bila? Di mana? Yang mana? Kenapa? Bagaimana? Apa? Siapa? Bila? Di mana? Yang mana? Kenapa? Bagaimana? Apa? Siapa? Bila? Di mana? Yang mana? Kenapa? Bagaimana? Apa? Siapa? Bila? Di mana? Yang mana? Kenapa? Bagaimana?

sesuaikan

Pakaian ke kuliah Kesalahan juvana Waktu perdana

ubahsuai

Berita tv Jalur gemilang Penyakit AIDS

besarkan

Kronisme Penganugerahan ijazah

Jadual 1: teknik senarai semak

TEKNIK SCAMPER Idea-idea kreatif dapat dijana dengan menggunakan akronim kata kunci. Antara teknik yang lazim digunakan adalah teknik SCAMPER. Teknik SCAMPER melibatkan pembenihan dan penjanaan idea secara konseptual semata-mata dan tidak melibatkan proses tindakan kreatif. Dengan kata lain, pada tahap ini objek, saranan, rancangan dan perkara itu hanya dikembangkan secara imaginative semata-mata. Katakana kita diminta oleh fasilitator menghasilkan satu gelas baru, dengan menggunakan teknik SCAMPER, kita perlu mencari jawapanjawapan dibawah :
-

provokatif

daripada

abjad-abjad

S*C*A*M*P*E*R*

seperti

S UBSTITUTE ( TUKAR GANTI )

C OMBINE ( CANTUM ) A DAPT ( SESUAIKAN ) M ODIFY ( UBAH ) P UT TO OTHER USES ( GUNA CARA LAIN ) E LIMINATE ( SINGKIRKAN ) R EARRANGE ( SUSUN SEMULA )
Contoh : i. ii. Tukar ganti gelas kaca dengan plastik Cantumkan gelas kaca dengan gelas plastik

TEKNIK SENSORI Merupakan deria. Deria sensitif dengan pelbagai rangsangan persekitaran. Pengalaman serta maklumat sedia ada menjadikan kita lebih peka pada persekitaran. Gabungan sensori dan menghasilkan kerjasama yang bersifat sembiotik dan kreatif. Teknik sensori adalah teknik kreatif yang menggantikan lima pancaindera iaitu: a) Mata = Melihat b) Telinga = Mendengar c) Tangan = Menyentuh d) Lidah = Merasa e) Hidung = Menghidu Cara yang dapat dilakukan adalah dengan menyenaraikan penyelesaian yang dapat diselesaikan dengan menggunakan sensori.

TEKNIK LINGKARAN RAWAK

Sesuai bagi memperbaiki pendekatan dan produk. Teknik ini hampir sama dengan teknik senarai sifat dan asosiasi sifat. Mula-mula kenal pasti masalah dan takrif masalah yang dihadapi Lukiskan sebuah bulatan dan tuliskan nombor seperti yang terdapat pada sebuah jam iaitu 1 hingga 12. Pilih 12 sifat berdasarkan masalah yang dihadapi serta tuliskan setiap satu sifat bagi mewakili setiap nombor. Teknik ini paling berkesan digunakan dalam sesi perah otak.

DADU

KERTAS

RAJAH LINGKARAN RAWAK

REFLEKSI

ROSELLAH JANANI 890905-12-5754 PPISM PK1 JULAI 2008

Pada 23 februari yang lepas, satu tugasan telah diberikan kepada kami semua yang berkaitan dengan subjek Kemahiran Berfikir yang dibimbing oleh Dr. Narendraa Kumar. Pada hari yang sama juga Dr. Narendra Kumar telah memberi penerangan yang ,menyeluruh mengenai cara tugasan itu dilaksanakan.

Setelah mendapat penerangan, saya terus berfikir bagaimana agaknya cara saya nak menyiapkan tugasan ini dalam masa dua minggu yang akan datang. Sedangkan sumber maklumat di sini adalah begitu terhad dan rangkaian untuk internet jugak agak perlahan.

Tapi, saya yakin pada diri sendiri dan saya mampu melakukan yang terbaik walaupun sumber maklumat terhad. Kebanyakan maklumat yang saya perolehi adalah melalui sahabat-sahabat yang dikongsi bersama dan selebihnya melalui buku rujukan yang tertentu yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Setelah mengumpulkan semua maklumat yang ada, akhirnya dapatlah saya menyiapkan tugasan yang diberikan dan menyerahkannya kepada Dr. Narendra pada masa yang telah ditetapkan.

AMIRAH ASYRAN BINTI AMINUDDIN

891027-43-5058 PPISMP PK 1 AMBILAN JULAI 2008

Pada 23 februari yang lepas, kami telah diberikan tugasan kerja kursus pendek bagi mata pelajaran KBK. Bagi unit Pendidikan Khas 1 kami telah dibimbing oleh Dr. Narendra Kumar. Saya telah diamanahkan untuk menyiapkan tugasan bersama rakan sekelas. Dr. Narendra Kumar telah banyak memberikan penerangan tentang cara-cara mengguruskan tugasan projek ini pada hari yang sama kami mendapat tugasan.

Alhamdullilah saya bersam ahli kumpulan berjaya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. kami memperolehi maklumat ini melalui sumber dari internet walaupun rangkaian internet di institut ini mengalami sedikit masalah. Tapi saya bersyukur kerana mendapat rakan sekumpulan yang begitu bersungguh dalam menyiapkan tugasan ini walupun terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh kami berdua samada secara individu atau berkumpulan.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang banyak menyumbangkan maklumat dan sokongan kepada kumpulan kami. Tidak dilupa juga pada kedua ibubapa kami yang turut member sokongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini agar kami dapat meneruskan pengajian di institut Wasalam. ini.

BIBLIOGRFI

Buku-buku Berfikir secara logik dan kritis, Ainon Mohammad dan Abdullah Hassan siri minda kreatif Meningkatkan potensi minda, Dr.Azlena Zainal dan Dr.Munir Shuib pts.

Internet http://www.geocities.com/smkcliffordkl/kbkk.html http://www.tutor.com.my/lada/tourism/cerdas.htm http://eprints.utm.my/2266/1/Adnan.pdf

You might also like